Anda di halaman 1dari 20

ISU POLITIK SEMASA

DUNIA

Cabaran
Pendemokrasian di
Negara-Negara Timur
Tengah
Oleh:
◊ Nur Sabila bt Mohamad
◊ Nor Afaf Amalin bt Kamarulsham
DEMOKRASI :
• Satu bentuk kerajaan di mana kuasa
menggubal undang2 & struktur kerajaan
ditentukan oleh rakyat.
• Undang2 digubal sama ada oleh rakyat / wakil
yg dipilih oleh rakyat.
• Negara yg amalkan demokrasi – Demokratik
• Demokrasi ekstrem boleh dilihat dalam
kerajaan anarkisme & komunisme.
TIMUR TENGAH:
• Wilayah yg secara politik dan budaya
merupakan bahagian dari benua Asia.
• Mencakupi beberapa kelompok suku dan
budaya termasuk suku Iran, Arab & Turki.
• Kebanyakan sastera mendefinisikan ‘Timur
Tengah’ sbg negara di Asia Barat Daya, dari Iran
(Parsi) ke Mesir.
• Sejak pertengahan abad ke20, menjadi pusat
terjadinya peristiwa2 dunia, menjadi wilayah yg
sangat sensitif baik dari segi kestrategisan lokasi,
politik, ekonomi, budaya & agama.
Cabaran
Pendemokrasian di
Negara Timur Tengah

Ketidakstabilan
Kebangkitan politik
rakyat
Campur
tangan Persaingan
kuasa asing kuasa
Kebangkitan rakyat
• Masyarakat antarabangsa telah dikejutkan dgn
peristiwa bantahan dan tunjuk perasaan terbuka
rakyat di Tunisa & Mesir terhadap pemerintah
dan kerajaan mereka.
• Ia merupakan satu bentuk gambaran tentang
kekecewaan rakyat terhadap tatakelola kerajaan.
• Kezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh
pemerintah ke atas rakyat sesebuah negara
akhirnya mencetuskan kebangkitan rakyat untuk
menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang
mencengkam hidup mereka sehingga ada yang
mencecah hampir setengah abad
• Kemelut ini merupakan akibat pemerintahan yg
bercorak menindas masyarakat.
• Kajian menunjukkan rakyat telah mengalami
proses tekanan terhadap kebebasan & hak asasi
mereka dlm tempoh yg lama oleh pemerintahan
yg bersifat diktator / autokratik.
• Corak pemerintahan menyebabkan rakyat dlm
ketakutan & pemerintah bebas menentukan
dasar pemerintahan.
• Demokrasi yg dijalankan hanya sekadar satu
bentuk permainan kpd dunia & tidak menepati
amalan yg adil & saksama.
• Rakyat yg seharusnya menjadi rakan pembangunan
negara telah menjadi musuh negara.
• Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di
Tunisia mencetus revolusi untuk menjatuhkan
pemerintahnya, lalu
merebak ke Mesir kemudian Libya ,dan berlarutan
hingga ke negara-negara arab yang lain.
• Kebanyakannya mempunyai satu tujuan yang
serupa, iaitu menuntut kepada sebuah pimpinan
yang adil dan saksama.
Campur tangan kuasa asing
• Kebanyakan negara-negara barat menginginkan
satu perubahan yang mesti dilakukan di timur
tengah.
• Perancangan mereka ialah dapat
mempromosikan agenda atau ideologi mereka
sama ada dari segi budaya, pemikiran, corak
hidup di timur tengah.
• Iaitu melalui kemudahan-kemudahan yang sedia
ada di mana pada pengakhirannya ialah ideologi
barat seperti sekularisme,libralisme, dan
sebagainya dapat di serap oleh kesemua
penduduk di negara timur tengah yang
majoritinya terdiri daripada umat islam.
• Antara cara untuk membentuk perubahan:
1. Memanfaatkan para politikus boneka
mereka.
2. Memberi bantuan ekonomi [ hutang ]
3. Melakukan campur tangan ketenteraan.
4. Mempropagandakan Islam moderat.
5. Mengendalikan media massa bagi
mempengaruhi pandangan umum [ public
opinion ]
• Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli politik lokal
untuk melayani kepentingannya.
• Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai
campur tangan politik negara-negara Barat di
kebanyakan negara di Timur Tengah.
• Campur tangan politik ini tidak akan berjalan
kecuali kerana adanya peranan aktif para politikus
lokal ini yang menjadi tangan Barat.
• Contoh :
- TUNISIA:
Arah perubahan dikendalikan oleh Eropah (Britain
dan Perancis), jauh dari pengaruh Amerika, kerana
Tunisia sejak sekian lama memang berada di bawah
pengaruh Eropah
- MESIR:
Amerika yg memegang kendali perubahan melalui
militer Mesir, kerana tiada pengaruh Eropah yang
efektif di sana.
- LIBYA & YEMEN:
Kekuatan Amerika dan Eropah hadir secara bersama
meskipun kekuatan Eropah lebih nyata berbanding
Amerika.
Persaingan kuasa
• Kes yang jelas ialah protes di Bahrain yang
melibatkan warga majoriti Syiah menentang rejim
pimpinan Raja Hamad bin Isa al-Khalifah beraliran
Sunni.
• Kedua-dua pihak memberikan laporan & analisis
yang jelas bertentangan, dgn masing-masing
menegaskan perspektif berbeza - media Saudi
mempertahankan kerajaan Bahrain &
menegatifkan warga Syiah.
• Manakala media Iran menyokong penuh aspirasi
rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan &
campur tangan asing (Saudi dan sekutu) di negara
itu.
• Persaingan naratif ini juga dapat menjelaskan
politik di Timur Tengah melibatkan kuasa-kuasa
terbabit.
• Saudi membawa naratif konflik persaingan
manakala Iran membawa garisan perjuangan
rakyat tertindas, dgn kerajaan dibantu kuasa asing.
• Persaingan ini juga dapat diperhatikan di Lubnan,
medan persaingan paling sengit Iran dan Syria
dengan Saudi & sekutunya
Ketidakstabilan politik
• Berakhirnya 6 bulan pertama 2013 menyaksikan
politik dunia penuh dgn percaturan, perbalahan,
perdebatan & persaingan kuasa atas nama
demokrasi.
• Agenda kerajaan bertembung dengan agenda
rakyat, lantas membangkitkan rasa tidak puas hati
yang menyebabkan bantahan jalanan.
• Secara umumnya, bantahan jalanan mampu
menumbangkan rejim politik secara revolusi,
namun dilihat sebagai tidak stabil dan menjejaskan
keadaan politik dan sosioekonomi negara.
Iktibar
• MESIR :
• Presiden yg digulingkan, Mohamed Morsi daripada
golongan Islamis Ikhwanul Muslimin.Pihak anti-
Morsi secara agresif melancarkan demonstrasi
besar-
besaran yg membawa kepada rampasan kuasa tent
era. Ia mengulangi kejadian 2011 yg membawa
kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.
• Walaupun rejim Mubarak sudah tumbang, elemen r
ejim lama itu masih lagi menguasai polis, tentera,
kehakiman dan media.
• Keadaan sistem politik dan ekonomi Mesir
yang tidak stabil menyebabkan kedudukan
Morsi tergugat dan dituduh cuba membawa
agenda Islamisasi serta gagal
membawa kemakmuran ekonomi Mesir.
• TURKI:
• Turki juga pada Mei dan Jun 2013 menyaksikan
bantahan besar-besaran di Dataran Taksim sebagai
menentang kerajaan Parti Keadilan dan
Pembangunan (AKP) pimpinan Perdana Menteri,
Recip Tayyip Erdogan.
• Bantahan bermula apabila Taman Gezi di Istanbul
ingindibangunkan sebuah monumen peringatan
KesultananUthmaniyah dan sebuah masjid
• Golongan sekularis dan liberal menentang
perancangan itukerana dilihat sebagai usaha
mengislamisasikan Turki danmenafikan agenda
sekularisme yang menjadi jati diripenduduk Turki
sejak pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.
• Pihak media antarabangsa melihat kejadian itu
sebagai cubaan rakyat menggulingkan
kerajaan Erdogan. Namun, keadaan kini
semakin reda dengan tindakan kerajaan
membawa permasalahan tersebut ke
mahkamah dan tindakan Erdogan bertemu
pemimpin penunjuk perasaan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai