Anda di halaman 1dari 19

INTERAKSI 6 DAN 7

KEUTUHAN WACANA
AN-NASR

ِ ‫ين هَّللا‬
ِ ‫ون ِفي ِد‬ َ ُ‫اس َي ْد ُخل‬ َ ‫ْت ال َّن‬ َ ‫ َو َرأَي‬،ُ‫إِ َذا َجا َء َنصْ ُر هَّللا ِ َو ْال َف ْتح‬
َ ‫ك َواسْ َت ْغ ِفرْ هُ ۚ إِ َّن ُه َك‬
‫ان َت َّوا ًبا‬ َ ‫ َف َسبِّحْ ِب َح ْم ِد َر ِّب‬،‫اجا‬ ً ‫أَ ْف َو‬.
Apabila telah datang pertolongan Allah dan
kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk
agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka
bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan
mohonlah ampun kepada-Nya.Sesungguhnya Dia
adalah Maha Menerima taubat.
KEUTUHAN WACANA
• Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat
penting kerana ia menentukan apakah sesuatu
itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya
merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
• Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan
bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih
mendalam.
• Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah
keutuhan wacana.
KEUTUHAN WACANA
• Dengan menganalisis keutuhan wacana kita
dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu
sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat
yang tidak teratur.
• Melalui analisis keutuhan wacana juga kita
dapat pula memahami hubungan bahasa
dengan alam di luar bahasa secara lebih
mendalam. Merujuk kepada kebulatan dan
kesepaduan esei.
• Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz,
(1997) bahawa suatu wacana yang utuh
secara umumnya mempunyai empat ciri iaitu:
1. Hubungan dari segi semantik

2. Hubungan dari segi fonologi


 
3. Hubungan dari segi leksikal

4. Hubungan dari segi tatabahasa atau


gramatikal
HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK
SEMANTIK
• Jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat
lain atau perenggan-perenggan lain.
A)Hubungan sebab dan akibat: Dia sangat malas.
Dia bodoh.
B)Hubungan sebab dan hasil: Ali rajin bekerja. Dia
kaya.
C)Hubungan sebab dan tujuan: Hassan berpakaian
kemas. Dia mahu memikat Aminah.
D)Hubungan syarat dan hasil: Kita mesti rajin
berusaha. Kerajinan menjamin kejayaan.
• kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani,
‘semant ickos’ yag bermaksud ‘significant’ iaitu ‘penting’
atau’ bererti’(Hashin Musa, Ong Chin Guan, 1998).
• Nik Safiah Karim(2001) juga mengatakan bidang yang
mengkaj makna atau erti bahasa, adalah satu bidang yang
luas, mencakupi struktur dan fungsi bahasa dan juga
masalah dalam kajin psikologi, falsafah dan antropologi.
• Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk
pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan
dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (
Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik
dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud
‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa
seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas),
ekspresi predikat.
E)Hubungan latar dan kesimpulan:Lagu itu
sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir
yang menciptanya.
F)Hubungan perbandingan: Hasnah cantik.
Kakaknya lebih cantik lagi.
G)Hubungan sampingan: Saya sudah membuat
kerja rumah. Saya letih jadi saya hendak tidur.
H)Hubungan memperkuat isi: Sungguh cantik gadis
itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan
berhidung mancung.
HUBUNGAN DARI SEGI ASPEK
FONOLOGI
• Dilihat daripada segi hentian suara, nada suara
dan intonasi suara.
• Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di
antara bahagian wacana.
• Intonasi suara berperanan penting sebagai
penanda dan pemisah frasa dan pembeza
struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:
Malaysia negara yang aman.
a. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)
b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)
HUBUNGAN DARI SEGI LEKSIKAL
• Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan
penggunaan perkataan yang sesuai dengan
makna yang ingin disampaikan.
i. Antonim: Pemuda harapan bangsa. Pemudi
tiang negara.
ii. Sinonim: Ali seorang yang rajin.
Kegigihannya belajar membolehkan dia
melanjutkan pelajaran ke universiti
iii.Hiponim: Dia menanam pokok melur,
cempaka, bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya
nampak indah dengan pokok-pokok bunga
tersebut.
iv. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi
sangat tinggi. Aku berasa sangat letih kerana
mengeluarkan banyak peluh sehingga
badanku dipeluhi dengan daki.
Hiponim
• Perkataan yang mempunyai makna yang boleh
mencakupi makna perkataan lain, di samping
mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan
lain.
• Abdullah Hassan(2006:233) berpendapat
hiponim wujud apabila ada perkataan berfungsi
sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan.
• Menurut Fromkin dan Rodman(1998), hiponim
ialah hubungan ketercakupan makna antara
suatu perkataan, frasa, ayat aungkapan yang
maknanya dianggap merupakan bahagan
daripada makna daripada suatu  perkataan ,
frasa  atau ungkapan lain.
a)      kenderaan- van, lori, bas, teksi, beca, kereta
b)      senjata- keris, tombak, pedang, panah,
sumpit,
c)      planet- pluto, marikh, bumi, musytari, zuhal,
neptun, uranus, utarid, zuhrah   
d)     bulan- Januari, Februari, Mac. April, Mei  
e)      perabot- meja, kerusi, katil, almari,
f)       pakaian – stoking, baju, seluar, kemeja
g)      flora – paku, pokok bunga, cendawan, rumput
h)      fauna- unggas, serangga, amfibia, reptilia, ikan
a) bunga         i) bunga mawar
                        ii)bunga melati
                        iii)bunga kemboja
                        iv)bunga tanjung
                        v)bunga kertas
b)seluar          i) seluar dalam
                        ii)seluar panjang
                        iii)seluar pendek
                        iv)seluar sekolah
c)tikar             i)tikar mengkuang
                        ii)tikar pandan
                        iii)tikar bangkar
                        iv)tikar sembahyang
             v)tikar getah
HUBUNGAN DARI SEGI TATABAHASA
• Wacana berkualiti mesti memperlihat
hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.
• Ini dapat dilihat daripada penggunaan
penanda gramatik seperti:
a.Kata hubung: menghubungkan di antara ayat
dengan ayat atau perenggan dengan
perenggan yang lain.
• Berfungsi sebagai penghuraian: Seterusnya,
selain itu, pada sudut yang lain dan
sebaliknya.
• Berfungsi sebagai pengembangan idea:
Seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana dan
dengan.
• Berfungsi sebagai penambahan: Sebelum,
selepas, kemudian, berikutnya, pada masa
dan ketika itu.
b. Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan
sesuatu sama ada benda atau manusia.

Kata ganti nama: Saya, dia, mereka, kami, kita,


itu, ini dan siapa.
Peleburan dan penggantian:
• Untuk mengelakkan pengulangan terhadap
sesuatu maklumat daripada penyataan yang
diberikan.
Contoh: Ali menendang bola dengan laju
manakala Hassan menendang dengan
perlahan.

Anda mungkin juga menyukai