Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pendahuluan

Sejak zaman dahulu, pelbagai peristiwa keganasan telah berlaku di seantero


dunia ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai peristiwa yang tercatat di
dalam buku sejarah serta pelbagai sumber seperti surat khabar lama, journal,
stori yang diberitahu oleh nenek moyang kita ,berita den sebagainya. Seperti kita
yang sedia maklum, setiap peristiwa yang berlaku akan membawa kesan atau
impaknya kepada sesebuah masyarakat atau kehidupan manusia. Oleh itu,
peristiwa keganasan antarabangsa juga tidak dapat dikecualikan.

Sebenarnya, peristiwa keganasan telah membawa kesan atau impak yang


begitu besar sehingga dapat mengancam keharmonian dan keharonian
kehidupan seluruh masyarakat pada masa itu. Sebenarnya, pelbagai anjakan
paradigma yang dapat diambil bagi mengatasi peristiwa sebegini untuk berlaku.
Malangnya, masyarakat pada masa itu telah gagal untuk mengatasi masalah
tersebut serta telah mengancam keamanan masyarakat. Secara tidak langsung,
hal ini telah menunjukkan kelemahan manusia dalam mentadbir alam dan
menyelesaikan masalah.

Dengan itu, melalui tugasan ini ,kami diberi peluang bagi mengaji isu-isu
global seperti isu keganasan antabangsa dan impaknya terhadap sistem
pendidikan terhadap semua negara dii dunia termasuklah Malaysia. Kami akan
membincangkan beberapa isu yang bersifat sejagat atau global. Persoalannya,
apakah impaknya terhadap peluang pendidikan untuk semua individu ?

1
2.0 Pengenalan Isu Keganasan Antarabangsa

•Ditakrif sebagai penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan


undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara terancang
terhadap manusia
•Tujuan untuk menakut-nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi
Maksud
memperjuangkan idologi atau kuasa politik masing-masing

•World Trade Center(WTC), duah buah bangunan yang tingginya 110 tingkat telah
dimusnahkan
•3000 orang telah terkorban
Peristiwa 11 Sep
2011
•Menjadi berita utama di seluruh dunia.

•Telah menyerang negara Afghanistam yang dianggap sebagai negara yang menyokong
Perang ke atas kumpulan al-Qaeda.
kumpulan al-
Qaeda

Rajah 1 menunjukkan pengenalan kepada isu keganasan antarabangsa


yang merangkumi maksud dan peristiwa-peristiwa yang berlaku.

2.1 Maksud Isu Keganasan Antarabanagsa

Menurut kamus dewan edisi keempat, keganasan antrabangsa ditakrif


sebagai penggunaan kuasa secara sewenang-wenang tanpa menghiraukan
undang-undang yang ada oleh seseorang atau kumpulan manusia secara
terancang terhadap manusia atau harta benda degan tujuan untuk menakut-
nakutkan atau memaksa sesuatu kaum atau negara demi memperjuangkan

2
idologi atau kuasa politik masing-masing . Bukan itu sahaja, menurut pandangan
Perdana Menteri negara kita yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah
menyatakan bahawa “Keganasan telah lama wujud. Ia bukan satu fenomena
baru. Apa yang baru ialah, kaedah-kaedah yang lebih kejam digunakan bagi
membunuh dan mencederakan lebih ramai orang dan menyebabkan
kemusnahan yang lebih dasyhat ”.

2.2 Berlakunya Peristiwa 11 September 2011

Pada tahun 2011, suatu peristiwa yang serius telah berlaku di Amerika
Syarikat iaitu pada 11 September, dua buah kapal terbang yang penuh dengan
penumpang telah merempuh World Trade Center(WTC), duah buah bangunan
yang tingginya 110 tingkat telah dimusnahkan. Bukan itu sahaja, kapal terbang
yang ketiga telah memusnahkan atau merempuuh Pentagon serta diikuti dengan
kapal terbang yang keempat yang terhempas di kawasan padalaman. Peristiwa
ini telah menakutkan semua penduduk di seluruh dunia khususnya penduduk
Amerika Syarikat kerana mereka agak takut dan bimbang bahawa adakah
peristiwa sebegini akan berlaku pada masa akan datang. Hari itu merupakan hari
yang amat sedih kerana seramai 3000 orang telah terkorban. Peristiwa yang
serius ini telah menjadi berita utama di seluruh dunia dan telah dibincangkan dari
meja parlimen shingga kepada meja kopitiam di seluruh dunia. Inilah fasa baru
keganasan global yang akan menggugat kedamaian dunia.

2.3 Perang ke atas kumpulan al-Qaeda

Selepas itu, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas


pengganas khususnya kumpulan al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama yang
penuh misteri yang mengaku bahawa mereka yang bertanggungjawab atau
melakukan aktiviti keganasan ini. Pengisytiharkan perang terhadap pengganas
telah menyebabakan perubahan yang besar terhadap seuruh dunia. Pada

3
mulanya iaitu pada 7 Oktober 2011, Amerika Syarikat telah menyerang negara
Afghanistam yang dianggap sebagai negara yang menyokong kumpulan al-
Qaeda. Secara tidak langsung, serangan ini telah menghapuskan keharmonian
atau keamanan seluruh dunia kerana telah lama mengabaikan perangan antara
negara. Pada pandangan penulis barat, mereka memeberi pandangan bahawa
isu keganasan antarabangsa telah muncul kerana disebabkan oleh Negara
Timur Tengah. Mereka memberi penjelasan terhadap pandangan tersebut
dengan menyatakan bahawa kelemahan dan kemerosotan ekonomi negara
Timur-tengah yang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan telah
mendorong kepada berlakunya peristiwa keganasan. Pandangan sebegini
sebenarnya adalah kurang tepat dan tidak boleh diterima kerana pandangan ini
tidak menyentuh keadaan sebenar yang berlaku di Timur Tengah. Justeru, isu
keganasan antabanagsa ini telah membawa impak yang negatif kepada dunia
kita.

3.0 Faktor-faktor Tercetusnya Isu Keganasan Antarabangsa

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, isu keganasan antarabangsa


telah muncul di seluruh dunia kita. Para penduduk dan masyarakat di seluruh
dunia pun mula berfikir tentang faktor atau sebab berlakunya isu keganasan
antarabangsa . Beberapa faktor telah diambil kira sebagai penyebab isu
keganasan kebangsaan bak kata “kalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang”?

3.1 Terdedah kepada ideologi-ideologi ekstrem dan negatif

Antaranya ialah sesebuah negara tersebut telah terdedah atau dipengaruhi


oleh ideologi-ideologi yang ekstrem dan negatif. Kita seharusnya faham bahawa
apabila seseorang berpegang kepada fahaman ideologi yang ekstrem mereka
akan sanggup berjuang dan menggorbankan diri demi mempertahankan

4
ideologi mereka. Sebagai contoh, askar tentera Jepun semasa Perang dunia
kedua adalah terkenal disebabkan strategi perangan mereka. Antaranya ialah
menggebomkan diri. Hal ini merupakan strategi atau teknik yang sering
digunakan oleh askar Jepun iaitu menggorbankan seseorang askar tentera
demi menyebabkan kemusnahan yang besar terhadap pihak lawannya. Bukan
itu sahaja, mereka akan membunuhkan diri jika mereka kalah dalam
peperangan tersebut bagi menggelakkan diri ditangkap oleh pihak lawan di
medan perang.

3.2 Tindakan Keganasan Dilakukan oleh Negara-negara Yang Dijajah


Ingin Memebebaskan Negara Mereka Daripada Dijajah.

Selain itu, aktiviti keganasan biasa dilakukan oleh negara-negara yang


dijajah. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya aktiviti keganasan telah
dijalankan oleh pemimpin atau pahlawan tempatan bagi membebaskan tanah
mereka dijajah oleh kuasa asing. Yang berbeza adalah keganasan dalam
konteks ini telah berlaku di dalam negara sendiri atau di dalam negara yang
menjajah. Sebagai contoh, di negara China, Tentera Pembebasan Rakyat
merupakan pasukan tentera negara China yang menentang pasukan tentera
Jepun bagi membebaskan atau menghalaukan pasukan tentera Jepun di tanah
China sebelum negara China mencapai kemerdekaan. Tindakan keganasan
telah dilakukan oleh pasuka Tentera Pembebasan Rakyat di tanah atau negara
sendiri bagi membebaskan negara mereka dijajah oleh Jepun.

3.3 Kehadiran Pemimpin Negara Yang Berpegang Kepada Fahaman


Ekstrem

Tidak ketinggalan juga, kehadiran pemimpin negara yang berpegang kepada


fahaman ekstrem juga merupakan salah satu faktor munculnya tindakan-

5
tindakan keganasan. Hal ini penting kerana ideologi ekstrem yang wujud dalam
pemimpin-peminpin negara telah mendorong pemimpin negara tersebut
menggubah dasar negara sehinggalah mempengarahui penduduk-penduduknya
menjadi ekstrem dan seterusnya melakukan tindakan-tindakan keganasan. Hal
ini dikatakan demikian kerana pemimpin yang memimpin telah menyebarkan
pelbagai ideologi yang ekstrem kepada rakyatnya dari semasa ke semasa
sehingga menjadikan rakyatnya berpegang kepada fahaman ekstrem bak kata
peribahasa “alah bisa, tegal biasa ”. Pemimpin negara merupakan insan yang
mempunyai pengaruh yang terkuat di sesuatu negara kerana mereka
mempunyai ramai pengikut dan dapat menyebarkan ideologi tersebut melalui
pidato mereka. Jelaslah bahawa, pemimpin-pemimpin negara yang ekstrem juga
merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya aktiviti keganasan.

3.4 Sikap Tamak Dalam Seseorang Pemimpin Negara

Sementelahan, sikap tamak dalam seseorang pemimpin negara juga


mendorong berlakunya tindakan kegansan. Hal ini dapat dikatakan demikian
kerana apabila seseorang pemimpin mempunyai sikap yang tamak mereka akan
mengusaha dengan segala cara bagi mencapai matlamatnya termasuklah
perbuatan yang negatif seperti aktiviti keganasan. Antaranya ialah menguasai
tanah atau negara orang lain, mereka tidak dapat mengusai dan mengawal niat
mereka bagi mencapai sesuatu matlamatnya. Maka tercetuslah aktiviti-aktiviti
keganasan oleh sesebuah negara bagi menguasai tanah orang lain. Cara
mereka menguasai ialah menyerang. Seperti kita yang sedia maklum, perang
akan menyebabkan kemusnahan harta sehinggalah nyawa penduduk yang
tinggal di kedua-dua negara tersebut. Malangnya, mereka tidak menghiraukan
kesan berperang tetapi hanya berfikir tentang matlamatnya kerana kuasa serta
kekayaan telah menjadikan mereka buta dan tidak dapat sedar tentang kesan
negatifnya bak kata peribahasa “ yang mana intan, yang mana kaca ‘. Hal ini
akan berlaku kerana mereka menganggap penaklukan negara orang lain telah

6
menunjukkan kekuatan diri sendiri serta membawa lambang kemegahan kepada
diri sendiri. Hal ini telah mendorong mereka sanggup melakukan apa sahaja agar
dapat menaklukkan negara orang lain. Sebagai contoh, pada tahun 2003, negara
Amerika Syarikat telah menyerang negara Iraq yang dianggap sebagai
penyokong kepada kumpulan al-Qaeda yang bertanggungjawab untuk peristiwa
11 September 2011. Penyerangan dilakukan melalui tentera Operation Iraqi
Freedom yang terdiri daripada pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selepas 25 hari peperangan, Amerika Syarikat telah berjaya menguasai hampir
semua bandar-bandar utama Iraq. Dengan itu, Amerika Syarikat berasa megah
dan meletakkan negara mereka sebagai negara yang paling kuat di dunia ini.

Kesimpulannya, isu keganasan antarabangsa telah wujud disebabkan


oleh sesebuah negara tersebut telah terdedah atau dipengaruhi oleh ideologi-
ideologi yang ekstrem dan negatif, negara-negara jajahan berharap agar dapat
membebaskan negara mereka daripada dijajah, kehadiran pemimpin negara
yang berpegang kepada fahaman ekstrem serta sikap tamak dalam seseorang
pemimpin negara.

4.0 Kesan-kesan Yang Dibawa Oleh Isu Keganasan Antarabangsa

Isu keganasan antrabangsa yang muncul atau semakin serius telah


membawa seribu satu keburukan kepada seluruh dunia . Persoalan yang
menerjah benak kita ialah apakah kesan yang dibawa oleh isu keganasan
antarabangsa?

4.1 Ketidakstabilan Ekonomi Sesebuah Negara

Antaranya ialah ketidakstabilan ekonomi sesebuah negara. Hal ini berlaku


kerana pelabur-pelabur asing tidak akan melabur di negara tersebut. Sebagai
contoh, isu keganasan yang berlaku di negara Thailand iaitu peristiwa
demonstrasi yang dilakukan oleh Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang

7
Diktator (UDD). UDD merupakan pasukan yang menentang kerajaan dan
menyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Demonstrasi secara besar-besaran di seluruh negara telah menyebabkan
negara tidak lagi amn den selamat . Kebanyakan pelabur asing terpaksa menarik
balik pelaburan mereka di Thailand. Hal ini telah menggugat atau menjejaskan
pelaburan pelabur-pelabur asing akbat hilang keyakinan terhadap pasaran
negara Thailand. Dengan itu, ekonomi negara Thailand terjejas dengan teruk.
Contoh yang seterusnya ialah serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan
Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia
jatuh. Hal ini telah menjejaskan ekonomi banyak negara. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa bagi memajukan bidang pendidikan, banyak modal diperlukan
bagi menggembangkan atau memantapkan sistem pendidkan sesebuah negara.
Sebagai contoh, pihak kerajaan Malaysia telah mengemukakan pelan
pembangunan pendidikan negera yang mampu membangunkan sistem
pendidikan negara kita. Menurut pelan pendidikan tersebut, bagi
menggembangkan bidang pendidikan negara, kita memerlukan pendidik yang
berkualiti. Dengan itu, pelbagai program telah dijalankan seperti Program Ijazah
Sarjana Muda Penguruan (PISMP) iaitu program yang bertujuan untuk
melahirkan pendidik yang berkualiti serta bertahap mahasiswa agar dapat
menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan lebih cemerlang. Secara tidak
langsung, modal guru atau pendidik diperlukan agar anak-anak atau remaja yang
merupakan tiang negara pada masa hadapan dapat belajar dengan lebih
berkesan. Guru haruslah dibayar kaji dan hal ini memerlukan jumlah wang yang
agak besar. Kerajaan juga perlu menumpukan lebih banyak perhatian terhadap
cara mengembangkan ekonomi negara serta pada masa yan sama akan kurang
memberi perhatian terhadap perkembangan sistem pendidikan. Oleh itu, jika
ekonomi sesebuah negara adalah dalam keadaan yang tidak stabil ,adakah
negara tersebut mampu memajukan bidang pendidikannya? Secara ringkas, kita
dapat membuat keputusan bahawa jika isu keganasan turut berlaku di sesebuah
negara pastilah sistem pendidikan negara tersebut tidak dapat berkembang
dengan baik.

8
4.2 Keselamatan Negara Tidak Terjamin

Selain itu, kesan yang dibawa oleh isu keganasan antabangsa ialah
keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan turut menggugat
keselamatan sesebuah negara. Hal ini merupakan suatu perkara yang amat
penting kerana keselamatan rakyat negara tersebut tidak terjamin. Rakyat
negara tersebut harus hidup dengan berhati-hati kerana mungkinnya mereka
akan menjadi mangsa yang seterusnya kepada tindakan-tindakan keganasan.
Sebagai contoh, isu keganasan yang berlaku di negara Israel adalah suatu bukti
yang jelas. Kelompok militan Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS) yang
merupakan pasukan yang ekstrem telah melakukan pelbagai tindakan
keganasan serta menyerang negara Israel. Hal ini telah banyak menggugatkan
keamanan dan keselamatan negara Israel. Secara tidak langsung, hal ini juga
telah menjejaskan bidang pendidikan Israel. Sebenarnya, bidang pendidikan di
negara tidak begitu maju dan berkembang tetapi dengan munculnya isu
keganasan ini sepanjang masa yang begitu panjang ini, bidang pendidikan di
negara Israel telah menjadi lebih mundur berbanding dengan sebelum ini. Hal ini
berlaku adalah disebabkan ketidakstabilan keselamatan di seluruh negara dan
hal ini telah menyebabkan rakyat mereka tidak lagi memberi fokus atau
keutaman kepada bidang pendidikan malah keselamatan negara. Oleh itu,
munculah fenomena negatif iaitu terdapat banyak ibu bapa telah mengambil
keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah kerana mereka
menganggap sekolah tidak lagi selamat seperti sebelum ini. Hal ini dapat
dibuktikan dengan terdapatnya pengganas daripada ISIS telah masuk ke dalam
sekolah dan telah membunuh semua anak dan guru yang terdapat dalam
sekolah tersebut. Hal ini membawa perubahan dari segi pemikiran dan
pemahaman ibu bapa negara Israel dan tidak lagi menghantar anak mereka
kepada sekolah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Tidak ketinggalan juga,
kekurangan sumber penguruan yang berkhidmat sebagai pelita jalan kepada
pelajar-pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan-tindakan keganasan

9
yang dilakukan oleh ISIS telah menyebabkan banyak kumpulan berilmu keluar
dari negara asal mereka agar keselamatan mereka terjamin, golongan guru juga
tidak dapat dikecualikan. Oleh itu, hanya terdapat segelintir kecil guru yang
masih berminat untuk menjalankan tugas mereka sebagai guru di sekolah.
Bayangkanlah, jika perang mungkin akan berlaku pada bila-bila adakah anda
masih dapat mengajar atau berlajar di sekolah? Secara langsung, sistem
pendidikan turut mundur akibat keselamatan rakyat tidak terjamin dan rakyat
tidak lagi memberi fokus terhadap system atau bidang pendidkan.

5.0 Penutup

Akhirulkalam, isu keganasan merupakan sesuatu isu yang perlu diberikan


lebih banyak perhatian oleh masyarakat dunia kita. Hal ini penting kerana isu
keganasan antarabangsa ini telah mendatangkan seribu satu keburukan kepada
negara kita serta kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Seterusnya, isu
keganasan juga mendatangkan impak yang serius kepada sistem pendidikan
dan di global . Hal ini sepatutnya dihadapi atau diselesaikan dengan segera agar
sistem pendidikan dapat terus dikembangkan. Bukan itu sahaja, masyarakat
dunia seharusnya mempunyai inisiatif terhadap isu keganasan antarabangsa
serta memberi perhatian terhadap isu ini dengan lebih mendalam.

10

Anda mungkin juga menyukai