Anda di halaman 1dari 18

Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu
pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan
ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain
mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
Kesan kesan
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.
pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang
berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin
menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang
menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan
melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.
2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.
sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia.
Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana,
malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia.
Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di
sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan
pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan
harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.
3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.
perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas
menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak
akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya
sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan

pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang


bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas
dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau
terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.


mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar
pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di
tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri
ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya.
Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan
orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan
sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin
keselamatan seseorang.
Langkah langkah/cara mengatasi
1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.
pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan.
Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan
awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan
rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus
menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap
pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana
pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan
keamanan negara dapat dikekalkan.
2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.
pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang

keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam
mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan.
Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk
mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada manamana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan
meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.
3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.
semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada
rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar
maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat
harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negaranegara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor faktor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.
Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia,
sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan
sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan bendabenda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak
yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan
menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan
terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya
memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.
2. Sikap tamak yang menguasai diri.
Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu.
Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara
untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan

juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap
tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak
dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli
akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.
3. Lambang kemegahan.
Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang
pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan
mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut.
Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam.
Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa
11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan
meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

PENDAHULUAN
Sejak zaman nabi Adam, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa keganasan dan
kekejaman manusia. Kisah Habil dengan Qabil yang berbunuhan demi seorang
perempuan cukup mashyur untuk kita menjadikan satu iktibar ketika kita merentasi
zaman depan yang belum tentu gelap atau cerah. Selepas perang dunia, zaman orde
baru telah muncul dimana Amerika Syarikat telah menjadi kekuatan adiperkasa yang
menguasai ekonomi, politik dan sosial dunia. Berakhirnya perang dingin di antara
Soviet Union dengan Amerika Syarikat dan blok Barat, China dan Islam dianggap
musuh utama dunia. Maka muncul negara musuh baru dunia seperti Cuba, Iran, Syria,
Libya, Sudan dan Iraq.
Episod kedajalan ini bertambah teruk apabila berlakunya peristiwa pengeboman
bangunan World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Bermula keganasan
global tanpa institusi konkrit seperti negara dan pertubuhan berdaftar. Yang ada adalah
al Qaeda dan Osama yang penuh misteri dan kabur dalam kabus kekeliruan. Semua
fakta boleh diragui telah dijadikan alasan untuk membalas keganasan dan kekerasan
dengan kekerasan. Inilah fasa baru keganasan global yang akan menggugat
kedamaian dunia.
KEKERASAN DALAM SEJARAH: PERKEMBANGAN TEORI
Peperangan dan keganasan dalam sejarah boleh dirangkumi dalam beberapa teori
contoh, teori kepincangan oleh Charles Tilly. Teori ini mendakwa bahawa rakyat
merusuh (tertindas) apabila mereka mengalami sesuatu kepincangan atau perubahan
besar dan mendadak dalam kehidupan mereka. G. Rude menyatakan pencetusan
Revolusi Perancis akibat keperitan pihak yang ditindas semakin bertambah. Dalam
fahaman Marxis, pihak berkuasa memang dianggap dianggap alat pemerasan atau
penindasan golongan yang berkuasa ke atas rakyat biasa.
Kekuasaan pihak kuat ke atas pihak yang lemah menyebabkan rasa dendam yang

membara di kalangan yang ditindas. Ia akan mewujudkan satu gerakan protes. Menurut
Tilly, gerakan protes adalah satu tindakan bagi menyaingi kuasa pihak yang lebih
berkuasa. D. G. H. Cole dan R. Postgate juga memberi contoh peristiwa rusuhan di
England sebagai jawapan daripada orang-orang yang sudah ditiadakan cara-cara lain
untuk melawan. Rusuhan atau unsur kekerasan terpaksa digunakan kerana alternatif
yang bersifat aman dan harmonis telah ditiadakan oleh pihak yang lebih berkuasa.
Para revolusioner yang berpandukan sesuatu fahaman politik mungkin menganggap
kekerasan yang mereka gunakan sebagai hasil daripada tuntutan ideologi yang mereka
anuti. Pejuang agama sebagai contoh menggunakan alasan agama untuk mengiyakan
tindakan ekstrem mereka. Jika dunia selalu diulit dengan mitos bahawa hanya Islam
mengalakkan keganasan global tetapi dunia harus juga melihat tindakan ganas gerakan
IRA di Ireland Utara dan pejuang Tamil Ealam di Utara Sri Lanka.
Kekerasan atau keganasan selalu dianggap sebagai pelunjuran politik dengan cara
lain, kita mengandaikan bahawa mereka yang melaksanakan kekerasan itu telah
membuat perhitungan secara rasional. Mereka telah bosan menggunakan pendekatan
yang tertakluk dengan perundangan tetapi gagal memperolehi sesuatu, maka langkah
terakhir mereka adalah menggunakan kekerasan. Bicara Anwar Ibrahim jangan bicara
tentang perjuangan jika takut mengambil risiko ada betulnya. Risiko inilah yang
ditanggung oleh pejuang yang komited dengan janji perjuangan tetapi dipersendakan
oleh pihak yang lain. Pertimbangan rasional ini menyebabkan mereka redha mengambil
risiko walaupun tindakan itu di luar lingkaran sifat kemanusiaan.
Tindakan kekerasan di luar lingkaran rasional ini dianggap adil oleh pendukungnya.
Mereka tidak bersedia melihat keadaan sekarang lebih buruk daripada sekarang.
Mereka juga mengharapkan sasaran keganasan atau persepsi masyarakat berubah ke
arah memahami kerasionalan tindakan mereka. Dengan itu, maka agak wajarlah
mereka juga mengharapkan sesuatu reaksi positif daripada kaca mata mereka.
Malangnya, rasional tindakan keganasan atau kekerasan tidak dapat diterima oleh

pihak lain. Rasional tersebut dipersoalkan dengan penegasan tindakan mereka adalah
tidak bertanggungjawab. Pendeknya, adakah mungkin orang yang tidak rasional
melakukan sesuatu yang rasional?. Sebab itulah perusuh makanan pada kurun ke 18 di
England digelar pemabuk, sampah masyarakat dan penjenayah. C. Hibbert
menyatakan golongan perusuh telah bangkit memprotes tidak tentu arah, tidak bersedia
dan tidak menyuarakan kehendak mereka, malah mereka yakin tentang apa yang
mereka mahu atau matlamat mereka.
Untuk mengatakan pihak perusuh dipimpin oleh orang tidak berpendidikan atau gila
kuasa, kita telah tersilap. Mereka adalah ahli masyarakat yang dihormati dalam
masyarakat. Gambaran semacam ini dianggap character assasination yakni satu
tohmah yang bertujuan menjejaskan peribadi orang. Walaupun imej orang yang
dianiayai berjaya dipulihkan, pembelaan in tidak semestinya diterima oleh semua orang.
Jadi kita melihat semestinya golongan yang dihormati ini mempunyai alasan konkrit
untuk melakukan tindakan keganasan dan kekerasan.
Manakala Max Beloff kesal dengan sikap kepimpinan perusuh, nampaknya tidak pun
menerima pandangan bahawa kemudaratan mereka hampir keseluruhannya adalah
akibat daripada kelemahan moral mereka sendiri. Bagi Beloff, mereka tidak layak
dibela kerana mereka adalah orang yang mempunyai pemikiran berlegar di atas
landasan usang.
Masalah rasional tindakan kekerasan atau keganasan sangat kompleks. Sukar untuk
mencari kebenarannya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika seseorang itu
menerokai sebanyak mungkin persoalan di sebalik pencetusan kekerasan daripada
hanya mengkesampingkan femonena tersebut sebagai penghasilan tidak rasional oleh
mereka yang tidak rasional. Kajian terperinci harus dilakukan bagi mengetahui punca
terjadi gejala ini dan penilaian yang adil perlu dilakukan. Adakah tindakan kekerasan
dan keganasan yang dilakukan oleh perusuh (golongan ditindas) merupakan tindakan
bermoral atau sebaliknya?.

PUNCA KEBANGKITAN RADIKALISME DALAM MASYARAKAT DUNIA


Setiap sesuatu yang berlaku sewajar ada indikatornya. Indikator terjadinya keradikalan
di dunia akan dibicarakan dalam subtopik ini. Sebelum itu, kita harus mengetahui
makna radikal. Radikal berasal daripada perkataan radix iaitu akar. Akar yang
menguatkan pokoknya. Dalam kamus dewan edisi ketiga, radikal bermaksud
menyeluruh manakala radikalisme ialah fahaman radikal dalam politik; fahaman yang
menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial. Menurut Shahnon
Ahmad, radikalisme adalah satu gerakan perubahan yang baik untuk masyarakat dan
harus dibedakan dengan surealisme yang bersifat destruktif. Oleh sebab itu radikalisme
harus difahami dan dihadami falsafahnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks
perbincangan ini radikalisme mungkin dipandang negatif di kalangan penelaah.
Sekarang kita akan membicarakan tentang punca kebangkitan radikalisme seantero
dunia. Antara punca kebangkitan radikalisme:
a. Politik
Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia. Jika bicara tentang politik, ia
selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan.
Perkara ini telah terjadi apabila gerakan Islam seperti Barisan Penyelamat Islam (FIS)
telah memenangi pilihanraya Algeria telah dinafikan kemenangannya apabila pihak
tentera membatalkan keputusan pilihanraya. Natijahnya, FIS bangkit menentang secara
bersenjata dan pengemboman. Di Chechenya, Rusia telah menyerang kerajaan
Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk telah menuntut kemerdekaan.
Sekali lagi trajedi berdarah berlaku. Tindakan keras pemerintah atau penjajah
menyebabkan kebangkitan radikalisme di kalangan rakyat lokal. Akibat kurang sifat
demokratik dan toleransi, rakyat telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan
aktiviti keganasan.

b. Agama
Agama juga menjadi sumber aspirasi kepada tindakan kekerasan. Sebenarnya, semua
agama mengajar erti kedamaian bergantung kepada persepsi masing-masing. Tindakan
kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber kekuatan menentang
musuh. Sebagai contoh, agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang
Kerajaan Komunis China di Tibet dan gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain
Anglican Protestan di Ireland Utara. Persoalan yang timbul, Islam telah dikambing
hitamkan oleh Amerika Syarikat sebagai agama penganjur keganasan.
AS pasca 11 September telah melancarkan new crusade ke atas umat Islam.
Penentangan Barat terhadap Islam bermula secara aktif sejak zaman Perang Salib lagi.
Akibat pembantaian dan diskriminasi inilah lahirlah Osama Ben Ladin yang mengetuai
al Qaeda yang di dakwa melakukan keganasan global. Di peringkat Asia Tenggara,
Jamaah Islamiah telah didakwa mendalangi pengeboman di Jakarta dan Bali.
Menariknya, pengeboman ini didakwa dirancang oleh Dr.Azahari Husin dan Nordin
Mohamed Top, profesional dari Malaysia. Terfikirkah kita kenapa golongan profesional
yang mempunyai gaji tinggi dan kehidupan selesa sanggup menyertai aktiviti
keganasan?. Bahkan Osama sendiri seorang jutawan.
Semangat keagamaan didorong oleh kezaliman rejim Barat dan sejarah lampau yang
mengakibatkan bara dendam senantiasa ada. Barat selalu mencipta musuh, pada
mulanya komunisme dan selepas itu Islam. Semangat jihad dalam agama Islam selalu
didefinisikan sebagai galakan agama islam terhadap umatnya untuk melakukan
keganasan. Dengan semangat jihad inilah Taliban ditubuhkan oleh ejen CIA dan
perisikan Pakistan untuk menentang Mujahidin Afghanistan. Bantuan Amerika telah
melahirkan Osama yang memainkan semangat jihad melawan balik Amerika. Eksplotasi
jihad secara silap oleh gerakan Islam yang mudah terperangkap dengan muslihat
musuh menyebabkan jihad disilap tafsir.

c. Ideologi.
Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal. Komunisme telah dimulakan
dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin. Komunisme telah mencipta
pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong. Ideologi ini telah diimport
ke negara dunia ketiga. Malaysia juga tidak terlepas daripada pengaruh komunisme
sehingga kerajaan mengisytihar darurat. Komunisisme yang dipelopori oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan keganasan bagi menubuhkan Republik
Soviet Tanah Malaya. Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong
komunis di Filipina dan Thailand. Ideologi Fasis juga mengalakkan keganasan seperti
pemerintahan Hitler di Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo
Nazi yang mendukungi fahaman Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal.
Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat perkauman.
d. Ekonomi dan Sosial
Dasar ekonomi dan sosial antara punca kemunculan radikalisme dalam masyarakat
dunia. Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat
perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara. Perkara ini bertambah
hangat apabila digauli dengan faktor agama dan politik. Keganasan di Thailand Selatan
disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand. Kerajaan Thai selalu
menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua.
Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut. Kemudahan
sosial rakyat yang tidak terbela dan dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan
Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Akibatnya berlaku
demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.
KESAN KEGANASAN GLOBAL

a. Politik
Keganasan dan tindakan kekerasan mengakibatkan pemulihan sistem dan struktur
politik sesebuah negara akan terbantut. Lihatlah sistem politik Afghanistan kucar-kacir
akibat tiada pemerintahan berpusat selepas kejatuhan Kerajaan pro-Rusia pimpinan
Najibullah. Afghanistan dibahagi-bahagikan dan ditadbir oleh panglima perang. Begitu
di Somalia dan Iraq. Tindakan kekerasan oleh pejuang terutamanya pengeboman
berani mati dan peperangan gerila bandar telah menggugat pilihanraya dan kerajaan
baru Iraq.

b. Ekonomi dan Sosial


Ketidakadilan ekonomi dan sosial menyebabkan permusuhan antara kaum akan
berlaku secara berpanjangan. Tuntutan Gerakan Aceh Merdeka, Barisan Pembebasan
Mindanao dan Pertubuhan Pembebasan Rakyat Patani juga menyatakan hak-hak
sosial dan ekonomi ke atas wilayah tuntutan mereka. Tuntutan sukar diterima oleh
pihak pemerintah menyebabkan peperangan terus berlaku. Walaubagaimanapun, kes
Timor-Timur atau Timor Leste antara contoh kejayaan pihak pemberontak dengan
bantuan kuasa asing menuntut hak mereka daripada Indonesia.
c. Agama Islam
Agama Islam menghadapi kesan paling teruk dikala keganasan global semakin
membiak pesat. Islam melalui seruan jihadnya dianggap punca radikalisme. Media
massa Barat selalu menuding setiap keganasan didalangi oleh pejuang Islam. Perkara
ini menjejaskan kredibiliti agama Islam di mata dunia.
LANGKAH MENGATASI
Secara realitinya, amat sukar mengatasi masalah keganasan global hatta dengan

penangkapan Osama sendiri. Walau bagaimanapun, satu plan alternatif perlu dipapar
sekurang-kurangnya membendung kejadian keganasan dan tindakan kekerasan dalam
jangka masa pendek dan panjang.
a. Dialog Peradaban
Secara mudahnya, dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun
yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi.
Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap
inklusif. Seperti bicara Iman Hasan al Banna kita boleh bersama dengan perkara yang
kita sepakati dan menghormati jika perkara berlainan. Dialog Peradaban dapat
merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama.
b. Autonomi.
Sebenarnya sukar untuk memperolehi autonomi daripada pihak berkuasa kerana
keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah. Autonomi disini
bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam
politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara. Contoh, wilayah
autonomi Serb di Bosnia, Kosovo di Serbia dan wilayah Aceh di Indonesia. Sedikit
kekuasaan jika dikongsi bersama lebih berharga daripada peperangan.
c. Perkongsian Pintar
Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana
menang-menang di antara yang pihak berinteraksi. Pihak yang mempunyai kekuatan
membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya. Perkongsian pintar mewujudkan
sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan
persaingan. Contoh, Amerika Syarikat oleh membantu negara miskin daripada segi
ekonomi dan sosial.

d. Sukan
Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan
negara lain. Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh
seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat. Perlawanan ini
boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.

Pendekatan Fraenkel
Pendekatan Fraenkel diasaskan oleh Fraenkel J.R., Dalam pendekatan ini kita akan
mengkaji fakta-fakta yang relevan dalam menyelesaikan permasalahan. Kita juga
meneliti pro dan kontra atas setiap tindakan yang diambil. Model ini menekankan cara
menangani konflik secara analitikal dengan mengesan unsur-unsur nilai dan konflik
terlebih dahulu. Bagi mengalakkan penyelesaian konflik, model ini haruslah
dilaksanakan. Jika diamalkan oleh pihak yang bertentangan, mereka akan memikir
secara logik dan terbuka. Semangat muhibbah akan dapat disemai dalam setiap
permasalahan. Nilai moral yang murni harus diterapkan dalam pemikiran, tingkah laku
dan emosi manusia agar tiada lagi tindakan kekerasan yang menyebabkan berlakunya
lebih banyak tindakan kekerasan dan keganasan daripada pihak yang bertentangan.
Semua pihak harus menerima setiap fakta sebagai jalan penyelesaian bukannya
berlagak dengan sifat ego masing-masing. Sifat kenapa dan mengapa mereka
melakukan keganasan haruslah diselongkar agar setiap penilaian dapat dibuat dengan
adil.
KESIMPULAN
Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Apa yang menjadi persoalan
adakah bermoral jika pihak tertindas mengunakan pendekatan kekerasan dan

keganasan dalam tindakan mereka?. Adakah bermoral kelakuan ini?. Secara umunnya,
kita menganggap tindakan kekerasan adalah tidak relevan dan di luar lingkaran sifat
kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pihak tertindas menganggap tindakan mereka
adalah bermoral kerana mereka tidak dipernah diberi ruang atau alternatif secara aman
dan selalu dikotak-katik dan dikhianati. Bahkan pihak pendokong keamanan, keadilan
dan demokrasi sendiri yang dikatakan terlalu sakral itu sendiri dilihat tidak bermoral
seperti menyerang Iraq dan melakukan pembunuhan pelarian Palestin di Shatila dan
Sabra, Lebonan. Penilaian tindakan moral tentang kekerasan dan keganasan terlalu
subjektif dan bergantung kepada persepsi seseorang yang menilai.
Kesan psikologi keganasan
Serangan pengganas ke atas Mumbai, India menambahkan lagi episod serangan
keganasan di dunia yang dilihat sebagai satu tempat yang semakin tidak selamat untuk
didiami. Atas alasan apa sekalipun, keganasan sememangnya akan memberi impak
yang besar kepada kehidupan manusia. Lihat sahaja kesan serangan 11 September
dan pengeboman Bali ke atas rasa tidak selamat manusia.
Walaupun istilah 'serangan keganasan' itu mungkin membawa makna dan sifat yang
berbeza kepada pelbagai pihak, apa yang nyata keganasan adalah fenomena yang
kompleks dan pelbagai sifatnya.
Oleh itu, dalam membincangkan isu serangan keganasan, ia perlu dilakukan dengan
melihatnya dari pelbagai sudut, bukan setakat mencari satu teori untuk menerangkan
mengenai keganasan dan tingkah laku penyerangnya.
Tidak ada satu penjelasan atau teori yang dapat menerangkan kesemuanya mengenai
serangan keganasan dan penyerangnya. Begitu juga dalam melihat pola pembuat
keputusan yang dilihat berbeza daripada satu kumpulan kepada kumpulan pengganas
yang lain.

Walaupun elemen psikologi memainkan peranan penting dalam memahami mengapa


serangan keganasan berlaku, memahami fenomena kompleks ini memerlukan
pendekatan yang bersifat interdisiplin yang dapat mengintegrasi pengetahuan
mengenai keganasan daripada sudut sejarah, budaya, ekonomi, ideologi dan
keagamaan.
Dengan perkataan lain, adalah amat penting untuk memahami serangan keganasan
dari sudut konteks politik, sejarah dan budaya sesuatu kumpulan pengganas itu. Ini
kerana keganasan adalah produk di mana tempat dan masa sesuatu kumpulan
pengganas itu wujud atau dibentuk.
Penerangan dari sudut psikologi individu sahaja tidak mencukupi dalam memahami
mengapa serangan keganasan berlaku. Pengganas bukanlah terdiri daripada orang
yang mengalami kemurungan atau menghadapi gangguan emosi.
Malah, kemasukan ke dalam kumpulan pengganas akan menyaring keluar mereka
yang menghadapi masalah psikologi kerana ia melibatkan risiko keselamatan yang
perlu ditanggung.
Justeru, terdapat motivasi individu yang pelbagai dalam menyertai kumpulan
pengganas. Ada yang menganggap menyertai sesuatu kumpulan pengganas sebagai
memberi kuasa terhadap orang yang tidak berdaya. Membalas dendam dilihat sebagai
motivasi utama. Bagi kumpulan yang lain, keganasan bertujuan untuk mendapat
perhatian pihak luar.
Ada juga yang menganggap menganggotai kumpulan pengganas adalah perjuangan
suci yang perlu dilakukan (untuk tujuan tertentu). Jelas, bagi setiap kumpulan
pengganas terdapat perbezaan dari segi motivasi mengapa keganasan dilakukan.
Satu yang nyata ialah serangan keganasan bukan bersifat psikologi individu, tetapi
lebih kepada sifat berkumpulan atau berorganisasi dan bercirikan sosial psikologi. Ia

memerlukan satu penerangan analitikal untuk memahami fenomena keganasan yang


bersifat kompleks ini.
Pengganas telah meletakkan identiti individu ke dalam identiti kumpulan dengan tujuan
mereka dapat berkhidmat kepada kumpulan, organisasi atau jaringan mereka. Itulah
keutamaan bagi mereka.
Bagi sesetengah kumpulan pengganas, terutama kumpulan pemisah, identiti kolektif ini
dibentuk di peringkat awal lagi. Perasaan seperti kebencian ditanamkan dalam sanubari
yang kemudiannya menjadi seolah-olah satu cara hidup mereka. Mereka sanggup mati
kerananya.
Serangan keganasan menghakis perasaan keselamatan dan jaminan di peringkat
individu dan komuniti. Ia boleh mencabar keperluan manusia di seluruh dunia untuk
menjadi sebuah dunia yang selamat, teratur dan dikawal (Lerenr, 1980).
Kajian menunjukkan keganasan yang disengajakan menghasilkan kesan kesihatan
mental yang lebih panjang daripada bencana alam semula jadi atau kemalangan.
Serangan keganasan adalah kejadian yang menyumbang kepada kesan menyeluruh
seperti kepada mangsa dan keluarganya, rakan, pekerja penyelamat serta saksi
kejadian. Malah, kesannya kepada keselamatan psikologi kepada sesuatu negara,
bangsa dan dunia juga amat signifikan.
Kesan serangan keganasan kepada individu dan komuniti adalah berpanjangan.
Mangsa-mangsa yang selamat sering kali merasa ketidakadilan telah dilakukan
terhadap mereka. Peristiwa ini boleh membawa kepada perasaan kemarahan,
kekecewaan, ketakutan, rasa tidak berdaya dan keinginan untuk membalas dendam.
Kajian juga mendapati bahawa bertindak balas ke atas perasaan kemarahan ini dan
keperluan untuk membalas dendam boleh meningkatkan lagi rasa marah dan bersalah

mangsa. Ia bukan lagi mengurangkan tekanan perasaan mereka.


Bagaimanapun, mekanisme mangsa untuk pulih kembali daripada peristiwa traumatik
serangan keganasan adalah kuat. Ramai pakar trauma bersetuju bahawa kesan
psikologi kepada komuniti ialah mereka menjadi lebih kuat bukannya bersifat
psikopatologi.
Perasan takut, kebimbangan dan mengalami semula, keinginan untuk mengelak dan
simptom hiperarousal jika wujud akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.
Bukti telah menunjukkan bahawa individu yang paling berisiko kepada kesan traumatik
stres seperti posttraumatic stress disorder (PTSD) ialah mereka yang mengalami
pendedahan yang paling tinggi kepada peristiwa tersebut seperti mangsa dan keluarga
mangsa.
Pekerja penyelamat yang mempunyai hubungan langsung atau tidak dengan mereka
yang hilang atau terbunuh juga akan merasa kesannya. Satu tugas yang sukar kepada
pekerja penyelamat adalah untuk membuang/menghilang kesan-kesan kematian
(seperti membuang mayat) dan aspek-aspek pengenalpastian mangsa yang terbukti
dikaitkan dengan PTSD yang tinggi.
Satu contoh kesan psikologi serangan keganasan ialah pengeboman Oklahoma City.
Hampir separuh daripada mangsa yang hidup terdedah secara langsung kepada
pengeboman dilaporkan menghidap masalah kebimbangan, kemurungan dan ketagihan
alkohol.
Lebih daripada satu pertiga melaporkan kecelaruan stres traumatik. Lebih setahun
selepas pengeboman, peningkatan ketagihan alkohol, merokok, stres dan simptomsimptom PTSD meningkat dibandingkan dengan perkara-perkara yang sama di bandarbandar lain.

Serangan keganasan dalam apa jua bentuk akan menyumbang kepada kesan sama
ada psikologi, fizikal, sosial, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Serangan
pengganas menjadikan seolah-olah dunia dilihat sebagai satu tempat yang semakin
tidak selamat untuk didiami.
Oleh itu, atas alasan apa sekalipun, serangan keganasan bukanlah satu bentuk
perjuangan yang dilihat wajar diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai