Anda di halaman 1dari 2

1

1.0 PENGENALAN

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina
sesebuah tamadun bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep
memanusiakan manusia. Bermula dengan memberi maklumat sehinggalah dapat
melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis dalam menghadapi
kehidupan dan cabaran yang sebenar.

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan
betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan
jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu
menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru
terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini,
jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi
kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi
secara professional dan kreatif.

Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh
dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting
kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dimana dalam
pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan
menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian
dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan
berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan
atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta
2

tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa.

Tugasan EDU3108 berkait rapat dengan Kod Etika Keguruan dan juga
peranan serta kepimpinan guru. Tugasan Kod Etika Keguruan memerlukan guru
pelatih mencari sau artikel atau jurnal pendidikan yang berkaitan dengan
pelanggaran kod etika tersebut dan kemudian membuat ulasan kritis berdasarkan
tajuk yang dipilih. Seterusnya, penulisan akademik berkaitan dengan peranan
dan kepimpinan guru perlu disediakan. Perbezaan antara guru dahulu dengan
guru sekarang menjadi fokus dalam penulisan tersebut. Tugasan akhir
memerlukan guru pelatih menyediakan penulisan reflektif yang merangkumi
perjalanan guru pelatih sepanjang tempoh pengajian untuk bergelar seorang
guru. Pengisian refleksi adalah seperti pengalaman, cabaran dan juga masalah
yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai