Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Matlamat utama sesebuah negara iaitu membina negara bangsa yang berjaya. Sesuailah jika
dirujuk melalui Kamus Dewan Edisi Kelima, negara bangsa merupakan negara berdaulat yang
didiami oleh satu bangsa.

Para guru merupakan wacana rakyat yang paling penting dalam melaksanakan
inovasi dan transformasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran rakyat. Para pendidik
perlu melakukan perubahan diri secara berterusan supaya mereka tetap proaktif dalam
pendidikan. Melalui konteks ini, pembangunan profesional guru dan pembelajaran sepanjang
hayat telah dijadikan sebagai satu komponen teras sebarang cabaran dalam bidang
pendidikan

2.1) DEFINISI PROFESIONALISME KEGURUAN

Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-
lain) sebagaimana yang sewajarnya ter¬dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
“Profesionalisme” itu sendiri berasal daripada perkataan “profesi” yang bermaksud suatu
bidang pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai
individu yang bekerja sesuai dengan standar moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan
tersebut.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, ‘profesion’ merupakan suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan latihan yang khas, pendidikan, kecekapan, kemahiran yang tinggi.
Mok Soon Sang (1996) pernah menyatakan konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan
yang dilaksanakan oleh inividu yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu,
dedikasi dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, profesion keguruan merupakan
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab,
integriti dan akauntabiliti terhadap pelajar dan masyarakat.

Amalan nilai dan akhlak yang terpuji hendaklah disematkan dalam profesion keguruan
terutamanya pada perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini. Bagi
menyediakan guru menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang kepada negara
pada masa hadapan, penerapan nilai-nilai murni murni oleh guru kepada pelajar sangat
penting. Misalnya para guru hendaklah menjadi kreatif serta inovatif dalam menyampaikan
ilmu kepada para pelajar memandangkan pelbagai peranti boleh digunakan untuk
mengembangkan lagi idea guru-guru mahupun para pelajar.
3.0) ELEMEN UTAMA YANG PERLU ADA DALAM DIRI GURU PROFESIONAL

Terdapat banyak ciri guru profesional yang perlu ada dalam diri setiap guru. Seseorang guru
endaklah mempunyai ilmu, berketrampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru juga perlulah mempunyai sahsiah ang boleh
menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin iaitu para pelajar. Antara
ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai
komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008 dalam Nor
Hasnida Che Ghazali, 2014). Rajah 1 menunjukkan ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh
seorang guru.

Rajah 2: Model guru yang professional

Selain daripada itu, guru yang profesional juga harusnya mempunyai enam
konsep berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah,
menjalankan amalan profesional di sekolah, bertingkah laku secara profesional di dalam bilik
darjah serta sekolah, bersikap tanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima
kursus latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan bertanggungjawab
sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014).

3.1) CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar, profesion keguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Secara umumnya, guru mesti
mencintai profesion keguruan, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar, sanggup
mendidik dan menunjuk ajar murid-murid, bersifat sabar, berkeperibadian mulia,mampu
menghadapi cabaran dunia pendidikan dan sanggup bekerja tanpa mengira di bandar atau di
luar bandar.

Secara peribadi, guru mesti berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
Guru mesti sentiasa menunjukan contoh dan teladan yang utuh sama ada di dalam atau di
luar kelas. Guru perlu mengajar kebertanggungjawaban murid-murid dan budi pekerti yang
tinggi. Terhadap pelajar, guru mesti mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai
maruah orang lain, mengajar anak murid cara belajar, menganalisis dan berfikir secara kritis,
menghubungkan “mata pelajaran” dengan kehidupan murid, kenal, hormati dan mempercayai
murid-murid, menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid berfikir, mengalakan anak murid
bertanyakan soalan mengenai pelajaran dan menghadiri dalam aktiviti-aktiviti yang murid
terlibat seperti sukan tahunan sekolah dan persembahan dalam sekolah. Guru mesti bersikap
adil terhadap muridnya untuk mengelak meluka hati murid dan menjejaskan hubungan antara
murid-murid.

Terhadap tugas mengajar pula, guru mesti mempastikan situasi ”guru mengajar
murid belajar” wujud dalam kelas. Guru mesti merancang pengajaran terdahulu, memberi
masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan sering mengukur kemajuan dan memberikan
maklumbalas kepada murid-murid. Guru juga perlu melakukan refleksi dan kritik kendiri,
berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman. Selain itu,
guru harus fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Secara
berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang
sentiasa baru dan segar serta relevan.

Terhadap disiplin, selain menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang diajar,
guru perlu bersikap aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya. Guru mesti seorang yang mendahagakan ilmu., suka membaca, dan sudi
menghadiri konferens, konvensyen, bengkel & seminar dan mengikuti kursus-kursus dalam
perkhidmatan. Guru harus menjadi peranan baik kepada murid-murid seperti menegur sapa
dengan orang lain tidak mengira umur, jantina dan status seseorang dan berusaha menyertai
unit-beruniform, persatuan dan kelab, sukan dan permainan. Rajah 1.1 menunjukkan antara
ciri guru yang profesional.

Rajah 2.1 : Ciri-ciri guru profesional

4.0) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : MEMBENTUK GURU YANG MEMENUHI


ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA
Manusia mengetahui bahawa pendidikan yang kita lalui digunakan sehingga ke akhir hayat.
Hal ini sama maksudnya dengan pembelajaran yang dilakukan sepanjang hayat. Pendidikan
kebiasaannya terbahagi kepada dua jenis iaitu pembelajaran secara formal dan pembelajaran
secara tidak formal. Pembelajaran semestinya menggunakan pancaindera seperti
pendengaran, penglihatan dan juga sentuhan deria-deria. Oleh yang demikian, pembelajaran
sepanjang hayat merujuk kepada penimbaan ilmu sehingga ke akhir hayat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), pendidikan bermaksud perihal


mendidik, ilmu, didikan, latihan dan juga ajaran. Manakala perkataan ‘sepanjang’ bermaksud
segenap waktu, selama dan juga seluruh. Hayat pula bermaksud kehidupan ataupun hidup.
Secara generalisasinya, pembelajaran merupakan proses pemerolehan maklumat dan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan kepercayaan manusia dalam pendidikan. Proses
pembelajaran ini berlaku di mana-mana tempat pada sebarang masa.

Menurut Knassel, Meed dan Rosetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini
dapat dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga sebagai “The Three Es” iaitu
pekerjaan, memberi kuasa dan keseronokan. Kemampuan seseorang menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama bagi mendapatkan tawaran
pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang
kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali
sebagai "employability fever" di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki
kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di
dalam bidang yang mereka minati.

Guru berkualiti merupakan nadi utama kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan
Negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan keberhasilan murid. Bagi
memastikan para guru kekal relevan dan efektif dalam era globalisasi yang semakin mencabar
kini, para guru hendaklah menyempurnakan diri dengan dengan ciri-ciri pendidik profesional
abad ke-21. Rajah 2 menunjukkan tujuan pemantapan pembangunan profesional berterusan.

Rajah 2.2 : Tujuan pemantapan pembangunan profesional berterusan

Oleh yang demikian, pihak kerajaan Malaysia telahpun merancang pelbagai tindakan bagi
memastikan pembangunan profesional berterusan sebagai salah satu cabang pembelajaran
sepanjang hayat dimantapkan. Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun merangka Model
Pembangunan Profesional Berterusan. Model ini menggariskan tiga standard utama iaitu
amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai guru bagi
membolehkan mereka memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai pelaksana,
penggerak, pembimbing dan mentor, peneraju perubahan, pemikir strategik dan pemikir
holistik. Rajah 2.1 menunjukkan tiga pendekatan pembelajaran sepanjang hayat untuk
pembangunan profesionalisme keguruan akan digunakan.

Rajah 2.3 : Tiga pendekatan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan


profesionalisme keguruan akan digunakan.

4.1) PERANAN GURU UNTUK MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG


HAYAT

Para guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ketiga-tiga pendekatan
pembelajaran sepanjang hayat untuk profesionalisme keguruan diamalkan dalam kehidupan
para guru. Para guru hendaklah menjadi sebagai seorang penyiasat yang aktif dalam
menegakkan semula budaya penyelidik, menjadi pemikir yang kritikal. Oleh yang demikian
budaya pemikiran yang reflektif, bersikap terarah kendiri dengan rutin budaya membaca serta
menjadi pembicara yang berkesan. Hal ini dapat memantapkan lagi budaya kolaboratif. Rajah
2.2 menunjukkan peranan-peranan guru untuk membudayakan pembelajran sepanjang hayat.

Rajah 2.4 : Peranan-peranan guru untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Peranan guru merupakan perkara yang paling penting bagi memastikan budaya
pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan oleh murid-murid mahupun para guru
sendiri. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan lagi budaya pembelajaran sepanjang hayat,
wajarlah sekiranya setiap pihak memberi peranan yang lebih efektif terutamanya pihak ibu
dan bapa yang mempunyai anak-anak untuk diberikan pendidikan.

6.0) CABARAN-CABARAN PROFESIONALISME PERGURUAN

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru
membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang
menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. Pergolakan
dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan.

6.1) CABARAN DALAM PROFESION KEGURUAN

Kompleksiti tugas dalam profesion keguruan sering disalahtafsir oleh ahli masyarakat yang
beranggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu bekerja setengah
hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak. Pada hakikatnya, tugas guru adalah
melangkaui waktu persekolahan. Di samping melaksanakan tanggungjawab mengajar murid,
guru turut berperanan melaksanakan tugas berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang
lain.

Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang tidak
mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi
juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan
juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Faridah dan Zubaidah, 1999). Selain
daripada itu, guru juga turut menjalankan tugas tambahan seperti menjadi guru penasihat
persatuan, jurulatih permainan dan sukan, mengendalikan rekod murid, memeriksa kerja
murid, menyedia persediaan mengajar serta kertas soalan dan menanda kertas peperiksaan.
Pelaksanaan tugas tambahan ini menuntut guru untuk datang ke sekolah selepas waktu
persekolahan termasuklah pada hujung minggu dan semasa cuti persekolahan.

6.2) CABARAN DARIPADA MURID

Norhayati Md Said (2007, Julai 29) dalam tulisannya “Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai’
yang disiarkan di Berita Minggu, turut mengakui bahawa masalah disiplin ketika ini bukan
boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat anak zaman sekarang
terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki
dan wanita serta pelbagai masalah yang tidak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.
Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh guru.

Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan
semangat guru. Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada mengambil tindakan
disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana
bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya
mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah,
mereka akan menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam
dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta
guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil
tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya,terdapat
banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru, menumbuk guru, malah ada juga pelajar
yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun. Satu kes pernah dilaporkan oleh
akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya
dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan hukuman guru
terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah. Dalam kejadian tersebut,
murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri.

7.0) KESIMPULAN
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan
sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,
beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh
masyarakat. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini
menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut
kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan.

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain
masih relevan dalam era globalisasi. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus
berfikiran global dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia
yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak
dan berhati-hati.

Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak
mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang
menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum. Usaha Kementerian
Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah
kita hari.

Anda mungkin juga menyukai