Anda di halaman 1dari 5

NATO (North Atlantic Treaty Organization) atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara merupakan perikatan ketenteraan yang ditubuhkan

pada 4 April 1949. Tujuan nyata perikatan ini ditubuhkan ialah untuk mempertahankan Amerika Syarikat, Kanada, Eropah Barat dan Turki dari Kesatuan Soviet dan lain-lain anggota Pakatan Warsaw (Warsaw Pact). dengan tujuan nyata mempertahankan Amerika Syarikat, Kanada, Eropah Barat, dan Turki dari Kesatuan Soviet dan lain-lain anggota Pakatan Warsaw.

Peluasan geografik NATO telah berubah pada tahun 1990-an. Kini, NATO tidak lagi sebuah persekutuan pertahanan semata-mata seperti semasa Perang Dingin. Kesemua usaha NATO semasa Perang Dingin berterusan, termasuklah persetujuannya untuk menggunakan senjata nuklear jika berasa senjata itu diperlukan. Tetapi selepas penumbangan negara-negara Stalinis pada tahun 1991, NATO menghuraikan semula matlamatnya agar kawasan beroperasi kami menjadi sebahagian daripada konsep strategik baru. Pada awalnya, ini dilihat sebagai peranan menjaga kedamaian, tetapi seperti yang dilaporkan oleh Institut Pelajaran Strategik Antarabangsa, penguasaan tunggal NATO bagi operasi Kuasa Pelaksanaan (IFor) di Bosnia menukar pandangan ini. Maka, penumbangan rejim-rejim Eropah Timur, peluasan NATO dan pengalaman di Balkan menjana kedesakan NATO untuk menggunakan pengaruh ketenteraan di luar sempadannya.

Sususan Dunia Baru yang dijanjikan sepuluh tahun lalu tidak akan menjelma. Ketidakseimbangan di antara kuasa ketenteraan Amerika Syarikat dan negara-negara lain di dunia yang dahulunya dikatakan jaminan bagi kedamaian dunia, kini didedahkan sebagai punca ketidak-

stabilan. Perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat lebih banyak daripada tiga belas negara yang disenaraikan di bawahnya. Namun, bahagian perdagangan dunia dan pengeluaran dunia Amerika Syarikat sememangnya kurang daripada tahapnya semasa Perang Dingin. Inilah salah satu sebab utama mengapa kekuatan ketenteraan seringkali menjadi pilihan polisi bagi kelas pemerintah Amerika Syarikat. Satu lagi sebab adalah untuk melemahkan ekonomi Rusia. Tetapi polisi menggunakan kelemahan ini untuk mendukung Rusia bersama dengan matlamat peluasan NATO, mempunyai kelemahan sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh Perang Balkan. Lebihlebih lagi ketika NATO mendekati Rusia, mesin ketenteraan Rusia yang lebih canggih mungkin dilihat oleh pemimpin-pemimpin negara itu sebagai aset yang mengancamkan.

Pendekatan secara umumnya adalah merujuk kepada satu struktur pemahaman yang sistematik terhadap sesuatu ilmu. Ia mempunyai beberapa asas yang dijadikan rujukan untuk mengkaji tentang sesuatu fenomena. Di antara ciri-ciri yang mendasari sesuatu pendekatan ialah andaian dan konsep-konsep asas. Bagi kajian mengenai politik dunia, pendekatan realisme, merupakan antara pendekatan popular untuk mengkaji fenomena-fenomena antarabangsa berdasarkan perspektif tersendiri. Pendekatan Realisme Pendekatan Realis mendominasi kajian politik dunia semasa era Perang Dingin sehingga kini. Kemunculannya adalah sebagai reaksi kepada pendekatan Idealisme yang bersifat ideal serta terlalu melihat kepada apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya realiti sebenar sesuatu fenomena itu berlaku. Prinsip Idealisme yang ideal tidak memberi kesan dalam mengkaji tingkah laku negara-negara sehinggalah membawa kepada Perang Dunia Kedua sekaligus

menenggelamkan peranan Liga Bangsa yang menjadi kepercayaan golongan Idealis. Ekoran kegagalan Idealis ini, maka lahirlah pendekatan Realisme yang menggunakan kuasa sebagai teras untuk menerangkan politik dunia dengan mengenepikan pemikiran yang penuh harapan seperti Idealis. Menurut Viotti & Kauppi (1987), sejarah permulaan pendekatan Realisme diasaskan dari pemikiran zaman klasik seperti Thucydides (471-400 S.M), Machiavelli (1429-1527) dan Thomas Hobbes (1588-1679). Ketiga-tiga tokoh ini menggunakan kuasa sebagai asas yang mendasari pendekatan Realisme. Di dalam pendekatan ini juga, aktor utama yang paling ditekankan ialah negara dimana ianya berbeza daripada pendekatan Idealisme yang menjaga kemandirian individu. Seterusnya, Realisme mempunyai tiga andaian utama yang menjadi asas kepada pendekatan ini. Pertama, golongan Realis mengandaikan manusia secara semula jadinya bersifat tamak dan mementingakn diri sendiri. Manusia juga disifatkan sebagai jahat dan tidak boleh dipercayai antara satu sama lain. Kedua, golongan Realis mengandaikan tingkah laku negara adalah rasional. Maka sebarang tindakan negara yang dilihat mencabulinegara lain diterima atas asas negara sebagai aktor rasional yang bertindak untuk kepentingan dan kemanana negara. Ketiga, Realis mengatakan aktor-aktor negara menyuarakan matlamat mereka dari satu suara yang diabsahkan yakni pemerintah di negara tersebut. Dalam keadaan ini pandangan pemerintah akan diletakkan sebagai pandangan negara. Selain andaian, terdapat beberapa konsep asas yang relevan dengan pendekatan Realisme. Diantaranya ialah konsep kuasa, keseimbangan kuasa, sistem antarabangsa dan bantaun kendiri (self help). Menurut Viotti & Kauppi (1987), kuasa dari perspektif Realis ialah merujuk kepada

keupayaan aktor untuk mengawal atau mempertingkatkan pengaruh atau kesan dari tindakannya ke atas pihak lain. Dalam keadaan dunia yang bersifat anarki, Realis menyarankan perlunya sesebuah negara memiliki kuasa untuk menjamin keselamatan Negara disamping

mempertahankan kedaulatan dan maruah. Oleh itu, fenomena persaingan kuasa merupakan penentu untuk mencapai keamanan dunia. Konsep keseimbangan kuasa pula merujuk kepada kedudukan keseimbangan di antara negara dalam politik dunia. Kedudukan ini perlu untuk mengelakkan wujudnya satu kuasa yang dominan. Keseimbangan tersebut boleh dicapai menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negara-negara dan penubuhan pakatan ketenteraan negara-negara. Sebagai contoh, semasa era Perang Dingin, terdapat dua pakatan ketenteraan utama di dunia iaitu NATO yang diketuai Amerika dan Warsaw Pact yang diterajui Kesatuan Soviet. Dalam system antarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep yang dipegang oleh golongan Realis iaitu bantuan kendiri atau (self help). Sistem dunia yang bersifat sedemikian telah melahirkan rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia. Oleh itu, negara akan mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelum menerima bantuan atau berinteraksi dengan negara lain. Setiap negara bimbang mengenai isu keselamatan dan keamanan negaranya. Setiap negara tidak menginginkan peperangan. Namun begitu dalam situasi dunia pada masa kini setiap negara perlu bersedia mempertahankan negaranya. Mengikut pandangan realis, dunia berada dalam keadaan anarki dan setiap negara harus mempunyai kuasa yang kuat untuk meneruskan survival masing-masing. Dan menurut salah seorang tokoh realis is menyatakan bahawa matlamat menghalakan cara. Oleh sebab itu dalam dunia yang global ini, negara yang mengamalkan fahaman ini seperti Amerika Syarikat bebas melakukan apa sahaja untuk melindungi negaranya seperti pencerobohan terhadap Iraq, Pakistan dan negara lain. Dalam sistem globalisasi, realis lebih mementingkan kuasa, mereka melihat kuasa sebagai motivasi utama dalam semua kehidupan politik bagi meneruskan kesinambungan manusia di peringkat antarabangsa. Bagi kautilya kuasa bermakna kekuatan iaitu ilmu, tentera serta keupayaan untuk melaksana. Tokoh H. Morgenthau melihat kuasa sebagai satu bentuk untuk menguasai, mengawal dan mempengaruhi sesuatu tindakan.

Matlamat akhir bagi realis ialah kesemua negara adalah kesejahteraan dalam persekitaran anarki. Realis pada masa yang sama mengakui kewujudan organisasi antarabangsa, tetapi tidak memainkan peranan utama sebagaimana kuasa sesebuah negara. Justeru, kuasa adalah konsep utama golongan realis. Walaubagaimanapun, realis bukanlah penghasut perang, tetapi mereka mengandaikan keamanan boleh dicapai melalui kuasa. Dalam memperkatakan mengenai globalisasi juga tidak dapat dinafikan wujudnya kebimbangan negara terhadap kesan-kesan negatifnya terutama dari segi keselamtan negara. Hal ini kerana, setiap negara dan individu dengan mudah boleh mendapatkan maklumat mengenai sesebuah negara itu. Penciptaan teknologi ketenteraan yang canggih seperti nuklear menyebabkan wujudnya dilemma keselamatan terutama negara yang sedang membangun. Oleh sebab itu negara seperti Amerika Syarikat amat mementing kuasa dan kemajuan teknologi ketenteraan mereka. Walaupun amerika mempunyai senjata nuklear namun dalam dunia yang globalisasi ini, mereka tetap berasa bimbang. Tambahan pula dengan kemajuan sistem teknologi ketenteraan hingga dikatakan telah muncul senjata baru seperti WMD (worlds mass destruction). Oleh sebab itu Amerika telah bertindak terlebih dahulu untuk menjamin keselematan dan keamanan negaranya Dalam menghuraikan dasar luar Amerika Syarikat selepas peristiwa 11 September 2001 khususnya mengikut pandangan realiseme, dua kajian kes akan menyoroti pemikiran ini iaitu pencerobohan terhadap Afghanistan dan Iraq. Selepas peristiwa tersebut dasar luar Amerika lebih jelas terhadap sebarang bentuk ancaman yang dirasakan mampu menggugat keselamatan negaranya. Antara konsep realisme yang memberi fokus kepada huraian ini ialah yang melibatkan konsep kuasa, negara, kelangsungan hidup(survival), kendiri (self- help), kedaulatan, hegemoni dan kepentingan negara(national interest). Seperti yang telah dihuraikan konsep ini akan mendominasi dasar luar yang diambil oleh Amerika Syarikat. Justeru dalam kajian kes ini kedua-dua keadaan akan dilihat secara relevan melalui kaca mata realisme. Pembaca akan dapat melihat bagaimana pemikiran realisme mentafsir perkara-perkara yang berlaku mengikut pendekatan dan teori mereka. Viotti, P. & Kauppi, M.1987. International Relations Theory. New York. Collier Macmillan Publishers.

Anda mungkin juga menyukai