Anda di halaman 1dari 6

Teori Realisme

Posted on January 29, 2013

Kemunculan Teori Realisme.


Teori ini dikatakan telah mula digunakan sejak zaman empayar Greek dan
Yunani lagi dan buktinya realisme dikesan pada karya Thucydidas iaitu A
2

History of Philoponnesian War yang telah melihat perang diantara Sparta dan
Athens pada zaman kegemilangan Greek. Karya karya lain yang menjadi
pendukung kepada kepada teori ini adalah seperti The Prince yang dihasilkan
oleh Nicolo Machiavelli
Realisme telah muncul semula selepas Perang Dunia Pertama iaitu antara
tahun 1914 sehingga tahun 1918.Realism muncul semula adalah disebabkan
oleh kelemahan Idealisme yang tidak berjaya mengelakkan perang daripada
berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua.
Semasa perang dunia kedua, kita dapat lihat bahawa entiti negara
terutamanya Negara-negara kuasa besar mula menekankan konsep kepentingan
nasional berbanding kepentingan bersama iaitu satu konsep yang didukung oleh
golongan idealisme.Hal ini kemudiannya memberi peluang kepada teori
realisme untuk muncul semula selepas Idealism gagal untuk menangami
berlakunya perang semula dan realism juga telah memainkan peranan yang
penting untuk menjelaskan keadaan dan situasi antarabangsa dari tahun 1914
1945.
Pendekatan realisme atau power politic ini sudah mula menggantikan
konsep idealisme kerana konsep idealisme dilihat terlalu goyah untuk dijadikan
petunjuk yang baik dalam realiti hubungan antarabangsa. Ini kerana,ia terlalu
perspektif dan normatif iaitu sifat manusia digambarkan
terlalu positif.Atas dasar ini,maka E.H.Carr telah mencetuskan idea dimana
kuasa adalah salah satu faktor penting dalam mendukung keutuhan
sesebuahnegara.Apa yang dimaksudkan disini ialah, kuasa akan meninggikan
martabat sesebuah negara.
Sarjana Sarjana Realisme

E.H Carr (The Twenthy Years Crisis).

H.J Morganhtau (Politics Among Nations).

Reinhold Niebuhr.

Arnold Wolfers.

Kenneth W.Thompson

Andaian Asas Dalam Teori Realisme


1.

Manusia adalah secara semulajadi pentingkan diri dan tidak boleh


membebaskan diri dari fakta bahawa mereka dipacu untuk bersaing
sesama sendiri demi kepentingan diri.

2.

Sistem negara adalah berbentuk anarki.Tiada kuasa selain negara yang


mampu meregulasikan interaksi mereka,negara perlu berhubung dengan
negara lain,berbanding dikawal oleh entiti lain.

3.

politik antarabangsa seperti yang dibahas oleh Thomas Hobbes adalah


usaha mendapatkan kekuasaan,perang terhadap semua.

4.

obligasi bagi setiap negara adalah matlamat di mana semua objektif


antarabangsa harus disubordinat bertujuan mempromosi kepentingan
nasional dan memperoleh kuasa bagi mencapai matlamat tersebut.

5.

sifat anarki dalam sistem antarabangsa menggambarkan bahawa negara


memerlukan keupayaan militari yang sesuai bagi menghadapi serangan
musuh dan menggunakan pengaruh yang ada untuk mempengaruhi
negara lain.

6.

ekonomi adalah kurang releven kepada keselamatan nasional berbanding


militari.

Prinsip Prinsip Teori Realisme


Hans J.Morghentau iaitu Politics Among Nations : The Struggle For Power And
Peacepada 1948 telah menggariskan enam prinsip utama Realism iaitu :
1. Politics, like society in general, is governed by objective laws that have their
roots in human nature which is unchanging: therefore it is possible to develop a
rational theory that reflects these objective laws.
2. The main signpost of political realism is the concept of interest defined in
terms of power which infuses rational order into the subject matter of politics,
and thus makes the theoretical understanding of politics possible. Political
realism stresses the rational, objective and unemotional.
3. Realism assumes that interest defined as power is an objective category
which is universally valid but not with a meaning that is fixed once and for all.
Power is the control of man over man.

4. Political realism is aware of the moral significance of political action. it is also


aware of the tension between moral command and the requirements of
successful political action.
5. Political realism refuses to identify the moral aspirations of a particular nation
with the moral laws that govern the universe. It is the concept for interest
defined in terms of power that saves us from the moral excess and political folly.
6. The political realist maintains the autonomy of the political sphere. He asks
How does this policy affect the power of the nation? Political realism is based
on a pluralistic conception of human nature. A man who was nothing but
political man would be a beast, for he would be completely lacking in moral
restraints. But, in order to develop an autonomous theory of political behavior,
political man must be abstracted from other aspects of human nature.
(Politics Among Nations : The Struggle For Power and Peace,1948)
Konsep Realisme
1.Sifat semulajadi manusia(Human nature)
Menurut Machiavelli,manusia dilahirkan dengan adanya sifat-sifat diri yang
buruk dimana adanya sifat tamak,pentingkan diri sendiri dan mahu berkuasa
dalam segala hal.Melalui pemikiran Machiavelli,sifat buruk manusia ini telah
mendorong kepada keadaan yang kucar-kacir dan anarki dalam sesebuah
negara. Oleh kerana sifat buruk manusia ini,maka ia sekaligus telah memberi
kesan yang buruk terhadap sesebuah negara.Melalui teori realisme ini,dalam
menjalinkan hubungan antarabangasa ini,pemimpin perlulah ada sifat yang
agresif dan kepentingan diri perlulah diutamakan berbanding dengan
kepentingan yang lain. Pendekatan yang ditekankan oleh golonagn realisme
mengenai hubungan antarabangsa ini adalah bertepatan dimana manusia
haruslah menguasai kuasa yang ada pada diri mereka.
2.Politik antarabangsa dan konsep kuasa.
Menurut apa yang terdapat didalam teori realisme ini,politik antarabangsa
adalah amat penting dalam pembentukan sesebuah negara. Menurut
pandangan realisme ini lagi,kestabilan politik sesebuah negara akan

menentukan sendiri,sama ada sesebuah negara itu stabil ataupun


tidak.Keadaan ini dapat kita perhatikan dalam negara-negara Kesatuan Eropah
atau EU seperti Perancis,Itali,Sepanyol dan lain-lain, politik antarabangsa
mereka stabil dan tidak terancam.Fenomena ini telah membawa kepada
kestabilan ekonomi mereka.
3.Kepentingan nasional (national interest)
Dalam teori yang dikemukakan oleh E.H.Carr ini, kepentinghan nasional adalah
sesuatu yang penting dan ia amat dititikberatkan.Seperti mana yang kita
ketahui,kepentingan diri haruslah dipentingkan berbanding dengan kepentingan
yang lain.Dasar luar sesebuah negara juga akan dibentuk berdasarkan kepada
kepentinagan nasional.Sebagai contoh,jika sesebuah negara itu menjalinkan
hubungan yang baik dengan negara yang lain,pasti ada kepentingan lain yang
dikehendakinya.Misalnya kita dapat lihat melalui apa yang sedang dilakukan
oleh Amerika Syarikat dan Israel.Israel mempunyai kepentingan yang tersendiri
apabila menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.Kepentingan yang
dikehendaki oleh Israel adalah dari segi ketenteraan.Israel memerlukan bantuan
ketenteraan daripada Amerika Syarikat kerana teknologi ketenteraan yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat adalah yang paling maju dan terbaik berbanding
dengan negara-negara yang lain.Sebagai balasan keatas apa yang diberikan
kepada Israel,maka Israel telah membantu Amerika Syarikat dalam menjana
pertumbuhan ekonominya.Seperti yang kita ketahui,kebanyakan daripada
penyumbang utama pergerakan politik di Amerika Syarikat adalah rakyat Israel
yang tinggal di Amerika Syarikat. Daripada apa yang kita ketahui sekarang ini
ialah,kedua-dua buah negara tersebut adalah saling bergantung diantara satu
sama lain.Keadaan inilah yang dinamakan sebagai kepentingan nasional bagi
sesebuah negara yang diperkatakan oleh golongan realisme.
4.Negara bangsa dan penonjolan negara bangsa(militari).
Konsep realisme yang seterusnya adalah wujudnya negara bangsa dan
penonjolan dalam sistem antarabangsa.Dalam konteks ini,soal militari
haruslah dipertingkatkan.Dalam soal ini,penekanan dan fokus haruslah
diluruskan kearah aspek negara bangsa dan sistemantarabangsa.Hal ini
demikian kerana,negara bangsa adalah actor atau pelaku penting dalam
hubungan antarabangsa.Golongan realisme percaya bahawa,sistem
antarabangsa adalah states-centric,iaitu ia merupakan actor utama dalam

sesbuah negara.Bagigolongan ini,pelaku bukan negara seperti NGO diletakkan


di central ataupun dipertengahan.Keadaan ini membawa maksud
bahawa,actor atau pelaku lain dalam sesebuah negara tidak dibenarkan wujud
kerana ia hanya akan menganggu ketenteraman sesebuah negara.Menurut
realisme lagi,sistem antarabangsa adalah dalam keadaan anarki yang sentiasa
berada dalam keadaan yang kacau-bilau dan tidak selamat.Dalamhal ini
keselamatan negara haruslah dititikberatkan Hal ini kerana,keselamatan
nasional merupakan perkara terpenting bagi sesebuah negara kerana perkaraperkara militari dan isu politik adalah berkait rapat dengan keamanan negara.
Pandangan Sarjana

HANS.J.MORGENTHAU

Dalam bukunya bertajuk Politics Among Nations, realis merupakan golongan


yang skeptikal terhadap sifat semulajadi. Bagi realis, konflik merupakan sesuatu
yang inherentdan tidak dapat dielakkan sehingga mereka merasakan tidak akan
berlaku perdamaian dimana terjadinya kestabilan sistem ( system-wide war ).
Realisme memfokuskan analisisnya kepada power dan autonomi dalam interaksi
internasional, Mereka percaya bahawa interest atau kepentingan diantara
negara-negara tiada dan tidak penting sehingga konsep self help menjadi
keutamaan mereka dalam hubungan antarabangsa dan mereka juga percaya
hanya bidang ketenteraan yang paling relevan .

THOMAS HOBBES

Hobbes fokus kepada politik dalaman dan matlamat Hobbes adalah untuk
keperluan kuasa serta mempusatkan serta fokus kepada kekuasaan politik.
Hobes tidak mempertikaikan state of nature itu benar wujud atau tidak.Tetapi
menurut beliau, state of nature adalah hasil dari experimen kerana menurut
Hobbes, cuba bayangkan apa dunia akan terjadi tanpa autoriti kerajaan atau
struktur sosial yang lain. Beliau juga mahu melihat manusia lari dari
situasi hypothical nya dengan menyetujui meletakkan sepenuhnya kuasa
kepada kedaulatan yang boleh mengekalkan order seterusnya menamatkan
anarki dalamstate of nature.

E.H. CARR

Carr atau nama sebenarnya Edward Hallett Carr melalui bukunya The Twenty
Years Crisis 1919-1939. Namun Carr kurang menyalahkan pemimpin tertentu

kerana berlakunya Perang Dunia Kedua kerana menurut beliau to analyse the
underlying and significant, rather than the immediate and personal,cause of the
disaster. Bagi Carr, politik terdiri dari dua elemen iaitu saling terkait saling
terkait dan reality, value and power. Carr juga secara langsung dan pada
hakikatnya telah mengkritik pemikiran idealist iaitu bagi idealist dunia boleh
diubah dengan PBB. Menurut Carr juga idealist merupakan pemikiran yang
tidakreal dan tidak logik kerana jika mahu mengubah dunia maka sebuah
kerajaan dunia yang kuat perlu diwujudkan.

RUJUKAN
1.

Cyntia weber.,International Relation Theory:ACritical International,


Routledge, Taylor&Francis Group,London&New York, 2001.

2.

Joseph Frankel.,Teori Antarabangsa Sezaman dan Tingkah laku


Manusia.,terjemahan,.Md.Janib Johari. Dewan Bahasa dan Pustaka,1994.

3.

.K.J Holsti, Politik Antarabangsa:Suatu Rangka Kerja


Analisis. Penterjemah.HjHassan Ahmad, Prentice Hall, USA, 1993

4.

Joshua S.Golstein and Jon C.pevehouse.(2012) .International


relation 10 edition.United States:Pearson
th

5.

J.l.brierly.( 1963) The law of Nation: An Introduction to the International


Law of Peace. New York: Oxford University Press .

6.

Paul R.Viotti and Mark V.Kauppi .(1999). International Relation


Theory.United States: Allyn & Bacon.

7.

Edward Hallett Carr,(1962).The twenty Years crisis, 1919-

1939.London:Macmillan and Co.


https://yurizzgagarin.wordpress.com/2013/01/29/teori-realisme/

Anda mungkin juga menyukai