Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Al ghazali

Nama lengkap Al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Imam Besar Abu Hamid Al Ghazali Hujjatul Islam.

Beliau dilahirkan di Tunsia, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, iaitu ibu kota wilayah Khurasan dalam tahun 450 Hijrah (1058M).

Al Ghazali bebangsa Parsi. Beliau di gelar dengan beberapa gelaran seperti Hujjat alislam (the proof of islam) dan Zayn al-Din (The Ornament of Religion).

AlGhazali berasal daripada keluarga yang berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek penghayatan ajaran islam.

Ayahnya berkerja membuat pakaian dari bulu dan menjualnya di pasar Thusia.

Adiknya bernama Abul Futuh Ahmad bin Muhammad dan gelarannya ialah Mujidduddin.

Sebelum meninggal, ayah Al Ghazali meninggalkan kata pada seorang ahli tasawuf iaitu sahabatnya, supaya mengasuh dan mendidik Al Ghazali dan adiknya Ahmad.

Setelah meninggal ayahnya, maka hidup Al Ghazali dibawah asuhan ahli tasawuf itu.

Harta pusaka yang diterimanya adalah sedikit sekali. Ayahnya seorang miskin yang jujur, hidup atas usaha sendiri bertenun kain bulu.

Di samping itu selalu mengunjungi rumah alim ulama, memetik ilmu pengetahuan, berbuat jasa dan memberi bantuan kepada mereka.

Apabila mendengar huraian alim ulama itu maka ayah al Ghazali menangis tersedu-sedu seraya bermohon kepada Allah SWT kiranya dia dianugerahkan seorang putera yang pandai dan berilmu.

Pada masa kecilnya Al Ghazali mempelajari ilmu feqah di negerinya sendiri dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad Ar Razikani.

Al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam.

Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai