Anda di halaman 1dari 3

Imam Al-Ghazali (450-505H/1059-1111M)

Al-Ghazali atau Abu Hamid al-Ghazali al-Tusi dilahirkan di Tus pada tahun 450H/1059 M,
merupakan seorang berketurunan Parsi dan hidup di sekitar masa berlakunya Perang Salib. Al-
Ghazali adalah antara tokoh yang paling menonjol dalam sejarah pemikiran Islam, bahkan
dunia seluruhnya, dengan meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kemajuan pemikiran
dan peradaban umat Islam sejagat. Beliau mendapat pendidikan asas dengan menghafal al-
Quran, pelajari asas-asas membaca dan menulis, ilmu nahu bahasa Arab, matematik, fiqah dan
lain-lain. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan menyusun kitab-kitab
dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari, antaranya kitab yang dihasilkan ialah Ihya’
Ulumuddin, Kimya al-Saadah, Maqasid al-Falasifah dan al-Mushtasfa mim ‘Ilm al-Ushul. Segala
hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-
Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Beliau meninggal dunia pada hari
Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Thus dan jenazahnya dikebumikan di tempat
kelahirannya.

Sumbangan dan Karya Iman al-Ghazali

Al-Ghazali adalah tokoh yang paling terkenal di kalangan ahli ilmuwan Islam khasnya dan dunia
umumnya, baik dalam bidang kebudayaan mahupun pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Antara jasa dan arya sumbangan al-Ghazali yang sangat penting dan utama adalah ilmu
pendidikan, hasil karya dan kesan pemikiran al-Ghazali terhadap masyarakat terkini.

Al-Ghazali mempunyai pandangan yang sangat bernas dalam bidang pendidikan dan
pengajaran. Beliau menjelaskan kewajipan ibu bapa terhadap anak-anak mereka di samping
kewaijipan murid dan juga guru berteraskan dasar kehidupan yang selari dengan teori-teori
pendidikan moden. Dalam bidang pendidikan kanak-kanak, al-Ghazal memberikan peringatan
bahawa ibu bapa perlu memandu anak-anak mereka ke arah suatu matlamat tertentu bukan
membiarkan anak sendiri memilih bidang yang disukainya. Maka ahli-ahli pendidik lebih suka
membiarkan anak-anak memilih bidang yang diceburinya. Menurut al-Ghazali, sekiranya anak-
anak sendiri memilih bidang yang disukai, kemungkinan besar akan berlakunya pemilihan yang
tidak tepat dan membawa perkara yang negatif atau buruk. Oleh itu, beliau menekankan
bimbingan ke arah pemilihan itu sangat penting terhadap kanak-kanak.

Al-Ghazali berpandangan bahawa pelajar perlulah membersihkan diri atau jiwa daripada
akhlak dan budi pekerti yang buruk serta sifat tercela, mengurangkan hubungan dengan
kesibukan dunia, tidak boleh bermegah dengan pengetahuan yang dimiliki, dilarang membuat
helah atau menipu guru, malah perlu melaksanakan suruhannya dan mematuhi nasihatnya,
seperti kepatuhan seorang pesakit kepada doktornya. Bagi al-Ghazali, matlamat pengajian
adalah untuk mendapat kesempurnaan diri atau jiwa dan bertujuan melengkapkan diri dengan
sifat dan akhlak yang terpuji.

Guru atau pendidik pula mesti mempunyai perasaan kasihan belas kepada para pelajar,
dan cuba mengasihi mereka seperti anak sendiri. Ketika menjalankan tugas guru seharusnya
mengikut sifat Nabi Muhammad SAW dengan tidak meminta dan menentukan sebarang upah,
malah tidak mengharapkan ucapan terima kasih, sebaliknya mengajar semata-mata kerana
Allah SWT. Guru juga perlu mengukur kemampuan pelajar serta kefahaman mereka dan tidak
memberikan sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh otak atau fikiran mereka. Malah seseorang
guru hendaklah beramal dengan ilmunya dan perbuatan tidak menyalahi percakapannya sendiri.
Mereka tidak harus menasihatkan murid supaya tidak melakukan sesuatu, sedangkan mereka
sendiri melakukannya. Ini akan memberi gambaran dan kesan buruk kepada pelajar terhadap
guru serta hilang kepercayaan dan penghormatan terhadap mereka.

Al-Ghazali seorang yang sangat luas pengetahuannya dalam pelbagai bidang,


merangkumi ilmu agama, falsafah, tasawuf dan lain-lain. Beliau telah menghasilkan begitu
banyak buku karyanya yang merangkumi berbagai-bagai bidang dengan pelbagai judul. Buku-
buku karyanya menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat umum, sama ada di kalangan orang
Arab dan Islam ataupun golongan orientalis Barat dan bukan Islam.

Bagi ilmu agama dan aqidah, kitab yang pertama ialah al-Iqtisad fi al-I’etiqad dalam
bidang ilmu tauhid (al-kalam), iaitu perbicaraan tentang zat, sifat dan perbuatan Allah SWT,
juga kupasan tentang penentuan kenabian dan kerasulan Muhammad SAW serta
membenarkannya. Seterusnya kitab Ihya’ Ulum al-Din membicarakan empat tajuk, iaitu Al-
’Ibadat, al-’Adat, al-Muhlikat, dan al-Munjiyat. Ia merupakan kitab al-Ghazali yang paling
terkenal dan telah dihuraikan serta dirngkaskan oleh ramai ulama selepasnya. Kitab ini telah
diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Parsi, Turki, Jerman, Urdu, Melayu dan lain-lain.
Tambahan pula kitab Kimiya’ al-Sa’adah, iaitu perbincangan tentang diri, hati, kelazatan dan
kebahagiaan. Kitab ini dicetak dalam bahasa Parsi dan diterjemahkan ke bahasa Turki dan
Inggeris.

Ilmu seterusnya adalah Ilmu Tasawuf. Antara kitab ialah kitab Ihya’ Ulum al-Din yang
membicarakan dalam bidang ilmu agama dan akidah kerana perbahasannya, termasukla ilmu
tersebut di samping perbicaraan tentang ilmu tasawuf. Selain itu ia menekankan tiga perkara
pokok sebagai asas bagi pendidikan iaitu kelebihan ilmu, penjenisan ilmu serta asas
kurikulumnya dan disiplin guru dan murid. Seterusnya kitab Al-Arba’in fi Usul al-Din, iaitu
perbicaraan tentang asal-usul ilmu, amalan-amalan zahir, pembersihan hati daripada akhlak
buruk dan galakan supaya berakhlak baik atau terpuji. Seterusnya kitab Ayyuha al-Walad, iaitu
suatu risalah kecil tetapi dikira antara karyanya yang paling penting, merupakan nasihat kepada
muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara. Kitab ini diterjemahkan ke
bahasa Turki dan dicetak beberapa kali.

Ilmu terakhir adalah ilmu falsafah dan logik. Kitab yang pertama, kitab Maqasid al-
Falsafiyah, iaitu sebagai pendahuluan kepada kitabnya yang terkenal Tahafut al-Falasifah,
dengan membentangkan pelbagai pendapat ahli falsafah. Kitab ini diterjemahkan ke bahasa
Latin, Sepanyol dan ’Ibri/Hibrew dan tersebar dengan meluas. Seterusnya kitab Mi’eyar al—’Ilmi
fi al-Mantiq, iaitu perbicaraan tentang pencapaian ilmu pengetahuan dan jenis-jenisnya,
mengandungi empat buah kitab, iaitu al-Hudud dan al-Wujud. Kitab ini diterjemahkan ke bahasa
Sepanyol. Kitab terakhir ialah Al-Munqidh Min al-Dalal, iaitu antara kitab yang paling ulung oleh
al-Ghazali. Kitab ini membicarakan penghidupan dan kemajuan pemikirannya sendiri dalam
pelbagai hal.

Anda mungkin juga menyukai