Anda di halaman 1dari 10

1

KAMUS ISTILAH
TINGKATAN 5

BAHAGIAN : PENGAJIAN AL-QURAN

1. Kafir Zimmi) ) : Orang kafir yang menetap dalam Negara Islam serta patuh
dan taat kepada pemerintah dan Negara Islam.
2. Kafir Mustaman) ( : Orang kafir yang melarikan diri dari negara asal
mereka dan meminta perlindungan Negara Islam.
3. Kafir Muahad) ( : Orang kafir yang membuat perjanjian dengan Negara
Islam.
4. Kafir Harbi ) ( : Orang kafir yang sentiasa menunjukkan permusuhan
dengan umat Islam dan Negara Islam.
5. Dakwah: Menyeru atau mengajak manusia ke jalan Allah untuk melakukan
perkara yang maruf dan meninggalkan perkara yang mungkar dengan cara yang
sesuai dan penuh hikmah.
6. Sistem khilafah: Sistem perlantikan pemimpin melalui Majlis Syura.
7. Sistem Imamah ) ( : Sistem perlantikan pemimpin melalui wasiat daripada
pemimpin sama ada kepada keturunannya atau kepada orang lain.
.
8. Orang fasik: Orang Islam yang asi (( ) melakukan dosa) dan mereka
jelas menunjukkan penderhakaan terhadap Allah dan tidak melaksanakan tuntutan
Islam yang sewajarnya.
9. Persaudaraan Islam: Persaudaraan yang berasaskan kepada ikatan Aqidah
Islamiah iaitu tidak membezakan bangsa, warna kulit, darjat, pangkat, kekayaan
dan sempadan geografi.

10. Piagam Madinah: Perlembagaan bertulis yang pertama dalam sejarah tamadun
manusia yang dihasilkan oleh Rasulullah.
11. Taubat: Bahasa - Kembali. Istilah- Berhenti daripada melakukan maksiat,
menyesal akan kesalahan lalu dan berazam tidak akan mengulangi lagi.
12. Dosa besar: Kesalahan kesalahan yang diberi oleh Allah dengan azab yang
pedih di akhirat dan ditentukan hukuman semasa di dunia.
13. Dosa kecil: Kesalahan-kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu
di dunia atau amaran azab di akhirat.
14. Istiqamah: Tekal,tetap dan berterusan serta sentiasa meningkatkan kebaikan.
15. Tawakkal: Berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar
bersungguh-sungguh.
16. Zina: Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang
perempuan tanpa nikah yang sah menurut hukum Syarak.
17. Penzina ghair muhsan ) ( : Penzina yang belum berkahwin
melalui akad nikah yang sah.
18. Penzina Muhsan ) ( : Penzina yang pernah melakukan persetubuhan
secara halal melalui akad nikah yang sah sama ada masih dalam ikatan
perkahwinan atau telah bercerai.
19. Qazaf ) ( : Menuduh seseorang perempuan yang baik dan suci dengan
tuduhan zina atau menafikan keturunan.
20. Lian ) ( : Sumpah seseorang yang mendakwa atau menuduh isterinya
melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunan.
21. Aurat: Bahasa - Sesuatu yang mengaibkan. Istilah - Bahagian tubuh badan
seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram
atau ajnabi.
22. Ajnabi ) ( : Lelaki atau perempuan yang diharuskan berkahwin menurut
Islam kerana tidak mempunyai pertalian keluarga.

23. Mahram ) ( : Lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut


Islam kerana mempunyai pertalian keluarga.
24. Aurat lelaki: Dari pusat hingga ke lutut.
25. Aurat perempuan: Seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.
26. Hidayah: Bimbingan atau petunjuk daripada Allah kepada hamba yang
dikehendakinya yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
27. Hidayah Al-Gharizah ) ( )( Naluri): Hidayah dalam bentuk naluri
semulajadi sejak manusia dilahirkan seperti bayi menangis kerana lapar.
28. Hidayah Al-Hawas ) ( ( Pancaindera): Hidayah melalui pancaindera,
manusia dapat mengenal dan membezakan sesuatu contohnya melalui
pendengaran ,anak dapat mengenal suara ibunya.
29. Hidayah Al-Aql ( ( ) aqal): Dengan akal, manusia mampu berfikir dan
dapat menentukan gerak geri secara rasional. Membezakan manusia daripada
makhluk yang lain.
30. Hidayah Ad-din ) ( ( Agama): Kurniaan Allah kepada hambanya yang boleh
membezakan antara hak dan batil, benar dan sesat dan sebagainya.
31. Hidayah At-Taufik ) ( : Hidayah yang paling tinggi dikurniakan Allah.
Orang yang mendapat mendapat hidayah ini akan beriman dan bertakwa kepada
Allah dan akan menjalani hidup dengan tenang dan selamat.
32. Iman: Membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan
anggota.
33. Hari kiamat: Hari kemusnahan alam dan segala isi kandungannya.
34. Al-Waqiah ) ( : Hari kiamat yang pasti akan berlaku, cuma masanya
sahaja tidak diketahui.
35. As-habul Yamin ) ( : Golongan yang menerima suratan amalan
dengan tangan kanan dan mendapat balasan syurga.

36. As-habul Al- Syimal ) ( : Golongan yang menerima suratan amal


dengan tangan kiri dan mereka akan menderita dengan azab seksa yang pedih
dalam neraka.
37. Al-Muqarrabun ) ( : Golongan yang paling hampir dengan Allah
.Mempunyai kedudukan yang istimewa bersama para Anbiya dengan mendapat
sebaik-baik balasan Syurga.
38. Allah ) ( : Nama zat tuhan.
39. Al-Raqhman ) ( : Maha pemurah.
40. Al-Rahim ) ( : Maha penyayang.
41. Al-Malik ) ( : Maha menguasai dan memiliki.
42. Al-Quddus ) ( : Maha Suci.
43. Al-Salam ) ( : Maha selamat sejahtera.
44. Al-Mumin ) ( : Maha melimpahkan keamanan.
45. Al-Muhaimin ) ( : Maha Pengawal dan Pengawas.
46. Al-Aziz ) ( : Maha kuasa.
47. Al-Jabbar ) ( : Maha kuat.
48. Al-Mutakabbir ) ( : Maha melengkapi.
49. Al-Khaliq ) ( : Maha menciptakan sekelian makhluk.
50. Al-Bariu ) ( : Maha mengadakan.
51. Al-Musawwir ) ( : Maha membentuk rupa.
52. Al-Hakim ) ( : Maha Bijaksana.
53. Syirik: Mempersekutkan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat Uluhiyyah
) ( atau pada sifat Rububiyyah. ) (

54. Murtad: Keluar dari Islam.


55. Kufur: Tidak percaya kepada Allah dan menolak ajaran yang dibawa oleh Islam.
56. Percaya kepada khurafat: Mempercayai perkara tahyul dan karut.
57. Mempercayai sihir: Meyakini pertolongan makhluk-makhluk ghaib boleh
mendatangkan manfaat atau darurat kepada manusia.
58. Mempercayai ajaran sesat: Mengikut ajaran yang terkeluar daripada ajaran
Islam seperti ajaran Taslim, ajaran qadyani dan anti hadis.

BAHAGIAN: ULUM AL-QURAN

59. Ilmu tafsir: Bahasa - Asal daripada perkataan Fassara-Yufassiru- Tafsiran


) ( bermaksd jelas dan terang. Istilah-(1) Ilmu untuk
memahami Al-Quran al-Karim, menerangkan maknanya dan mengeluarkan
hukum-hukum dan hikmahnya. (2) Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran
dari segi kehujahannnya (Dilalahnya) selaras dengan kehendak Allah sekadar
kemampuan manusia.
60. Tafsir Bil-Mathur ) ( : Tafsir berasaskan perkara: (1) Tafsir AlQuran oleh ayat Al-Quran yang lain. (2) Tafsir ayat Al-Quran oleh hadis
Rasulullah. (3) Tafsir ayat Al-Quran oleh para sahabat.
61. Tafsir Bil-Arrayi ) ( : Para mufassir mentafsir ayat Al-Quran lebih
banyak berdasarkan pendapat dan ijtihad mereka.

BAHAGIAN : PENGAJIAN HADIS

62. Tanggungjawab: Amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu


tugas.
63. Al-Amir ) ( : Pemimpin di peringkat tinggi seperti pemimpin masyarakat
atau pemimpin negara.
64. Al-Rajl ) ( : Pemimpin yang memimpin di peringkat rendah seperti bapa
atau suami dalam sesebuah keluarga.
65. Al-Marah ) ( : Ibu atau isteri yang membantu bapa atau suami memimpin
dalam sesebuah keluarga.
66. Al-Abdu ) ( : Pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung
jawab tertentu.
67. Niat: Bahasa - Kehendak hati atau tujuan hati. Istilah- Gerak hati ke arah
melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah.
68. Ikhlas: Bahasa- Bersih dan suci. Istilah - Niat yang tulus dan murni kerana Allah
dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.
69. Hijrah: Bahasa - Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat
yang lain. Konteks sejarah Islam: Perpindahan Rasulullah dan para sahabat
dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan Islam. Konteks sekarang:
Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih
baik, lebih maju, lebih mulia, dan lebih hampir dengan rahmat Allah.
70. Mabrur: Semua jenis perbuatan yang baik dan diterima oleh Allah.
71. Pekerjaan yang mulia: Pekerjaan yang halal dan mengikut petunjuk Syariat
Islam.
72. Cara motivasi( Al-Taghrib) ) ( : Menggalakkan manusia berlumba-lumba
membuat kebaikan.
73. Cara Ancaman(Al-Tarhib) ) ( : Mengingatkan manusia supaya berhatihati terhadap perkara buruk.

74. Cara teguran yang membina(Al-Mauizatil hasanah) ) ( :


Memberi teguran yang baik kepada seseorang.
75. Cara perdebatan yang harmoni (Al-Mujadalah bil Ihsan)) ( :
Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.
76. Cara permesyuaratan(Al-Syura) ) ( : Berbincang mencari penyelesaian.
77. Cara penyerahan(Al-Tawakkal) ) ( : Menyandar harapan kepada Allah
setelah berusaha.
78. Cara seksaan( Al-Azab): Menghukum sesiapa yang menyalahi perintah AlQuran dan Al-Sunnah.

BAHAGIAN: ULUM HADIS

79. Hadis Marfu ) ( : Bahasa -Yang diangkat. Istilah - Hadis yang


diangkat kepada Raslullah sama ada perkataan,perbuatan,pengakuan atau sifat
Baginda.
80. Hadis Mauquf ) ( : Bahasa- Terhenti. Istilah- Hadis yang
disandarkan kepada sahabat sahaja sama ada perkataan, perbuatan atau
pengakuan, tidak ada tanda hadis ini dihubungkan kepada nabi Muhammad.
81. Hadis Mursal ) ( : Bahasa- Gugur atau putus. Istilah- Hadis yang
disandarkan oleh Tabiin kepada Rasulullah tanpa menyebut nama sahabat.
82. Hadis Maqtu ) ( : Bahasa -Terputus. Istilah - Hadis yang
disandarkan kepada Tabiin sahaja sama ada perkataan atau perbuatan tanpa
dikaitkan dengan sahabat atau nabi Muhammad.
83. Hadis Syaz ) ( : Bahasa- Janggal dan bercanggah dengan kumpulan
yang ramai. Istilah - Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dan
Siqqah ) ( tetapi bercanggah dengan perawi-perawi lain yang lebih siqqah
daripadanya.

84. Hadis Maudhu ) ( :Bahasa - Rendah. Istilah - Hadis yang


diriwayatkan atau terdapat dalam rangkaian sanadnya seorang perawi kazzab
iaitu perawi yang membuat satu hadis palsu dengan sengaja walau pun sekali
sahaja.
85. Al-Hakim ) ( : Gelaran untuk ulama yang dapat menguasai melebihi
700,000 hadis iaitu dari segi riwayah dan dirayah.
86. Al-Hujjah ) ( : Gelaran untuk ulama yang dapat menguasai tidak kurang
daripada 300,000 hadis beserta matannya.
87. Al-Hafiz ) ( : Gelaran untuk ulama yang menguasai tidak kurang daripada
100,000 hadis dari sanad dan matannya.
88. Al-Muhaddis ) ( : Gelaran untuk ulama yang menguasai kurang daripada
100,000 hadis sama ada dari segi riwayah dan dirayahnya.
89. Sunnan Sittah ) ( : Enam buah kitab hadis yang masyhur yang disusun
oleh ulama-ulama hadis terkenal.
90. Muttafaqun alaihi( ) : Hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim.
91. Akhrajahu Al-Salasah( ) : Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang
perawi iaitu Abu Daud, Al-Tiirmizi dan Al-Nasaie.
92. Akhrajahu Al-Arbaah ( \ )
:Hadis yang
diriwayatkan oleh empat orang perawi iaitu Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaie
dan Ibnu Majjah.
93. Akhrajahu Al-Khamsah ) ( : Hadis yang diriwayatkan oleh lima
orang iaitu Abu Daud,Al-Tirmizi,Al-Nasaie, Ibnu Majjah dan Ahmad.
94. Akhrajahu Al-Sittah ) ( : Hadis yang diriwayatkan oleh enam
perawi iaitu Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaie dan Ibnu
Majjah.
95. Akhrajahu Al-Jamaah ) ( : Hadis yang diriwayatkan oleh enam
orang perawi seperti Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Al-Nasaie, Abu Daud dan
Ibnu Majjah serta ulama lain seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Baihaqi
dan lain-lain.

BAHAGIAN: AKHLAK
96. Sedekah: Pemberian atau derma secara sukarela untuk membantu individu dam
masyarakat di samping mendapat ganjaran daripada Allah.
97. Hadiah: Pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang bertujuan
memuliakan atau member penghormatan kepada penerima.
98. Pidato: Ucapan yang membicarakan sesuatu perkara yang disampaikan kepada
khalayak ramai.
99. Negara Islam: Negara yang didiami dan diperintah oleh umat Islam serta
dilaksanakan Syariat Islam.
100. Musafir: Bahasa - Orang yang sedang di perjalanan atua pengembaraan.Istilah
- Mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan
yang baik.
101. Jualbeli: Bahasa - Menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.Istilah- Akad
pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selamalamanya.
102. Berjuang: Melakukan sesatu perkara dengan bersungguh-sungguh untuk
menapai kecemerlangan menurut Syariat Islam.

BAHAGIAN : TAMADUN

103. Mahkamah Al-Hisbah ) ( : Mahkamah yang melibatkan kes-kes


kecil seperti mendenda peniaga yang menipu, memastikan pemandu kereta kuda
atau keldai tidak membawa muatan lebih dan memastikan masyarakat berakhlak
mulia.Berfungsi sebagai penguatkuasa.
104. Mahkamah Al-Mazalim ) ( : Mahkamah yang membicarakan keskes Mal(harta dan sivil) dan jenayah. Diketuai oleh khalifah ata wakilnya.
105. Mahkamah Al-Khas ) ( : Mahkamah yang membicarakan kes sivil
dan jenayah yang tiada peruntukan dalam mahkamah Al-Qadhi, Al-Hisbah dan
Al-Mazalim. Khusus untuk golongan bukan Islam atau golongan minoriti.

10

106.

Kharaj ) ( : Cukai tanah yang dipungut melalui sistem tertentu.

107. Ghanimah ) ( : Harta rampasan perang.


108. Al-Faiu ) ( : Harta yang diperolehi tanpa melalui peperangan.
109. Jizyah ) ( : Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang
mendiami Negara Islam.
110. Usyr ) ( : Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang dagangan yang
dibawa masuk ke dalam Negara Islam.
111. Faraidh ) ( : Ilmu pembahagian harta pusaka.

Anda mungkin juga menyukai