Anda di halaman 1dari 23

A) Jelaskan maksud tauhid Rububiyah.

Maknanya, menyakini bahawa Allah adalah Dzat yang menciptakan,


menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, mendatangkan segala manfaat dan
menolak segala mudharat. Dzat yang menyelia, mengatur, penguasa, pemilik
undang-undang dan selainnya dari segala sesuatu yang menunjukkan
kekuasaan tunggal bagi Allah. Dari sini, seorang mukmin harus meyakini bahawa
tidak ada seorang pun yang menandingi Allah dalam hal ini. Allah mengatakan:
"'Katakanlah!' Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya sgala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak
ada seorang pun yang setara dengan-Nya. "(QS. Al-Ikhlas: 1-4)

B) Jelaskan keyakinan orang musyrikin tentang tauhid Rububiyah berserta dalil


dari Al quran .

Allah taala berfirman (yang artinya), Dan sungguh, jika engkau (Muhammad)
tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Tentu
mereka akan menjawab, Yang menciptakannya adalah Dzat Yang Maha
Perkasa lagi Maha Mengetahui. (QS. az-Zukhruf: 9)

Allah taala berfirman (yang artinya), Sungguh jika kamu tanyakan kepada
mereka siapakah yang menciptakan diri mereka, niscaya mereka menjawab:
Allah. Lalu dari mana mereka bisa dipalingkan (dari menyembah Allah). (QS. az-
Zukhruf: 87).

Nabi Musa alaihis salam pun telah menetapkan pengakuan Firaun atas hal itu,
ketika beliau berbicara di hadapannya. Sebagaimana diceritakan Allah dalam
firman-Nya (yang artinya), Sungguh kamu telah mengetahui bahwasanya
tidaklah yang menurunkan itu semua melainkan Rabb yang menguasai langit
dan bumi. (QS. al-Israa: 102) (lihat al-Qaul al-Mufid ala Kitab at-Tauhid [1/6])

Padahal, dalam lubuk hatinya Firaun sebenarnya mengakui Allah sebagai


Rabbnya. Allah taala berfirman (yang artinya), Mereka menentang hal itu,
padahal sesungguhnya mereka telah meyakininya di dalam hatinya, itu semua
karena sifat zalim dan karena mereka merasa lebih tinggi -di hadapan manusia-.
(QS. an-Naml: 14).

Allah taala berfirman (yang artinya), Para rasul mereka pun mengatakan,
Apakah ada keraguan terhadap Allah; padahal Dia lah yang menciptakan langit
dan bumi.. (QS. Ibrahim: 10)
C) Berdasarkan carian dalam internet , tuliskan 5 pengajaran dari salah satu
kisah pengislaman bekas atheis berikut :

* Dr Laurence Brown

Sesungguhnya hidayah (nur) keimanan itu hanyalah datang dari Allah. Manusia
tidak berkemampuan memberikan hidayah atau petunjuk kepada orang lain.

Jika Allah memberikan petunjuk kepada kita, jangan sama sekali kita tinggalkan
Allah. Tunaikan apa janji kita kepada Allah.

Seorang athies yang tidak percaya kepada adanya tuhan, akhirnya akan
mempercayai juga kewujudan tuhan jika sekiranya mereka diuji dengan ujian
yang berat yang tidak mampu ditanggung oleh mereka. Inilah fitrahnya sifat
manusia.

Dr. Laurence Brown ialah hanya salah seorang kafir yang telah diberikan
hidayah oleh Allah untuk menemui jalan kebenaran. Ramai lagi cendekiawan
Barat yang diberikan hidayah sepertinya.

Sesungguhnya iman itu sesuatu yang tersangat mahal harganya. Peliharalah ia


kerana hanyalah dengan iman dan Islam sahaja jaminan kita untuk memasuki
syurga Allah.
SOALAN 2

A)Jelaskan maksud tauhid Uluyiyyah.

Tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah dalam ketuhananNya dengan memberikan


hakNya berupa berbagai macam ibadah hanya kepadaNya semata. Tauhid ini juga
dikenal dengan Tauhid Ibadah, karena ia berarti memberikan ibadah hanya kepada
Allah semata dan meninggalkan ibadah kepada selainNya.

B) Jelaskan kekafiran Musyirkin Mekah walaupun mengakui Allah SWT sebagai


tuhan pencipta alam.

Mereka tetap menyembah berhala dan menyekutukan Nya walaupun sudah


mengetahui allah itu sebagai pencipta alam
Tetap melakukan kemaksiatan antara satu ama lain dan minum arak serta
berjudi walaupun mengetahui perbuatan itu akan mendatangkan kemurkaan
allah.
Mereka menindas golongan golongan yang lemah dan menjadikannya sebagai
hamba abdi mereka.
Mereka membunuh orang orang mukmin yang menyembah allah yang esa

C) Jelaskan kesan apabila seseorang itu hanya beriman dengan tauhid


rububiyyah sahaja dan tidak beriman dngan tauhid uluhiyyah.

Mereka menyakini bahawa rezeki yang diperolehi itu datang daripada allah tetapi
tidak pernah untuk mensyukuri pemberian tersebut.
Mereka beriman bahawa allah maha pelindung tetapi mereka tetap
menggunakan manusia seperti bomoh untuk melindungi harta benda mereka
mereka beriman kepada allah dalam kehidupan seharian tetapi menyekutukan
allah dalam setiap ibadat mereka
mereka yakin bahawa allah adalah yang berhak disembah, diagungkaan, diatuhi
tetapi mereka tetap perlakuan mereka tetap tidak kearah kepada sedemikian.
SOALAN 3

A)Senaraikan 99 nama Allah beserta terjemahan maksudnya di dalam Bahasa


Melayu.

1. Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan


pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat
.
3. Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri
.
4. Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada


seluruh makhlukNya.

6. Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu


memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu


mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan
seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi
segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal,
juga yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu


mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk,


memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-
Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang
menakdirkan adanya itu. Al-Baari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya,
manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan
dan keperluannya)
.
14. Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi
dosa-dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam


kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak


kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi


berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung


penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak
ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang,


iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki
olehNya.

21. Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah


Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /


Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri
dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang
selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk
golongan kaum yang bertaqwa.

24. Al-Muiz: ( ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi


Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya
dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-


musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii: ( ) Maha Mendengar.


27. Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang
menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga
tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu


yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan
siksaan.

33. Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu
keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-


hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan


balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

36. Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu
mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal
fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh
pancaindera ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu


menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal
perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk
memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang
berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu


memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun
tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang
mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa


saja yang berdoa padaNya.

45. Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata


kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi


kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan


segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.

48. Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal
kemuliaan dan keutamaan.

49. Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan


kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari
kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua


makhluk.

51. Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit
pun.

52. Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara


penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang
menjadi keperluan mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki
kekuasaan yang sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna
Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua


kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk
memperoleh pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu
pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana
wajarnya.

58. Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu


menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada


setiap sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa
yang hidup.

62. Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya,


SifatNya, AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula
berdirinya langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa
saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana
sifat kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah
tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-
Maajid).

66. Al-Waahid: ( ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan,


iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.


71. Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan
sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya,
selisih waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha


Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu
dari yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari
semua yang maujud.

74. Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah
habisnya segala sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu


menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda
ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya,


sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha


Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi
milikNya.

78. Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan


dan kerendahan.

79. Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang
banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang
dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan


kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan
menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka


yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan


kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan


kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /
Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta,
langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan
kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan


/ Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan
kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan


kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang
menganiaya dengan keadilanNya.

87. Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan


berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat
manusia pada hari pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu
amat mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan


Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-
ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu
membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan
kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya /


Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-
musuhNya

92. An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang


dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan


ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-
tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi


Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan
adanya dan terjaga kehidupannya.

95. Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru,
sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha


Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan
panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut
ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan


seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

B)Senaraikan 20 sifat wajib bagi Allah dan 20 sifat mustail bai Allah SWT .

20 Sifat Wajib :

1) Wujud artinya ada

2) Qidam artinya sedia

3) Baqa artinya kekal

4) Mukhalafatuhu lilhawadisi artinya bersalahan Allah Taala bagi segala yang baharu

5) Qiyamuhu binafsihi artinya berdiri Allah dengan sendirinya

6) Wahdaniyah artinya esa

7) Qudrah artinya kuasa

8) Iradah artinya berkehendak

9) Ilmu artinya Mengetahui

10) Hayyah artinya hidup

11) sama artinya mendengar

12) Basar artinya melihat

13) Kalam artinya berkat-kata

14) Qadiron artinya yang kuasa


15) Muridon artinya yang berkehendak

16) Alimon artinya yang mengetahui

17) Hayyon artinya yang hidup

18) Samion artinya yang mendengar

19) Basiron artinya yang melihat

20) Mutakallimon artinya yang berkata-kata

SIfat mustahil bagi Allah SWT :

1) Adam artinya tiada

2) Hudus artinya baharu

3) Fana artinya hilang

4) Mumasalatuhu lilhawadisi artinya bersamaan Allah taala bagi segala yang baharu

5) Ihtiyaju ilal mahalli wal mukhassish artinya berhajat Allah pada tempat dan zat

6) Taadud artinya berbilang

7) Ajizon artinya lemah

8) Karahah artinya terpaksa

9) Jahlon artinya bodoh

10)Maiyiton artinya mati

11) Summon artinya tuli

12) Umyon artinya buta

13) Bukmon artinya bisu

14)Ajizon artinya yang lemah

15) Karihon artinya yang terpaksa


16) Jahilon artinya yang bodoh
17) Maiyiton artinya yang mati

18) Ashamma artinya yang tuli

19) Ama artinya yang buta

20) Abkam artinya yang bisu

Sumber rujukan :

http://www.akidahislam.com/2017/04/inilah-20-sifat-yang-wajib-bagi-allah.html

https://shafiqolbu.wordpress.com/asmaa-ul-husna/maksud-dan-makna-asma-ul-husna/

SOALAN 4
A)Terangkan perbezaan di antara abi dan rasul

Nabi (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya bukan
dengan syariat yang baru, dan diwahyukan kepadanya mengikut syari`at
rasul yang sebelumnya.

Manakala rasul ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang
baru serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya

NABI RASUL

Tidak sema nabi itu rasul Semua rasul itu nabi

Tiada kita Ada kitab/ suhuf

Untuk diri sendiri Diri sendiri dan orang lain

Bilangan 124000 orang 313 orang

Tidak wajib mengetahui Wajib mengetahu 25 orang

B) Senaraikan nama nama rasul yang wajib dipercayai oleh orang yang beriman

1. Adam AS
2. Idris AS
3. Nuh AS
4. Hud AS
5. Saleh (Shalih/Shaleh/Sholeh) AS
6. Ibrahim AS
7. Luth AS
8. Ismail AS
9. Ishak (Ishaq) AS
10. Yaqub (Yakub/Israil/Israel) AS
11. Yusuf AS
12. Syuaib (Syuaib) AS
13. Ayyub (Ayub) AS
14. Dzulkifli (Zulkifli) AS
15. Musa AS
16. Harun AS
17. Daud (Dawud) AS
18. Sulaiman (Sulaeman) AS
19. Ilyas AS
20. Ilyasa AS
21. Yunus (Dzun Nun) AS
22. Zakaria (Zakariya) AS
23. Yahya AS
24. Isa AS
25. Muhammad SAW

C ) Jelaskan tugas rasul

Rasul membimbing umatnya menuju jalan yang benar agar mendapat


kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Semua rasul menyampaikan ajaran tauhid, yakni mengesakan Allah SWT.


Adapun peraturan agama (syariat) yang dibawa mereka berbeda-beda sesuai
dengan situasi dan kondisi umatnya saat itu.

Kehadiran rasul untuk membawa kebenaran, kabar gembira, dan memberi


peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada
Allah SWT. Dengan demikian, mereka akan hidup bahagia, baik di dunia
maupun di akhirat kelak.

Para rasul mempunyai tugas menegakkan dan menerapkan syariat Allah


diantara hamba-hambaNya.

Memberikan pedoman pada umatnya agar mereka menghiasi diri dengan sifat-
sifat yang utama. Seperti berlaku benar, terpercaya, menepati janji, sopan
kepada sesamanya, santun kepada yang lemah, dan sebagainya

Menyatukan iktikad dan keyakinan umatnya, yaitu: bahwasanya Allah SWT


adalah Zat maha kuasa
SOALAN 5

A) Jelaskan sifat sifat wajib bagi rasul

1) Shiddiq (Jujur)

Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya.Apa apa yang telah
disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau kabar harus sesuai
dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau
dikurangkan.

2) Amanah (Dipercaya)

Amanah bermaksud boleh dipercayai baik zahir atau batin. Sedangkan yang
dimaksudkan di sini bahawa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap
ucapan dan perbuatannya.

3) Tabligh (Menyampaikan)

Sudah menjadi kewajiban para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa
yang diterima dari Allah berupa wahyu yang menyangkut didalamnya undang-
undang undang-undang agama.

4) Fathonah (Cerdas)

Fathanah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil jika seorang nabi dan
rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengerti apa-apa.

B) Jelaskan tentang sifat maksum rasul

Pengertian maksum mengikut istilah bahasa ialah terpelihara lagi terkawal. Mengikut
pengertian syariat pula, maksum ialah orang yang hatinya terlalu bersih kerana tidak
pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil sama ada dosa lahir mahupun dosa
batin. MAKSUM Maksum bermakna terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada
kesalahan dan kesilapan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil sekalipun perkara
makruh, lahir atau batin serta terjamin terpelihara hingga ke akhir hayatnya.
C) Rasul adalah utusan Allah SWT yang mesti dimuiakan . Jelaskan adab adab
dengan rasul supaya kita benar benar memuliakan mereka.

Antaranya ialah :

Mentaatinya, menelusuri jejaknya, dan mengimplementasikan segenap langkah-


langkahnya di dalam seluruh aktivitas kita, baik di dalam urusan dunia maupun
agama.

Mengagungkan dan memuliakan namanya ketika disebut, bershalawat dan


salam kepadanya, menghormatinya, menjungjung tinggi karakteristik dan
keutamaannya
.
Menghidupkan sunnahnya, menerapkan syariatnya, menyebarkan dakwahnya
dan menunaikan wasiat-wasiatnya.

Mencintai orang-orang yang shalih, membela dan menolong mereka dengan


cara mencintainya, membenci orang-orang yang berbuat fasik dan memusuhi
mereka dengan cara membencinya.

Merendahkan suara di sisi kuburnya dan di dalam masjidnya bagi orang yang
Allah Subhanahu wa Taala muliakan untuk menziarahinya, memuliakannya
dengan berdiri di sisi kuburannya.

D) Jelaskan tentang mukjizat Rasul.

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa atau kelebihan di luar akal manusia yang tidak
dimiliki oleh siapapun, karena mukjizat hanya diberikan oleh Allah kepada para nabi
dan rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang selain para nabi dan rasul diberikan
kejadian yang luar biasa oleh Allah maka itu tidak bisa dikatakan sebagai mukjizat
melainkan itu adalah karomah. Kemudian ada pula
istilah irhasat dan khawariq, irhasat adalah pertanda yang terjadi untuk menunjukkan
tanda kelahiran seorang nabi (sebelum kenabian). Sedangkan khawariq adalah
kejadian yang terjadi dalam keadaan yang luar biasa.
Mukjizat biasanya berisi tentang penunjukan hal-hal yang sedang menjadi trend pada
zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Musa, trend yang
sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Musa bisa berubah
menjadi ular dan mengalahkan ilmu sihir orang lain yang ada di sekitarnya. Juga pada
zaman Isa, trend yang sedang berkembang adalah ilmu kedokteran dan pengobatan,
maka pada saat itu mukjizat Isa adalah bisa menghidupkan orang yang sudah
meninggal yang merupakan puncak dari ilmu pengobatan.

Demikian juga pada zaman Nabi Muhammad, trend yang sedang berkembang adalah
ilmu sastra. Maka disaat itulah dirunkan Al-Qur'an sebagai mukjizat Muhammad. Nabi
yang pada saat itu tidak bisa membaca dan menulis tetapi bisa menunjukkan Al-Quran
yang diyakini oleh umat Muslim, memiliki nilai sastra tinggi, tidak hanya dari cara
pemilihan kata-kata tetapi juga kedalaman makna yang terkandung di dalamnya
sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai rujukan hukum yang tertinggi sejak
zaman masa hidup nabi sampai nanti di akhir zaman.
SOALAN 6

Tuliskan 5 kesan beriman dengan Allah SWT dan Rasul kepada kehidupan

a) Peniaga

menjaga adab berkomunikasi dengan menjauhi perkara yg boleh mengeruhkan


suasana
Tidak akan berlaku penipuan dalam adab jual beli barangan.
Rezeki yang diperolehi akan sentiasa diberkati oleh Allah
Tidak sesekali mudah untuk berputus asa apabia mengalami kerugian kerana
allah sentiasa ada.
Sntiasa bersyukur diatas segala rezeki yang diperolehi

b) Perdana Menteri

berusaha membina tamadun berasaskan konsep fardhu ain & kifayah


negara dipimpin oleh pemimpin yang dapat menegakkan kebenaran
berfikir untuk kemajuan negara & optimis terhadap masa depan yg cemerlang
menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas
daripada sumber-sumber haram.
Tidak akan berlaku gejala rasuah dan perkara perkara yang melalaikan rakyat di
negaranya

c ) Pelajar

Sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
Sentiasa menghormati dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru
Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus maju ke hadapan dalm
urusan dunia dan akhirat
Rajin mengulangkaji pelajaran untuk lebih mendalami ilmu ilmu yang dipelajari
d) Pekerja

Pekerja yang bekerja bukan mendapatkan upah semata-mata tetapi lebih


kepada mendapat keredaan Allah s.w.t semata-mata.

Akauntibiliti dan rasa tanggungjawab pekerja bukan sahaja kepada seorang


ketua, tetapi yang amat penting sekali adalah kepada Allah s.w.t yang maha
mengetahui. Ini akan memberi implikasi bahawa pekerja tersebut akan bekerja
dengan lebih dedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai iman yang
teguh.

Kerja yang dijalankan bukanlah sepeti pengertian kerja yang di amalkan dalam
sekular tetapi lebih kepada penyertaan niat sebagai satu ibadat kepada Allah
s.w.t dan mengharapkan ganjaran di dunia dan yang lebih utama di akhirat.

Hubungan sesama rakan sekerja akan menjadi lebih akrab dan harmoni
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Maksud tauhid rubiyyah

Keyakinan orang musyrikin tentang tauhid rububiyyah


beserta dalil al quran 1 -2

5 pengajaran pengislaman Dr Laurence


2 Maksud tauhid uluhiyah

Kekafiran musyrikin mekah walaupun mengakui allah


sebagai tuhan pencipta alam 3

Kesan seseorang hanya beriman kepada tauhid rububiyyah


tetapi tidak beriman kepda tauhid uluhiyyah
3 99 nama allah beserta terjemahannya
4 -13
20 sifat wajib n 20 sifat ustahil bagi allah
4 Perbezaan antara nabi dan rasul

Nama nama rasu yang wajib dipercayai 14 15

Tugas para rasul


5 Sifat sifat wajib bagi rasul

Penjelasan sifat maksum raul

Adab adab dengan rasul supaya kita benar benar 16 18


memuliakan mereka

Penjelasan tentang mukjizat rasul


6 5 kesan beriman kepada Allah dan Rasul kepada kehidupan:
a) peniaga
b)perana menteri 19 20
c) pelajar
d) pekerja
PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya, mohamed shahrul b.mohamed dari kelas 1


dvm mta merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan
kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mat Yusoff B. Ibraahim
Pensyarah pendidikan islam kerana banyak membantu saya sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya
rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma
dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal
pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada
dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah
jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai
renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus
PENGAJIAN ISLAM
TAJUK :
KONSEP KETUHANAN DAN KERASULAN

NAMA : MOHAMED SHAHRUL B. MOHAMED


NO I/C: 990106- 03- 5195
KURSUS: 1 DVM MTA
SEMESTER : 2 DVM /2107
NAMA PENSYARAH :ENCIK MAT YUSOFF B. IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai