Anda di halaman 1dari 25

AKIDAH 01

RUKUN IMAN
BERIMAN DENGAN ALLAH

Beriman dengan Allah meliputi mengesakannya dalam ketiga-tiga lapangan tauhid ini:

Tauhid rububiyah. Beriman dengan Allah bermaksud keyakinan yang tidak berbelah
bahagi bahawa Allah adalah tuhan pemilik dan pencipta semua
perkara
Tauhid uluhiyah. Hanya Dia yang layak untuk disembah. Solat, puasa, doa, harapan,
takut, kehinaan, dan ketundukan hanya untuk Allah
Tauhid asma wassifat. Allah bersifat dengan sifat yang sempurna dan bersih dari segala sifat
kekurangan

Tauhid rububiyah

Objektif khusus

1. Menggariskan pengertian tauhid rububiyah


2. Menjelaskan maksud tauhid rububyah
3. Menjelaskan beberapa pendekatan amali menyuburkan tauhid rububiyah

Pengertian tauhid rububiyah

Keyakinan yang tidak berbelah bahagi bahawa Allah adalah Tuhan segala perkara. Tiada tuhan selainnya.

Maksud tauhid rububiyah.

 Manusia berkeyakinan bahawa Allah sebagai pencipta, pemilik, yang menghidup, yang mematikan, yang memberi
manfaat, yang memberi mudharat, berkuasa, pemberi, penghalang dan segala urusan mencipta dan pemerintahan
adalah miliknya. (Surah Al-A’raf:54).
 Ini adalah jenis tauhid yang menjadi asas kepada jenis tauhid yang lain. Apabila terlaksana tauhid rububiyah,
manusia akan menghadapkan ibadah khusyu’ dan ketundukan hanya pada Allah. Hanya Allah sajalah yang layak
dipuji, disyukuri, diingati, berdoa, berharap dan ditakuti. Oleh itu, Al-Quran menyebut tauhid rububiyah dalam
beberapa tempat dan situasi.
 Pada tempat pujian, seorang Muslim akan membaca dalam setiap rakaat solatnya. (Surah Al-Jatsiyah: 36).
 Pada tempat pengharapan, mereka ikhlaskan tujuan dan niat dengan kerana Allah (Surah Al-An’am: 162).
 Pada tempat asma wassifat, kita dapati Al-Quran menghimpunkan rububiyah Allah dalam kerajaan dan
kekuasaannya meliputi langit dan bumi dengan tauhid asma wassifat (Surah Al-Baqarah: 255).
 Tauhid rububiyah juga merupakan asas kepada tauhid yang lain. Orang yang mengakui bahawa Allah merupakan
tuhan dan mencipta semua perkara tetapi tidak mengesakannya dalam uluhiyah dan tidak mengesakannya dalam
asma wassifat, maka tauhid sebegini tidak berguna.
 Allah menceritakan pendirian orang musyrik yang memperakui hanya Allah yang mencipta segala perkara namun
mereka tetap musrik kerana tidak mengesakan uluhiyah Allah.mereka juga tidak mengesakan asma wassifat (Surah
Yusuf: 106).

Pendekatan amali

1. Amalan bertafakkur, tilawah dan tadabur ayat al-Quran yang menyeru kepada berfikir dalam pelbagai bidang
2. Lawatan dan bersiar-siar untuk menghayati keagungan dan penciptaan Allah
3. Menonton dokumentari yang menjelaskan keajaiban ciptaan Allah
4. Tafakur tentang penciptaan manusia dan kehebatan penciptaannya. (Surah Az-Dzariyat: 21)
5. Menyaksikan dokumentari tentang dunia laut, gempa bumi, gunung berapi, dan angkasa
6. Membaca buku dan artikel yang mampu menyuburkan tauhid ini

Tauhid uluhiyah

Objektif khusus

1. Menyebutkan pengertian ringkas tauhid uluhiyah


2. Menjelaskan beberapa tuntutan tauhid uluhiyah

Pengertian tauhid uluhiyah


 Keyakinan yang tidak berbelah bagi bahawa Allah adalah tuhan yang sebenar dan tiada tuhan lain selainnya dan
mengesakannya dengan ibadah
 Ibnu Taimiyah berkata, “Tauhid ini memisahkan antara golongan yang mengesakan Allah dan menyekutukan Allah.
Berdasarkan tauhid ini diberikan balasan dan pahala dunia dan akhirat. Sesiapa yang tidak menunaikan tauhid ini,
dia tergolong dalam golongan orang-orang musyrik. Tauhid ini menjadi asas para Rasul. Semua kitab diturunkan
demi memperjelas dan memperteguhkan tauhid ini. (Surah Al-Anbiya: 25).

Tuntutan tauhid uluhiyah

Ia menuntut kita menghadap segala jenis ibadah hanya kepadaNya dan membersihkan hati daripada selainNya. Ia melibatkan
banyak perkara iaitu:

1. Wajib mengikhlaskan cinta kepada Allah. Dia tidak menjadikan cintaNya kepada sesuatu setanding cintanya pada Allah.
Sesiapa yang bersikap demikian, dia tergolong di kalangan orang musyrik. (Surah Al-Baqarah: 165). Bagi seorang
mukmin, cintanya kepada semua perkara di dunia diletakkan selepas cintanya pada Allah. Cinta kepada Allah mengatasi
cintanya pada yang lain. Dia sanggup mengorbankan cinta lain dan segala perkara yang berharga kepada jalan Allah.
Allah mengancam orang mengutamakan nilai dunia ini melebihi cinta Allah dan Rasul. (Surah At-Taubah: 24).
2. Wajib mengesakan Allah dalam doa, tawakal, dan harapan dalam apa jua urusan yang hanya mampu dilaksanakan oleh
bantuan Allah (Surah Yunus: 106).
3. Wajib mengesakan Allah dengan rasa takut hanya padaNya. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa sesetengah makhluk
boleh memudharatkan lalu dia takut, maka dia telah mensyirikkan Allah. An-Nahl:51
4. Wajib mengesakan Allah dalam jenis ibadah, ibadah jasmani seperti solat, rukuk, sujud, puasa, dan tawaf dan semua
ibadah perkataan seperti nazar, istighfar dan lain-lain. Sesiapa yang berpaling kepada selain Allah, maka dia telah
mensyirikkan Allah (Surah AnNisa: 48).

Tauhid Asma Wa Sifat

Objektif khusus

1. Menjelaskan pengertian tauhid al asma wa sifat


2. Menjelaskan pengertian asma Allah
3. Menghafaz asma Allah dan memahami pengertiannya

Pengertian

 Keyakinan yang tidak berbelah bahagi bahawa Allah bersifat sempurna dan bersih segala dari sifat kekurangan.
Hanya yang memliki semua itu. Tauhid ini dapat dicapai dengan mensabitkan nama dan sifat Allah untuk dirinya
dalam alQuran dan disabitkan oleh Rasulnya dalam Sunnah tanpa penyelewengan
 Definisi ini mengandungi 3 asas.Bagi sesiapa yang ingkar, maka dia tidak mengesakan tuhannya dari asma wa sifat:
1. Mensucikan Allah daripada penyerupaan dengan makhluk dan daripada segala kekurangan
2. Beriman dengan asma wa sifat Allah yang sabit dengan Al-Quran dan Sunnah tanpa melangkauinya sama ada
mengurang, menambah, memesong, mentakwil atau mengabaikannya.
3. Menghentikan keinginan untuk mengetahui hakikat sifat Allah

Tuntutan wajib sifat-sifat ini

Sifat ini menuntut kita mensabitkan Allah memiliki sifat tersebut mengikut makna yang layak dengan kesempurnaannya.
Pengertian yang sebenar yang tiada penyerupaan, pengabaian, pemesongan, dan penyesuaian. Imam Syafie berkata, “Saya
beriman dengan Allah dan apa yang datang denganNya sebagaimana yang dikehendaki Allah”

Nama-nama Allah

Nama Allah yang baik diberitahu oleh Allah dalam kitabNya dan Rasul dalam sunnahnya. Setiap nama merujuk kepada salah
satu sifat Allah. Nama yang menghimpunkan semua pengertian nama dan sifat adalah nama Allah. Nama inilah yang kita
seru, sebut, sembah, dan mohon. (Surah Al A’raf: 180)

Sabda Rasulullah, “sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Sesiapa yang menghafaznya akan masuk syurga”
(Bukhari,Muslim)

PENGERTIAN AL ASMA AL HUSNA

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
Bil Nama Allah Makna Huraian
1 Ar-Rahmaan Maha Pengasih Pemberi kenikmatan yang agung dan pengasih di dunia.
( ‫) الرحمن‬
2 Ar-Rahim Maha Penyayang Pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di
( ‫) الرحيم‬ akhirat.
3 Al-Malik Maha Merajai/ Mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
( ‫) الملك‬ Menguasai /Pemerintah
4 Al-Quddus Maha Suci Tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan
( ‫) القدوس‬
5 As-Salaam Maha Penyelamat Pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh
( ‫) السالم‬ makhlukNya.
6 Al-Mu’min Maha Pengaman / Siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi
( ‫) المؤمن‬ Pemelihara keamanan seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi
janjiNya dengan pahala yang baik.
7 Al-Muhaimin Maha Memerintah dan melindungi segala sesuatu.
( ‫) المحيمن‬ Pelindung/Penjaga /
Maha Pengawal serta
Pengawas
8 Al-’Aziiz Maha Mulia / Maha KuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
( ‫) العزيز‬ Berkuasa
9 Al-Jabbaar Maha Perkasa / Maha Mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya
( ‫) الجبار‬ Kuat / Yang serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
Menundukkan
Segalanya,
10 Al-Mutakabbir Maha Megah / Maha Yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat
( ‫) المتكبر‬ Pelengkap Kebesaran keagungan dan kemegahanNya.
11 Al-Khaaliq Maha Pencipta Mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan
( ‫) الخالق‬ adanya semua itu.
12 Al-Baari’ Maha Pembuat / Maha Mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
( ‫) البارئ‬ Perancang / Maha
Menjadikan
13 Al-Mushawwir Maha Pembentuk / Memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza
( ‫) المصور‬ Maha Menjadikan Rupa dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang
Bentuk belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-
Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya,
manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang
sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14 Al-Ghaffaar Maha Pengampun Banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan
( ‫) الغفار‬ kesalahan.
15 Al-Qahhaar Maha Pemaksa Menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa
( ‫) القهار‬ segala makhluk menurut kehendakNya.
16 Al-Wahhaab Maha Pemberi / Maha Memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
( ‫)الوهاب‬ Menganugerah
17 Ar-Razzaaq Maha Pemberi Rezeki Memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab
( ‫) الرزاق‬ diperolehnya.
18 Al-Fattaah Maha Membukakan / Membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh
( ‫) الفتاح‬ Maha Pembuka  hambaNya.
19 Al-’Aliim Maha Mengetahui Mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun
( ‫) العليم‬ yang tertutup oleh penglihatanNya.
20 Al-Qaabidh Maha Pencabut / Maha Mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang
( ‫) القابض‬ Penyempit Hidup / dikehendaki olehNya.
Maha Pengekang
21 Al-Baasith Maha Meluaskan / memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan
( ‫) الباسط‬ Maha Pelapang Hidup / olehNya.
Maha Melimpah
Nikmat
22 AI-Khaafidh Maha Menjatuhkan / terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya
( ‫) الخافض‬ Maha Menghinakan / sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
Maha Perendah /
Pengurang
23 Ar-Raafi’ Maha Mengangkat / Terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana
( ‫) الرافع‬ Maha Peninggi usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24 Al-Mu’iz Maha Menghormati / Pemberi Kemuliaan/Kemenangan kepada orang yang berpegang
( ‫) المعز‬ Memuliakan / Maha teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan
kemenangan.
25 Al-Muzil Maha Menghina Pemberi kehinaan kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat
( ‫) المذل‬ Islam seluruhnya.
26 As-Samii’ Maha Mendengar.
( ‫) السميع‬
27 Al-Bashiir: Maha Melihat.
( ‫) البصير‬
28 Al-Hakam Maha Menghukum / Hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun
( ‫) الحكم‬ Maha Mengadili dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang
berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29 Al-’Adl Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
( ‫) العدل‬
30 Al-Lathiif Maha Menghalusi / Mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan
( ‫) اللطيف‬ Maha Teliti / Maha kecil-kecil.
Lembut serta Halus,

31 Al-Khabiir Maha Waspada/ Maha


( ‫) الخبير‬ Mengetahui.
32 Al-Haliim: Maha Penyabar / Maha Yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula
( ‫الحليم‬ Penyantun / Maha gelojoh memberikan siksaan.
Penghamba
33 . Al-’Adzhiim Maha Agung Mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat
( ‫) العظيم‬ dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34 Al-Ghafuur Maha Pengampun banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
( ‫) الغفور‬
35 Asy-Syakuur Maha Pembalas / Maha memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
( ‫) الشكور‬ Bersyukur,
36 Al-’Aliy Maha Tinggi Martabat- mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin
( ‫) العلي‬ Nya / Maha Tinggi serta digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat
Mulia, difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37 Al-Kabiir Maha Besar yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun
( ‫) الكبير‬ akal manusia.
38 Al-Hafidz Maha Pemelihara Maha menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga
( ‫) الحفيظ‬ Pelindung / Maha menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak
Memelihara akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39 Al-Muqiit Maha Pemberi baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
( ‫) المقيت‬ kecukupan/ Maha
Pemberi Keperluan ,
40 Al-Hasiib Maha Penjamin / Maha Memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-
( ‫) الحسيب‬ Mencukupi / Maha hambaNya pada hari Qiamat.
Penghitung
41 Al-Jaliil: ( ‫الجليل‬ Maha Luhur Yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-
) sifatNya.
42 Al-Kariim Maha Pemurah Mullia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau
( ‫) الكريم‬ sebagai penggantian dan sesuatu pemberian
43 Ar-Raqiib Maha Peneliti / Maha Yng mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan
( ‫) الركيب‬ Pengawas Maha mengawasinya.
Waspada,
44 Al-Mujiib Maha Mengabulkan Yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
( ‫) المجيب‬
45 l-Waasi’ Maha Luas Pemberian- KerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula
( ‫) الواسع‬ Nya  ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46 Al-Hakiim Maha Bijaksana Memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya
( ‫) الحكيم‬ serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47 Al-Waduud Maha Pencinta / Maha Yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan
( ‫) الودود‬ Menyayangi, juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48 Al-Majiid Maha Mulia Yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan
( ‫) المجيد‬ keutamaan.
49 Al-Ba’ithu Maha Membangkitkan Membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan
( ‫) الباعث‬ para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-
masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50 Asy-Syahiid Maha Menyaksikan / keadaan semua makhluk.
( ‫) الشهيد‬ Maha Mengetahui
51 Al-Haq: ( ‫) الحق‬ Maha Haq / Maha Kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
Benar
52 Al-Wakiil Maha Pentadbir / Maha Memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang
( ‫) الوكيل‬ Berserah / Maha menjadi keperluan mereka itu.
Memelihara penyerahan
53 Al-Qawiy: Maha Kuat / Maha , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
( ‫) القوى‬ Memiliki Kekuatan 
54 Al-Matiin Maha Teguh / Maha iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya
( ‫) المتين‬ Kukuh atau Perkasa /
Maha Sempurna
Kekuatan-Nya 
55 Al-Waliy Maha Melindungi Melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya
( ‫) الولى‬ kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56 Al-Hamiid Maha Terpuji Yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan
( ‫) الحميد‬ sanjungan.
57 Al-Muhshii Maha Menghitung  Yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua
( ‫) المحصى‬ amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58 Al-Mubdi’ Maha Yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum
( ‫) المبدئ‬ Memulai/Pemula / maujud.
Maha Pencipta dari
Asal,
59 Al-Mu’iid Maha Mengulangi / Menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
( ‫) المعيد‬ Maha
Mengembalikan dan
Memulihkan,
60 Al-Muhyii Maha Menghidupkan Memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak
( ‫) المحي‬ hidup.
61 Al-Mumiit Maha Mematikan Iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
( ‫) المميت‬
62 Al-Hay ( ‫) الحي‬ Maha Hidup Sentiasa kekal hidupNya itu.
63 Al-Qayyuum Maha Berdiri Dengan Iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya
( ‫) القيوم‬ Sendiri-Nya  apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan
bumi ini.
64 Al-Waajid Maha Penemu / Maha iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka
( ‫) الواجد‬ Menemukan tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya
yang secara mutlak

65 Al-Maajid Maha Mulia (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam
( ‫) الماجد‬ bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65
A1-Maajid).
66 Al-Waahid Maha Esa.
( ‫) الواحد‬
67 Al-Ahad: ( ‫األحد‬ Maha Tunggal.
)
68 Ash-Shamad Maha Diperlukan / Iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat
( ‫) الصمد‬ Maha Diminta / Yang keperluan.
Menjadi Tumpuan
69 Al-Qaadir Maha Berkuasa/ Maha
( ‫) القادر‬ Kuasa / Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir Maha Menentukan
( ‫) المقتدر‬
71 Al-Muqaddim Maha Mendahulukan / Iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam
( ‫) المقدم‬ Maha Menyegera, mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau
tempatnya.
72 Al-Muakhkhir Maha Menangguhkan / Iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
( ‫) المؤخر‬ Maha Mengakhirkan /
Maha Membelakangkan
/ Maha Melambat-
lambatkan
73 Al-Awwal Maha Pemulaan  / Maha Iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
( ‫) األول‬ Pertama
74 Al-Aakhir Maha Penghabisan / iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
( ‫) اآلخر‬ Yang Akhir
75 Azh-Zhaahir Maha Zahir / Maha iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan
( ‫) الظاهر‬ Nyata / Maha bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
Menyatakan
76 Al-Baathin Maha Tersembunyi iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun
( ‫) الباطن‬ dapat mengenal ZatNya itu.
77 Al-Waalii Maha Menguasai / menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi
( ‫) الوالى‬ Maha Menguasai milikNya.
Urusan / Yang Maha
Memerintah
78 Al-Muta’aalii Maha Suci/Tinggi  iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan
( ‫) المتعال‬
79 Al-Bar: ( ‫) البار‬ Maha Dermawan / Iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang
Maha Bagus (Sumber dilimpahkanNya.
Segala Kelebihan) /
Yang banyak membuat
kebajikan,
80 At-Tawwaab Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang
( ‫) التواب‬ melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya
81 Al-Muntaqim Maha Penyiksa / Yang Kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk
( ‫) المنتقم‬ Maha Menghukum memperoleh siksaNya.
82 Al-’Afuw Maha Pemaaf / Yang Menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta
( ‫) العفو‬ Maha Pengampun maaf padaNya
83 Ar-Rauuf Maha Pengasih / Maha Banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
( ‫) الرؤف‬ Mengasihi
84 Maalikul Mulk Maha Pemilik Maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi
( ‫) المالك الملك‬ Kekuasaan  / Maha dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai
Menguasai kerajaan / dengan kehendak dan iradatNya.
Pemilik Kedaulatan
Yang Kekal
85 Zul-Jalaali Wal Maha Pemilik Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi
Ikraam Keagungan dan kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
( ‫ذوالجالل واإلك••رام‬ Kemuliaan  / Maha
) Memiliki Kebesaran
dan Kemuliaan
86 Al-Muqsith Maha Mengadili / Maha Memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari
( ‫) المقسط‬ Saksama tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87 Al-Jaami’ Maha Mengumpulkan / Mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan
( ‫) الجامع‬ Maha Pengumpul juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88 Al-Ghaniy: Maha Kaya Raya / Tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri,
( ‫) الغنى‬ Maha Kaya serta Serba tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
Lengkap
89 Al-Mughnii Maha Pemberi Memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-
( ‫) المغنى‬ kekayaan / Maha ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-
Mengkayakan dan hambaNya.
Memakmurkan
90 Al-Maani’ Maha Membela atau Membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab
( ‫) المانع‬ Maha Menolak / Maha yang menyebabkan kerosakan.
Pencegah,
91 Adh-Dhaar Maha Mendatangkan Iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-
( ‫) الضار‬ Mudharat / Maha musuhNya
Pembuat Bahaya  /
Maha Pemberi bahaya
92 An-Naafi’ Maha Pemberi Manfaat  Meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua
( ‫) النافع‬ hamba, masyarakat dan negeri.
93 An-Nuur Maha Pemberi Cahaya  Iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang
( ‫) النور‬ / Maha Bercahaya selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94 Al-Haadi Maha Pemberi Iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar
( ‫) الهادى‬ Petunjuk / Yang berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
Memimpin dan
Memberi Pertunjuk
95 Al-Badii’ Maha Indah / Tiada Sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya
‫) البديع‬ Bandingan  / Maha ciptaanNya itu.
Pencipta yang baru,

96 Al-Baaqi Maha Kekal Iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya


( ‫)الباقع‬
97 Al-Waarits Maha Membahagi / Iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
( ‫) الوارث‬ Maha Mewarisi  / Maha
Pewaris,
98 Ar-Rasyiid Maha Cendekiawan / Iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi
( ‫) الرشيد‬ Maha Pandai / penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala
Bijaksana / Maha peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
Memimpin kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99 Ash-Shabuur Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat
( ‫) الصبور‬ melaksanakan sesuatu sebelum masanya
BERIMAN DENGAN MALAIKAT

Objektif khusus

1. Menjelaskan maksud beriman dengan malaikat


2. Menjelaskan siapakah malaikat dan apakah hakikat mereka
3. Mengetahui hukum orang yang tidak beriman dengan malaikat

Pengertian beriman dengan malaikat

 Keyakinan yang tidak berbelah bahagi bahawa Allah memiliki hamba yang dikenali dengan malaikat
 Wujud dan diciptakan daripada cahaya
 Tidak ingkar dengan segala perintah Allah dan melaksanakan tugas sebagaimana yang diarahkan
 Beriman dan tidak menambah, mengurang dan menyeleweng. Menyerupai berbagai bentuk yang elok. Malaikat tiada
jantina, lelaki mahupun wanita dan tidak berkahwin, tidak makan, tidak minum, atau tidur
 Terdiri daripada pelbagai kategori, ada yang menanggung arasy, yang membawa wahyu, yang juru tulis, yang menjaga
manusia, yang mencabut ruh diketuai oleh malaikat maut, yang menjaga rezeki diketuai oleh Ridhwan, yang menjaga
neraka diketuai oleh Malik dan yang bertugas menyoal si mati di dalam kubur. Yang disebut nama dalam al Quran
seperti Jibril, Mikail dan Malik.
 Wajib beriman sebagaimana yang disebutkan dalam hadis. Firman Allah, 2: 285

Kejadian malaikat dan hakikat mereka

Diciptakan daripada cahaya. Daripada Aisyah Rasulullah bersabda, “Malaikat diciptakan daripada cahaya, jibril diciptakan
daripada bahagian api yang paling panas dan adam diciptakan sebagaimana yang telah digambarkan kepada kamu (Muslim)

Hakikat rupa bentuk mereka tidak disebut dalam al-Quran dan hadis. Yang disebutkan hanyalah yang bersayap, dua, tiga dan
empat. Ada yang dinyatakan bahawa jibril memiliki 600 sayap. Mereka amat gagah perkasa. Merekalah yang menterbalikkan
negeri kaum Nabi Luth. Ada kalangan mereka yang ditugaskan menanggung ‘arasy dengan suara malaikatlah kaum Nabi Soleh
hancur. Dengan tiupan sangkakala daripada malaikat hancur musnah apa yang ada di langit dan di bumi melainkan apa yang
diizinkan Allah tidak hancur. Tiupan itu sekali lagi seluruh makhluk dibangkitkan semula.

Hukum orang yang tidak beriman dengan malaikat.

 Al Quran, Sunnah, dan ijma’ membuktikan kewujudan malaikat.


 Sesiapa yang mengingkari kewujudan adalah mereka disebut dalam Surah An-Nisa ayat 136

Pelaksanaan amali

1. Prihatin untuk beristiqamah untuk mentaati Allah dan sentiasa sedar bahawa: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-
malaikat yang menjaga dan mengawasi segala perbuatan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah),
dan ditugaskan menulis (amal-amal kamu); mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Infithaar: 10-12).
2. Mengamati semua perkataaan yang dituturkan kerana dia akan membantu kamu atau mendakwa kamu.
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
(Surah Qaff:18)
3. Berusaha untuk menghadiri majlis zikir kerana malaikat bersama dalam majlis zikir
4. Perbanyakkan zikir dan tasbih
5. Menjadi seperti malaikat yang sentiasa mentaati Allah dan bertasbih kepadaNya
6. Berusaha untuk solat Jemaah terutama Asar dan Subuh kerana para malaikat berhimpun pada waktu ini. Hadis
menyebutkan “Malaikat malam dan malaikat siang yang menjaga kamu saling bertukar tugas. Mereka berhimpun pada
waktu solat subuh dan asar, kemudian malaikat yang bermalam bersama kamu naik menghadap Allah lalu Allah bertanya
kepada mereka, “Sesungguhnya mereka maha mengetahui keadaan mereka. Bagaimana kamu tinggalkan hambaku.
Jawab mereka “Kami tinggalkan mereka ketika mereka sedang solat dan ketika kami datang juga mereka sedang solat”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Berusaha menuntut ilmu. Hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang
menuntut ilmu lantaran mereka redha dengannya” (Hadis riwayat Abu Daud)
8. Berusaha mendidik manusia ke arah kebaikan kerana Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah, para malaikat,
penghuni langit juga penghuni bumi juga akan berselawat kepada mereka yang mengajar manusia kepada kebaikan”
(Hadis riwayat Tirmizi)
BERIMAN DENGAN KITAB

Objektif khusus

1. Menjelaskan maksud beriman dengan kitab Allah


2. Menyatakan beberapa keistimewaan al-Quran
3. Menjelaskan beberapa mukjizat al-Quran

Maksud beriman dengan kitab Allah

Beriman dengan kitab Allah bermaksud, keyakinan yang tidak berbelah bahagi bahawa Allah telah menurunkan para
RasulNya kitab-kitab yang mengandungi tegahan dan suruhan, janji dan ancaman, dan lain-lain yang dikehendaki dari kalamNya.
Kitab yang terbaik secara muktamad adalah AlQuran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Kitab-kitab lain ialah:

1. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa


2. Injil diturunkankepada Nabi Isa
3. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud

Kita hendaklah beriman suhufNya kepada para Nabi antaranya suhuf Ibrahim dan suhuf Musa (Surah An Nisa:136).
ٓ
ُ ‫ي َأنزَ َل ِمن قَ ۡب ۚ ُل َو َمن يَ ۡكفُ ۡر ِبٱهَّلل ِ َو َم ٰلَ ِئ َك ِت ِهۦ َو ُكتُ ِب ِهۦ َور‬
َ ‫ُس• ِلِۦه َو ۡٱليَ• ۡ•و ِم ٱأۡل ٓ ِخ• ِر فَقَ• ۡ•د‬
‫ض• َّل‬ ِ َ‫ب ٱلَّ ِذي نَ َّز َل َعلَ ٰى َرسُو ِلِۦه َو ۡٱل ِك ٰت‬
ٓ ‫ب ٱلَّ ِذ‬ ْ ُ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا َءا ِمن‬
•ِ َ‫وا ِبٱهَّلل ِ َو َرسُو ِلِۦه َو ۡٱل ِك ٰت‬
١٣٦ ‫ضلَٰاَۢل بَ ِعيدًا‬ َ

Allah telah menurunkan kitab tersebut melalui wahyu. Wahyu adalah talian antara Allah dengan para Rasul dan NabiNya
agar Allah dapat menyampaikan ilmu, hikmah, perintah, larangan, panduan, dan lain-lain (Surah Al-Anbiya: 25).

٢٥ ‫ُون‬ ۡ َ‫وح ٓي إِلَ ۡي ِه أَنَّ ۥهُ ٓاَل إِ ٰلَهَ إِٓاَّل أَن َ۠ا ف‬
ِ ‫ٱعبُد‬ ٍ ‫َو َمٓا أَ ۡر َس ۡلنَا ِمن قَ ۡبلِكَ ِمن َّرس‬
ِ ُ‫ُول إِاَّل ن‬

Kita wajib beriman bahawa kitab yang terdahulu telah diubah, diseleweng dan ditukar ganti. Manakal a alQuran adalah kitab
yang terpelihara dan tidak berubah sedikit pun kerana kitab yang lalu diserahkan urusan penjagaannya kepada para penganutnya,
namun mereka tidak menjaganya. Tetapi, Allah bertindak menjaga al-Quran (Surah Al-hijr:9).

Keistimewaan alQuran

1. Ia mengandungi kesimpulan ajaran ilahi yang datang dari kitab dahulu. Ia menghimpunkan semua kebaikan dan
kelebihan yang terpisah-pisah dalam kitab tersebut. Al-Quran diturunkan sebagai pemantau dan pengawas. Ia mengiktiraf
perkara yang benar dalam kitab tersebut dan menjelaskan penyelewengan dalam kitab tersebut.(Surah Al Maidah: 48)
‫•لّ َج َع ۡلنَ••ا‬ ِّ ۚ •‫ٱح ُكم بَ ۡينَهُم• بِ َمٓا أَن••زَ َل ٱهَّلل ۖ ُ َواَل تَتَّبِ• ۡ•ع أَ ۡه• َوٓا َءهُمۡ َع َّما َج• ٓا َءكَ ِمنَ ۡٱل َح‬
ٖ •‫ق لِ ُك‬ ِ َ‫صد ِّٗقا لِّ َما بَ ۡينَ يَد َۡي ِه ِمنَ ۡٱل ِك ٰت‬
ۡ َ‫ب َو ُمهَ ۡي ِمنًا َعلَ ۡي ۖ ِه ف‬ َ ‫ق ُم‬ ِّ ‫ب بِ ۡٱل َح‬َ َ‫َوأَنزَ ۡلنَٓا إِلَ ۡيكَ ۡٱل ِك ٰت‬
َ‫ت ِإلَى ٱهَّلل ِ َم ۡر ِج ُع ُكمۡ َج ِميعٗ ا فَيُنَبِّئُ ُكم ِب َما ُكنتُمۡ ِفي• ِه ت َۡختَلِفُ••ون‬ ِ ۚ ‫خَي ٰ َر‬ ۡ
ۡ ‫وا ٱل‬ ْ ُ‫ٱستَ ِبق‬ ٰ ُ ۚ
ۡ َ‫اجا َولَ ۡو شَٓا َء ٱهَّلل ُ لَ َج َعلَ ُكمۡ أ َّم ٗة ٰ َو ِحد َٗة َولَ ِكن لِّيَ ۡبلُ َو ُكمۡ فِي َمٓا َءات َٰى ُكمۡ ۖ ف‬ ٗ َ‫ِمن ُكمۡ ِش ۡرع َٗة َو ِم ۡنه‬
٤٨

2. Allah menurunkan al-Quran kepada semua manusia pada setiap masa dan tempat. Tidak terbatas kepada satu kaum
sahaja. (Surah Al- Furqan: 1)
١ ‫تَبَارَكَ ٱلَّ ِذي نَ َّز َل ۡٱلفُ ۡرقَانَ َعلَ ٰى ع َۡب ِد ِهۦ لِيَ ُكونَ ِل ۡل ٰ َعلَ ِمينَ نَ ِذيرً ا‬

3. Al-Quran hanya satu-satunya kitab yang dijanjikan Allah pemeliharaannya (Surah Al-hijr: 9). Al-Quran merupakan
panduan terakhir bagi memandu manusia kepada jalan yang benar. Allah ingin ia kekal sepanjang masa, oleh itu Allah
menjaganya daripada disentuh dari tangan penyelewengan, pengubah atau penukar ganti (Surah Al-fussilat: 41-42)
4. Allah ingin agar kalimahnya didengari dan sampai kepada fikiran dan pendengaran serta bertukar kepada realiti amali.
Perkara ini tidak akan berjaya melainkan apabila ia mudah difahami dan diingati (Surah Al-qamar: 17).
١٧ ‫َولَقَ ۡد يَس َّۡرنَا ۡٱلقُ ۡر َءانَ ِلل ِّذ ۡك ِر فَهَ ۡل ِمن ُّم َّد ِك ٖر‬
17. Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

Mukjizat alQuran

1. Kecantikan susunan ayatnya dan keserasian perkataan yang digunakannya, kefasihan, ringkas serta balaghahnya yang
diluar kebiasaan ungkapan dan syair masyarakat Arab. Ayatnya tersusun rapi dan kalimahnya tersusan jelas terperinci.
Balaghahnya menakjubkan pemikiran
2. Susunannya yang menakjubkan dan gaya bahasa yang mengagungkan. Tiada seorang pun yang mampu menyainginya.
Kerana itu, Utbah bin Rabiah seorang yang memusuhi alQuran, apabila mendengar ayat-ayatnya berkata, “Wahai
bangsa-bangsaku sesungguhnya kamu semua telah sedia tahu bahawa saya tidak tertinggal apa-apa melainkan semuanya
telah saya ketahui bacaan dan ungkapan. Demi Allah sesesungguhnya saya telah mendengar ungkapan yang tidak pernah
dengar sama sekali yang sehebat itu. Ia bukanlah puisi, sihir apatah lagi tilikan”
3. Memberitahu tentang perkara yang telah berlaku sejak permulaan kewujudan permulaan manusia sehinggalah ketika
alQuran diturunkan kepada Muhammad. Baginda adalah yang buta huruf, tidak boleh membaca mana-mana kitab yang
telah diturunkan sebelumnya. Baginda mampu menceritakan kisah para Nabi kepada umat mereka, mengkisahkan kaum
yang telah hancur musnah sekian lama. Rasulullah juga mampu menyahut cabaran ahli kitab ketika mereka bertanya
tentang ashabul kahfi, musa dan khidir, zulkarnain dan lain-lain
4. Memberitahu tentang perkara ghaib yang masih berlaku dan tidak mungkin dapat diketahui melainkan dengan wahyu
(Surah Al-fath:27).
‫ُون‬ ْ ‫ونَ فَ َعلِ َم َما لَمۡ ت َۡعلَ ُم‬
َ ‫وا فَ َج َع‬
ِ ‫••ل ِمن د‬ ِّ ۖ ‫ق ٱهَّلل ُ َرسُولَهُ ٱلرُّ ءۡ يَا ِب ۡٱل َح‬
ۖ ُ‫ق لَت َۡد ُخلُنَّ ۡٱل َم ۡس ِج َد ۡٱل َح َرا َم إِن شَٓا َء ٱهَّلل ُ َءا ِمنِينَ ُم َحلِّقِينَ ُر ُءو َس ُكمۡ َو ُمقَصِّ ِرينَ اَل تَخَ اف‬ َ ‫لَّقَ ۡد‬
َ ‫ص َد‬
٢٧ ‫ٰ َذ ِلكَ فَ ۡت ٗحا قَ ِريبًا‬

5. Ayatnya kekal dan mukjizatnya abadi. Tidak terpengaruh dengan perubahan masa dan kehebatannya tidak terjejas
meskipun berlalunya perubahan masa sehingga hari kiamat. Allah menjamin dia akan menjaga dan memeliharanya
(Surah Al-hijr:9).
٩ َ‫إِنَّا ن َۡحنُ نَ َّز ۡلنَا ٱل ِّذ ۡك َر َوإِنَّا لَهۥُ لَ ٰ َحفِظُون‬

6. AlQuran menghimpunkan pelbagai ilmu dan pengetahuan yang tidak pernah diketahui oleh cerdik pandai arab, bahkan
tiada seorang pun cendekiawan dunia yang mengetahuinya ketika itu (Surah Az-zumar: 27).
ِ ‫اس ِفي ٰهَ َذا ۡٱلقُ ۡر َء‬
٢٧ َ‫ان ِمن ُكلِّ َمثَ ٖل لَّ َعلَّهُمۡ يَتَ َذ َّكرُون‬ َ ‫َولَقَ ۡد‬
ِ َّ‫ض َر ۡبنَا ِللن‬

7. Keajaiban sains: AlQuran berhubung dengan berbagai sains kemanusiaan alam semesta dan sebagainya. Setiap kali ilmu
manusia berkembang, setiap kali jugalah cendekiawan menjumpai kehebatan mukjizat al Quran (Surah Al-Fussilat: 53).
ُّ ۗ ‫اق َوفِ ٓي أَنفُ ِس ِهمۡ َحتَّ ٰى يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ۡٱل َح‬
ِ ‫ق أَ َو لَمۡ يَ ۡك‬
٥٣ ‫ف بِ َربِّكَ أَنَّهۥُ َعلَ ٰى ُكلِّ ش َۡي ٖء َش ِهي ٌد‬ ِ َ‫َسنُ ِري ِهمۡ َءا ٰيَتِنَا فِي ٱأۡل ٓف‬

8. Keindahan ayatnya menusuk hati para pendengar, kehebatannya memukau apabila membacanya lantaran kekuatan
pengaruh. Impak al Quran pada pendustanya dan mengancam mereka. Mereka takut jika ia mempengaruhi diri mereka,
isteri, dan anak-anak. (Surah Al-Fussilat:26).
٢٦ ‫ض ۡٱلفَ َسا َد‬ ‫أۡل‬ ۡ ۖ ُ ‫ال ِف ۡرع َۡونُ َذرُو ِن ٓي أَ ۡقتُ ۡل ُمو َس ٰى َو ۡليَ ۡد‬
ِ ‫ع َربَّ ٓۥهُ إِنِّ ٓي أَخَ افُ أَن يُبَد َِّل ِدينَ ُكمۡ أَ ۡو أَن يُظ ِه َر ِفي ٱ َ ۡر‬ َ َ‫َوق‬

9. Allah yang menjadikannya mampu mempengaruhi jiwa dan roh baru yang mengalir dalam diri orang mukmin. Orang-
orang mukmin apabila mendengar keindahan ayat al-Quran, kekuatan pengaruhnya terhadap jiwa menjadikan mereka
asyik dengan kitab ilahi ini (Surah az- Zumar:23).
‫ث ِك ٰتَبٗ ا ُّمتَ ٰ َشبِهٗ ا َّمثَانِ َي ت َۡقش َِعرُّ ِم ۡنهُ ُجلُو ُد ٱلَّ ِذينَ يَ ۡخش َۡونَ َربَّهُمۡ ثُ َّم تَلِينُ ُجلُو ُدهُمۡ َوقُلُوبُهُمۡ إِلَ ٰى ِذ ۡك ِر ٱهَّلل ۚ ِ ٰ َذلِكَ هُ•دَى ٱهَّلل ِ يَ ۡه• ِدي بِِۦه َمن يَ َش•ٓا ۚ ُء‬
ِ ‫ٱهَّلل ُ نَ َّز َل أَ ۡحسَنَ ۡٱل َح ِدي‬
٢٣ ‫ُضلِ ِل ٱهَّلل ُ فَ َما لَ ۥهُ ِم ۡن هَا ٍد‬ ۡ ‫َو َمن ي‬
BERIMAN KEPADA RASUL

Objektif khusus

1. Menjelaskan pengertian beriman dengan para Rasul


2. Menjelaskan tatacara kita beriman dengan Nabi Muhammad saw
3. Menjelaskan tatacara menunaikan hak Nabi saw
4. Memuhasabah dirinya, adakah menunaikan hak Nabi saw
5. Menyatakan beberapa mukjizat para Rasul

Pengertian Beriman Dengan Rasul Dan Nabi.

Beriman dengan Rasul dan Nabi adalah wajib. Ia merupakan salah satu asas agama. Sesiapa yang mencuaikannya menjadi kufur.
(Surah Al- Baqarah: 285).
ٓ
ِ ‫ط ۡعن َۖا ُغ ۡف َرانَكَ َربَّنَا َوإِلَ ۡيكَ ۡٱل َم‬
٢٨٥ ‫صي ُر‬ َ َ‫وا َس ِم ۡعنَا• َوأ‬ ُ ِّ‫ونَ ُكلٌّ َءا َمنَ بِٱهَّلل ِ َو َم ٰلَئِ َكتِ ِهۦ َو ُكتُبِ ِهۦ َو ُر ُسلِِۦه اَل نُفَر‬
ْ ُ‫ق بَ ۡينَ أَ َح ٖد ِّمن رُّ ُسلِ ِۚۦه َوقَال‬ ۚ ُ‫نز َل إِلَ ۡي ِه ِمن َّربِِّۦه َو ۡٱل ُم ۡؤ ِمن‬ُ
ِ ‫َءا َمنَ ٱل َّرسُو ُل بِ َمٓا أ‬
285. Rasul telah beriman kepada Al Qur´an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.
Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami
tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar
dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".

1. Wajib beriman secara umum terhadap seluruh Nabi dan Rasul. Perincian kepada semua mereka tidak diketahui
sebagaimana yang dijelaskan oleh nas al-Quran (Surah An Nisa: 164-165).
2. Wajib beriman secara terperinci terhadap para Rasul yang disebutkan dalam alQuran. Bilangan mereka seramai 24 orang
menurut tertib adalah, Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yakub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Mus,
Harun, Yunus, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad. Ramai kalangan ahli tafsir turut
menyenaraikan Zulkifli, maka bilangannya genap 25 orang.
3. Ulul azmi kalangan para Rasul seramai 5 orang, mereka mengikut tertib paling tinggi kedudukan, Muhammad, Ibrahim,
Musa, Isa, Nuh (Surah Al-Ahqaf: 35).
ُ َ‫ۚغ فَهَ ۡل ي ُۡهل‬ٞ َ‫ار بَ ٰل‬
٣٥ َ‫ك إِاَّل ۡٱلقَ ۡو ُم ۡٱل ٰفَ ِسقُون‬ ۚ ۡ ۡ ْ ُ‫صبَ َر أُوْ ل‬
ِ ۢ َ‫وا ٱل َع ۡز ِم ِمنَ ٱلرُّ س ُِل َواَل ت َۡست َۡع ِجل لَّهُمۡۚ كَأَنَّهُمۡ يَ ۡو َم يَ َر ۡونَ َما يُو َع ُدونَ لَمۡ يَلبَثُ ٓو ْا إِاَّل َساع َٗة ِّمن نَّه‬ َ ‫ٱصبِ ۡر َك َما‬
ۡ َ‫ف‬
Mereka mendapat gelaran tersebut kerana kesabaran menghadapi and menanggung tentangan kaum mereka menanggung
kesulitan lebih banyak Rasul lain.
4. Para ulama mengetahui kedudukan para Rasul dan menempatkan mereka di martabat yang selayaknya. Sejajar dengan
keperluan manusia kepada mereka. Manusia benar-benar perlu untuk menerima ajaran agama yang mereka bawa dan
sampaikan.

Beriman dengan Nabi Muhammad saw

 Kita beriman bahawa Nabi merupakan Nabi dan Rasul terakhir


(Surah Al-ahzab: 40).

Hadis: “Perbandingan saya dengan para Nabi seperti seorang lelaki yang membina sebuah bangunan. Dia merapikan dan
mencantikkannya melainkan satu tempat batu disalah satu sudut, maka orang ramai mengelilingi bangunan itu dan merasa
takjub dengannya. Bukankah lebih baik diletakkan batu bata ini. Sabda Baginda, “Sayalah batu bata tersebut dan sayalah
penyudah para Nabi”. (Muslim)

 Kita juga wajib beriman bahawa Baginda diutuskan membawa kebenaran dan petunjuk kepada semua jin (Surah al
Ahqaf:31)
٣١ ‫ب أَلِ ٖيم‬
ٍ ‫وا بِِۦه يَ ۡغفِ ۡر لَ ُكم ِّمن ُذنُوبِ ُكۡ•م َوي ُِج ۡر ُكم ِّم ۡن َع َذا‬
ْ ُ‫َاع َي ٱهَّلل ِ َو َءا ِمن‬
ِ ‫ُوا د‬ ْ ‫ٰيَقَ ۡو َمنَٓا أَ ِجيب‬
 Baginda juga diutuskan kepada seluruh manusia (Surah As Saba’:28)
ٰ ٗ ‫يرا ونَ ِذ‬ ٰۡ
٢٨ َ‫اس اَل يَ ۡعلَ ُمون‬ ِ َّ‫يرا َولَ ِكنَّ أَ ۡكثَ َر ٱلن‬ َ ٗ ‫اس بَ ِش‬ ِ َّ‫َو َمٓا أَ ۡر َسلنَكَ إِاَّل كَٓافَّ ٗة لِّلن‬
Nabi bersabda, “saya dianugerahkan kelebihan berbanding para Nabi lain dengan enam kelebihan. Saya dikurniakan jawami’
al kalim (ungkapan yang ringkas dan padat tetapi mengandungi pengertian yang luas). Saya memperoleh kemenangan atas
musuh dengan sebab rasa gerun yang dicampakkan atas diri mereka, dihalalkan atas saya atas harta rampasa perang, bumi
dijadikan kepada saya sebagai masjid dan suci lagi mensucikan. Saya diututskan kepada seluruh makhluk dan saya penyudah
segala Nabi” (Muslim).

Tatacara menunaikan hak Nabi saw

1. Mempercayai dan memperakui kebenaran Nabi. Seorang Muslim mengiktiraf kebenaran yang dibawa oleh Nabi. Segala
yang di bawa oleh Nabi lantaran dia mengetahui bahawa Baginda adalah utusan Allah dan Baginda tidak bertutur
mengikut kehendaknya sebaliknya berdasarkan wahyu (Surah An Najm: 3-4)
٤ ‫ُوح ٰى‬ ٓ ٰ ‫ق ع َِن ۡٱلهَ َو‬
َ ‫ي ي‬ٞ ‫ إِ ۡن ه َُو ِإاَّل َو ۡح‬٣ ‫ى‬ •ُ ‫نط‬
ِ َ‫َو َما ي‬

2. Mentaati Baginda (Surah an-Nur: 54). Allah mengiringkan kepadanya dengan ketaatan kepada Nabi. Ia merupakan
penghormatan dan pengiktirafan kepada Baginda(Surah An-nisa:80). Allah memperingatkan akibat mereka yang
menyalahi perintah Nabi (Surah Annur: 63)
ۡ‫ُص•يبَهُم‬ ِ ُ‫ض ۚا قَ ۡد يَ ۡعلَ ُم ٱهَّلل ُ ٱلَّ ِذينَ يَتَ َسلَّلُونَ ِمن ُكمۡ ِل َو ٗاذ ۚا فَ ۡليَ ۡح َذ ِر ٱلَّ ِذينَ يُخَ ا ِلفُونَ ع َۡن أَمۡ ِر ِٓۦه أَن ت‬
ِ ‫ص•يبَهُمۡ ِف ۡتنَ•ةٌ أَ ۡو ي‬ ٗ ‫ض ُكم بَ ۡع‬
ِ ‫ُول بَ ۡينَ ُكمۡ َك ُدعَٓا ِء بَ ۡع‬ ْ ُ‫اَّل ت َۡج َعل‬
ِ ‫وا ُدعَٓا َء ٱل َّرس‬
٦٣ ‫َع َذابٌ أَلِي ٌم‬
3. Mencintai Nabi.
 Hadis Rasulullah, tidak beriman seseorang kamu sehinggalah saya lebih dikasihi berbanding anak, ibubapa dan
seluruh manusia.
 Hadis “seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw “Bilakah berlaku kiamat?” tanya Baginda kembali, “Apakah
yang kamu sediakan untuk menghadapinya?” jawab lelaki itu “Tiada apa-apa, melainkan saya mencintai Allah dan
RasulNya”. Jawab Baginda saw “Kamu akan bersama dengan mereka yang kamu kasihi”, Anas berkata “Tiada yang
menggembirakan kami seperti kegembiraan kami mendengar sabda Nabi saw ini “kami akan bersama dengan
mereka yang kamu kasihi”. Anas berkata “saya mencintai Nabi saw, abu bakar dan umar ra. Saya berharap saya akan
bersama-sama mereka dengan sebab cinta saya terhadap mereka” (muttafiq alaihi)
4. Meneladani Nabi. Seorang Muslim mencontohi akhlak Nabi (Surah Al ahzab: 21)
٢١ ‫يرا‬ ٗ ِ‫ُوا ٱهَّلل َ َو ۡٱليَ ۡو َم ٱأۡل ٓ ِخ َر َو َذك ََر ٱهَّلل َ َكث‬
ْ ‫َة لِّ َمن َكانَ يَ ۡرج‬ٞ ‫ُول ٱهَّلل ِ أُ ۡس َوةٌ َح َسن‬
ِ ‫لَّقَ ۡد َكانَ لَ ُكمۡ فِي َرس‬

5. Berselawat untuk Nabi.


 Seorang Muslim memperbanyak selawat atas Nabi terutamanya nama Baginda disebut (Surah Al-ahzab: 56).
ٓ
ْ ‫وا َعلَ ۡي ِه َو َسلِّ ُم‬
٥٦ ‫وا ت َۡسلِي ًما‬ ْ ُّ‫صل‬
َ ‫وا‬ َ ‫إِنَّ ٱهَّلل َ َو َم ٰلَئِ َكتَهۥُ ي‬
ْ ُ‫ُصلُّونَ َعلَى ٱلنَّبِ ۚ ِّي ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬

Rasulullah menggalakkan umatnya memperbanyakkan selawat dan salam ke atasnya. Hadis, sesiapa yang berselawatku,
Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali (Hadis riwayat Muslim)
 Hadis “Si bakhil adalah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku” (Hadis riwayat
Tirmizi, Ahmad)
 Seorang Muslim disunatkan berselawatkan ke atas Nabi pada malam dan siang hari jumaat, disunatkan juga berselawat
setelah selesai azan, pada tahiyat akhir, ketika disebut namanya dan setiap waktu
6. Mendoakan Baginda.
Hadis Nabi “apabila kamu mendengar tukan azan melaungkan azan, ucaplah seperti apa yang diucapkannya, kemudian
berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya
sepuluh kali. Kemudian mintalah wasilah untukkku, sesungguhnya ia adalah suatu martabat di syurga, martabat itu hanya
layak untuk seorang hamba di kalnagan hambaNya. Saya berharapa agar sayalah orangnya. Maka sesiapa yang
memohon untuk saya wasilah itu, dia berhak memperolehi syafaat (Muslim)
7. Menghidupkan Sunnah Nabi. Sunnah Nabi adalah segala perkataan atau perbuatan Baginda. Seorang berusaha sedaya
upaya berpegang kepada Sunnah Nabi. Apabila manusia meninggalkan salah satu Sunnah, ia hendaklah menghidupkan
kembali Sunnah tersebut. Hadis, barangsiapa yang menghidupkan salah satu sunnahku dan orang ramai
mengamalkannya, baginya pahala mereka yang mengamalkan pahal tersebut dan pahala tersebut tidak akan dikurangkan”
(Hadis riwayat Ibnu majah)
8. Mencintai para sahabat. Seorang Muslim hendaklah mencintai dan menghormati para sahabat Rasulullah
Hadis, “Bertakwalah kepada Allah berkenaan hak para sahabatku. Jangan kamu menjadikan mereka sasaran (untuk
diserang) selepas ketiadaanku. Oleh itu sesiapa ayng mencintai mereka, maka lantara kecintaanya kepadaku, dia
mencintai mereka. Sesiapa yang membenci mereka, maka lantaran kebenciannya kepadaku, dia membenci mereka.
Sesiapa yang menyakiti mereka dia telah menyakitiku. Sesiapa yang menyakitiku dia menyakiti Allah. Dan sesiapa yang
menyakiti Allah, Allah hampir menghukumnya (tirmizi).
9. Pelajari dan memahami sirah Nabi. Seorang Muslim bersungguh-sungguh dan berusaha mempelajari sejarah dan riwayat
hidup Nabi. Ia akan menjadi momentum kepadanya untuk meneruskana perjalanan di atas manhajnya
10. Teliti dalam menukilkan sabdanya.
 Seorang Muslim tidak akan meriwayatkan sebuah hadis Nabi melainkan dia sudah pasti kesahihan hadis tersebut. Jika
hadisnya dhaif, dia akan menjelaskan kepada orang ramai. Dia tidak berdalilkan hadis maudhuk dan hadis mungkar. Jika
dia melakukannya, dia tergolong sebagaimana disebutkan dalam hadis, “sesiapa yang menukilkan sesebuah hadis
daripadaku dan mengetahui ia hadis tipu, maka dia tergolong dikalangan golongan dusta (Hadis riwayat Muslim)
 Seorang Muslim hendaklah teliti dalam menukilkan sabda Rasulullah. Dia tidak menyeleweng dan mentakwilkannya
agar dia tergolong dalam doa Nabi “Semoga Allah menyerikan (wajah) seseorang yang mendengar hadis daripada kami,
kemudian dia menyampaikannya. Kadangkala orang yang disampaikan (hadis ekpadanya) lebih memelihara berbanding
orang yang mendengar (Hadis riwayat Ibnu majah).
11. Memperjuangkan Baginda. Seorang Muslim memperjuangkan Nabi dengan dia memperjuangkan Islam, mengikuti
perkataan dan perbuatan Baginda serta menghidupkan sunnahnya. Alaraf:157.
12. Memuliakan ahlul bait Nabi. Nabi menggesaagar setiap Muslim memulia dan menghormati kaum keluarganya. Ini
diungkapkan dalam khutbahnya. Sabda Baginda, maka ahli keluarga saya, saya memperingatkan kamu kepada Allah
tentang ahli keluarga saya (3x)

Beberapa mukjizat para Rasul

 Antara hikmah Allah yang jelas dalam membuktikan bahawa dia menyokong para Rasul melalui mukjizat tertentu
dalam bidang yang menjadi bidang kepakaran bagi kaum Rasul tersebut. Ini menyebabkan hujah dan alasan mereka
dipatahkan apabila berdepan dengan Rasul yang diutuskan kepada mereka.
 Ketika Allah mengutuskan Nabi Musa, ilmu sihir amat popular dikalangan orang Qibti, bangsa Firaun. Mereka
mahir dalam melakukan sihir. Kemahiran mereka membolehkan mereka mengetahui apakah sihir yang mungkin
dilakukan oleh manusia dan mukjizat yang tidak mampu dibuat oleh manusia. Tatkala ahli sihir melakukan sihir
terhadap tali dan tongkat dengan perintah Firaun, ia seperti ular yang menjalar. Kemudian Musa mencampakkan
tongkatnya dengan perintah Allah, lalu dia menukarkannya menjadi ular yang besar.
BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

Objektif khusus

1. Menjelaskan tentang pengertian hari akhirat dan maksud beriman dengannya secara umum
2. Menjelaskan tentang penekanan al Quran terhadap hari akhirat dan hikmahnya
3. Menjelaskan tentang perkara ghaib selepas kematian sehingga berlakunya kiamat
4. Menjelaskan tentang tanda-tanda kiamat samada tanda besar atau kecil
5. Menjelaskan peristiwa pada hari kiamat

Pengertian hari akhirat

Hari akhirat bermula dengan lenyap dunia kita. Semua makhluk yang bernyawa di alam akan mati. Bumi dan langit turut bertukar
rupa. Kemudian Allah akan memulakan kejadian dalam bentuk kejadian yang baru. Allah membangkitkan semua manusia dan
menghidupkan mereka sekali lagi. Setelah itu setiap individu akan dihisab amalan mereka, baik mahupun jahat. Oleh itu sesiapa
yang amalan baiknya lebih banyak, akan dimasukkan ke dalam surga, dan begitu juga sebaliknya.

Maksud beriman dengan hari akhirat secara umum

Maksudnya ialah beriman dengan segala perkara yang diberitahu Allah di dalam kitabNya. Apa yang diberitahu oleh Rasulullah
berkenaan apa yang berlaku selepas mati seperti ujian, siksaan dan kenikmatan di alam kubur. Juga peristiwa kebangkitan semula,
perhimpunan di padang mahsyar, pembentangan catatan amalan, hisab, timbangan amalan, kolam, titian sirath, syafaat, syurga dan
neraka serta perkara yang disediakan Allah kepada penghuninya.

Penekanan al Quran terhadap rukun ini dan hikmahnya

Al Quran memberi penekanan dan perhatian dalam mempertegaskan keimanan terhadap hari akhirat. Penekanan terhadap hari
akhirat boleh dilihat melalui perkara berikut:

1. Ia dihubungkaitkan dengan beriman kepada Allah:


(Surah Al Baqarah: 177, Surah Al-Baqarah: 62)
2. Ia banyak diperkatakan dalam al Quran: Hampir tiada satu surah pun di dalam al Quran yang tidak menyebut tentang
hari akhirat. Proses memahamkan di buat melalui hujjah dan bukti atau mengutarakan contoh-contoh
3. Ia diberi pelbagai nama dalam al Quran dimana nama ini menjurus kepada suasana menakutkan yang akan berlaku.

Nama lain hari kiamat Maksud


al Qiyamah Hari kiamat
As Sa’ah Masa
Al Akhirat Pengakhiran
Yaum Ad Din Hari Pembalasan
Yaum Al Hisab Hari Perhitungan
Yaum At Talaq Hari Pertemuan
Yaum Al Ba’ts Hari Kebangkitan
Yaum Al Jam’i Hari Perhimpunan
Yaum Al Taghabun Hari Kerugian
Yaum Al Khulud Hari Kekal Abadi
Yaum Al Khuruj Hari Keluar
Yaum Al Hasrah Hari Penyesalan
Yaum Al Tanad Hari Panggil Memanggil
Al Azifah Hampir Terjadi
At Thommah Bencana
As Shokhkhah Jeritan Dahsyat
Al Haqqah Yang Pasti Berlaku

Hikmah penekanan

1. Orang-orang arab musyrik terlalu mengingkari hari akhirat (Surah Al- Jatsiyah: 24)
2. Meskipun ahli kitab beriman dengan hari akhirat, namun persepsi mereka terhadapnya adalah amat songsang. Orang
Kristian berpegang wujudnya Jesus yang menubuh dirinya demi membebaskan manusia daripada hukuman dosa.
3. Beriman dengan hari akhirat akan jadikan kehiudpan mempunyai matlamat dan objektif tinggi. Jiwa akan bertambah kuat
termotivasi ke arah kebaikan dan menegah daripada kejahatan.
Perincian beriman kepada hari akhirat

Ia hanya akan tercapai dan sempurna melalui dua perkara:

1. Seorang manusia hendaklah beriman dengan hari akhirat secara umum. Ini merupakan syarat paling minima untuk
mendapatkannya
2. Hendaklah beriman dengan segala perkara ghaib yang berlaku selepas kematian yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Peristiwa dari detik kematian sehingga berlakunya hari kiamat

Soalan kubur
Peristiwa Hari
Nyawa dicabut (Nikmat dan kiamat
siksaannya)

Manusia melaluinya setelah mati. Seseorang wajib beriman bahawa manusia dan semua binatang, jin dan malaikat tidak akan
mati melainkan setelah tiba ajalnya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah untuknya. Samada mati tanpa sebab yang
zahir atau sebaliknya (Surah Al-A’raf: 34).

Peristiwa Huraian
Nyawa dicabut  Malaikat maut bertanggung jawab mencabut ruh dengan perintah Allah. Beliau
mempunyai pembantu daripada kalangan malaiat. Ketika seseorang sedang nazak, dia
akan melihat malaikat yang akan mencabut nyawanya. Dia juga akan mengetahui
kesudahan nasibnya ke syurga ataupun ke neraka. (Surah An-nahl: 32, Surah al-an’am:
93)
 Hadis: “Sesunggunya orang yang hampir mati akan didatangi oleh malaikat. Maka jika
dia seorang yang soleh malaikat akan berkata, “keluarlah wahai jiwa yang baik, yang
berada di dalam badan yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji dan bergembiralah
dengan kerehatan, rezeki dan tuhan yang tidak murka”. Maka aluan itu terus
diungkapkan sehingga ruh tersebut keluar kemudian dibawa naik ke langit. Lalu diminta
dibukakan langit untuknya. Dan ditanya “siapa ini?” di jawab “si fulan”. Para malaikat
menjawab “selamat datang kepada jiwa yang baik, yang berada dalam jasad yang baik.
Masuklah dalam keadaan terpuji dan bergembiralah dengan kerehatan, rezeki dan tuhan
yang tidak murka”. Alu-aluan itu sentiasa diucapkan kepadanya sehingga sampai ke
langit tempat bersemayam Allah. Jika dia seroang yang jahat, malaikat akan berkata,
“keluarlah wahai ruh yang keji, keluarlah dalam keadaan tercela dan bergembiralah
dengan air panas yang bergelak dan air nanah yang mengalir, dan siksaan seumpamanya
yang berbagai jenis” ungkapan itu terus diucapkan sehingga ruh keluar, kemudian
dibawa ke langit dan diminta agar dibukakan langit untuknya dan ditanya, “siapa ini?”
dijawab “si fulan”. Para malaikat menjawab “tidak dialu-alukan untuk jiwa yang keji,
yang berada dalam jasad yang keji. Pulanglah dalam keadaan tercela. Kerana
sesungguhnya tidak akan dibuka untuk kamu pintu langit”. Maka ruh tersebut dihantar
dari langit ke kubur” (Ibnu Majah)

Soalan kubur,  Kita wajib berimana bahawa perkara pertama yang akan dihadapi selepas kematian
nikmat dan adalah soal jawab dua malaikat di dalam kubur. Allah akan mengembaikan ruh,
siksaannya pendengaran dan penglihatan si mati. Kemudian dua malaikat ini akan bertanya kepada
si mati tentang tuhan, agama dan Nabi. Oleh itu samada ada diberi nikmat atau
dikenakan seksaan bergantung kepada betul atau salah jawapannya.
 “Suatu hari, setelah selesai mengebumikan mayat, Rasulullah saw berdiri dan bersabda
“beringtighfarlah kamu semua untuk saudaramu. Pohonlah agar dia teguh pendirian
(semasa memberi jawapan). Kerana ketika ini dia sedang disoal” (Hadis Riwayat Abu
Daud)
 Hadis “Dari Anas bin Malik RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya apabila manusia diletakkan dalam kuburnya, setelah teman-temannya
berpaling dan pergi hingga ia mendengar suara sandal mereka, lalu datanglah kedua
malaikat, mendudukkannya dan bertanya kepadanya, “Apa yang dahulu kamu katakan
(ketika di dunia) tentang laki-laki ini, yaitu Muhammad SAW?”. Adapun orang
mukmin, maka ia menjawab, “Aku bersaksi bahwa dia adalah hamba Allah dan utusan-
Nya”. Maka dikatakan kepadanya, “Lihatlah tempat dudukmu di neraka, Allah telah
menggantinya dengan tempat duduk di surga”. Maka ia melihat keduanya. Adapun
orang munafiq dan kafir ketika ditanya, “Apa yang dahulu kamu katakan tentang laki-
laki ini?”. Ia akan menjawab, “Saya tidak tahu, saya dulu mengatakan apa-apa yang
dikatakan oleh orang-orang”. Maka dikatakan kepadanya, “Kamu tidak tahu dan tidak
membaca”. Kemudian ia dipukul dengan pemukul dari besi diantara kedua telinganya,
lalu ia berteriak sekeras-kerasnya yang didengar oleh apa yang didekatnya selain jin
dan manusia. Kuburnya di sempitkan sehingg bersilang tulang-tulang rusuknya”
(Bukhari dan Muslim)

Hari kiamat  Hari akhirat ialah hari kiamat. Bermula dengan waktu kematian, berdasarkan hadis,
“Setiap kali Usman r.a menziarahi kubur maka beliau menangis terisak-isak sehingga
janggutnya basah dengan air mata. Seseorang bertanya kepada beliau, “Tuan tidak
pernah menangis ketika mendengar berita-berita tentang syurga dan neraka, tetapi
mengapa tuan menangis ketika menziarahi kuburan ini?”
Beliau menjawab, “Kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam perjalanan
menunju alam akhirat. Barangsiapa selamat ditempat persinggahan pertama ini, maka
persinggahan-persinggahan berikutnya akan dipermudah baginya. Sebaliknya,
barangsiapa gagal ditempat persinggahan pertama ini, maka ia akan menerima berbagai
kesulitan dipersinggahan-persinggahan berikutnya.” (Tirmizi, ibnu majah)
 Hanya Allah saja yang tahu hari tersebut (Surah al- Ahzab: 63)

Perbincangan tentang hari akhirat berkisar dalam dua perkara:

1. Tanda-tanda kiamat
2. Peristiwa-peristiwa pada hari kiamat

Tanda-tanda hari kiamat


Tanda kecil
 Ia dinyatakan dalam hadis-hadis nabawi: dalam sebuah hadis jibril, dia bertanya Nabi saw tentang
kiamat. Baginda menjawab: “Orang yang ditanya tentang kiamat bukanlah lebih mengetahui daripada
orang yang bertanya “jibril bertanya lagi “beritahu kepada saya tentang tanda-tandanya. “Baginda
bersabda “hamba perempuan akan melahirkan tuannya. Kamu akan melihat orang-orang yang berkaki
ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan binaan”
(Bukhari dan Muslim)
 Hamba perempuan akan melahirkan tuannya
 Berlaku banyak penderhakaan terhadap ibubapa.
 Anak melayan ibunya seperti tuan melayan hamba perempuannya.
 Amanah disia-siakan - Hadis daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata “seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah saw “bilakah berlakunya kiamat?” jawab Baginda “apabila amanah disia-siakan tunggulah
kiamat”. Dia bertanya “bagaimanakah ia disia-siakan?” sabda Nabi saw “apabila urusan diserahkan
kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat” (bukhari)
 Orang Islam memerangi Yahudi-
Hadis riwayat Bukhari “tidak berlaku kiamat sehingga orang Islam memerangi Yahudi. Lalu orang Islam
Berjaya membunuh mereka. Hinggakan orang Yahudi menyorok di sebalik batu dan pokok. Maka batu
dan pokok akan berkata’ wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi ada di belakang saya, mari ke
sini, bunuhlah dia”. Melainkan pokok gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Muslim)

Tanda-tanda besar
Matahari terbit dari  Tanda besar pertama yang menghebah berlakunya perubahan di alam langit
arah barat sehingga di akhir dengan berlakunya kiamat. Hadis riwayat abu Hurairah, Nabi
bersabda “tidak berlaku kiamat sehingga matahari terbit dari arah barat. Apabila
ia terbit di Barat dan manusia melihatnya, maka mereka semua akan beriman.
Namun ketika itu tiada berguna keimanan kepada mana-mana jiwa yang tidak
beriman sebelumnya atau jiwa yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan
terhadap imannya itu” (Muslim)
 Allah telah berfirman, al An’am: 158
 Peristiwa terbit matahari dari arah Barat hanya berlaku sehari. Ia akan terbit
semula dari arah Timur, sebagaimana biasa. Apabila terbit dari arah Barat, ia
tenggelam ke arah Timur. Ketika itu pinta taubat telah tertutup sehingga
berlakunya kiamat.

Keluar binatang  Ia keluar ketika waktu berlaku matahari terbit dari arah Barat. An Naml: 82
(ad dabbah)  Ketika ia keluar ia akan bercakap dan memberitahu manusia kedudukan mereka
samada mereka beriman atau kufur, soleh atau fasik.
 Setelah binatang tersebut keluar, terhentilah kefardhuan amar makruf dan nahi
mungkar, lantaran tidak lagi berfaedah. Taubat tidak lagi diterima

Keluar Al Masih Ad  Dia dinamakan al Masih kerana menjelajah segenap ceruk bumi dengan
Dajjal mengambil masa 40 hari.
 Nama ini merujuk kepada mata kanannya yang buta.
 Ia tanda besar yang menghebahkan perubahan situasi umum kepada sebahagian
besar bumi. Ia merupakan tanda pertama di muka bumi. N
 abi menggambarkan secara jelas, agar kita berwaspada daripada tipu daya Dajjal
dan terselamat daripada fitnah ujiannya sabda Nabi “Dajjal datang dan dia
terhalang daripada memasuki laluan masuk kota Madinah. Maka dia berhenti di
kawasan tanah pasir garam berhampiran Madinah. Pada hari itu seorang lelaki
keluar kepadanya. Dia merupakan manusia yang terbaik atau daripada kalangan
manusia yang terbaik. Lalu berkata kepada Dajjal: ”Saya bersaksi kamu adalah
Dajjal yang pernah diceritakan kepada kami oleh Rasulullah dalam hadisnya”.
Lantas Dajjal menjawab “apa pandangan kamu semua jika saya membunuh lelaki
ini kemudian saya menghidupakannya semula, adakah kamu semua akan ragu-
ragu dengan perbuatan saya ini?” pengikut Dajjal menjawab “tidak”. Maka Dajjal
membunuh dan menghidupkan semula lelaki itu. Ketika dihidupakan semula
lelaki tersebut berkata “demi Allah, sekarang aku lebih jelas nampak tentang
siapakah kamu”. Maka Dajjal ingin membunuhnya semula, namun tidak berdaya.

Turun Nabi Isa dan  Sunnah menunjukkan Nabi Isa akan turun ke dunia tatkala hampir berlaku
Baginda membunuh kiamat. Nabi Isa lah yang akan membunuh Dajjal dan Baginda lah yang akan
Dajjal memerintah dunia berpandukan syariat yang diturunkan kepada Nabi kita
Muhammad.
 Baginda kekal memerintah dunia berpandukan selama dikehendaki Allah
kemudian wafat dan disembahyangkan oleh orang-orang Islam. Hadis riwayat
Abu Hurairah “Demi tuhan yang diriku berada dalam kekuasaanNya, Isa Bin
Maryam hampir turun dengan pemerintahan yang sadsama, maka Baginda akan
memecahkan salib, membunuh khinzir, membatalkan jizyah, harta melimpah ruah
hinggakan tiada seorang pun ingin menerimanya.
 Sehingga sekali sujud lebih baik berbanding dunia dan isinya kemudian Abu
Hurairah berkata “jika kamu ingin bacalah ayat al Quran “dan tidak ada seorang
pun daripada kalangan Ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi isa
sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi isa akan menjadi saksi
terhadap mereka” (Surah An- Nisa: 159)
Keluar Ya’juj dan  Mereka adalah keturunan Adam, kisah mereka dinyatakan dalam hadis-hadis
Ma’juj Nabi, peristiwa ini berlaku dalam jangka masa yang sama dengan turun dan
kewujudan Nabi Isa di dunia
Angin yang Hadis riwayat Muslim “Kemudian Allah mengutuskan angin sejuk dari arah syam. Maka
mencabut nyawa tiada seorang pun di atas muka bumi yang memiliki seberat zarah kebaikan atau iman
orang-orang beriman melainkan angin tersebut mencabut nyawanya”:

Peristiwa hari akhirat:

Kebangkitan Perhimpunan
Hisab Catatan amal Mizan
semula manusia

Melihat wajah
Syurga/neraka Kolam Syafaat As-sirat
Allah
Peristiwa Huraian Rujukan
Kebangkitan Allah menghidupkan orang yang mati bagi menerima balasan yang Surah al-Mukminun:
semula ditentukan dalam bentuk nikmat dan azab 15-16
Perhimpunan Manusia dipandu berduyung-duyung ke perhimpunan yang Surah Al-Kahfi: 47.
raya manusia menghimpun semua makhluk, amalan mereka dihisab dan amalan
mereka ditimbang, setiap makhluk mengetahui kesudahan mereka.
Hadis Ibnu Abbas : Rasulullah berdiri di hadapan kami dan
memberi peringatan, kata Baginda “Wahai manusia, sesungguhnya
kamu akan dihimpunkan ke depan Allah dealam keadaan berkaki
ayam, berbogel dan tidak berkhitan
‘Sebagaimana kamu mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami Surah Al Anbiya’:
ulangi wujudnya lagi, sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, 104
sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya’
Hisab Allah memperlihatkan amalan hamba, perbuatan dan iktikad Surah Al-Insyiqaq : 7
hambaNya secara terperinci sebelum mereka bersurai dari Mahsyar. -12 .
Ini selepas mereka menerima buku catatan amalan, proses ini
merupakan perkara ghaib yang tidak dinyatakan dalam dalil
syarak , ketika itu keadan manusia berbeza-beza, ada yang melalui
dengan mudah, Allah memperlihatkan amalan jahatnya secara
rahsia. Kemudian Allah mengampunkannya dan memerintahkannya
dibawa ke syurga ada juga di kalangan mereka yang berhadapan
dengan soal jawab yang detail, dituntut mengemukan hujjah dan
alasan namun tidak mempunyai hujjah dan alasan yang kukuh dia
tergolong di kalangan orang yang dewasa.
Hadis riwayat Aisyah beliau berkata, Rasulullah besabda “sesiapa Hadis Riwayat
yang diperbahaskan ketika hisab, dia pasti diazab. Lantas saya Bukhari
bertanya: Tidakkah Allah berfirman (bermaksud)”Kemudian
sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan
kanannya, maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan
ringan. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman)
dengan sukacita “ (al Insyiqaq:7-9). Baginda menjawab:
sesunggunya yang demikian itu adalah pembentangan (amalan).
Tiada seorang pun yang dihisab pada hari kiamat melainkan dia
akan diazab

Pada hari kiamat sebelas saksi akan memberikan kesaksian Surah an-Nur : 24
terhadap orang yang derhaka dengan Allah, lidah, tangan, kaki,
kulit, bumi, malam, siang, malaikat, penjaga dan harta selain
daripada manusia yang lain.

Hadis riwayat Abu Hurairah berkata “Rasulullah membacakan


(ayat): pada hari itu bumipun menceritakan kabar beritanya (al
Zalzalah:4). Lalu Baginda bersabada:”adakah kamu mengetahui
maksud ‘khabar beritanya?”. Saya menjawab “Allah dan RasulNya
lebih mengetahui”. Sabdanya “khabar beritanya ialah bumi akan
memberi kesaksian kepada semua hamba lelaki atau hamba wanita
tentang apa yang mereka lakukan ketika berada di atasnya. Dia
mengatakan: Dia melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Maka
inilah (maksud) ‘khabar beritanya’. (Tirmizi)

Buku amalan Catatan amalan buku-buku yang dituliskan oleh malaikat tentang Surah Al-Haqqah:
perlakukan hamba di dunia tentang perlakuan hamba di dunia . 19 .

Mizan atau Ia mempunyai dua dulang neraca untuk menimbang amalan orang Surah Al-Anbiya : 47
neraca yang dihisab sekaligus dengan kekuasaan Allah. Neraca ini mampu
timbangan menimbang amalan walaupun seberat zah demi membuktikan Surah Al-Qariah : 6
keadilan Allah. Hakikat rupa bentuk dan neraca hanya diketahui -11
Allah.

As-Sirat ia adalah titian yang merentasi neraka , semua manusia akan Surah Maryam: 71-72
melaluinya, mereka melintasinya berdasarkan amalan dunia. Ada
yang bergerak pantas, ada yang bergerak secapat kilat, ada yang
seperti angin ribut, ada yang merangkak, ada yang mengesot, dan
ada yang jatuh ke dalam neraka. Di tepi titian terdapat banyak
pencangkuk. Ia menyambar sesetengah makluk kedalam neraka.

Kolam  Kita wajib beriman semua Rasul memiliki kolam masing-masing untuk ummatnya
yang taat. Kolam Nabi adalah kolam paling besar dan luas. Berbentuk segi empat
sama. Terdapat dua pancuran yang melimpahkan air daripada al-aKutsar.. ia
didatangi oleh golongan terbaik lagi terpilih. Iaitu mereka yang beriman kepada
Nabi, melaksanakan sunnahnya dan sunnah al-Khulafa Ar-Rasyidin sementara
orang kafir, pelaku bidah dalam akidah, pengamal riba, zalim dalam hukum-hukum
Allah, membantu si zalim, melanggar batas-batas hukum Allah dan lain-lain akan
diusir daripada mendekati kolam ini.
 Hadis diriwayatkan Ibnu Umar , bahawa Nabi bersabda: “Kolamku seluas sebulan
perjalanan. Setiap penjurunya sama. Airnya lebih putih berbanding susu. Baunya
lebih wangi daripada kasturi cawannya seperti (bilangan) bintang di langit. Sesiapa
yang minum darinya, tidak akan merasa dahaga selama-lamanya” (Bukhari)
 Oleh itu minum dari kolam ini (untuk minuman seterusnya) selepas minum kali
pertama atau minum minuman lain seperti at-Tasnim, adalah semata-mata untuk
mengecapi kelazatannya sahaja (bukan kerana dahaga lagi)

Syafaat  Dari segi bahasa bermaksud : perantara dan permintaan. Manakala istilah pula
bermaksud; meminta kebaikan untuk pihak lain. Ia dilakukan oleh para Nabi, ulama
yang melaksanakan ilmunya, para syahid dan orang-orang soleh.
 Surah Israa : 79
 Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda “setiap nabi memiliki doa yang mustajab.
Mereka mohon melalui doa tersebut. Namun saya ingin menyimpan doa saya itu
untuk syafaat kepada umat saya di akhirat kelak” (Bukhari)
 Nabi Muhammad s.a.w merupakan manusia pertama yang memulakan syafaat
ketika Baginda memberikan syafaat dalam memutuskan penghakiman. Dia adalah
syafaat ‘uzma yang hanya dimiliki oleh Baginda. Semua makhluk menaruh hasrat
agar dapat memperolehi syafaat ini.
 Hadis riwayat Abu Hurairah “saya adalah penghulu anak Adam pada hari kiamat.
Manusia yang pertama keluar dari kubur dan makhluk pertama pemberi syafaat dan
pihak pertama syafaat diterima”.

Neraka  Neraka merupakan tempat siksaan dan hukuman . Allah menyediakannya untuk
orang kafir dan orang yang derhaka. Kewujudan neraka terbukti melalui kewujudan
al-Quran dan ijmak. Ia mempunyai 7 pintu, setiap pintu mempunyai bahagian yang
telah dibahagikan. Siksaan yang disediakan berbeza. Neraka wujud sekarang dan
tidak musnah, manakala orang kafir akan kekal di dalammnya.
 Surah Al-Baqarah: 24
 Hadis riwayat Abu Hurairah “Api kamu ini yang kamu gunakan untuk membakar
hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian kepanasan Jahannam”. Jawab para
sahabat, “demi Allah, ia sudah memadai wahai Rasulullah”. Sabda Baginda
“sesungguhnya ditambah 69 bahagian lagi. Setiap bahagian seperti kepanasan
apinya” (Bukhari).
 Sesiapa meninggal dunia dalam keadaan mengesakan Allah tidak akan kekal
didalam neraka meskipun melakukan dosa besar. Sesiapa meninggal dunia dalam
keadaan syirik dan kufur tidak akan keluar darinya selama-lamanya. Pelaku dosa
besar yang meninggal dunia sebelum bertaubat, Allah memasukkannya dalam
neraka sebagai hukuman baginya namun akhirnya kesudahannya adalah syurga,
melainkan Allah mengampuni dan memasukkannya dalam syurga tanpa disiksa.
 Hadis daripada Anas bahawa Rasulullah saw bersabda “akan dikeluarkan daripada
neraka mereka yang mengucap ‘tiada tuhan melainkan Allah’ dan di dalam hatinya
seberat zarah kebaikan” (Bukhari, Muslim Dan Tirmizi)
.
Syurga  Menurut bahasa syurga bermaksud taman
 Menurut istilah ia merupakan tempat ganjaran dan nikmat yang kekal disediakan
untuk orang-orang yang beriman, di dalamnya terdapat bidadari, daging-daging
burung yang enak, sungai daripada air tawar, susu yang tidak berubah rasa dan arak
yang lazat diminum, terdapat nikmat yang tidak pernah dilihat mata, terdengar oleh
telinga dan terlintas dihati manusia.
 Surah Ali-Imran: 133.
 Penghuninya saling bersaudara, penuh mesra dan duduk berdepan diatas pelamin,
Allah mencabut daripada hati mereka. Rasa hasad dengki, ucapan selamat mereka
adalah ucapan salam.
 Syurga mempunyai 8 pintu, memiliki kategori bahagian dan peringkat. Yang paling
tinggi adalah syurga Firdaus. Manusia yang paling kurang memperolehi nikmat
syurga menyamai 7 kali ganda seluruh kekayaan dan kemewahan dunia. Penghuni
syurga tidak mati dan binasa.

 Nabi membangkitkan kerinduan sahabat terhadap syurga. Sabda Rasulullah


“tidakkah kamu bersungguh-sungguh untuk memperolehi syurga? Sesungguhnya
(kenikmatan) syurga tiada bandingannya. Demi tuhan Kaabah, syurga
bergemerlapan cahayanya, pohon Raihanah meliuk di sapa angin, istana yang
kukuh teguh, sungai yang bertali arus, buahan yang lebat dan ranum, isteri yang
jelita rupawan, pakaian persalinan yang banyak, kehidupan yang selesa dan paras
yang ceria, di rumah yang tinggi, sejahtera dan cantik. Lalu mereka menjawab
“kami akan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya wahai Rasulullah”. Nabi
bersabda “katakan: Insya Allah”. Kemudian Baginda menerangkan tentang jihad
dan menggesa untuk melaksanakannya” (Ibnu Majah)

 Hadis Abu Hurairah “sesungguhnya golongan pertama yang akan masuk ke dalam
syurga seperti bulan mengambang penuh, kemudian yang mengikuti mereka ialah
golongan yang lebih terang cahaya daripada bintang bersinar terang di langit.
Mereka tidak membuang air kecil dan air besar, tidak berludah dan berhingus. Sikat
mereka diperbuat daripada emas, peluh mereka berbau kasturi. Perasapan mereka
daripada gaharu, isteri mereka adalah bidadari, bentuk kejadian sama, seperti
Adam, yang berketinggian 60 hasta” (Bukhari, Muslim Tirmizi)
Melihat Allah  Sesungguhnya ahli sunnah wal jamaah sepakat bahawa melihat Allah boleh terjadi
menurut logik akal malahan ia logik menurut dalil syarak dan ia benar-benar belaku
kepada orang-orang beriman. MelihatNya tanpa cara dan keterbatasan.

 Surah Al-Qiamah : 22-23 ;Al-Mutaffifin : 15

 Jelaslah bahawa tidak dapat melihat Allah merupakan satu hukuman, Rasulullah
telah bersabda “sesusngguhnya kamu semua akan melihat tuhan kamu dengan mata
kepala kamu sebagaimana kamu melihat bulan ini. Kamu tidak ragu-ragu tentang
melihatNya, oleh itu jika kamu mampu u tuk tidak sekali-kali kecundang daripada
menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam, maka
tunaikanlah. Kemudian Baginda membaca, Dan bertasbihlah sambil memenuhi
tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam (Qaf:
39) (Muslim, Bukhari, Abu Daud)

 Hadis riwayat Suhaib: Apabila ahli syurga memasuki syurga, Allah taala berfirman
“apakah kamu mahukan sesuatu untuk Aku tambahkan kepada kamu?” mereka
menjawab “bukankah engkau telah menjadikan muka kami putih bersih? Bukankah
engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga? Bukankah engkau telah
menyelematkan kami daripada neraka?” lalu Allah menyingkap hijab
(membolehkan mereka melihatNya). Mereka tidak dikurniakan sesuatu yang lebih
mereka cintai berbanding melihat tuhan mereka. Kemudian Baginda saw membaca
(ayat yang bermaksud): untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik
dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia (Yunus: 26) (Muslim
dll)

.
BERIMAN DENGAN QADHA DAN QADAR

Objektif khusus

1. Menyebutkan definisi Qadha dan Qadar


2. Menjelaskan pengertian beriman dengan Qadha dan Qadar

Definisi Qadha dan Qadar

Berbagai ungkapan ulama tentang definisi Qadha dan Qadar, ada yang mendefinisikannya sebagai perkara yang sama, dan ada
pula mengatakan bahawa qadha berbeza dengan qadar.

Takrif qadha: penciptaan Allah terhadap sesuatu berdasarkan ilmu, iradat dan kekuasaannNya

Qadar pula: ilmu Allah tentang apa yang akan berlaku kepada semua makhlukNya pada masa depan. Ia merujuk kepada sifat ilmu
Allah. Ulama yang mendefinisikan kedua-duanya dengan satu takrif, mengtakan: ia adalah sistem Allah yang teliti dan mantap,
ditentukan terhadap kewujudan ini. Ia merupakan undang-undang umum dan sunnah yang mengikat faktor dan kesannya (sebab
musabbab)

Seperti dalam ayat-ayat al Quran tentang qadar, al Qamar: 49

‫ِإنَّا ُك َّل ش َۡي ٍء خَ لَ ۡق ٰنَهُ ِبقَد َٖر‬

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

Alangkah menarik jawapan Imam Ahmad ketika beliau ditanya tentang qadar, katanya : qadar adalah kudrat Ar Rahman. Ali
imran: 154

ِ ۗ ‫ق ظَنَّ ۡٱل ٰ َج ِهلِيَّ ۖ ِة يَقُولُونَ هَل لَّنَا ِمنَ ٱأۡل َمۡ ِر ِمن ش َۡي ٖ ۗء قُ• ۡ•ل إِنَّ ٱأۡل َمۡ • َر ُكلَّ ۥهُ هَّلِل‬ ِّ ‫ة قَ ۡد أَهَ َّم ۡتهُمۡ أَنفُ ُسهُمۡ يَظُنُّونَ بِٱهَّلل ِ غ َۡي َر ۡٱل َح‬ٞ َ‫ثُ َّم أَنزَ َل َعلَ ۡي ُكم ِّم ۢن بَ ۡع ِد ۡٱل َغ ِّم أَ َمن َٗة نُّ َعاسٗ ا يَ ۡغش َٰى طَٓائِفَ ٗة ِّمن ُكمۡ ۖ َوطَٓائِف‬
‫هَّلل‬
‫اج ِع ِهمۡ َولِيَ ۡبتَلِ َي ٱ ُ َم••ا ِفي‬ ۖ ِ •‫ض‬ ۡ ۡ
َ ‫ب َعلَ ۡي ِه ُم ٱلقَت• ُل إِلَ ٰى َم‬ َّ
َ ِ‫•رزَ ٱل ِذينَ ُكت‬ َ •َ‫ َّما قُتِ ۡلنَ••ا ٰهَهُنَ• ۗ•ا قُ••ل لَّ ۡو ُكنتُمۡ فِي بُيُ••وتِ ُكمۡ لَب‬ٞ‫ي ُۡخفُونَ فِ ٓي أَنفُ ِس ِهم َّما اَل ي ُۡب ُدونَ لَ ۖكَ يَقُولُونَ لَ ۡو َك••انَ لَنَ••ا ِمنَ ٱأۡل َمۡ• ِر َش• ۡيء‬
‫ُور‬
ِ ‫ت ٱلصُّ د‬ ِ ‫ص َما فِي قُلُو ِب ُكمۡۚ َوٱهَّلل ُ َعلِي ۢ ُم ِب َذا‬ َ ِّ‫ُور ُكمۡ َولِيُ َمح‬ِ ‫صُ د‬
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman
tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang
lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan
orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja
yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka
tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan
itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu
sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-
masing dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan
untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di
dalam dada.

Akidah tentang qadar terbina di atas hakikat beriman dengan sifat Allah dan nama-namaNya yang mulia. Antaranya sifat ilmu,
qudrah dan iradah. Al hadid: 2
ُ •ۖ ‫ي َويُ ِم‬
‫يت َوه َُو َعلَ ٰى ُكلِّ ش َۡي ٖء قَ ِدي ٌر‬ ِ ۖ ‫ت َوٱ َ ۡر‬
‫ض ي ُۡح ِۦ‬ ُ ‫لَ ۥهُ ُم ۡل‬
‫ك ٱل َّس ٰ َم ٰ َو ِ أۡل‬

Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu.

al baqarah: 29
ٓ ٰ ‫ٱست ََو‬
ٖ ۚ ‫ى إِلَى ٱل َّس َمٓا ِء فَ َسو َّٰىهُنَّ َس ۡب َع َس ٰ َم ٰ َو‬ ‫أۡل‬
‫يم‬ٞ ‫ت َوه َُو ِب ُكلِّ ش َۡي ٍء َع ِل‬ ِ ‫ق لَ ُكم َّما ِفي ٱ َ ۡر‬
ۡ ‫ض َج ِميعٗ ا• ثُ َّم‬ َ َ‫ه َُو ٱلَّ ِذي خَ ل‬

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah
(bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Imam Thohawi: semua perkara berlaku dengan qadar dan kehendakNya. Dan pasti terlaksana. Kehendak hamba tidak akan
berlaku melainkan dengan kehendak Allah. Apa yang dikehendakinya untuk mereka, akan berlaku. Tetapi yang tidak
dikehendakNya, tidak akan berlaku. Tiada siapa yang mampu menolak qadhaNya. Tiada siapa juga yang mampu menghalang
hukumNya. Tiada juga yang berdaya mengatasi ketetapanNya.

Pengertian beriman dengan Qadha dan Qadar

Setiap muslim wajib beriman dengan qadar baik dan buruk (pada sisi Allah, ia adalah baik, kerana yang buruk tidak boleh
dikaitkan dengan Allah)

Pengertian iman dengan qadar ialah beriman dengan ilmu Allah yang qadim dan beriman dengan kehendak Allah yang pasti
terlaksana dan qudratNya yang menyeluruh. Untuk menjelaskan perkara ini, terdapat dua perkara:

Zon terpaksa

Ada perkara yang manusia tiada campur tangan untuk memilihnya:

1. Minda dan tahap cerdik atau bodohnya


2. Masa atau detik kelahiran
3. Tempat di mana dia hidup
4. Saipa ibu bapa yang melahirkannya
5. Hidup dan mati
6. Senang dan susah

Semua yang diatas dan sepertinya, manusia tiada kuasa. Oleh itu qadarlah yang berperanan dalam semua perkara. Tidak perlu
dijelaskan lagi, bahawa makhluk tidak akan dihukum dan dipersoalkan tentang perkara-perkara diatas. Kenapa pihak kita tidak
memiliki keupayaan dalam perkara-perkara ini. Bahkan kita tiada cara untuk melakukannya. Allah berfirman tentang hakikat ini :

(Al-Qasas : 68 ) َ‫ق َما يَشَٓا ُء َويَ ۡختَا ۗ ُر َما َكانَ لَهُ ُم ۡٱل ِخيَ َر ۚةُ س ُۡب ٰ َحنَ ٱهَّلل ِ َوتَ ٰ َعلَ ٰى َع َّما ي ُۡش ِر ُكون‬
ُ ُ‫َو َربُّكَ يَ ۡخل‬

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk
sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan
Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

Beriman dengan qadar ini adalah wajib. Dalam sebuah hadis hassan. Nabi s.a.w bersabda “Ketahuilah bahawa jika umat
berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, mereka tidak mampu memberikan manfaat itu untuk melainkan sesuatu yang
telah ditentukan Allah untukmu. Jika ummat berhimpun untuk memberi sesuatu mudharat kepadamu, mereka tidak akan mampu
memudharatkanmu melainkan sesuatu yang ditentukan Allah untukmu. (Riwayat At-Tirmizi)

ٞ ‫خَي ٖر فَه َُو َعلَ ٰى ُكلِّ ش َۡي ٖء قَ ِد‬


(Al-Anam : 17) ‫ير‬ ِ ‫َوإِن يَمۡ َس ۡسكَ ٱهَّلل ُ بِض ُٖرّ فَاَل ك‬
ۡ ِ‫َاشفَ لَ ٓۥهُ إِاَّل ه ۖ َُو َوإِن يَمۡ َس ۡسكَ ب‬

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat
menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah : 51) َ‫َب ٱهَّلل ُ لَنَا ه َُو َم ۡولَ ٰىن َۚا َو َعلَى ٱهَّلل ِ فَ ۡليَت ََو َّك ِل ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُون‬ ِ ‫قُل لَّن ي‬
َ ‫ُصيبَنَٓا ِإاَّل َما َكت‬
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah
bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakal.

2. Zon keinginan

Ia merupakan sebahagian perkara yang tertakluk kepada qadha dan qadar yang berkaitan dengan perbuatan yang berlawanan
dengan jenis pertama tadi. Ketika melakukan perkara itu, kita merasi kecenderungan kita bebas. Kita merasakan yang memantau
adalah sanubari kita. Begitu juga,keinginan dan kudrat kita bebas tanpa kekangan. Firman Allah :

Al Kahfi : 29
ٰ
َ ‫وا بِ َم ٖٓاء ك َۡٱل ُم ۡه ِل يَ ۡش ِوي ۡٱل ُوجُو ۚهَ بِ ۡئ‬
‫س ٱل َّش َرابُ َو َسٓا َء ۡت ُم ۡرتَفَقًا‬ ْ ُ‫لظَّلِ ِمينَ نَارً ا أَ َحاطَ بِ ِهمۡ س َُرا ِدقُهَ ۚا َوإِن يَ ۡست َِغيث‬
ْ ُ‫وا يُغَاث‬ ِ‫ق ِمن َّربِّ ُكمۡ ۖ فَ َمن شَٓا َء فَ ۡلي ُۡؤ ِمن َو َمن شَٓا َء فَ ۡليَ ۡكفُ ۡۚر إِنَّٓا أَ ۡعت َۡدنَا ل‬
ُّ ‫َوقُ ِل ۡٱل َح‬

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman,
hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi
orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan
kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya
minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Jika kita selama-lamanya dalam keadaan terpaksa dan tiada pilihan, pasti hidayah dan kesesatan tidak akan disandarkan kepada
kita. Allah menciptakan alam dan segala isinya. Dia menjadikan untuk alam ini sunnah, peraturan dan sistem agar ia bergerak
dengan perkara-perkara tersebut. Antara sunnah dan sistem ini ialah setiap kesan (musabbab) didahului oleh faktor (sebab). Allah
namakannya sebagai sunnatullah.

Amat pelik mereka yang beriman dengan ayat-ayat qadar, tetapi dalam masa yang sama dia tidak beriman dengan ayat-ayat
sunnatullah.
ْ ُ‫ُوا لَ ۡو كَان‬
(Al-Hijr : 2) َ‫وا ُم ۡسلِ ِمين‬ ْ ‫رُّ بَ َما يَ َو ُّد ٱلَّ ِذينَ َكفَر‬

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.

Ayat diatas adalah ayat tentang qadar. Allah swt jugalah yang berfirman :

(Al-Mulk : 15) ‫وا ِمن رِّ ۡز ِق ِۖۦه َوإِلَ ۡي ِه ٱلنُّ ُشو ُر‬
ْ ُ‫وا ِفي َمنَا ِك ِبهَا• َو ُكل‬ َ ‫ه َُو ٱلَّ ِذي َج َع َل لَ ُك ُم ٱأۡل َ ۡر‬
ْ ‫ض َذلُواٗل فَٱمۡ ُش‬

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah
dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Ini pula ayat tentang sunnahtullah.

Maka pemberian rezeki dan perkara-perkara lain oleh Allah adalah melalui qadha dan qadarNya. Namun Allah menjadikan faktor
atau sebab, iaitu berusaha dibumi Alah dan mencari rezeki. Ini adalah sunnahtullah. Allah memasukkan hambaNya kedalam
syurga atau neraka melalui qadha dan qadarNya. Namun Allah jadi sebabnya, iaitu taat dan ingkar. Allah taala menyatakan dalam
al-Quran bahawa hidayah-Nya kepada suatu kaum lain yang disesatkanNya adalah bergantung kepada sunnah ini dan sistem
faktor dan kesan (sebab dan musabah).

Tentang faktor kesesatan Allah berfirman :

(Al-Baqarah: 26)

ِ ‫ُوا فَيَقُولُ••ونَ َم••ا َذٓا أَ َرا َد ٱهَّلل ُ بِ ٰهَ• َذا َمثَاٗل ۘ ي‬


ٗ •ِ‫ُض•لُّ بِِۦه َكث‬
‫•يرا‬ ُّ •‫وا فَيَ ۡعلَ ُم••ونَ أَنَّهُ ۡٱل َح‬
ْ ‫ق ِمن َّربِّ ِهمۡ ۖ َوأَ َّما ٱلَّ ِذينَ َكفَ•ر‬ ْ ُ‫ُوض ٗة فَ َما فَ ۡوقَهَ ۚا فَأ َ َّما ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
َ ‫ب َمثَاٗل َّما بَع‬
َ ‫ض ِر‬ ۡ َ‫ي أَن ي‬
‫۞إِنَّ ٱهَّلل َ اَل يَ ۡست َۡح ِٓۦ‬
ٰ ۡ ِ ‫ير ۚا َو َما ي‬
َ‫ُضلُّ بِ ِٓۦه إِاَّل ٱلفَ ِسقِين‬ ٗ ِ‫َويَ ۡه ِدي بِِۦه َكث‬

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya
(kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan
itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat
perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan
menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan
itu melainkan orang-orang yang fasik.

(as-soff : 5) َ‫ال ُمو َس ٰى لِقَ ۡو ِم ِهۦ ٰيَقَ ۡو ِم ِل َم تُ ۡؤ ُذونَنِي َوقَد تَّ ۡعلَ ُمونَ أَنِّي َرسُو ُل ٱهَّلل ِ إِلَ ۡي ُكمۡ ۖ فَلَ َّما زَا ُغ ٓو ْا أَزَ ا َغ ٱهَّلل ُ قُلُوبَهُمۡۚ َوٱهَّلل ُ اَل يَ ۡه ِدي ۡٱلقَ ۡو َم ۡٱل ٰفَ ِسقِين‬
َ َ‫َوإِ ۡذ ق‬
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang
kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran
yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah
tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka).

Jika kamu teliti ayat-ayat diatas, kamu dapati Allah menyesatkan sesuatu kaum adalah kesan kefasikan mereka sendiri. Dia
menyelewengkan hati sesuatu kaum lantaran mereka sendiri yang menyeleweng

Tentang faktor hidayah Allah kepada mereka adalah kesan mujahadah mereka dijalanNya. Firman Allah :

َ ‫ي إِلَ ۡي ِه َم ۡن أَن‬ ِ ‫ة ِّمن َّربِّ ِۚۦه قُ ۡل إِنَّ ٱهَّلل َ ي‬ٞ َ‫نز َل َعلَ ۡي ِه َءاي‬ُ ْ ‫َويَقُو ُل ٱلَّ ِذينَ َكفَر‬
(Ar-Ra’du : 27) ‫َاب‬ ٓ ‫ُضلُّ َمن يَشَٓا ُء َويَ ۡه ِد‬ ِ ‫ُوا لَ ۡوٓاَل أ‬
Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya),
dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, -

Dia merujuk kepada Allah, lalu Allah meneguhkan pendiriannya di dalam agamaNya. Oleh itu ia juga bergantung kepada faktor
dan kesan. Semuanya adalah sebahagian ciptaan dan qadar Allah.

Inilah yang difahami oleh Rasulullah s.a.w terhadap ayat-ayat Allah swt. Inilah juga yang difahami para sahabat. Lantaran itu
mereka bermujahadah dijalan Allah dan bekerja dalam kehidupan harian mereka berpandukan kepada asas kefahaman tersebut.
Sehingga mereka berjaya menegakkan agama, membina negara, menjelmakan ummat terbaik kepada seluruh manusia. Maka
kamu tidak temui dalam perjalanan mereka yang panjang sesiapa yang berdolak dalih berkata : “ Allah taala telah mentakdirkan
saya sesat, apa dosa saya?!!” atau saya diatur secara terpaksa dan saya tiada pilihan!”

Kamu juga tidak akan menemui di kalangan mereka ummat yang berhujjah dengan Qadha dan qadar apabila mereka ketinggalan
mundur, mahupun mengenepikan faktor-faktor kebangunan . semua ungkapan ini adalah palsu dan tidak akan menyelamatkan
penuturnya.

Penilaian :

1. Sebutkan ta’rif qadha dan qadar


2. Menjelaskan pengertian iman dengan qadha dan qadar.

Rujukan

1. ‘Aqa’id al-islamiyah. Syeikh Syed Sabiq


2. Al-iman (Haqiqatuh Wa Arkanuh Wa Nawadidhuh). Dr.Naim Yasin
3. Tasbith al-Aqaid . Syeikh Hassan ‘Ali Thontowi
4. AL-Iman Awwalan. AL-Majdi AL-Hilali

Anda mungkin juga menyukai