Anda di halaman 1dari 3

TAUHID AL-ASMA’ WA AL-SIFAT

Definisi: Beriktikad (percaya) dengan keesaan Allah SWT, dalam memiliki nama-
nama yang paling indah dan sifat-sifat paling sempurna.

‫ين يُْل ِح ُدو َن يِف َأمْسَاِئِه َسيُ ْجَز ْو َن َما َكانُوا َي ْع َملُو َن‬ ِ َّ ‫هِب‬ ِِ
َ ‫َوللَّه اَأْلمْسَاءُ احْلُ ْسىَن فَ ْادعُوهُ َا َو َذ ُروا الذ‬
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling
dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan
mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”[Al A'raf 180]

“Sesungguhnya bagi Allah 99 nama. Sesiapa yang menghitungnya masuk syurga. Dan Allah
adalah witir (tunggal) dan Dia suka kepada witir (bilangan ganjil)”. (Muttafaq ‘Alaih: Al-
Bukhari dan Muslim).

ASAS TAUHID AL-ASMA’ WA AL-SIFAT SECARA UMUM

1. Beriktikad bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan sifat-
sifat yang tinggi, lagi sempurna. Tiada kekurangan pada kesempurnaan
nama dan sifat itu.
2. Beriman bahawa sabitnya semua nama dan sifat Allah yang termaktub
dalam al-Quran dan al-Sunnah, tanpa menambah atau mengurangkannya.
3. Beriman bahawa Allah SWT yang menamakan dan menyifatkan diri-Nya
sendiri, bukan dinamakan atau disifatkan oleh seorang pun daripada
makhluk-Nya.
4. Beriman bahawa nama dan sifat Allah itu mempunyai makna dan
menunjukkan pengertian paling sempurna, tanpa sebarang kekurangan
padanya.
5. Wajib menghormati pengertian yang terkandung dalam nama dan sifat
Allah, dengan menyabitkannya secara hakiki. Tidak boleh melakukan
sebarang pengolahan yang membawa perubahan makna, atau
menafikannya.
6. Tiada makhluk yang mempunyai nama dan sifat serta kesempurnaan,
setanding dengan yang dimiliki oleh Allah SWT. Maha Suci Allah daripada
mempunyai persamaan dengan makhluk-Nya. Firman Allah SWT:

َٗ ‫ ۖ َء َوه‬ٞ ‫س َكم ِۡثلِهۦِ َش ۡي‬


٢٢ ‫ُول ٱل َّسمِي ُع ۡٱلبَصِ ي ُر‬ َ ‫لَ ۡي‬
“Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat Nya, sifat-sifat Nya dan
pentadbiran Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [Ash-
Shura11]

7. Allah SWT Maha Suci daripada semua sifat kekurangan dan sebarang cacat
cela, seperti tidur, lemah, jahil, zalim dan lainnya.
8. Beriktikad bahawa Allah bersifat dengan sempurna, yang berlawanan
dengan segala sifat yang dinafikan daripada-Nya.
9. Membendung perasaan, khayalan dan kehendak untuk mengetahui hakikat
dan kaifiat atau keadaan sebenar sifat-sifat Allah SWT.
10.Beriman dengan semua tuntutan yang terkandung dalam nama dan sifat-
Nya, sama ada berbentuk hukum atau kesan daripada nama-nama-Nya.
11.Berdoa dan bertawassul dengan nama dan sifat Allah SWT, yang sesuai
dengan permintaan seseorang hamba.

KEPENTINGAN TAUHID

1. Tauhid adalah asas pertama agama Islam, matlamatnya, awal dan akhirnya,
zahirnya dan batinnya.
2. Tauhid adalah fokus dakwah semua rasul.
3. Untuk menegakkan tauhid, Allah menciptakan makhluk, manusia dan jin,
mengutus rasul-rasul dan menurunkan kitab-kitab.
4. Kerana tauhid, telah berselisih pendapat di kalangan manusia dan berpecah
kepada golongan mukmin dan kafir, golongan yang beruntung dan
golongan binasa.
5. Tauhid ialah perkara pertama yang wajib ke atas seorang mukalaf (akil
baligh), yang membawa seorang hamba memasuki pintu Islam dan yang
terakhir bersamanya ketika keluar dari alam kehidupan dunia.

JALAN MENCAPAI KESEMPURNAAN TAUHID

Membersihkan dan memurnikannya daripada sebarang bentuk syirik, dan


maksiat. Hukumnya terbahagi kepada dua, iaitu wajib dan sunat.

Pertama: Perkara yang wajib dilaksanakan terdiri daripada tiga perkara:


1. Membersihkannya daripada perbuatan syirik yang menafikan asas
tauhid.
2. Membersihkannya daripada perbuatan bidaah (yang membawa kepada
kekufuran) yang menafikan kesempurnaan iitiba’ iaitu tunduk dan patuh
kepada petunjuk Nabi SAW.
3. Membersihkannya daripada semua bentuk maksiat yang mengurangkan
pahala atau memberi kesan kepadanya.

Kedua: Perkara yang sunat untuk dilaksanakan adalah seperti,


1. Merealisasikan kesempurnaan martabat ihsan (menyembah Allah seolah-
olah melihat-Nya).
2. Berusaha mencapai kesempurnaan martabat yakin dan sabar.
3. Memadai dengan hanya memohon daripada Allah SWT semata-mata,
tidak meminta sebarang permohonan daripada makhluk.
4. Mencapai tawakal yang penuh, iaitu dengan meninggalkan beberapa
perkara yang harus seperti meminta supaya dijampi atau berubat, hanya
bertawakal kepada Allah SWT.
5. Merealisasikan kesempurnaan sifat mahabbah (kasih dan cinta) kepada
Allah dengan melakukan amalan-amalan sunat.

Anda mungkin juga menyukai