Anda di halaman 1dari 3

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

DEFINISI BERIMAN KEPADA MALAIKAT


iktikad dengan sepenuh keyakinan bahawa (1) Allah SWT mempunyai
makhluk yang dikenali sebagai malaikat. (2) Malaikat dijadikan daripada
cahaya, (3) difitrahkan untuk melakukan ketaatan, (4) tidak melakukan
sebarang maksiat terhadap Allah dan (5) melaksanakan semua tugas
arahan yang diperintahkan. (6) Tidak diketahui bilangan para malaikat
kecuali Allah SWT.
DALIL BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Firman Allah SWT:

“Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya,


dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka
sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” [An
Nisa"136]
BERIMAN KEPADA MALAIKAT SECARA UMUM
1. Mengakui kewujudan para malaikat. Kewujudan mereka adalah hakiki,
walaupun kita tidak dapat melihat mereka.
2. Meletakkan para malaikat pada taraf kedudukan selayaknya, seperti
yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memuliakan
mereka dengan mengangkat martabat kedudukan yang hampir dengan-
Nya.

“Dan mereka (yang musyrik) berkata: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.


Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu)
ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului-Nya
dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkan-
Nya. [Al Anbiya",26-27]
BERIMAN KEPADA MALAIKAT SECARA TERPERINCI
1. Asal kejadian malaikat adalah daripada cahaya. Malaikat telah dicipta sebelum
dijadikan Adam AS.
2. Bilangan malaikat tidak terhingga banyaknya, tidak dapat dihitung bilangannya
kecuali Allah sahaja yang mengetahuinya
3. Nama-nama malaikat: Kita wajib beriman dengan malaikat yang telah disebut
nama mereka oleh Allah dalam al-Quran atau disebut oleh Rasulullah SAW
dalam al-Sunnah.
a. (1) Jibril AS: menurunkan wahyu kepada para Nabi dan Rasul.
b. (2) Mikail: ditugaskan menurunkan hujan dan
c. (3) Israfil: Ditugaskan untuk meniup sangkakala.
4. Sifat-sifat fizikal malaikat: Malaikat adalah makhluk yang wujud dan
mempunyai jisim yang hakiki
a. Allah SWT telah mencipta malaikat dengan bentuk yang besar dan kuat
b. Malaikat mempunyai sayap. Ada yang mempunyai dua, tiga dan empat
atau lebih.
c. Tidak berhajat kepada makanan dan minuman. tidak berkahwin dan tidak
mempunyai keturunan.
d. Malaikat suatu makhluk yang cerdik serta mempunyai pemikiran yang
pintar.
e. Boleh bertukar rupa daripada kejadian mereka yang asal, berubah
menjadi seperti lelaki daripada kalangan manusia.
5. Kematian malaikat: Mereka semua akan mati pada Hari Kiamat termasuk
Malakul Maut (yang mencabut nyawa), kemudian mereka akan dibangkitkan
semula untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh Allah kepada
mereka.
6. Ibadat malaikat. Mereka melakukan ibadat kepada Allah dengan berbagai-
bagai jenis ibadat, antaranya: solat, doa, tasbih (memuji Allah), rukuk, sujud,
khauf (takut), khasyiah (takut), mahabbah dan lainnya.
7. Tugas-tugas malaikat: Para malaikat menjalankan tugas-tugas mulia yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka, antaranya:
 Memikul Arasy (Hamalatul ‘Arsy)
 Menurunkan wahyu kepada rasul-rasul (Jibril)
 Menjaga syurga (Ridhwan) dan neraka (Malik dan Zabaniah)
 Menjaga awan, hujan dan tumbuh-tumbuhan (Mikail)
 Menjaga bukit bukau dan gunung-ganang. (Malakul Jibal)
 Meniup sangkakala (Israfil).
 Mencatat amalan manusia (Katibin). Raqib dan atid adalah sifat, bukan nama.
 Menjaga fizikal anak Adam. Apabila seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah
akan ditimpa bencana mereka akan meninggalkannya kemudian bala pun
menimpa orang itu.
 Sentiasa bersama manusia dan mendoakan untuknya ke arah kebaikan.
 Menjaga air mani di dalam rahim, kemudian meniup roh manusia, menulis
rezekinya, amalannya, baik atau celaka hidupnya.
 Mengambil nyawa manusia ketika sampai ajalnya.
 Menyoal manusia di dalam kubur dan mengenakan balasan ke atas mereka,
nikmat atau azab.
 Menyampaikan salam yang diucapkan oleh setiap umat kepada Nabi SAW.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP MALAIKAT

1. Beriman kepada para malaikat secara umum dan terperinci.


2. Mengasihi serta memuliakan mereka serta menyebut kelebihan mereka.
3. Haram mencerca atau mengurangkan ketinggian darjat mereka atau
mempersendakan mereka.
4. Hindarkan daripada melakukan perkara yang dibenci oleh malaikat, kerana
mereka akan berasa kurang senang sebagaimana anak Adam merasainya.

NATIJAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT

1. Merealisasikan maksud iman, kerana tidak sah iman itu melainkan dengan
beriman dengan mereka.
2. Mengetahui keagungan Pencipta mereka Yang Maha Tinggi dan mengetahui
kekuatan serta kerajaan-Nya, kerana kehebatan makhluk ciptaan-Nya
menunjukkan keagungan penciptanya.
3. Bertambah keimanan di dalam hati seseorang Muslim dengan mengetahui sifat-
sifat malaikat, keadaan serta tugas-tugas mereka.
4. Mendapat keamanan dan ketenangan bagi seseorang Muslim apabila Allah
menguatkan mereka dengan bantuan malaikat
5. Kasihkan para malaikat kerana mereka telah menjalankan ibadat dengan
sempurna serta mereka sentiasa beristighfar (meminta ampun) bagi orang-orang
mukmin.
6. Membenci semua perbuatan jahat dan maksiat.
7. Bersyukur kepada Allah SWT kerana sentiasa mengambil berat terhadap
hamba-hamba-Nya, dengan mengutus para malaikat yang sentiasa menjaga
keselamatan, menulis semua amalan yang dilakukan dan lainnya bagi kebaikan
manusia.

Anda mungkin juga menyukai