Anda di halaman 1dari 42

SURAH AL FILL

LATARBELAKANG

• Sejarah Arab Mekah dan Yaman: 


• Sejarah lama menyebut bagaimana Kerajaan Saba’ menguasai ekonomi antara Eropah dan Asia dan
tempat-tempat lain. Ini adalah kerana mereka ada pelabuhan yang maju yang memberikan mereka
kekuatan, kekayaan dan kuasa politik yang besar pada waktu mereka di kemuncak tamadun mereka.
• Akan tetapi, telah berlaku satu banjir besar yang melanda mereka pada 450-451 SM yang menyebabkan
tamadun mereka musnah. Jadi penduduk Yaman perlu mencari tempat baru untuk tinggal dan membina
tamadun yang baru pula. Mereka telah merantau dan tinggal di tempat-tempat lain.
• Antara tempat yang mereka pergi berhijrah adalah ke Yathrib (nama lama Madinah). Ini bermakna Suku
‘Aws and Khazraj asalnya adalah orang Yaman yang berpindah ke sana. Dan selain dari itu, ada orang
dari Yaman yang bermastautin berdekatan dengan Telaga Zamzam selepas ianya dijumpai oleh Hajar
dan Nabi Ismail a.s. Nabi Ismail telah membesar bersama mereka dan berkahwin dengan keturunan
mereka.
• Keturunan Nabi Ismail a.s. telah membiak di Hijaz. Ada seorang lelaki yang bernama
Uthayb bin Kalaam/ digelar al Mujammi’ [lahir sekitar 400 SM] yang telah menggabung
seluruh penduduk Hijaz dan menjadikan Makkah sebagai satu negeri. Dan akhirnya
penduduk Makkah telah membesar. Beliau sendiri ada tiga anak. Yang paling terkenal
diantara anak-anaknya itu adalah Abd al Manaf, dan Abd al Manaf ada 4 anak lelaki:
Hashim, Mu’tallib, Abdul Shams and Nawfal.
• Hashim lahir pada tahun 464 SM. Dan seperti kita telah sebut, itu adalah zaman selepas
banjir besar yang melanda Yaman. Hashim telah nampak peluang untuk mereka
mengambil alih kekuatan ekonomi yang dipegang oleh Yaman dulu. Jadi beliau telah
mengadakan perhubungan ekonomi dengan negeri-negeri berhampiran.
• Beliau telah pergi ke Sham (Syria) dan berjumpa dengan Raja Arab di Ghassan. Beliau juga
telah menghantar adik beradiknya untuk mengadakan perhubungan ekonomi dengan negara-
negara lain juga. Ini telah menjadikan Makkah sebagai pusat ekonomi pula. Ini dapat dilakukan
kerana Makkah berada di tengah-tengah antara negara-negara yang bertamadun waktu itu.
• Dan Makkah memang sudah terkenal kerana ada Ka’bah (Makkah sudah menjadi pusat agama
pun waktu itu). Dan sekarang ia mula menjadi pusat ekonomi pula. Dan perkara ini disentuh di
dalam Surah Quraysh tentang bagaimana mereka mengadakan perjalanan perniagaan ke tempat
lain.
• Hashim ada seorang anak bernama Abdul Mu’tallib (457 SM) – dan kita pun tahu yang salah
seorang anaknya bernama Abdullah – bapa kepada Nabi Muhammad SAW.
• Dalam masa yang sama, kerajaan yang paling besar waktu itu adalah Kerajaan Rom. 300 tahun
selepas Nabi Isa diangkat, Rom menguasai Eropah, Asia Barat, Turki, Mesir, Habashah dan
sebahagian dari Yaman. Pada satu waktu, Yaman telah memeluk agama Yahudi dan mereka telah
menindas golongan Kristian di Yaman. Ada yang mengatakan inilah kisah yang disebut dalam 
Surah Burooj.
• Melihat penindasan yang dilakukan itu, Habashah telah menghantar tentera ke Yaman dan
menaklukinya. Seorang raja yang beragama Kristian telah dilantik tapi selepas itu telah berlaku
perebutan kuasa.
• Abrahah telah merampas kuasa dari Raja itu tapi beliau bijak kerana terus mengadakan hubungan
rapat dengan Habashah. Beliau bijak dengan mengatakan bahawa tujuan beliau merampas kuasa
adalah untuk kebaikan penduduk Yaman. Maka kedudukannya selamat.
• Setelah mengambilalih kuasa, Abrahah mahu menguatkan semula kedudukan Yaman di
mata dunia dan mengembalikan kekuatan dan kekayaan yang mereka pernah miliki
sebelum kejadian banjir itu. Beliau mengingatkan bagaimana mereka dulu hebat, tapi
kerana banjir, mereka telah jadi lemah dan kekuatan ekonomi telah diambilalih oleh
Quraish Makkah.
• Antara usaha yang cuba dilakukan oleh Abrahah adalah membina satu bangunan hebat
yang dinamakan al Qullays – dengan tujuan sebagai Pusat Agama Kristian. Ia adalah
satu gereja yang hebat. Ianya dibina dengan cantik dan Abrahah berharap supaya ianya
lebih hebat lagi dari Ka’bah
• Tapi tentulah dia tidak berjaya. Kerana manusia bukan mudah untuk meninggalkan pegangan agama
mereka. Abrahah berharap orang akan tinggalkan Ka’bah dan datang melawat Qullays, tapi tidak ada
orang datang kerana orang masih lagi memandang Ka’bah sebagai suci.
• Oleh kerana tidak puas hati, Abrahah telah menghantar surat ke Habashah mencadangkan
supaya Kaabah dihancurkan. Bangsa Arab telah mengetahui niat Abrahah itu dan mereka telah pergi
ke Qullays, bukan untuk melawat tapi nak menghina Qullays itu. Sampaikan ada orang Makkah yang
telah buang air di Qullays untuk menghinanya.
• Ini telah menyebabkan Abrahah sangat marah dan ini telah memberi peluang kepadanya untuk betul-
betul menyerang Ka’bah. Sekarang dia sudah ada alasan kukuh. Jadi kita kena faham sejarah ini
kerana kalau kita tidak faham perkara ini, kita sangka yang dia serang sebab agama, tapi sebenarnya
sebab ekonomi asalnya.
• Dia telah bertolak ke Makkah dengan tenteranya yang seramai antara 12,000 – 60,000
 (tidak ada riwayat sahih dengan tepat berapakah bilangan tenteranya). Beliau pergi
dengan tentera dari Yaman dan dari Habashah. Dan mereka pergi untuk menyerang
Tanah Arab yang tidak mempunyai kekuatan tentera. Di dalam tenteranya itu adalah
antara 9 – 13 ekor gajah. Gajah yang paling besar bernama Mahmood.
• Dalam perjalanan mereka ke Mekah, mereka telah melalui Ta’if. Penduduk Ta’if telah
berunding dengan Abrahah untuk membantu tenteranya itu supaya mereka tidak
diserang. Kenapa pula Taif sanggup membantu tentera Abrahah sedangkan mereka tahu
yang Abrahah dalam perjalanan menyerang Ka’bah yang suci itu?
• Ini adalah kerana berhala mereka yang utama adalah Laat dan ianya berada di Taif. Ini berlainan
dengan penduduk Tanah Arab yang lain yang meletak berhala mereka di Mekah (Ka’bah). Jadi
Taif tidak takut kalau Ka’bah diserang kerana berhala mereka tidak akan dimusnahkan. Tidak ada
suku lain yang membantu tentera Abrahah kerana mereka ada berhala mereka berdekatan Ka’bah.
• Seorang lelaki yang bernama Abu Righal dari Taif itu telah diarahkan untuk membantu menjadi
penunjuk arah kepada tentera Abrahah untuk sampai ke Mekah. Mereka perlukan penunjuk arah
kerana jalan ke Mekah payah untuk dilalui oleh mereka yang tidak biasa. Akan tetapi, Abu Righal
telah mati di tengah perjalanan. Kuburnya menjadi tempat yang dikutuk kerana mereka melihat
beliau sebagai pembelot dan orang Arab meludah kuburnya itu.
• Tentera Abrahah sampai ke Mekah dalam bulan Muharram Tahun Gajah itu. 
AYAT 1

‫الفيل‬
ِ ِ ‫يف فَ َع َل َر ُّبكَ بَِأصحا‬
‫ب‬ َ ‫َألَم تَ َر َك‬
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap
tentera bergajah?
• Surah ini diturunkan di Peringkat Kedua Kenabian. Ini selepas Nabi Muhammad
disuruh untuk berdakwah secara terbuka. Jadi ia sekitar tahun 4 – 5 Kenabian.
• Kalimat ‫ َر‬HHH‫ َت‬H‫“ – َأ َلم‬Tidakkah engkau melihat/memperhatikan?” Kalimah ini ditujukan
kepada seorang, bukan ramai orang. Oleh itu, ulama tafsir berbahas siapakah yang
dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini? Adakah ianya ditujukan kepada Rasulullah
atau kepada orang lain? Ada dalil untuk kedua-duanya sekali.
• 1 – Kalau dikatakan untuk orang lain, boleh lihat pada ayat al-Isra’:23 di mana Allah
berfirman:
‫وا ِإالَّ ِإيَّاهُ َوبِ ْال َوالِ َد ْي ِن ِإحْ َسانًا‬
ْ ‫ضى َرب َُّك َأال َّ تَ ْعبُ ُد‬
َ َ‫َوق‬
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah engkau
berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.
• Di dalam ayat ini, khitabnya juga kepada seorang lelaki, akan tetapi kita pun tahu yang ibubapa
Rasulullah sudah tiada semasa baginda menerima wahyu ini. Jadi, walaupun ianya menggunakan kalimah
‫( َرب َُّك‬Tuhanmu), tapi ianya tidak ditujukan kepada Rasulullah secara khusus.
• Dan kita pun tahu bahawa kejadian serangan Tentera Bergajah ini datang sebelum Nabi Muhammad lahir
lagi, jadi baginda tentu tidak dapat melihat kejadian itu sendiri. Jadi, mungkin ayat ini diberikan kepada
mereka yang memang pernah melihat kejadian itu dengan mata mereka sendiri kerana mereka sudah lahir
waktu itu dan masih hidup semasa ayat ini diturunkan.
• 2 – Boleh juga dikatakan yang ayat ini ditujukan kepada Rasulullah. Memang baginda tidak
melihat kejadian ini dengan mata baginda tapi Allah hanya memberi isyarat sahaja.
• Maksudnya: tidakkah kamu mendengar? tidakkah kamu memikirkan tentang kejadian itu? Ini
adalah kerana kisah ini tentu telah sampai kepada baginda. Kisah ini adalah kisah yang masyhur
di kalangan bangsa Arab sampaikan mereka mengabadikannya sebagai ‘Tahun Gajah’.
• Mereka tidak ada kalender seperti kita maka mereka akan menggunakan kejadian yang terkenal
sebagai peringatan kepada sesuatu tahun itu. Jadi untuk mengingati kejadian tentera bergajah
itu, tahun itu dikenali sebagai ‘Tahun Gajah’. Jadi, tentu Rasulullah sudah tahu tentang kejadian
itu dan Allah mengingatkan baginda tentang kisah kejadian itu.
• Boleh jadi juga, Allah hendak mengingatkan kepada Rasulullah – tidakkah kamu takjub dengan
kejadian itu, bagaimana Allah telah bertindak kepada Tentera Bergajah itu? Ini adalah kerana apabila
digunakan kalimah‫ َيف‬H‫( َك‬bagaimana), ia adalah kalimah ta’jub. Peristiwa yang terjadi itu memang
menakjubkan kerana bilangan tentera Abrahah itu amat besar malah lebih ramai lagi dari bilangan
keseluruhan penduduk Mekah waktu itu.
• Malah mereka ada gajah-gajah yang besar – tapi mereka telah dimusnahkan. Mereka bukan dibunuh
oleh penduduk Mekah pun – oleh itu penduduk Mekah itu boleh dikatakan menang tanpa angkat
senjata pun. Ini menunjukkan yang Allahlah yang mempertahankan keamanan di Kota Mekah itu.
Allah tidak perlukan sesiapa pun untuk membantuNya untuk menghancurkan tentera Abrahah itu.
Itu semua adalah atas Qadr Allah taala.
• Surah ini adalah ancaman kepada mana-mana pemimpin kejam, penindas dan diktator yang hidup
dalam mana-mana zaman pun. Kalau mereka mahu menindas orang dan merampas negara mereka
atau menghancurkan negara orang lain, mereka kena ingat yang mereka tidak berkuasa penuh.
Mungkin mereka ada tentera yang ramai dan kekuatan teknologi ketenteraan yang tinggi, tapi tidak
pasti lagi yang mereka akan menang. Dari zaman berzaman sudah begitu.
• Oleh itu, surah ini terpakai sepanjang masa, bukan untuk kita belajar sejarah yang telah lalu sahaja.
Ini dikuatkan lagi dengan kalimah ‫ َر‬HHH‫( َت‬melihat) yang digunakan dalam ayat ini. Ianya adalah dalam
bentuk present tense, dan apabila present tense yang digunakan, ia memberi isyarat bahawa ianya
berterusan. Bukan hanya berlaku pada zaman dahulu sahaja, tapi ia boleh berlaku pada zaman
sekarang dan masa hadapan. Ini adalah sebahagian dari ilmu balaghah.
• Memang Ka’bah dihormati zaman berzaman sebelum kedatangan Tentera Abrahah pun. Tapi
dengan kejadian yang menakjubkan ini, ianya telah menambah rasa hormat manusia kepada
Ka’bah. Kerana apa yang terjadi itu menjadi tanda bahawa Allah sendiri menjaga kehormatan
dan kesucian Ka’bah. Maka kedudukan Penjaga Kaabah di Mekah itu semakin kukuh.
• Oleh kerana itu, persoalan yang ditimbulkan kepada pendengar adalah: engkau sudah lihat
bagaimana Allah bertindak terhadap mereka yang hendak merosakkan rumahNya, lalu
kenapa kamu tidak mahu beriman dengan Allah? Orang kafir kena sedar yang kalau mereka
menentang kehendak Allah, mereka akan dimusnahkan juga, sebagaimana Allah mampu
untuk memusnahkan tentera bergajah itu, Allah tentu boleh memusnahkan mereka.
• Oleh itu, Musyrikin Mekah diingatkan dalam surah ini, kalau mereka berbangga Allah
telah menjaga Ka’bah maka mereka kenalah beriman dengan Nabi Muhammad kerana
baginda adalah RasulNya. Kalau Allah memelihara RumahNya, tidakkah kamu boleh
agak yang Allah akan menjaga RasulNya?
• Kalimah H‫( َأ َلم‬tidakkah?) adalah dalam bentuk soalan. Apakah kelebihan kalimah ini
dalam bentuk soalan? Ianya memberi penekanan kepada sesuatu perkara. 
• Jadi, bila Allah tanya dalam ayat ini, ianya kerana Allah hendak menekankan kejadian itu
kepada pendengar Al-Qur’an ini. Allah hendak mengingatkan kepada golongan
musyrikin, mereka kenalah ingat kepada segala jasa yang Allah telah berikan mereka;
dan kalau mereka degil dan tidak mahu juga untuk taat, mereka mungkin akan dikenakan
dengan azab yang telah dikenakan kepada tentera Abrahah.
• Kita kena ingat juga yang soalan ini untuk Nabi Muhammad juga. Kepada baginda,
Allah hendak mengingatkan baginda bagaimana Allah telah menyelamatkan Ka’bah itu.
Dan Allah hendak memberitahu baginda yang Allah juga akan memelihara baginda.
Sebagaimana Allah telah menjaga Ka’bah, Allah juga akan menjaga baginda.
SAMBUNGAN SEJARAH:

• Apabila Abrahah sampai berdekatan Makkah, dia telah berjumpa dengan Abdul Mu’tallib (datuk
Rasulullah), dan Abdul Mu’tallib telah cuba untuk berbincang dengan Abrahah. Beliau telah
menawarkan tanah Tahamah, dan akan diberikan 1/3 dari pulangan hasil dari Tahamah itu.
• Tetapi Abrahah sombong tidak mahu menerima tawaran itu. Dia tidak mahu berdamai dan dia mahu
menunjukkan kekuatan tenteranya. Akhirnya Abdul Mu’tallib cuma minta dikembalikan untanya
sahaja kerana Abrahah telah merampas untanya yang berada di Mekah. Abdul Muttalib hanya minta,
agar semua untanya yang telah dirampasnya dikembalikan kepadanya.
• Mendengar permintaan itu, Abrahah menjadi hairan dan berkata: “Kami datang untuk meruntuhkan
Ka’bah, kenapa engkau hanya membicarakan tentang dua ratus ekor unta saja, sedangkan agama dan
Ka’bah yang engkau puja itu engkau lupakan?”
• Abdul Muttalib menjawab: “Saya ini hanya tuannya unta-unta itu, adapun Ka’bah itu ada tuannya sendiri yang
akan memeliharanya.”
“Kalau begitu engkau tidak akan menghalang saya?” tanya Abrahah pula. “Itu adalah urusan tuan dengan tuan
Ka’bah itu sendiri,” jawab Abdul Muttalib pula.
• Apabila tentera yang dihantar kalah di seberang, negara asalnya akan marah dan selalunya mereka akan
menghantar tentera lagi untuk menyerang mereka yang membunuh tentera mereka, bukan? Akan tetapi, Abrahah
tidak mati di Mekah. Beliau masih hidup lagi dan berjaya untuk pulang ke Yaman walaupun telah tercedera teruk.
• Mereka mati kerana telah dihujani dengan Batu Sijjeel dan kulit Abrahah telah mengelupas dan kulitnya terbakar
teruk dan dagingnya membusuk. Begitulah cara dia mati akhirnya. Jadi apabila dia pulang ke Yaman, rakyatnya
melihat keadaannya dan tidak berani untuk balas dendam. Mereka takut kalau mereka sendiri jadi begitu.
• Begitu hebat sekali Allah rancang supaya mereka tidak datang lagi ke Mekah. Kalau
Abrahah mati di Mekah, mungkin orang Yaman dan orang Habashah akan hantar lagi
tentera untuk menyerang Mekah untuk balas dendam.
• Kejadian ini juga adalah salah satu dari isyarat kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Kerana ianya berlaku pada tahun kelahiran baginda. Kita pun tahu ada riwayat
tentang irhas yang berlaku kepada Nabi. Irhas adalah perkara pelik yang berlaku kepada
seorang Nabi sebelum baginda dilantik menjadi Nabi lagi. Sebagai contoh, ada riwayat
bagaimana ada awan yang menaungi Nabi semasa baginda bermusafir dalam perniagaan.
• Dalam ayat ini, Allah menggunakan kalimah ‫ َرب َُّك‬ (Tuhanmu). Dia tidak menggunakan NamaNya ‘Allah’.
Nama Allah merujuk kepada Allah dengan segala Sifat-sifatNya. Tapi kalimah Rabb adalah salah satu
dari Sifat Allah. Asal Rabb adalah ‘tuan’ dan apabila ada tuan, tentu ada hambanya. Allah gunakan
kalimah Rabb dalam ayat ini untuk menekankan bahawa kita semua adalah hambaNya.
ٰ َّ ‫ليَعبُدوا َر‬HHH‫( َف‬Maka hendaklah
• Dalam surah seterusnya nanti (Surah Quraish), Allah berfirman:‫لبَ ِيت‬HH‫به َذا ا‬
mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka’bah). Dalam ayat ini, Allah sekali lagi menggunakan
kalimah ‘Rabb’. Allah mengatakan yang Dia adalah Tuhan kepada Ka’bah dan dalam Surah al-Feel ini
Allah menggunakan kalimah ‫ َرب َُّك‬di mana ‫ ك‬adalah dhomir kepada Nabi Muhammad SAW.
• Allah hendak memberi isyarat, kalau Dia Tuhan kepada Ka’bah, Dia telah menyelamatkan Ka’bah dan
Dia juga Tuhan kepada Nabi Muhammad, maka pasti Dia akan menyelamatkan baginda juga. Allah
memberitahu yang Dia berpihak kepada baginda dan Dia akan memusnahkan mereka yang menghalang
baginda sebagaimana Dia telah memusnahkan Tentera Bergajah itu.
• Ini menjadi isyarat dan bukti yang Nabi Muhammad SAW dan Islam akan berjaya dan baginda akan
membersihkan Ka’bah dari berhala yang di sekelilingnya waktu itu.
• Dengan menggunakan kalimah ‫ َرب َُّك‬juga memberi isyarat yang Allah amat murka dengan mereka yang
memuja dan bertawasul kepada selain dariNya. Allah mengingatkan mereka bahawa Dia adalah Tuhan
dan alangkah teruknya Musyrikin Mekah itu kerana sanggup menyembah dan bertawasul kepada
selainNya, dan berdekatan dengan rumahNya! Jadi kalimah Rabb ini digunakan untuk menyangkal
fahaman syirik Musyrikin Mekah itu.
• Kita pun sudah tahu bahawa Musyrikin Mekah itu telah mengamalkan syirik yang jauh dari Islam.
Mereka itu dari segi akidah lebih teruk dari Abrahah yang datang menyerang mereka. Tapi Allah
musnahkan tentera Abrahah dan menyelamatkan negeri mereka. Kenapa Allah tidak musnahkan juga
Musyrikin Mekah itu?
• Ini adalah kerana Abrahah hendak memusnahkan Ka’bah maka Allah musnahkan mereka semasa dia dan
tenteranya di dunia lagi. Tapi Musyrikin Mekah yang tidak taat kepada Allah itu, Allah akan musnahkan
mereka di akhirat kelak. Kerana Ka’bah itu adalah hak manusia – Allah bina Ka’bah itu sebagai syiar agama
Islam dan Tauhid adalah hak Allah. Apabila mereka hendak memusnahkan hak manusia, Allah musnahkan
mereka di dunia dan Musyrikin Mekah yang memusnahkan hak Allah itu, Allah akan musnahkan mereka di
akhirat nanti.
• Tentera Bergajah Abrahah itu telah dihancurkan di satu tempat yang bernama Wadi Muhassir. Mereka hendak
menyerang Ka’bah tapi tak sempat nak sampai ke Ka’bah. Ianya terletak di antara Mina dan Muzdalifah dan
umat Islam yang mengerjakan Haji akan melalui kawasan ini dan disunatkan untuk mempercepatkan
perjalanan supaya tidak berada lama di kawasan ini. Ini adalah kerana azab telah pernah turun di kawasan ini
dan tidak digalakkan berada lama, kalau terpaksa lalu.
AYAT 2

‫َألَم يَج َعل َكي َدهُم في تَضلي ٍل‬


Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?
• Ini adalah kali kedua kalimah H‫َأ َلم‬ (tidakkah?) digunakan dalam surah ini. Seperti kita telah sebut
sebelum ini, kalimah H‫ َأ َلم‬ini adalah dalam bentuk soalan retorik. Maknanya Allah hendak
mengingatkan jasa yang telah dilakukanNya.
• Kalimah‫ َعل‬H‫ج‬HH‫ َي‬dalam bentuk present tense. Sedangkan kisah yang sedang dibincangkan ini telah
berlaku lama dahulu. Jadi kenapa Allah gunakan present tense dalam ayat ini? Apabila present
tense digunakan untuk perkara yang telah berlaku, ini memberi isyarat yang perkara itu akan
terus berlaku zaman berzaman.
• Maknanya, bukan Tentera Abrahah sahaja yang Allah sia-siakan usaha mereka, tapi
Allah boleh buat lagi pada orang-orang lain selepasnya dan di masa hadapan. Kepada
mereka yang hendak merosakkan syiar Allah SWT, Allah boleh sia-siakan usaha
mereka. Walau bagaimana pun usaha mereka, tidak memberi kesan sama sekali kalau
Allah tidak benarkan ia terjadi. Mereka akan buang masa sahaja.
• Kalimah‫ َعل‬H‫ج‬HH‫ َي‬dari kalimah ‫ ( جعل‬menjadikan). Ianya tidak sama dengan kalimah‫ َع َل‬HHH‫ َف‬yang
digunakan dalam ayat 1. Apabila digunakan kalimah‫جعل‬, ia bermaksud mengambil sesuatu yang
telah ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang lain.
• Maknanya Allah biarkan mereka buat rancangan, buat persediaan, mungkin berlatih, kemudian
ambil masa untuk bergerak dari Yaman ke Mekah, dan mula untuk ambil tindakan, tapi Allah
ubah (‫ )جعل‬rancangan mereka itu jadi benda lain – jadi sesuatu yang sia-sia sahaja tidak menjadi.
• Allah tidak hancurkan rancangan mereka itu dari mula, tapi Allah biarkan mereka buang masa
dalam usaha mereka. Allah main-mainkan mereka dan akhirnya malukan mereka di hujungnya.
• Allah biarkan sahaja tentera Abrahah itu datang ke Mekah dan apabila sudah ada di
depan Ka’bah, barulah mereka itu dimusnahkan. Bukanlah Allah tidak boleh musnahkan
mereka dari mula lagi tapi Allah nak beri mereka buat perkara yang salah itu, dan nanti
Allah akan seksa mereka dengan azab yang berat di akhirat kelak lagi.
• Kalimah ‫ي َد‬H‫ َك‬dalam H‫ي َد ُهم‬H‫( َك‬rancangan mereka) itu lebih kurang maknanya dengan
kalimah ‫( – مكر‬rancangan untuk mencederakan seseorang). Tapi bezanya, ‫ي َد‬H‫ َك‬digunakan
untuk rancangan yang rahsia, seperti rancangan perang yang tidak diberitahu kepada
ramai orang dan dilakukan secara sembunyi supaya rahsia tidak pecah. Sedangkan
kalau ‫ مكر‬digunakan, ia melibatkan penipuan dalam rancangan itu.
• Akan tetapi, bagaimana pula ‫ي َد‬H‫ َك‬dikatakan rancangan yang rahsia sedangkan apa yang tentera
Abrahah itu lakukan jelas pada semua orang? Abrahah datang siang hari dan semua orang boleh
tengok kedatangan mereka itu. Ada beberapa pendapat ulama’ tentang perkara ini:
• 1 – Dikatakan rahsia itu adalah niat dalam hati mereka – mereka sebenarnya benci sangat
kepada penduduk Mekah sampaikan hendak memusnahkan Ka’bah yang mereka muliakan.
• 2 – Abrahah menyembunyikan niatnya dalam menyerang Mekah itu. Dia menggunakan
semangat keagamaan untuk membangkitkan semangat rakyat dan tenteranya untuk menyerang.
Tapi sebenarnya, seperti kita telah jelaskan dalam pengenalan surah ini, tujuan sebenar Abrahah
adalah kerana ekonomi. Dia hendak menaikkan kembali kekuatan ekonomi Yaman dan dia
nampak caranya adalah dengan menjatuhkan kuasa ekonomi waktu itu, Mekah.
• Kalimah‫ضليل‬
ٍ HHH‫ َت‬dari‫ل‬H‫ال‬HH‫ ض‬yang bermaksud ‘musnah’, ‘sia-sia’. Ianya sesuatu yang rosak
sampai tidak boleh dipakai lagi.

ٍ HHH‫ َت‬ini adalah dalam wazan‫ ْف ِعيْل‬HHH‫ َت‬yang memberi isyarat pengulangan di
• Kalimah ‫ضليل‬
dalamnya. Maknanya, bukan sekali sahaja Allah menjadikan rancangan orang kafir itu sia-
sia, tapi banyak kali. Rancangan Abrahah juga berulang-ulang kali gagal.
• – Abrahah bina al-Qullays supaya ramai orang datang ziarah, tapi tidak menjadi.
– Qullays itu telah diletakkan dengan najis oleh orang Mekah kerana marah sangat.
– Mereka bergerak ke Mekah untuk memusnahkan Ka’bah tapi rancangan mereka
digagalkan.
AYAT 3

• Ayat 3: Bukan sahaja usaha Tentera Abrahah itu sia-sia, malah mereka sendiri
dihancurkan.
‫يرا َأبابي َل‬ َ ‫َوَأر‬
ً َ‫س َل َعلَي ِهم ط‬
dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong,
• Selepas Abdul Muthalib (datuk Rasulullah) berdoa kepada Allah untuk
menyelamatkan Ka’bah, dia nampak burung yang berbondong-bondong datang dari
arah Yaman (yang menariknya, tentera Abrahah itu dari Yaman dan Allah hantar
burung dari sana juga). Abdul Muthalib kata dia tidak pernah lihat burung jenis itu.
Setiap burung bawa tiga batu, setiap satu pada kakinya dan satu lagi pada paruhnya.
• Batu-batu pada burung-burung itu dilepaskan kepada tentera Abrahah itu dan apabila
ia mengenai kepada mangsanya, ia menembusi tubuh orang itu dan keluar dari sebelah
lain. Begitulah hebatnya balingan batu itu.
• Burung-burung itu dikatakan bukan satu jenis sahaja tapi campuran berjenis-jenis
spesis. Ada juga yang mengatakan burung-burung itu bukan datang dari satu arah
sahaja tapi dari banyak arah dan bergabung di Mekah itu. Mereka datang dengan
banyak sekali. Banyaknya mereka itu sampaikan mereka menutupi cahaya matahari
dan bumi Mekah waktu itu jadi gelap.
• Allah sampaikan kisah ini kepada kita kerana Allah mahu kita bayangkan bagaimana ‫يف‬ َ Allah
( َ H‫)ك‬
lakukan terhadap mereka. Allah suruh kita fikirkan dan bayangkan bagaimana boleh terjadi perkara
begitu kalau bukan kerana qudrat Allah? Ianya bukanlah perkara biasa kalau burung yang kecil itu dapat
memusnahkan tentera bergajah yang besar itu.
• Bukankah gajah-gajah itu besar dan kuat dan besar? Tapi untuk hancurkan mereka, Allah‫َأر َس َل‬
(utuskan/hantar) burung-burung yang kecil sahaja. Ini yang Allah suruh kita fikirkan. Iaitu Allah boleh
buat apa sahaja yang dikehendakinya walaupun ianya berlawanan dengan logik akal kita.
• Kenapa Allah gunakan kalimah H‫( َعلَي ِهم‬ke atas mereka) dan bukan H‫( إليهم‬kepada mereka)?  Ini adalah salah
satu dari ilmu balaghah yang sepatutnya kita ketahui. Kalau Allah gunakan kalimah‫على‬, Allah hendak
menunjukkan kekuasaan Allah atas makhluk dan Allah boleh buat apa sahaja ke atas mereka. Kerana
itulah kalau dalam ayat yang menyebut tentang musibah dan azab, Allah akan gunakan‫ على‬dan bukan‫إلى‬.
• Kalimah ‫ َطـ ًيرـا‬adalah dalam bentuk isim jamak. Ianya merujuk kepada segala jenis burung.
Kalau digunakan kalimah ‫طـيور‬, ia bermaksud jamak juga, tapi satu jenis burung sahaja.
Apabila ada tanwin pada kalimah ‫ َطـ ًيرـا‬, ia menambah lagi maksud bahawa ada banyak jenis
burung.

• Apabila digunakan kalimah‫ َأباب َـيل‬, ia bermaksud burung-burung itu di dalam gerombolan
yang besar. Mereka datang berbondong-bondong. Oleh itu, kalimah‫ َطـ ًيرـا َأباب َـيل‬bermaksud
burung-burung yang sangat banyak, berbagai jenis. Jadi bukannya ada satu jenis burung
yang bernama ‘Abaabil’.
• Dari apa yang kita telah belajar ini, kita dapat rasakan bagaimana surah ini adalah hadiah kepada
Rasulullah. Allah telah berikan hadiah kepada baginda sebelum baginda dilahirkan lagi (Nabi lahir pada
tahun gajah ini juga, tapi sebelum kejadian). Allah telah mempertahankan Kota Mekah itu, dan Allah
mempertahankan Ka’bah itu dari kemusnahan.
• Dan begitulah nanti Allah akan memenangkan baginda ke atas Mekah itu di mana baginda akan
membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala di sekelilingnya. Kita dapat tahu yang Allah lakukan
perkara ini kerana Allah sebut dalam ayat pertama:‫( َكــ َيف َفـــ ََعل َرـبُّـ َك‬bagaimana ‘Tuhanmu’ telah lakukan) di
mana Allah kata Tuhan’mu’ merujuk kepada baginda.
• Musyrikin Mekah itu mungkin sangka yang Allah selamatkan Ka’bah itu untuk mereka tapi tidaklah
Allah buat begitu kerana mereka itu tidak layak untuk mendapat kehormatan itu kerana mereka
mengamalkan syirik dan kezaliman. Allah sebenarnya menyelamatkan Mekah dan Ka’bah kerana Nabi
Muhammad SAW. Allah hendak bangkitkan baginda dari tempat itu
AYAT 4

Ayat 4
yang melempari mereka dengan batu dari tanah yang terbakar,
• Burung-burung itu melontarkan batu-batu kepada tentera bergajah Abrahah itu. Ini
adalah cara yang Allah pilih pada kali ini untuk azab manusia yang engkar.
• Kalimah‫ َتـــرـمـي‬dalam ‫ـيهم‬
ِ ‫ َتـــرـم‬itu asalnya adalah dari katadasar ‫ ر م ي‬yang bermaksud
‘membaling’. Dalam ayat ini, kalimah ‫ـيهم‬ ِ ‫ َتـــرـم‬itu dalam bentuk present tense. Kalau Allah
menggunakan kalimah present tense untuk kisah yang telah berlaku, ini menunjukkan perkara
itu berlaku berulang-ulang.
• Maksudnya, bukan sekali sahaja batu itu dibaling kepada mereka, tapi berkali-kali. Kalau
kalimah past tense‫ رـمـت‬yang digunakan, itu memberitahu kita yang burung itu balik sekali sahaja,
tapi tidak dalam perkara ini. Mereka dihujani dengan batu-batu itu berkali-kali seperti hujan.
• Kalimah‫ َتـــرـمـي‬juga memberi makna yang batu itu dibaling kepada mereka dari jarak yang jauh,
ini bukan baling yang biasa. Burung-burung itu melepaskan batu itu dari kedudukan yang tinggi
jadi daya tarikan graviti telah meningkatkan kelajuan batu-batu itu.
• Mereka dibaling ‫جار ٍة‬
َ ‫( ِبــــ ِح‬dengan batu). Tapi Allah tidak sebut ‘batu’ sahaja. Allah tambah:‫ج ٍيل‬ ِ ‫( ِم‬dari
ّ ‫نس ـ‬
Sijjeel).
• Kalimah‫ج ٍيل‬
ّ ‫ ِس ـ‬asalnya dari bahasa Parsi yang dimasukkan ke dalam bahasa Arab. Ianya merujuk kepada
batu yang terjadi dari tanah yang terbentuk kerana basah, kemudian tanah itu dibakar dengan sinaran
cahaya matahari. Asalnya dari tanah sahaja, tapi benda yang asalnya lemah tapi Allah jadikan boleh
menghancurkan benda yang kuat dan besar.

ّ ‫ ِس ـ‬itu adalah batu dari neraka.


• Ada juga yang mengatakan‫ج ٍيل‬
• Ibn Abbas mengatakan, apabila batu itu kena pada badan tentera Abrahah itu, tubuh mereka akan
membengkak terbakar dan membusuk. Ia menjadi wabak yang teruk dan inilah kali pertama wabak
sampai ke Mekah. Mereka menjadi mayat yang reput dan busuk.
• ‫أكول‬
ٍ ‫صف َم‬
ٍ ‫ج َعل َُهم ك ََع‬
َ ‫َف‬
• lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan
• Kalimah‫ َج ََعل‬dalam ‫ج َعل َُهم‬
َ ‫ َفـــ‬itu bermaksud mengubah sesuatu dari satu bentuk ke satu bentuk.
Sebagai contoh, mengubah pokok kayu menjadi meja. Pokok kayu itu memang sudah ada,
cuma dijadikan dalam bentuk yang lain. Ini tidak sama dengan‫ خلق‬yang bermaksud menjadikan
sesuatu dari tidak ada ada kepada ada dan hanya Allah sahaja yang boleh melakukannya.
• Oleh itu, dalam ayat ini, Allah memberitahu yang Dia telah menjadikan tentera bergajah yang
sepatutnya kuat, tapi Allah jadikan sebagai lemah dan tidak bernilai langsung, tidak ada
kekuatan langsung. Seperti daun-duan kering sahaja.
• Allah gunakan huruf ‫ ك‬sebagai bandingan. Allah bandingkan mereka dengan suatu benda untuk
menjelaskan kepada kita. Allah sebut dengan cara begini supaya kita dapat bayangkan kerana kita
tidak ada di sana waktu itu. Allah bandingkan tentera itu dengan‫صف‬
ٍ ‫ َع‬yang bermaksud angin bertiup
yang menghancurkan daun kering. Atau ia boleh bermaksud bilah-bilah dauh yang beterbangan di
udara.
• Kalimah‫أكول‬
ٍ ‫ َمـ‬pula bermaksud sesuatu yang dimakan. Apabila binatang ternak memakan daun-daun
hijau, ada cebisan-cebisan daun itu yang jatuh. Cebisan yang jatuh itu dipanggil‫أكول‬
ٍ ‫صف َمـ‬
ٍ ‫ َع‬dalam bahasa
Arab.
• Begitulah Allah berikan perumpamaan untuk mereka setelah mereka dikenakan dengan hujanan batu
Sijjeel itu.

Anda mungkin juga menyukai