Anda di halaman 1dari 11

TUJUAN HIDUP MANUSIA

BAHAGIAN 1
 Apa tujuan Hidup?
 Mengapa kita wujud?
 Apa Destinasi Akhir?
 Makan, minum, membesar, bermain, belajar, kerja, berkeluarga, berkerjaya,
Manusia dalam kebingungan

 Kejahilan – kegelapan
 Terkapai kapai, tiada arah tujuan
 Diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir.
Tujuan Hidup Salah?

 Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang.
 Mengapa tidak tenang?
 Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia
cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
 Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.
 Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau
hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.
Tujuan Hidup Sebenar!

 Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini
tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.

َ ‫ت ْٱل ِج َّن َوٱِإْل‬


‫نس ِإاَّل لِيَ ْعبُ ُدو ِن‬ ُ ‫َو َما َخلَ ْق‬
Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”— Q.S.
51:56

Tujuan hidup manusia dan jin adalah untuk menghambakan diri kepada Allah ‫ﷻ‬
Sembah vs Hamba

 Selalu orang menterjemahkan ayat ini sebagai: “tidaklah Aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk menyembahKu”. Ini agak kurang tepat kerana ‘sembah’ itu adalah satu
bahagian sahaja dari menghambakan diri kepada Allah ‫ﷻ‬.
 ada yang ‘sembah’ Allah ‫ ﷻ‬tapi mereka tidak ‘menghambakan’ diri kepada Allah ‫ﷻ‬.
Maksudnya mereka itu solat, puasa dan jaga zakat dan lain-lain lagi, tetapi dalam bab lain,
mereka tidak jaga. Mereka jaga bab ibadat sahaja, tapi tidak dalam semua hal.
 Oleh kerana itu, ada yang solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama mereka
mengamalkan riba, rasuah, mereka berlaku zalim kepada orang lain dan banyaklah lagi
kesalahan yang mereka lakukan.
Hamba dan Tuhan

 seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan
memerintah dirinya
 Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya.
 Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya
tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain.
 Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari
dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.
 Kewajipan seterusnya seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya.
 Hamba harus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap
hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu.
Allah tidak perlukan manusia

 Ayat 57: Allah ‫ ﷻ‬tidak perlukan manusia. Sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah ‫ﷻ‬.
ِ ُ‫زق َوما ُأري ُد َأن ي‬
‫طعمو ِن‬ ٍ ‫ما ُأري ُد ِمنهُم ِّمن ِّر‬
Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya
mereka memberi-Ku makan.
 Allah ‫ ﷻ‬tidak meminta rezeki dari manusia dan jin.  Tidaklah Allah ‫ ﷻ‬memerlukan kita
dan mengharap apa-apa dari kita, malah Allah ‫ﷻ‬lah yang memberikan rezeki kepada kita
semua.
 Allah ‫ ﷻ‬tidaklah suruh makhluk menyembahNya kerana Allah ‫ ﷻ‬memerlukan sembahan
dari makhluk. Allah ‫ ﷻ‬tidak memerlukan apa-apa pun dari makhluk. Sama ada makhluk
sembah atau pun tidak, tidaklah berkurang atau bertambah kemuliaan dan kehebatan Allah
‫ﷻ‬.
 Dan Allah ‫ ﷻ‬tidak meminta makanan daripada manusia. Malah Allah ‫ ﷻ‬yang memberi
makanan kepada kita.
 Maksud ayat ini, agama yang Allah ‫ ﷻ‬berikan kepada kita ini adalah untuk kepentingan
kita. Allah ‫ ﷻ‬jadikan hukum syariat yang kita kena amalkan ini adalah untuk kebaikan
kita. Allah ‫ ﷻ‬tidak perlukan apa-apa pun dari kita.
 Ini adalah tempelak yang amat besar kepada Musyrikin Mekah dan juga penyembah-
penyembah berhala dari dulu sampai sekarang – mereka sembah berhala dan patung
sembahan mereka, tetapi mereka jugalah yang beri berhala dan patung mereka makan.
Allah AR-Razaq

 Ayat 58: Ayat 58 adalah Perenggan Makro Ketujuh. Ia mengajar kita untuk tauhid pada
sifat Allah ‫ﷻ‬. Jangan beri satu pun sifat Allah ‫ ﷻ‬kepada makhluk.
ُ‫ق ُذو القُ َّو ِة ال َمتين‬
ُ ‫ِإنَّ هللاَ ُه َو ال َّر ّزا‬
Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat
Kukuh.
Allah ‫ ﷻ‬tidak perlukan rezeki dari kita, sebaliknya Allah ‫ﷻ‬lah yang sentiasa memberi rezeki
kepada manusia. Allah ‫ ﷻ‬beri rezeki itu kepada manusia tidak kira sama ada orang itu
beriman ataupun tidak. Semua rezeki yang kita dapat ini adalah dari Allah ‫ﷻ‬.
 Allah ‫ ﷻ‬tidak perlukan pertolongan dari kita kerana Allah ‫ ﷻ‬mempunyai kekuatan. Allah
‫ ﷻ‬sangat kukuh, tidak ada yang dapat menggegarNya atau menggerakkanNya.
Ghurur zaman moden
 Ghurur adalah apabila manusia tertipu dengan dirinya sendiri. Dia sangka dia yang
menentukan hala tuju dirinya. Dia sangka usahanya yang pasti membuahkan hasil. Dia
terlupa yang semua itu diberi oleh Allah ‫ﷻ‬. Oleh itu, apabila dia berjaya, dia sangka
dia berjaya kerana kepandaian dan usaha dirinya. Dia lupa menisbahkan kejayaannya
itu kepada Allah
 Dalam surah 56 Allah ‫ ﷻ‬telah sebut yang tugas kita di dunia adalah menjadi hamba
Allah ‫ﷻ‬. Maka kita kena terus melakukan amal dan ibadat seperti yang Allah ‫ﷻ‬
kehendaki. Tetapi ada manusia yang tidak dapat nak taat. Mereka sangka mereka kena
lebih banyak usaha dalam dunia untuk berjaya. Maka mereka sampai sanggup
melencong dari ketaatan kepada Allah ‫ ﷻ‬semata-mata untuk berjaya.
 Maka Allah ‫ ﷻ‬jawab dalam ayat 57-58 bahawa bukan manusia yang buat rezeki
sendiri, tetapi Allah ‫ ﷻ‬yang berikan rezeki itu kepada manusia. Allah ‫ ﷻ‬sudah
janjikan rezeki kepada kita, maka kita kena taat sahaja. Jangan sangka kita kena teruk-
teruk cari rezeki

Anda mungkin juga menyukai