Anda di halaman 1dari 18

NAMA: NURIQMAL HAFIDZ BIN ZAMBRI

NOMBOR ID: 2019434184


KELAS: AT1171A
SUBJEK: CTU 101
TAJUK: ANALISA AYAT ALQURAN
NAMA PENSYARAH: AAINAA SHAHIRA BINTI RASIDI
TARIKH TUGASAN DIBERI: 4 NOVEMBER 2019
TARIKH HANTAR TUGASAN: 15 NOVEMBER 2019
Pendahuluan
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang maha berkuasa lagi maha bijaksana
dengan taufiq dan hidayah yang dikurniakan olehNya saya dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan analisa ayat ayat al
quran tentang akidah, ibadah,syariah dan akhalak. Jika diteliti,keempat-empat elemen tersebut
adalah saling berkaitan dalam melahirkan seorang muslim dan mukmin yang sempurna. Elemen
yang paling utama dan menjadi asas kukuh dalam keimanan seseorang itu ialah akidahnya.
Hubungan akidah dan syariah adalah orang yang mempunyai pegangan akidah yang kuat
dan kukuh sememangnya memahami dan mengimani segala apa yang berkaitan dengan
penciptanya iaitu Allah samada meliputi sifat-sifat Allah, kekuasaan Allah,janji-janji Allah dan
sebagainya.Syariah yang telah ditetapkan oleh Allah merupakan suatu perundangan atau
peraturan yang berfungsi untuk memandu manusia kearah jalan-jalan yang diredhai oleh Allah.
Setiap suruhan dan larangan Allah mempunyai hikmah yang berkepentingan untuk membawa
kebaikan kepada kehidupan insan.
Persoalannya,adakah semua syariat atau peraturan ini diterima dan digunapakai oleh
umat Islam dengan rela hati? Justeru,di sinilah dapat dilihat hubungan antara keduanya. Jika
seseorang itu mempunyai akidah yang mantap dan kukuh,sudah pasti segala syariat Allah
difahami dan dipatuhi dengan sepenuh ketaatan dan keimanan tanpa mempertikaikannya.
Sebagai contoh,jika seseorang itu beriman kepada sifat Allah,sudah pasti dia akan mengikut
segala suruhan dan larangan Allah kerana dia tahu bahawa Allah itu sifatNya Maha Mengetahui.
Justeru,segala syariah akan diterima dan digunakan sebagai panduan hidup tanpa sebarang
pertikaian.
Individu yang tidak memiliki akidah yang kukuh akan berasa berat dan terbeban dengan
syariat Islam sehingga ada yang berani mempertikai dan mempersoalkannya tanpa segan silu
demi kepentingan dan kepuasan peribadi yang semestinya dikuasai oleh nafsu semata-mata.
Manakala hubungan akhlak dan ibadah Ibadah yang telah dilaksanakan dengan sempurna
dari segi bentuk dan perlaksanaannya sudah pasti membuahkan hasil yang berkesan iaitu akhlak
yang baik.Banyak nas dari Al-Quran dan Hadis yang dengan jelasnya menegaskan bahawa nilai
sebenar kepada ibadah itu ialah nilai akhlaknya. Semua ibadah samada yang wajib ataupun
sunat,merupakan latihan kepada umat Islam untuk sentiasa memperkembang dan
mempertingkatkan usaha dalam membersihkan diri daripada nilai-nilai akhlak yang negatif dan
positif sehingga mencapai tahap kesempurnaan akhlak.
Huraian yang lebih lanjut akan dikupas dan dihurai kan dengan lebih terperinci dengan
disertakan oleh dalil dalil daripada Al-Quran, sebab-sebab penurunannya,pengajaran ayat
tersebut dan banyak lagi.

2
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pendahuluan 2

Isi kandungan 3

Ayat Al-Quran berkaitan akidah 4

Ayat Al-Quran berkaitan syariah 7

Ayat Al-Quran berkaitan akhlak 10

Ayat Al-Quran berkaitan ibadah 13

Kesimpulan 17

Rujukan 18

3
Ayat Al-Quran Berkaitan Akidah

Surah Pertama:

Maksudnya,

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

(Surah Al Ikhlas: 1-4 )

Isi dan Huraian

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT, Yang Maha Suci dan yang tidak terhingga rahmat-
Nya, adalah penguasa segala kerajaan dunia yang fana ini dengan segala macam isinya, dan
kerajaan akhirat yang terjadi setelah lenyapnya kerajaan dunia.

4
Asbabun nuzul

Imam At-Tirmidzi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Abu Aliyah dari Ubai bin
Ka’ab bahwa suatu ketika orang-orang musyrik berkata kepada Rasulullah, “Gambarkanlah
kepada kami bagaimana Tuhan engkau?” Allah lalu menurunkan ayat ini hingga akhir surah.

Pengajajaran

 Surah ini menafikan pada Allah Subhanahuwata’ala itu wujud. Sekali gus, menetapkan
bahawa Allah Subhanahuwata’ala itu Esa dari sudut zat-Nya dan juga hakikat-Nya,

Ayat Pertama

Maksudnya,

‘’ Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat
memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang
ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu
kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)’’

(Surah Al-Baqarah: 255)

5
Isi dan Huraian

Hanya Allahlah yang berhak untuk disembah. Dia hidup kekal dan terus-menerus mengurus
makhluk ciptaan-Nya tanpa pernah lalai. Dia tidak pernah ceroboh atau tidur, sebab Dia tidak
memiliki sifat kekurangan. Hanya Dialah yang memiliki langit dan bumi, tidak ada seorang pun
yang menyertai-Nya. Maka dari itu, tak seorang makhluk pun dapat memberi syafaat kepada
yang lainnya kecuali dengan izin Allah. Allah Swt. mengetahui segala sesuatu yang telah dan
akan terjadi.

Asbabun Nuzul

Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT hendak menurunkan ayat kursi, Allah SWT telah
memerintahkan jibril untuk membawanya turun ke bumi, bersama sama dengannya 70,000
malaikat yang turun menyertai penurunan ayat kursi ini dan menyambutnya di langit dunia
dengan penuh penghormatan. Ketika penurunan wahyu ini, bumi menjadi gempar
danmmberlakunya gempa bumi di seluruh dunia. Segala berhala sembahan orang kafir
bergoncang.

Pengajaran

yeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya
pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

6
Ayat Al-Quran Berkaitan Syariah

Ayat Pertama:

Maksudnya,

‘’ Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga
yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu
miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan
membangga-banggakan diri’’

(Surah An-Nissa: 36)

Asbabun nuzul

Ayat ini diturunkan sebagai kata penegas bahawa yang layak disembah itu Allah Swt. Dialah
yang berhak untuk disembah oleh mereka dengan mengesakan nya dan tidak
mempersekutukannya,

Isi dan Huraian

Dalam ayat ini Allah memerintahkan kpd kita untuk hanya menyembah kepada-Nya saja. Allah
juga melarang kita untuk berbuat Syirik akbar (besar) ataupun syirik asghar (kecil). Kerana
perbuatan syirik itu sangatlah keji di sisi Allah SWT.Kita harus berbuat baik kepada semua orang
samada mereka baik ataupun jahat. Hal ini kerana, Allah tidak menyukai orang-orang yang
membanggakan apa yang dia punya di hadapan orang lain.

7
Pengajaran

 Kewajiban kepada Allah, iaitu menyembah dan tidak mempersekutukannya.


 Berbuat baik kepada kedua orang tua
 Berbuat baik kepada masyarakat, iaitu kepada keluarga terdekat, jiran tetangga samaada
dekat mahupun jauh, kepada orang yang berada dalam perjalanan, dan berbuat baik
kepada orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Ayat Kedua:

Maksudnya,

‘’ Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala
isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari
langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi
kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua
mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)’’

(Surah al baqarah : 22)

8
Isi dan Huraian

Dalam ayat ini, Allah menyinggung berbagai nikmat Allah yang masing-masing adalah sumber
daripada nikmat yang lain. Allah menjadikan bumi ini sebagai hamparan bagi kehidupan
manusia di bumi ini. Gunung dan saharanya, air dan tanahnya, mineral yang tersimpan di dalam
tanah dan di bawah gunung-gunung, semuanya merupakan lingkungan yang cocok untuk
kelestarian dan kehidupan manusia. Kerjasama antara langit dan bumi telah mendatangkan hujan
dan menambahkan tanaman serta memenuhi rezeki dan makanan manusia. Semua ini
berlangsung dan terjadi sesuai dengan peraturan Allah dan kudrat-Nya yang tak terhingga.
Dengan demikian, bagaimana mungkin orang-orang atau makhluk-makhluk lain yang
memerlukan Allah, dapat dijadikan sebagai sekutu-Nya dan bukannya perintah Allah, tetapi
perintah merekalah yang diikutkan

Asababun Nuzul

Dikatakan ayat ini diturunkan sebagai penegas bahawa dimana mana sahaja kita sebagai hamba
kepada Allah Swt boleh beribadah.

Pengajaran

 Bumi yang Allah ciptakan ini sangatlah luas jadilah marilah kita ambil peluang yang
sangat besar ini untuk terus beribadah Allah SWT serta mencari rezeki yang halal buat
keluarga.
 Sentiasa menghargai dan bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang
dikurniakan dan membalas kenikmatan tersebut dengan mentaati segala perintah Allah
dan menjauhi segala laranganNya

9
Ayat al-quran berkaitan akhlak

Ayat Pertama:

Maksudnya,

‘’Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan’’

(surah Al- Maidah:8)

Isi dan huraian

Ayat ini memerintahkan kepada orang mukmin agar melaksanakan amal dan pekerjaan mereka
dengan cermat, jujur, dan ikhlas karena Allah Swt., baik pekerjaan yang bertalian dengan urusan
agama maupun pekerjaan yang bertalian dengan urusan kehidupan duniawi. Karena hanya
dengan demikianlah mereka bisa sukses dan memperoleh hasil balasan yang mereka harapkan.

10
Asbabun Nuzul

Sebab penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan diri usman bin talhah ketika terjadi peristiwa
Fathu Makkah ( penaklukan Makkah ). Nama asli abu talhah ayah usman ini ialah abdullah bin
abdul uzza bin usman abdid daar bin qusyai bin kilab al quraisy al- athabari. Ia merupakan juru
kunci yang mulia .

Menurut Ibnu Katsir, sebab turun ayat ini adalah ketika Rasullah saw. meminta kunci Ka'bah
darinya (Usman) sewaktu penaklukan Mekkah lalu menyerahkannya kembali kepadanya. Dan
kisah selanjutnya Ali bin Abu Thalib juga memohon kepada Nabi saw. agar kunci diserakan
kepadanya. Namun Nabi saw. menyerahkan kepada Usman bin Thalhah bin Abu Thalhah.

Begitu pula Ibnu Marduwaih meriwayatkan dari jalan Thoriq Al-Kalabi dari Abu Sholih dari
Ibnu Abbas, ketika terjadi Fathu Mekkah Rasulullah saw. Memanggil Usman bin Thalhah bin
abi Thalhah untuk menyerahkan kunci Ka'bah. Ketika Usman bin Thalhah hendak menyerahkan
kunci tersebut, Abbas berdiri kemudian berkata kepada Rasul agar menyerahkan kunci itu
kepada Ali bin Abi Thalib.

Mendengar perkataan Abbas tersebut, Usman bin Thalhah urung menyerahkan kunci tersebut
kepada Rasullah saw. Lantas Rasulullah meninta kembali kepada Usman ketika Usman hendak
menyerahkannya. Abbas kembali berdiri dan berkata seperti perkataan semula. Usman-pun
urung menyerahkan kunci tersebut. Kejadian ini berulang sampai tiga kali.

Pengajaran

 Kita hendaklah mengingati Allah SWT pada setiap masa tidak kira waktu. Sehinggakan
apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah mendahului dengan perintah
Allah terlebih dahulu. Selepas itu, barulah kita sambung melakukan pekerjaan kita.

11
Ayat Kedua

Maksudnya,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah Al Hujurat:12)

Isi dan Huraian

Orang yang beriman diharamkan mengghibah dan mencari keburukan orang. Ghibah atau
mencari" keburukan orang karena diharamkan, jika dilanggar akan mendapat dosa. Mengghibah
diperumpamakan oleh Allah memakan daging bangkai teman sendiri. Orang yang beriman
diwajibkan untuk husnudzan iaitu bersangka baik diantara satu sama lain.Perintah untuk
bertaqwa kepada Allah mengingatkan kita bahwa Allah maha menerima taubat hambaNya yang
mahu bertaubat.

12
Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ayat in turun berkenaan dengan Salman al-Farisi yang
apabila selesai makan, suka terus tidur dan mendengkur. Pada waktu itu ada yang
mempergujingkan perbuatannya. Maka turunlah ayat ini yang melarang seseorang mengumpat
dan menceritakan aib orang lain. Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Ibnu
Juraij.[10]

Pengajaran

 Janganlah kita mencerita keburukan orang


 Janganlah kita membuka aib saudara kita
 Hal yang sedemikian merupakan perkara perkara yang keji disisi Allah SWT

Ayat Al-Quran Berkaitan Ibadah

Ayat Pertama :

Maksudnya,

‘’Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar’’

13
Isi dan Huraian

Ayat tersebut di atas tentang keikhlasan beribadat serta menjauhkan diri dari syirik, mendirikan
salat dan mengeluarkan zakat itulah yang dimaksud dengan agama yang lurus yang tersebut
dalam kitab-kitab suci lainnya.

Maksud ungkapan-ungkapan yang telah lalu bahwa orang-orang ahli Kitab berselisih dalam
memahami dasar-dasar agama mereka dan furuk-furuknya, padahal mereka diperintahkan untuk
memperhambakan diri kepada Allah dengan tulus ikhlas dalam akidah.

Yang dimaksud mendirikan shalat adalah merupakan ibadah jasmani yang mulia. mengerjakan
terus-menerus setiap waktu dengan memusatkan jiwa kepada kebesaran Allah ketika salat. Dan
yang dimaksud dengan mengeluarkan zakat yaitu berbuat baik kepada kaum fakir miskin dan
orang-orang yang membutuhkan. Adapun agama yang lurus yaitu agama yang berdiri tegak lagi
adil atau ummat yang lurus dan tidak menyimpang.

Bahwasanya Allah SWT memerintahkan kepada umat manusia supaya menyembah kepada-Nya,
dengan cara memurnikan agama Islam, supaya mereka tidak termasuk orang-orang kafir karena
orang kafir merupakan seburuk-buruk makhluk Allah SWT, sebagaimana yang diterangkan
dalam ayat selanjutnya.

Asbabun Nuzul

Karena adanya perpecahan di kalangan mereka maka pada ayat ini dengan nada mencerca Allah
menegaskan bahwa mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah Allah. Perintah yang
ditujukan kepada mereka adalah untuk kebaikan dunia dan agama mereka, untuk mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat, yang berupa ikhlas lahir dan batin dalam berbakti kepada Allah
dan membersihkan amal perbuatan dari syirik serta mematuhi agama Nabi Ibrahim yang
menjauhkan dirinya dari kekafiran kaumnya kepada agama tauhid dengan mengikhlaskan ibadat
kepada Allah SWT.

Pengajaran

 Manusia diciptakan hanya untuk menyembah kepada Allah SWT


 Manusia diwajibkan mengingat Allah SWT diwaktu berdiri, duduk, maupun berbaring.

14
Ayat Kedua

Maksudnya,

‘’Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadah kepadaKu.’’

Isi dan Huraian

Maksud ayat tersebut adalah Allah menciptakan manusia dengan tujuan untuk menyuruh
mereka beribadah kepada-Nya, bukan karena Allah butuh kepada mereka. Ayat tersebut
dengan gamblang telah menjelaskan bahwa Allah Swt dengan menghidupkan manusia di
dunia ini agar mengabdi dan beribadah kepada-Nya. Bukan sekedar untuk hidup kemudian
menghabiskan jatah umur lalu mati. Berdasarkan ayat tersebut, dengan mudah manusia
bisa mendapat pencerahan bahwa eksistensi manusia di dunia adalah untuk melaksanakan
ibadah / menyembah kepada Allah Swt dan tentu saja semua yang berlaku bagi manusia
selama ini bukan sesuatu yang tidak ada artinya. Sekecil apapun perbuatan itu. Kehadiran
manusia ke bumi melalui proses kelahiran, sedangkan kematian sebagai pertanda habisnya
kesempatan hidup di dunia dan selanjutnya kembali menghadap Allah untuk
mempertanggungjawabkan perbuatannya semasa hidup di dunia.

Asbabun nuzul

Ketika para malaikat mengetahui bahwa Allah SWT akan menciptakan khalifah di muka
bumi. Allah SWT menyampaikan perintah-Nya kepada mereka secara terperinci. Dia
memberitahukan bahwa Dia akan menciptakan manusia dari tanah. Maka ketika Dia
menyempurnakannya dan meniupkan roh di dalamnya, para malaikat harus bersujud
kepadanya. Yang harus dipahami bahwa sujud tersebut adalah sujud penghormatan, bukan
sujud ibadah, karena sujud ibadah hanya diperuntukkan kepada Allah SWT.

15
Pengajaran

 Ketika Allah memerintahkan kepada manusia untuk saling memberi peringatan kepada
sesamanya, karena memberi peringatan membuahkan manfa’at bagi dirinya sendiri lebih-
lebih terhadap orang-orang beriman.
 Jin dan manusia dijadikan Allah swt untuk tunduk dan merendahkan diri kepada-Nya.
 Menguatkan perintah kepada manusia untuk selalu berzikir dan beribadah kepada Allah
swt.

16
Kesimpulan

Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran
tidak dapat disangkal lagi. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak tahu 10 kelebihan
membaca Al-Quran yang direkodkan dalam hadith. Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya
kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran Kelebihan Al-Quran yang paling
besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman.
Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi
terdahulu. Maksudnya, Alquran tidak lapuk dek zaman. Kandungannya masih lagi diguna
pakai oleh semua manusia pada zaman ini.

Rumusan

Keempat-empat elemen ini meruupakan asas- asas Islam yang sewajibnya kita hayati agar
dapat menjadi Muslim dan Mukmin Yang seimbang. Tanpa salah satu daripadanya,akan
pincanglah kehidupan seseorang itu dan akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
yang dapat merosakkan akidah.

17
Rujukan

Ahmad Munawwar Ismail dan Kamarul Azmi Jasmi 2016: 17-18.Akidah dan Akhlak
dalam Pendidikan Islam. UTM Press.

Nor Edah Binti Ibrahim 2013: 21-27. Pendidikan Syariah Islamiyah. Melaka: Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad

Professor Dr. Wahbah Zuhaili 2017: 23-32. Fiqih Imam Syafie. Indonesia: Syarikat
Penulisa Almahira.

Hatib Rachmawan 2018: 116-121.Tuntutan Akhlak Muslim. Yogjakarta: Lembaga


Pengembangan Dan Studi Islam (LPSI) Universiti Ahmad Dahlan

18

Anda mungkin juga menyukai