Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Tafsir Surah Al-Ikhlas (Surah 112)

dakwahdantarbiah.com/ringkasan-tafsir-surah-al-ikhlas-surah-112

2 September 2016

SURAH ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat. Dinamakan Al-
Ikhlas kerana surah ini menegakkan kemurniaan tauhid kepada Allah
Subhanahuwata’ala.

Isi pokok surah ini ialah menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah
Subhanahuwata’ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa
tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.
‫ۡحَٰم‬ ‫ۡس‬
‫ِم‬ ‫ي‬ ‫ِح‬ ‫ٱلَّر‬ ‫ِب ِم ٱِهَّلل ٱلَّر ِن‬
‫ۡل‬
١ ‫ُق ُه َو ٱُهَّلل َأَح ٌد‬
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

٢ ‫ٱُهَّلل ٱلَّص َم ُد‬


Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
‫ۡد‬ ‫ۡد‬
٣ ‫َلۡم َيِل َو َلۡم ُيوَل‬
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
‫ُۢد‬
٤ ‫َو َلۡم َيُك ن َّلُه ۥ ُكُفًوا َأَح‬
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Pengajaran

Surah ini merangkumi dua aspek iaitu penafian dan penetapan (pengisbatan).

1/4
Ia menafikan pada Allah Subhanahuwata’ala itu sebarang unsur penyekutuan dan
berbilang-bilang kewujudan. Sekali gus, menetapkan bahawa Allah Subhanahuwata’ala
itu Esa dari sudut zat-Nya dan juga hakikat-Nya, menerusi firman-Nya:
‫ۡل‬
١ ‫ُق ُه َو ٱُهَّلل َأَح ٌد‬
Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Hati manusia yang hanya bergantung kepada Allah Yang Maha Esa, akan bebas
daripada segala ikatan dan akan terlepas daripada segala belenggu.

Surah ini juga menetapkan bahawa Dia-lah Rab yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu.

٢ ‫ٱُهَّلل ٱلَّص َم ُد‬


Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Ini kerana Dia-lah Yang Maha Kaya, Maha Mulia dan Maha Mengasihani. Semua
makhluk memerlukan-Nya. Makhluk memohon rahmat dan keperluan mereka kepada-
Nya. Dia-lah Allah yang bersifat dengan segala sifat yang sempurna dan Maha Hebat.
Ayat ini menafikan bahawa Allah Subhanahuwata’ala memerlukan pertolongan makhluk
atau ‘tuhan’ yang lain.

Dialah Tuhan sebenar. Tiada Tuhan hakiki melainkan Dia. Tidak berlaku sesuatu
melainkan dengan izin-Nya. Allah adalah Maha Esa dalam Rubbubiyyah-Nya dan
Uluhiyyah-Nya, dan segala sesuatu adalah hamba bagi-Nya. Hanya Dia-lah yang dituju
bagi memenuhi segala hajat. Hanya Dia-lah yang dapat memenuhi hajat.

Ayat:
‫ۡد‬ ‫ۡد‬
٣ ‫َلۡم َيِل َو َلۡم ُيوَل‬
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

Menegaskan bahawa Allah Subhanahuwata’ala itu Maha Esa dan Maha Tunggal. Dia
tidak melahirkan sesiapa. Allah Subhanahuwata’ala Maha Sedia Wujud sejak azali. Sifat
Allah adalah sempurna dan mutlak dalam semua keadaan. Ia tidak berubah-ubah
mengikut situasi dan kondisi. Ia tidak didahului oleh sifat tiada. Ia tidak berbapa. Tidak
ada sesiapa yang mendahului-Nya.

Kelahiran adalah satu kemunculan baru atau kewujudan tambahan setelah kekurangan
atau tiada. Hal sedemikian adalah mustahil bagi Allah Subhanahuwata’ala. Kelahiran
juga, sebelumnya, memerlukan perkahwinan. Hal ini juga mustahil bagi Allah
Subhanahuwata’ala.
‫ُۢد‬
٤ ‫َو َلۡم َيُك ن َّلُه ۥ ُكُفًوا َأَح‬
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

2/4
Tidak ada sesuatu yang sejenis dengan-Nya. Tidak ada sesiapa yang menyamai-Nya
atau yang menyerupai-Nya. Dia tiada teman dan tiada gandingan. Tidak ada yang
sebanding atau setara dengan-Nya, samada dalam kewujudan-Nya, dalam sifat-Nya
mahupun dalam penciptaan-Nya. Makhluk tidak mampu mencipta sesuatu yang
sebanding atau setara dengan penciptaan Allah Subhanahuwata’ala.

Setiap penetapan (Allah Maha Esa, Allah sebagai Rab tempat bergantung, Allah tidak
beranak, Allah tidak diperanakkan dan Allah, tiada sesuatu yang setara dengan-Nya)
adalah asas tauhid, iaitu asas bagi aqidah Islam.

Penetapan itu adalah sanggahan terhadap fahaman yang mengatakan wujudnya dua
tuhan bagi alam, iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Juga sanggahan terhadap
fahaman triniti Nasrani yang mengatakan wujud tiga tuhan. Dan juga sanggahan
terhadap golongan yang menyembah bintang, kaum Yahudi yang menyatakan ‘Uzair
anak Allah, golongan sesat yang menyatakan malaikat adalah puteri-puteri Allah dan
para musyrikin yang menjadikan patung berhala sebagai sekutu atau gandingan bagi
Allah.

Berdasarkan penetapan tauhid di atas, Sayyid Qutub menyatakan bahawa, dari sini
lahirlah manhaj kehidupan manusia yang sempurna. Manhaj kehidupan ini meliputi
manhaj-manhaj:

Manhaj untuk manusia beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja dan tidak
beribadah kepada selain-Nya.

Manhaj untuk menuju kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja ketika berharap dan
takut, ketika senang dan susah serta ketika bahagia dan derita.

Manhaj untuk menerima sesuatu daripada Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Iaitu


menerima aqidah, tasawwur (konsepsi) kehidupan, nilai-nilai, norma-norma, syari’at,
undang-undang, peraturan, adab dan tradisi.

Manhaj untuk bergerak dan beramal kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Iaitu
untuk mendekatkan diri kepada-Nya semata-mata.

Manhaj yang menghubungkan hati manusia dengan segala yang wujud dengan
hubungan cinta, kasih sayang, lemah lembut dan saling bertinteraksi.

Surah yang pendek ini sebanding dengan sepertiga al-Qur’an, sebagaimana disebut
dalam beberapa riwayat yang sahih. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa seorang lelaki
‫ۡل‬
mendengar seorang lelaki lain membaca ‫ ُق ُه َو ٱُهَّلل َأَح ٌد‬berulang-ulang. Pada keesokannya
ia datang kepada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam dan melaporkan hal itu, seakan-akan ia
mempersoalkannya. Kemudian Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

“Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya surah ini
sebanding dengan sepertiga al-Qur’an”

Daftar Rujukan:

3/4
Tafsir Al-Munir, Juz 30, Dr. Wahbah Al-Zuhaily (Terjemahan). Penerbit: Persatuan Ulama
Malaysia dan Intel Multimedia And Publication, Selangor, 2001.

Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Sayyid Quthb. Penerbit: Gema
Insani, Jakarta, 2001.

Mukhtashar Tasir Ibn Katsir (Ringkasan Tafsir Ibn Katsir), Syaikh Muhammad Ali Ash-
Shabuni. Penerbit: Jabal, Bandung, 2013.

Tafsir Al-Wadih, Dr Muhammad Mahmud Hijazi (Terjemahan). Penerbit: Pustaka Salam,


Kuala Lumpur, 2005.

Al-Qur’an dan Terjemahnya. Penerbit: Jaffar Abdullah Bajrai, Batu Pahat, Johor.

4/4

Anda mungkin juga menyukai