Anda di halaman 1dari 21

PY1252 PENGANTAR QIRAAT

DAN HAFAZAN
Waqf dan Ibtida
Mohd Faizulamri Mohd Saad
JPQS, FPI, UKM

Tarif Waqf:
Bahasa:
Istilah:

Pengenalan dan Kepentingannya


1. Kata-kata Sayyidina Ali RA dalam
mentafsirkan ayat 4 Surah al-Muzammil
:

2. Kata-kata Abdullah bin Umar RA: .


3. Dua lelaki yang bercakap dengan
Rasulullah SAW dengan waqf yang salah
(Riwayat al-Bayhaqi)

Kata-kata Ulama;
Imam al-Nawawi: Belajar tentang waqf
adalah perkara yang sangat digalakkan
oleh guru-guru di zaman awal Islam.
Imam al-Sijistani: Sesiapa yang tidak
mengetahui hukum/cara-cara waqf maka
dia dianggap jahil mengenai al-Quran.
Imam Ibn al-Anbari: Sebahagian daripada
kesempurnaan memahami al-Quran ialah
mengetahui tempat waqf dan ibtida.

Hukum
Kata Imam Ibn al-Jazari:


Pada asalnya adalah harus
melainkan ada perkara yang
menegah atau mewajibkannya.

Kelebihan Waqf dan Ibtida:


1. Boleh mentafsir al-Quran dengan
baik.
2. Boleh berhenti pada satu kalimah
dengan tepat.
3. Boleh memulakan bacaan dengan
kalimah yang betul dan makna yang
tepat.
4. Boleh Irab kalimah al-Quran dengan
tepat.

Pembahagian Waqf:
Berdasarkan hal keadaan Qari terbahagi kepada empat:
1. Waqf Idtirari: Waqf yang berlaku ketika membaca kerana
darurat (terpaksa) disebabkan terputus nafas, lemah atau
terlupa bacaan, mengantuk, menangis, bersin dll.
2. Waqf Ikhtibari: Iaitu yang diarahkan kepada Qari untuk
tujuan ujian atau peperiksaan, menunjukkan bacaan yang
tepat dan mengajarkan kayfiat waqf yang bersesuaian.
3. Waqf Intizari: Iaitu waqf yang dilakukan oleh Qari kerana
membaca wajah Qiraat pada kalimah al-Quran sehingga
selesai semua wajah. Ini hanya berlaku apabila pelajar
mempelajari bacaan jama daripada guru.
4. Waqf Ikhtiyari: Iaitu waqf yang dipilih oleh Qari atas
kemahuannya sendiri. Ini berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap makna dan keterikatan ayat.

Waqf Ikhtiyari
1. Waqf Tam: Iaitu Waqf pada kalam yang telah
sempurna makna dan tiada keterikatan dengan
selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Kebanyakkan waqf tam perlaku pada kepala ayat dan
pengakhiran suatu kisah.
Contoh: al-Fatihah ayat 4 dan 5, al-Baqarah ayat 5
dan 6.
Hukumnya: Sesuai Waqf dan ibtida selepasnya

Taalluq maknawi:
Iaitu keterikatan yang berada dihujung
dan yang sebelumnya dari sudut
makna tidak dari sudut Irab
Taalluq Lafzi:
Iaitu keterikatan yang di hujung
dengan yang sebelumnya dari sudut
Irab, seperti sifat bagi sebelumnya,
hal, matuf, mudaf, khabar dll.

Waqf ini juga dikenali sebagai waqf


bayan atau waqf lazim. Iaitu waqf
untuk menjelaskan makna kalimah alQuran. Tanpa waqf di sini
menyebabkan kekeliruan pada
pendengar dan hampir tidak dapat
difahami ayat tersebut.

Contohnya:
Surah Yunus ayat 65: *

Surah al-Qamar ayat 6: *

Tanda di dalam mushaf: Huruf mim
()

2. Waqf Kafi: Iaitu waqf pada kalam yang terikat


dengan selepasnya dari sudut makna tidak pada
lafaz. Ia berlaku pada kepala ayat dan di tengahnya.
Contohnya:
Di hujung, Ayat 3 () , ayat 4 (
) dan ayat 6 Surah al-Baqarah.
Di tengah: Surah al-Baqarah ayat 30 (
)
Hukumnya: Sesuai Waqf dan ibtida selepasnya.

3. Waqf Hasan: Iaitu waqf pada kalam yang memberi makna dan
terikat dengan selepasnya dari sudut makna dan lafaz. Seperti
selepasnya sifat bagi mawsuf atau ataf bagi matuf, mustathna dll.
Ia berlaku pada kepala ayat dan di tengahnya.
Hukumnya: Sesuai waqf, tetapi terbahagi kepada dua keadaan
untuk ibtida:
1. Jika waqf hasan pada kepala ayat, boleh waqf dan ibtida
selepasnya seperti pada ayat 2 dan 3 Surah al-Fatihah.
2. Jika di tengah ayat, boleh waqf tetapi tidak boleh ibtida
selepasnya kerana keterikatan dari sudut makna dan lafaz.
Contohnya waqf pada ( ) boleh waqf tetapi tidak boleh
ibtida pada ( ) dll.

Hadis Nabi SAW:





Waqf Nabi SAW @ Waqf Jibril AS:


Ulama berbeza pendapat tentang jumlahnya,
Imam al-Sakhawi menyebutkan 10 tempat.
Dalam al-Munir dan Hidayah al-Qari 21
tempat.
Penelitian terhadap tempat-tempat ini
menunjukan bahawa waqf yang diperkatakan
ini banyak berlaku pada tengah ayat, sedikit
sahaja pada kepala ayat. Ia juga didapati
termasuk dalam kategori masing-masing
seperti waqf tam, kafi dan hasan.

Waqf Qabih: Iaitu waqf pada kalam


yang tidak sempurna makna kerana
keterikatan dengan selepasnya dari
sudut lafaz dan makna. Serta tiada
faedah, membawa makna yang tidak
dimaksudkan atau membawa makna
yang buruk adab dan tidak layak bagi
Allah SWT.

Contohnya:
1. Waqf pada kalam yang tidak sempurna makna,
seperti pada amil tanpa mamul, mudaf tanpa
mudaf ilayh. Contohnya pada ( )atau ()
2. Waqf yang membawa makna yang tidak
dimaksudkan kerana hubungan dengan selepasnya
untuk memberi makna sebenar. Contohnya (
)al-Nisa: 43
dan waqf pada ( ) Fatir: 7 (
)

3. Waqf yang membawa makna buruk adab


dan tidak layak bagi Allah SWT. Contoh:
a. Waqf pada kalimah Allah pada (
) al-Baqarah: 258
b. Waqf pada ( ( )
) al-Baqarah: 26
Hukumnya: Menjadi waqf yang buruk, tidak
berdosa sekiranya tidak dimaksudkan atau
terpaksa.

Tanda-tanda waqf:
Kajian terhadap Mushaf mendapati tanda-tanda waqf adalah seperti berikut:
Mushaf cetakan Madinah Munawwarah, tulisan Othman Taha dan waqf oleh
Muhammad al-Husayni:
1. ( )bermaksud waqf lazim: Iaitu wajib dan atau dimestikan waqf (wajib
sinaI bukan wajib syari)
2. ( )bermaksud waqf jaiz: Iaitu harus waqf, sama baik untuk waqf atau
wasl.
3. ( )bermaksud waqf mamnu: Iaitu dilarang waqf kecuali darurat. Di tengah
ayat bermaksud () , di hujung ayat bermaksud () .
4. ( )bermaksud wasl awla: Iaitu harus untuk waqf tetapi wasl lebih baik.
5. ( )bermaksud waqf awla: Iaitu harus untuk wasl tetapi waqf lebih baik.
6. Enam titik bertiga-tiga: Iaitu pilihan pada satu tempat untuk waqf. Berasal
daripada ( )atau enam titik pada ( dan ).

Mushaf yang di tulis oleh Ridwan al-Mukhallilati:


1. ( )bermaksud waqf hasan: Iaitu waqf yang
baik.
2. ( )bermaksud waqf jaiz: Iaitu waqf yang
harus.
3. ( )bermaksud waqf salih: iaitu waqf yang
elok.
4. ( )bermaksud waqf mafhum: Iaitu waqf yang
boleh difahami maknanya.
5. ( )bermaksud waqf tam: Iaitu waqf yang
sempurna.

Mushaf yang ditulis oleh Abd al-Aziz alKhumasi:


1. ( )bermaksud waqf tam: Iaitu waqf
yang sempurna.
2. ( )bermaksud waqf kafi: Iaitu waqf
yang memadai.
3. ( )bermaksud waqf hasan: Iaitu
waqf yang baik.

Anda mungkin juga menyukai