SOALAN 1
USAHA MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT
PENDAHULUAN
-manusia kian mengabaikan kesihatan
-kesibukan menghambat mereka daripada menjalani gaya hidup yang sihat
-banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi
-harus memikirkan usaha untuk memupuk gaya hidup sihat
-mencegah lebih baik daripada mengubati
1. KERAJAAN - KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
-menjalankan kempen di seluruh negara
-meningkatkan kesedaran rakyat
-pelbagai acara sampingan seperti pameran dan pertunjukan
-mendedahkan rakyat kepada amalan gaya hidup sihat
-mendapat pencerahan bahawa kesihatan tidak dapat dijual beli
2. IBU BAPA - MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA ANAK-ANAK
-ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak
-membawa anak ke taman rekreasi dan pusat sukan
-berbasikal, berenang, berjoging, dan bersenamrobik dengan anak
-memupuk hubungan yang erat di samping memupuk gaya hidup sihat
-membentuk keluarga yang sihat dan berprinsipkan badan cergas otak cerdas
3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN GAYA HIDUP SIHAT
-pihak swasta mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi
-patut menaja pelbagai program atau aktiviti bertemakan gaya hidup sihat
-melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
-menaja pembinaan gim, pusat sukan, dan aktiviti atau pertandingan sukan
-bekerjasama dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing
-membina negara yang sihat dan progresif