Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Maka berkatalah anak yatim itu kepada penduduk kayangan itu,
“Jikalau tuan tidak keberatan, perkenankanlah saya mengambilnya barang sedikit.
Saya hendak menanamnya pula di bawah sana di bumi tempat asal saya.”

Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “ Nyahlah kamu dari sini! Kami
sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke
bumi. Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak
memakannya di sini, maka kami tidak berkeberatan. Akan tetapi jikalau kamu
hendak membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan
memperkenankannya.”

Kemudian orang kayangan itu mengambil nasi dan memberikan nasi itu kepada anak
yatim piatu yang baru datang itu supaya penduduk bumi itu dapat merasakan betapa
lazatnya dan betapa besar faedahnya makanan yang disangkanya emas itu. Setelah
anak yatim itu selesai makan, maka barulah ia percaya betapa lazatnya makanan
yang aneh itu. Ia ingin memintanya agar ia dapat membawa pulang dan menanam
tanaman yang ajaib itu di bumi. Akan tetapi ia yakin bahawa yang empunya pasti
tidak akan mengizinkannya. Oleh sebab itu, jikalau ia hendak membawa tanaman
yang ajaib itu ke bumi, maka ia harus mencari akal agar ia dapat menyembunyikan
tanaman itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya. Akan
tetapi ia tidak mempunyai tempat untuk membawa tanaman ajaib itu tanpa
diketahui oleh sesiapa pun juga. Lama ia memikirkan hal itu dan akhirnya ia
mendapat suatu akal. Padi itu akan dimasukkannya ke dalam mulutnya.

( Dipetik daripada prosa tradisional, Asal Padi,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,DBP)

i ) Nyatakan perkara-perkara yang bermain di fikiran anak yatim itu setelah


dia selesai makan. ( 3 markah )

ii ) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
( 3 markah )

iii ) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan jika
anda menghadapi masalah yang sama dengan anak yatim itu? ( 4 markah )

Skema Jawapan :
i) Perkara-perkara yang bermain di fikiran anak yatim itu selepas dia selesai makan
ialah [ 3 markah ]
– Dia ingin membawa pulang tanaman ajaib itu ke bumi
– Dia ingin menanam tanaman ajaib itu ke bumi
– Dia harus mencari akal kerana empunya padi tidak membenarkan dia membawa
tanaman itu ke bumi.
Isi cukup : 2 daripada isi di atas
ii) Dua nilai murni yang terdapat dalam prosa tersebut ialah [ 3 markah ]
– Nilai keberanian untuk meminta kebenaran membawa pulang padi ke bumi.
– Nilai ketegasan empunya padi yang tidak membenarkan anak yatim membawa dan
menanam padi ke bumi.
– Nilai berhemah tinggi orang kayangan memberikan nasi kepada anak yatim.
– Nilai kebijaksanaan – anak yatim mendapat akal menyembunyikan butir padi ke
dalam mulutnya.
Isi cukup : 2 daripada isi di atas

iii) Jika saya menghadapi situasi / masalah yang sama dengan anak yatim itu saya
akan [ 4 markah ]
– berunding dengan empunya padi untuk bersama-sama mengusahakan tanaman
padi.
– meminta sedikit padi sebagai upah daripadanya
– mengajar penduduk di kayangan cara-cara menghasilkan produk makanan
daripada padi selain nasi

Anda mungkin juga menyukai