Anda di halaman 1dari 1

Tujuan: Mengkaji hubungan antara panjang bandul dan masa untuk 20 ayunan

Hipotesis : Semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah masa 20 ayunan.

Pembolehubah
1. Dimanipulasi : panjang bandul
2. Bergerak balas : masa 20 ayunan
3. Dimalarkan : jisim bandul

Bahan / Radas : Benang, pembaris meter, jam randik, bebola logam (bandul)

Prosedur:

a) Bermula dengan panjang bandul, l = 10 cm diukur dengan pembaris meter, susunan radas
seperti atas disediakan. Bandul diayunkan dari satu jarak tetap.
b) Masa untuk 20 ayunan dicatatkan dengan jam randik.
c) Eksperimen diulangi dengan panjang, l = 20cm, 30cm, 40cm dan 50cm

Keputusan:

Panjang bandul (cm) Masa 20 ayunan (s)


10
20
30
40
50

Analisis data:

Berdasarkan keputusan, didapati bahawa semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah
masa 20 ayunan.

Kesimpulan:
Semakin bertambah panjang bandul, semakin bertambah masa 20 ayunan. Hipotesis diterima.

Anda mungkin juga menyukai