Anda di halaman 1dari 3

PEKA 1

Tujuan : Mengkaji bagaimana panjang suatu bandul mempengaruhi


tempoh ayunannya

Hipotesis : Semakin pendek bandul, semakin pendek tempoh untuk 10


ayunan

Pemboleh a) yang dimalarkan : bilangan ayunan


ubah : b) yang dimanipulasikan : panjang bandul
c) yang bergerak balas : masa bagi 10 ayunan lengkap

Bahan : Bandul, benang

Radas : Kaki retort dan pengapit, pembaris meter, jam randik

Prosedur : 1. Satu bandul dengan benang sepanjang 10cm disediakan


2. Bandul ditarik pada suatu kedudukan dan kemudian
dilepaskan
3. Masa bagi 10 ayunan dicatat dalam jadual
4. Eksperimen diulangi dengan menggunakan panjang
bandul yang berbeza-beza seperti dalam jadual
5. Graf masa bagi 10 ayunan lengkap melawan panjang
bandul dilukis

Keputusan : Eksperim Panjang Masa bagi 10 ayunan


en bandul/cm lengkap
1 10 8.8
2 20 13.2
3 30 16.5
4 40 18.4
5 50 20.0

Analisis : 1.Nyatakan perbezaan dalam masa bagi bandul panjang


dan bandul pendek untuk melakukan 10 ayunan lengkap
Bandul yang lebih panjang mengambil masa yang lebih
panjang untuk melakukan 10 ayunan lengkap / Bandul
yang lebih pendek mengambil masa yang lebih pendek
untuk melakukan 10 ayunan lengkap

2.Apakah inferens yang dapat dibuat bagi eksperimen ini?


Masa bagi 10 ayunan lengkap lebih pendek kerana bandul
lebih pendek

3.Berdasarkan keputusan dalam jadual, plotkan graf masa


bagi 10 ayunan lengkap melawan panjang bandul

4.Nyatakan hubungan antara panjang bandul dengan masa


bagi 10 ayunan lengkap
Semakin panjang bandul, semakin panjang masa bagi 10
ayunan lengkap / Semakin pendek bandul, semakin
pendek masa bagi 10 ayunan lengkap

5.Ramalkan masa yang diambil bagi 60cm panjang bandul


untuk melakukan 10 ayunan lengkap
Lebih dari 20s
Kesimpulan 1. Hipotesis adalah diterima
2. Masa yang diambil untuk bandul membuat satu ayunan
lengkap meningkat dengan panjang bandul

Anda mungkin juga menyukai