Anda di halaman 1dari 4

Amali 1.

2 : Bandul ringkas

Topik 1.1 Unit dan Pengukuran

1. Tajuk Eksperimen :

Pengukuran.

2. Tujuan Eksperimen :

Mengkaji antara hubungan panjang bandul dengan tempoh ayunan bandul.

3. Pernyataan Masalah :

Adakah panjang bandul mempengaruhi tempoh ayunan bandul?

4. Hipotesis :

Semakin bertambah panjang bandul semakin bertambah tempoh ayunan bandul.

5. Pembolehubah :-

Pembolehubah dimalarkan : bilangan ayunan bandul

Pembolehubah dimanipulasi : panjang bandul

Pembolehubah bergerak balas : tempoh masa yang diambil untuk 10 ayunan bandul.

6. Alat/Radas :

Tali, kaki retort, pemberat (jisim yang sama), pembaris meter, jam randik, pen penanda
bongkah kayu, dan jangka sudut.

7. Kaedah/Prosedur :
a) Tali digantungkan dengan panjang 60 cm seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.

b) Bandul disesarkan pada sudut 30˚ kemudian dilepaskan.

c) Masa untuk 10 ayunan lengkap diukur dengan menggunakan jam randik.

d) Eksperimen diulang sebanyak 3 kali bagi memperolehi jumlah purata masa 10 ayunan
lengkap bandul.

f) Eksperimen diulang dengan menggunakan panjang tali yang berbeza iaitu 50cm, 40cm,
30cm,20cm, dan 10cm.

g) Tempoh satu ayunan lengkap dihitung dengan mengunakan rumus dibawah:

= masa untuk 10 ayunan lengkap bandul

10

8. Keputusan/Pemerhatian :

Panjang Masa 10 ayunan lengkap bandul (s) Tempoh untuk T², s²


tali (cm) Bacaan Bacaan Bacaan Purata satu ayunan
1 2 3 lengkap bandul
(s)
60 16.4 16.6 16.4 16.5 1.7 3.0
50 14.8 15.0 15.0 14.9 1.6 2.6
40 13.8 13.6 13.6 13.7 1.4 2.0
30 11.8 12.0 11.8 11.9 1.2 1.4
20 9.8 10.0 9.8 9.9 1.0 1.0
10 7.4 7.6 7.8 7.6 0.8 0.6

9. Perbincangan/Analisis Data :

Ayunan bandul dipengaruhi oleh daya tarikan gravity dimana setelah bandul
disesarkan dengan menggunakan sudut yang ditetapkan iaitu 30˚, ia menyimpan tenaga
keupayaan oleh pemberat. Setelah bandul dilepaskan, ia mengeluarkan tenaga keupayaan
dan terhasil satu ayunan lengkap. Berat pemberat juga mempengaruhi ayunan bandul.

Berdasarkan pada jadual dan graf, kita dapat lihat dimana panjang bandul
mempengaruhi masa yang diambil untuk menghasilkan satu ayunan lengkap. Dengan ini,
semakin bertambah panjang tali, semakin bertambah masa yang diambil untuk satu ayunan
lengkap bandul. Pertambahan panjang bandul juga menyebabkan frekuensi bandul
berkurang didalam sebuah ayunan lengkap. Dengan menggunakan formula juga ia
membuktikan bahawa semakin panjang bandul semakin lama masa yang diambil untuk
menghasilkan satu ayunan bandul yang lengkap.
Bagi panjang bandul iaitu 60cm, masa yang diambil untuk satu ayunan lengkap
adalah 1.7 saat. Panjang bandul pada 50cm pula menghasilkan satu ayunan bandul yang
mengambil tempoh selama 1.6 saat. Seterusnya, bagi 40cm pula, ia mengambil masa
selama 1.4 saat. Panjang bandul 30cm pula, satu ayunan lengkap bandul lengkap selama
1.2 saat. Seterusnya, bagi panjang bandul 20cm pula, ayunan lengkap mengambil masa
selama 1.0 saat. Dan akhir sekali, untuk panjang bandul 10cm pula, ia mengambil masa
untuk bandul membuat ayunan lengkap selama 0.8saat. Dengan analisis data yang telah
dibuat daripada panjang tali bermula 10cm hingga 50cm ini menunjukkan bahawa masa
yang diambil untuk setiap ayunan lengkap bandul adalah malar. Terdapat sedikit ralat pada
masa yang diambil iaitu pada panjang bandul 60cm. Hal ini kerana terdapat sedikit kesilapan
iaitu bandul berayun pada sudut yang berbeza dan menyebabkan ia senget. Sudut ayunan
yang berbeza mempengaruhi ayunan bandul dan ia menghasilkan ayunan yang sedikit lama
berbanding ayunan pada sudut yang tegak.

Sistem pengukuran yang telah dibina di dalam makmal boleh digunakan sebagai
satu alat pengukuran. Alat pengukuran amat peting kerana ia digunakan untuk mengukur
sesuatu kuantiti fizik didalam setiap eksperimen.Dalam eksperimen ini, ayunan bandul juga
boleh dijadikan sebagai satu sistem pengukuran. Sebagai contoh untuk mengukur masa
bagi bilangan denyutan nadi. Bilangan ayunan bandul boleh menentukan tempoh sesuatu
masa. Seperti didalam eksperimen ini, kita dapat menentukan masa satu ayunan lengkap
bandul yang mempunyai panjang sepanjang 60 cm berayun iaitu selama 1.7 saat. Jadi ia
boleh ditukarkan daripada bilanga ayunan kepada unit saat. Penggunaan sistem
pengukuran ayunan bandul ini tidak seperti jam randik dimana ia tidak malar. Sesaran
ayunan bandul semakin lama semakin berkurang menyebabkan ia tidak malar.

Kesimpulan

Hipotesis diterima. Semakin panjang bandul semakin lama masa yang diambil untuk
menghasilkan satu ayunan lengkap.

Anda mungkin juga menyukai