Anda di halaman 1dari 49

NOTA

ASAS SAINS
KOMPUTER
NOOR SYAFIQAH BINTI NOOR
SUHAIMI
3 FEMININ
BAB 1:
KONSEP ASAS
PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
1.1 PEMBANGUNAN ATUR CARA
Fasa-fasa pembangunan atur cara:
Analisis
masalah Pengekodan Dokumentasi

Reka Bentuk Pengujian dan


Atur Cara Penyahpepijatan

Konsep Pemikiran Komputasional dalam Pembangunan Atur Cara

Pemikiran komputasional : satu proses pemikiran


bertujuan untuk menyelesaikan masalah oleh manusia
sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali
dengan menggunakan konsep asas sains komputer.
Contoh masalah:
Anda diminta untuk membina atur
cara mudah bagi mengira luas dan
perimeter sebuah padang bola yang
berbentuk segi empat tepat.
1) Fasa Analisis Masalah
- Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran
pengguna.
- Mengenalpasti input, proses dan output bagi aturcara yang akan dibina.
- Menemu bual, membuat soal selidik dan pemerhatian bagi mengetahui
keperluan pelanggan.

Teknik Leraian
- Memecahkan masalah yang besar kepada bahagian - bahagian kecil

Masalah Besar
Membina atur cara mudah bagi mengira
luas dan perimeter padang bola

Masalah Kecil Masalah Kecil


Kira luas Kira perimeter
padang bola padang bola
2) Fasa Reka Bentuk Atur
-Cara
Menulis pseudokod
- Melukis carta alir
- Mereka bentuk antara muka pengguna

Teknik Pengecaman Corak


- Setiap bahagian kecil dianalisis untuk mengecam corak - corak yang
tertentu jika ada.

Masalah Kecil Masalah Kecil


Kira luas Kira perimeter
padang bola padang bola

Input yang Input yang


diperlukan ialah diperlukan ialah
panjang dan lebar panjang dan lebar
Teknik Peniskalaan
- Meninggalkan aspek - aspek kurang penting, menekankan aspek penting
- Aspek penting : Panjang dan Lebar

Luas padang bola = panjang x lebar

Perimeter padang bola = (panjang + lebar) x 2

Teknik Pengitlakan
- Pembinaan algoritma : Pseudokod dan Carta Alir
- Contoh Pseudokod:
1. Mula
2. Masukkan panjang, lebar
3. Kira
3.1 luas padang bola = panjang x lebar
3.2 perimeter padang bola = (panjang + lebar) x 2
4. Papar luas padang bola, perimeter padang bola
5. Tamat
3) Fasa Pengekodan
- Memilih bahasa pengaturcaraan ; Python dan perisian pengaturcaraan,
misalnya Pryscripter dan IDLE.
- Mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir

Teknik Leraian
- Mengenal pasti komponen masalah ketika menulis kod arahan.

Masalah Besar
Menulis kod bagi input, proses dan output

Bahagian Kecil
Bahagian Kecil Bahagian Kecil
Pengisytiharan Bahagian Kecil
Menulis kod Menulis kod
pemboleh ubah Menulis kod input
proses output
dan pemalar
Teknik Pengecaman Corak
Persamaan Perbezaan
Pemboleh ubah: Nilai luas dan perimeter:
a) panjang a) luas = panjang x lebar
b) lebar b) perimeter = (panjang + lebar) x 2

Teknik Peniskalaan
- Aspek penting bagi setiap bahagian masalah kecil adalah berlainan.
- Contohnya penggunaan pemboleh ubah yang betul, kod arahan input,
formula yang digunakan dan kod arahan output peelu diambil kira semasa
menulis kod arahan.
4) Fasa Pengujian Atur Cara dan Penyahpepijatan Ralat
- Menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan
sebarang ralat yang terdapat pada atur cara.
- Mengenal pasti ralat.

Jenis Ralat

Ralat sintaks Ralat logik


Ralat masa larian
(syntax error) (logical error)
(runtime error)
- - Disebabkan oleh - - Disebabkan oleh
penggunaan sintaks yang - - Disebabkan oleh
kemasukan data yang kesilapan logik pengatur
salah dalam penulisan cara.
atur cara. tidak menepati kehendak
arahan. - - Menyebabkan output
- - Menyebabkan yang salah terhasil.
pelaksanaan atur cara
terhenti secara tiba - tiba.
- - Mesej ralat dipaparkan.
Teknik Leraian

Masalah Besar
Menguji atur cara dan menyahpijat ralat

Bahagian Kecil Bahagian Kecil


Menguji Bahagian Kecil
Menguji kod
pengisytiharan Mengesan ralat.
proses.
pemboleh ubah
dan pemalar.

Bahagian Kecil Bahagian Kecil Bahagian Kecil


Menguji kod input. Menguji kod output. Membaiki ralat.
Teknik Pengecaman Corak
- Setiap ralat yang ditemui perlu dikenal pasti persamaan dan
perbezaannya.
- Pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang
dipaparkan.

Jenis ralat Contoh paparan mesej ralat


Semua paparan mesej ralat mempunyai perkataan
Ralat sintaks invalid syntax.

Ralat masa Semua paparan mesej ralat akan menyatakan baris


larian yang mana kod arahan adalah salah ; line 13

Semua paparan akan menunjukkan data input dan


Ralat logik maklumat output tetapi outputnya tidak betul.
Jenis
Punca ralat Contoh ralat
ralat

1. Kesalahan mengeja kata


Tiada simbol (#) pada penulisan komen.
kunci.
2. Kesalahan/tertinggal tanda- Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
tanda seperti “( )”, ”:” , “““ sebuah padang bola
Ralat 3. Kesalahan menggunakan # Pengisytiharan pemboleh ubah & pemalar
sintaks sintaks bahasa panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: ))
4. Kesalahan inden lebar = float(input(“\nMasukkan lebar: “))

Tiada tanda (“) sebelum tanda kurung.


Jenis
Punca ralat Contoh ralat
ralat
# Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
1. Kesalahan memberikan / sebuah padang bola
tidak memberikan jenis data # Pengisytiharan pemboleh ubah & pemalar
kepada pemboleh ubah # Input
2. Kesalahan menggunakan panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: “))
pemboleh ubah atau lebar = float(input(“\nMasukkan lebar: “))
Ralat pemalar yang tidak wujud
# Proses
masa 3. Kesalahan melakukan
luas = panjang * tinggi
pembahagian sifar
larian 4. Kesalahan menggunakan perimeter = (panjang * lebar) * 2
oprator matematik / operator
logik pada pemboleh ubah Kesalahan menggunakan pemboleh ubah “tinggi”.
yang berjenis data string
Jenis
Punca ralat Contoh ralat
ralat
# Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
1. Kesalahan membuat
sebuah padang bola
pengiraan. # Pengisytiharan pemboleh ubah & pemalar
2. Kesalahan ungkapan # Input
boolean. panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: “))
3. Kesalahan menggunakan lebar = float(input(“\nMasukkan lebar: “))
Ralat operator.
logik # Proses
luas = panjang * tinggi
perimeter = (panjang * lebar) * 2

Kesalahan menggunakan operator (*).


Teknik Peniskalaan
- Memberikan penekanan kepada aspek penting untuk menyahpepijat ralat,
iaitu mengetahui sintaks bahasa pengaturcaraan, cara untuk mengesan
ralat atau kedudukan ralat dan logik sesuatu atur cara.
- Penyahpepijatan: proses mencari dan membaiki ralat yang berlaku.

- Nilai perimeter yang dikira oleh atur cara adalah salah.


- Ralat logik ini terjadi disebabkan oleh pengiraan perimeter yang tidak tepat
perimeter = panjang + lebar * 2
= 2 + 3 * 2 Pengekodan tanpa tanda kurung ( )
= 2 * 6 menghasilkan output yang salah.
= 8
perimeter = (panjang + lebar) * 2
= (2 + 3) * 2 Pengekodan dengan tanda kurung (
= 5 * 2 ) menghasilkan output yang betul.
= 10

- Setelah ralat dibaiki, paparan kod arahan dan contoh output yang diperoleh
adalah seperti :
Teknik Pengitlakan
- Melibatkan pembinaan model bagi proses pengujian dan penyahpepijatan
atur cara

Langkah - langkah Menguji dan Menyahpepijat


A) Pengujian dan penyahpepijatan secara manual
Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.

Sintaks kod arahan adalah betul.

Logik dan susunan kod - kod arahan adalah betul.

Formula matematik adalah betul.

Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.


B) Pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara

a) Laksanakan atur cara.

b) Baca dan fahami mesej ralat.

c) Kenal pasti lokasi ralat dan baki ralat.

d) Ulang langkah a) hingga c) sehingga tiada mesej ralat

e) Semak output menggunakan beberapa set sampel data


4) Fasa Dokumentasi
- Menyediakan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran.

Dokumentasi Dalaman Dokumentasi luaran


Definisi Dokumen yang akan - Dokumen yang akan digunakan oleh
dijadikan rujukan oleh pengguna akhir sesuatu atur cara.
pengatur cara baharu - Terbahagi kepada dokumen pustaka
dalam sesebuah dan panduan pengguna .
organisasi.
Tujuan - Membantu pengatur cara - Dokumen pustaka memberikan
baharu untuk memahami malumat tentang perisian, perkakasan,
atur cara yang telah algoritma atur cara dan kod arahan atur
dibangunkan. cara kepada pengguna akhir.
- Memudahkan - Panduan pengguna memberikan
penyenggaraan sesuatu maklumat kepada pengguna akhir
aplikasi atau atur cara. tentang pemasangan dan cara
pelaksanaan atur cara yang telah
dibangunkan.
Teknik Leraian
Masalah Besar
Menyediakan dokumentasi

Masalah Kecil Masalah Kecil


Dokumentasi dalaman Dokumentasi luaran

Dokumen pustaka Panduan pengguna


Teknik Pengecaman Corak
- Boleh digunakan apabila dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran
memberikan maklumat penting tentang atur cara kepada pengguna
- Corak yang telah dicam : Maklumat penting tentang pembangunan dan
penggunaan atur cara.
- Maklumat penting yang perlu berada dalam dokumentasi dalaman dan
dokumentasi luaran adalah berlainan , bergantung kepada penggunanya.

Teknik Peniskalaan
- Penulisan komen penting bagi membantu pengatur cara mengingat semula
atau membantu pengatur cara lain memahami maksud segmen kod yang
ditulis.
Teknik Peniskalaan
- Selepas mengenal pasti aspek - aspek penting, satu dokumentasi yang
sebenar perlu dihasilkan.
- Kedua - dua dokumen yang dihasilkan dapat dijadikan panduan pada masa
hadapan jika pengatur cara menghahadapi masalah menghasilkan
dokumentasi.
BAB 2:
PERWAKILAN
DATA
2.1 KRIPTOGRAFI DALAM KESELAMATAN
DATA
Kriptografi dalam Pengkomputeran
- Kriptografi (cryptography) berasal daripada bahasa Yunani yang terdiri daripada
dua suku kata , iaitu “kriptos” dan “graphein”. “Kriptos” bermaksud sembunyi
manakala “graphein” bermaksud untuk tulis.
- Kriptografi: Kajian tentang teknik kerahsiaan / keselamatan komunikasi data.
- Tujuan kriptografi dicipta : melindungi informasi daripada terdedah dan dipintas
oleh pihak lain.

- Kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi:

Perkhidmatan Keselamatan

Kerahsiaan Pengesahan Tiada sangkalan


Integriti (Integrity)
(Confidentiality) (Authentication) (Non-repudiation)
- Kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar melalui
Kerahsiaan rangkaian komputer yang perlu dilindungi supaya tidak
(Confidentiality) diketahui pihak lain selain penerima.

- Pengenalpastian pihak - pihak yang terlibat dalam suatu


Pengesahan komunikasi. Data yang diterima perlu dikenalpasti supaya
(Authentication) maklumat dihantar oleh pihak yang disahkan.

- Nama pengguna dan kata laluan bagi perbankan Internet


Contoh hanya boleh diakses oleh pengguna yang sah sahaja.
- Perkhidmatan keselamatan yang mengenal pasti
Integriti (Integrity) sebarang perubahan terhadap maklumat atau data
oleh pihak lain.

- Transaksi perbankan dalam talian menggunakan


kriptografi bagi mengelakkan pihak lain melakukan
Contoh perubahan sebarang maklumat dalam transaksi seperti
jumlah wang, nombor akaun dan sebagainya.

- Membuktikan bahawa penghantar dan penerima


Tiada sangkalan maklumat tidak menafikan bahawa mereka menghantar
(Non-repudiation) dan menerima maklumat tersebut.
Proses Sifer (Cipher)
- Dalam kriptografi, pasangan algoritma digunakan untuk melakukan
penyulitan dan nyahsulit.
- Pasangan algoritma = Algoritma kriptografi / sifer
- Sifer yang dicipta pada zaman dahulu = sifer klasik

Dua jenis sifer

Sifer Kunci Simetri Sifer Kunci Tidak Simetri


- Termasuk semua sifer klasik. - Digunakan dalam sifer moden
- Kunci yang sama untuk penyulitan - Kompleks dan melibatkan pengiraan
dan nyahsulit. matematik
- Kunci dalam bentuk nombor / huruf - Melibatkan dua kunci; kunci awam dan
/ perkataan / simbol kunci persendirian
- Makumat kunci mesti disimpan - Kunci awam boleh digunakan oleh sesiapa
secara rahsia. sahaja.
- Penghantar dan penerima boleh - Kunci persendirian disimpan secara rahsia
menjana kunci rahsia yang baharu. oleh penerima sahaja.
- Nyahsulit memerlukan algoritma yang
sepadan dan dengan kunci persendirian
1) Penyulitan
- (Encryption)
Satu proses penukaran teks biasa kepada teks sifer, iaitu teks dalam bentuk
yang tidak bermakna apabila dibaca.
- Penukaran dilakukan menggunakan algoritma dan kunci penyulitan.

PINTU PINTU
LAPA Kunci dan algoritma penyulitan
LAPA
N N
Penyulitan

- Langkah - langkah penyulitan :


1. Penghantar menghantar mesej (teks biasa) kepada penerima.
2. Mesej ini akan disulitkan dengan satu kunci dan algoritma penyulitan.
3. Teks sifer, iaitu teks yang tidak bermakna akan terhasil.
2) Nyahsulit (Decryption)
- Proses untuk mengembalikan teks sifer menjadi teks biasa yang dapat
dibaca dan mempunyai maksud menggunakan algoritma dan kunci
nyahsulit.

PINTU PINTU
LAPA Kunci dan algoritma penyulitan LAPA
N N
Penyulitan

- Langkah - langkah nyahsulit :


1. Teks sifer yang telah disulitkan akan dinyahsulit menggunakan satu kunci
dan algoritma nyahsulit.
2. Teks sifer akan menjadi teks biasa.
3. Penerima akan menerima teks biasa yang dapat dibaca.
Menghasil dan Menterjemah Mesej Menggunakan Kaedah Sifer
- Contoh penggunaan kaedah sifer untuk menghantar mesej kepada penerima
tanpa diketahui oleh orang lain :

- Julius Caesar memperkenalkan satu - Kod Morse menggunakan


kaedah sifer sekitar 100 tahun telegraf untuk menghantar
Sebelum Masihi (SM). Ia bertujuan pesanan semasa peperangan.
untuk menghantar mesej dan Enigma, iaitu mesin yang
pesanan kepada semua menggunakan sistem sifer dan
pegawainya dengan menggunakan kunci yang sangat kompleks
huruf ketiga daripada huruf - huruf digunakan semasa Perang
roman yang asal. Dunia ke-2.
Kaedah - kaedah sifer

Reverse Cipher Substitution Cipher Transposition Cipher


• Caesar Cipher
• Pigpen Cipher
1) Reverse cipher
- Menggunakan cara songsangan untuk menyulitkan mesej.

Jenis Reverse
Penerangan dan contoh
Cipher

Songsangan Susunan abjad A-Z sebelum dan selepas disongsangkan.


dilakukan
berdasarkan A B C D E F G H I J K L M
abjad (A - Z)
Z Y X W V U T S R Q P O N

N O P Q R S T U V W X Y Z
M L K J I H G F E D C B A
Mesej disulitkan dengan abjad yang telah disongsangkan. Contoh:

BARAT DAYA YZIZG WZBZ


Jenis Reverse
Penerangan dan contoh
Cipher

Songsangan Mesej disulitkan dengan menggunakan abjad yang telah disongsangkan.


dilakukan Sebagai contoh:
berdasarkan
perkataan
BARAT DAYA TARAB AYAD

Songsangan Songsangan dilakukan bermula dari abjad yang terakhir pada satu mesej
dilakukan yang hendak disulitkan . Sebagai contoh:
berdasarkan
seluruh mesej
BARAT DAYA AYAD TARAB
2) Substitution cipher
- Mesej disulitkan dengan menggantikan satu unit teks biasa dengan satu unit
teks sifer. Satu unit bermaksud satu abjad, pasangan abjad atau kumpulan
abjad.

Substitution Cipher

Caesar Cipher Pigpen Cipher

- Monoalphabetic substitution ialah jenis Substitution Cipher yang paling


mudah.
- Caesar Cipher dan Pigpen Cipher terdiri daripada Monoalphabetic
substitution kerana proses penyulitan dilakukan dengan menggantikan
setiap abjad teks biasa dengan abjad yang lain.
Caesar Cipher
- Juga disebut shift cipher (sifer anjakan)
- Penyulitan teks biasa dilakukan dengan menggantikan setiap abjad dalam
teks itu dengan abjad yang lain , iaitu dengan menganjakkan susunan abjad.
- Contoh : K = 5 bermaksud anjakan sebanyak 5 tempat ke kanan dilakukan
pada senarai abjad.

A B C D E F G H I

V W X Y Z A B C D

- Contoh:

DEDAH YZYVC
Pigpen Cipher
- Dikategorikan sebagai Sustitution Cipher geometri yang mudah.
- Setiap abjad digantikan dengan simbol grafik yang sepadan :
- Contoh :
3) Transposition cipher
- Mengubah kedudukan abjad dalam teks biasa .
- Abjad - abjad dalam teks biasa adalah tetap, hanya kedudukan berubah.
- Perubahan ini dikenali sebagai pemutaran / pencampuran (scrambling)
- Dua jenis Transposition cipher:
1. Columnar Transposition
2. Rail Fence Cipher

Columnar Transposition
- Menyulitkan satu mesej dengan menulisnya dalam jadual jadual secara
mendatar (horizantal) dengan bilangan lajur yang telah ditetapkan.
- Satu perkataan dipilih untuk dijadikan kunci penyulitan.
- Bilangan abjad dalam kunci akan menentukan bilangan lajur dalam jadual
manakala abjad yang ada dalam kunci akan menentukan cara bagi
mengubah urutan abjad dalam mesej.
- Setiap abjad dalam mesej akan ditulis pada setiap petak dalam jadual.
- Contoh : Penyulitan menggunakan Columnar Transposition.
- Mesej : MAKLUMAT MESYUARAT AKADEMIK

Langkah 1
- Pilih satu perkataan yang akan digunakan sebagai kunci. Contoh ; “BOLA” . Bina
satu jadual dan isikan baris pertama dengan kunci tersebut dan baris kedua
dengan nombor berdasarkan susunan abjad.

B O L A
2 4 3 1

Langkah 2
- Gunakan formula berikut untuk menghitung bilangan baris yang diperlukan dalam
jadual.
Bilangan baris = Bilangan abjad dalam teks biasa
Bilangan abjad dalam kunci
= 25
4
= 6.25 ( 7 baris )
- Kembangkan jadual dalam langkah 1 seperti jadual berikut .
- Isikan semua abjad dalam teks biasa ke dalam petak - petak kosong dari kiri
ke kanan baris demi baris.

B O L A B O L A B O L A
2 4 3 1 2 4 3 1 2 4 3 1
Selepas
semua abjad
M A K L M A K L
dalam teks U M A T U M A T
biasa
dimasukkan. M E S Y M E S Y
U A R A Petak -
U A R A
T A K A petak yang T A K A
kosong diisi
D E M I dengan D E M I
sebarang
K abjad bagi K C J K
memenuhi
jadual.
Langkah 3
- Teks sifer akan ditulis berdasarkan jadual yang dihasilkan. Mulai dari lajur 1 ,
abjad ditulis dari atas ke bawah. Ini diikuti dengan lajur - lajur yang
seterusnya.
2 4 3 1
Lajur 1 M A K L Lajur 3
LTYAAIK KASRKMJ
U M A T
M E S Y
U A R A
Lajur 2 T A K A Lajur 4
MUMUTDK AMEAAEC
D E M I
K C J K

- Teks sifer dihasilkan dengan mencantumkan semua abjad dari lajur 1 , 2 , 3 ,


dan 4
- Teks sifer : L T Y A A I K M U M U T D K K A S R K M J A M E A A E C
- Contoh : Nyahsulit menggunakan Columnar Transposition.
- Teks Sifer : E I E A L A N P K I A K S A D M O P A E P N S X R N E B E X
- Kunci : PINTU

Langkah 1
- Bina satu jadual dan isikan baris pertama dengan kunci tersebut dan baris kedua
dengan nombor berdasarkan susunan abjad.

P I N T U
3 1 2 4 5

Langkah 2
- Bilangan baris yang diperlukan dapat diperoleh daripada formula yang berikut:
Bilangan baris = Bilangan abjad dalam teks sifer
Bilangan abjad dalam kunci
=30
5
= ( 6 baris )
- Kembangkan jadual dalam langkah 1 dengan tambahan enam baris.
- Isikan semua abjad dalam teks sifer ke dalam jadual secara menegak
berdasarkan kepada urutan nombor

EIEALANPKIAKSADMOPAEPNSXRNEBEX

3 1 2 4 5

S E N A R

A I P E N

D E K P E

M A I N B

O L A S E

P A K X X
Langkah 3

3 1 2 4 5

S E N A R
- Tulis teks biasa dari A I P E N
kiri ke kanan secara
mendatar (horizontal) D E K P E
bermula dengan baris
pertama. M A I N B

O L A S E

P A K X X

SENARAIPENDEKPEMAINBOLASEPAKXX

Teks biasa : SENARAI PENDEK PEMAIN BOLA SEPAK


Rail Fence Cipher
- Juga disebut zig-zag cipher.
- Abjad - abjad dalam teks biasa ditulis semula mengikut susunan baris demi
baris dan mengikut corak zig-zag seperti pagar.
- Perlu dinyatakan kunci.

- Contoh : Penyulitan teks biasa JUMPA DI PINTU 1 PUKUL 1 menggunakan


Rail Fence Cipher dengan kunci = 2.

- Kunci = 2 bermaksud dua baris digunakan.


- Isi abjad dalam corak zig-zag baris demi baris.

J M A I I T 1 U U 1

U P D P N U P K L
- Teks sifer ditulis dengan melintang mulai daripada baris pertama :
JMAIIT1UU1UPDPNUPKL
Perbandingan Untuk Kaedah Sifer Yang Telah Dipelajari
Kaedah Sifer Kekuatan Kelemahan
Reverse Cipher • Mudah digunakan. • Tidak menggunakan
kunci.
• Mesej mudah dinyahsulit
dengan hanya
menyongsangkannya

Caesar Cipher • Menggunakan kunci. • Kaedah cuba-jaya boleh


• Abjad dalam teks biasa digunakan untuk meramal
digantikan dengan abjad nilai kunci
lain.

Pigpen Cipher • Menggunakan kunci. • Mudah dinyahsulit jika


• Abjad dalam teks biasa mengetahui cara
digantikan dengan perwakilan simbol
simbol lain.
Rail Fence Cipher • Menggunakan kunci , • Abjad - abjad dalam
iaitu baris. teks sifer terdiri
• Bilangan baris sukar daripada abjad - abjad
diramal. dalam teks biasa.

Columnar • Menggunakan kunci. • Abjad - abjad dalam


Transposition • Nombor pada lajur yang teks sifer terdiri
berdasarkan kunci sukar daripada abjad - abjad
diramal. dalam teks biasa.
Pemilihan Kaedah Sifer Terbaik
- Pemilihan penggunaan kaedah sifer adalah bergantung kepada situasi.
- Pengirim boleh menggunakan kaedah sifer yang hendak digunakan
mengikut tahap kerahsiaan sesuatu mesej.

Kurang penting atau tahap Tahap kerahsiaan


kerahsiaan rendah sederhana dan tinggi

• Reverse Cipher atau Pigpen • Caesar Cipher , Pigpen


Cipher boleh digunakan. Cipher atau Columnar
Transposition boleh
• Kedua - dua kaedah sifer ini digunakan.
mudah digunakan untuk
menyulit dan menyahsulit • Kaedah - kaedah ini
mesej. memerlukan kunci untuk
menyulit dan menyahsulit
mesej.

Anda mungkin juga menyukai