Anda di halaman 1dari 6

KARANGAN 2 : WAWANCARA / DIALOG/ PERBUALAN/ TEMU

RAMAH.
Karangan berformat wawancara
1. Lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih
dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara.
2. Karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
3. Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.
4. Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah
terlalu panjang.
Lihat contoh :
Hassan diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar, Encik Ahmad
sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah
sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
Format karangan wawancara
1. Nama watak ditulis selari di sebelah kiri
2. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan
selari
Contoh :
Hassan : Salam sejahtera, Cikgu.
Cikgu Ahmad : Salam sejahtera
Hassan : Apa khabar Cikgu?
Cikgu Ahmad :….
 Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
 Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang
dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, atau pun
Makcik.
 Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan
temuramah.

1
 Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan
seperti tak , dah.
 Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit.
Dalam wawancara itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat
atau pandangan.
 Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
 Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau
”tidak….
 Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
 Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati
dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
 Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
 soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
 Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang
ditemuramah.

Soalan:

2
Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang
pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan PT3 tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah. Tulis teks wawancara anda selengkapnya.
Rangka Karangan :
Pendahuluan- Pengenalan tentang orang yang akan diwawancara, tempat, masa dan
tujuan wawancara.
- Ucapan salam dan tahniah kepada pelajar yang mencapai kejayaan.

Cadangan isi.
Soalan dan jawapan tentang rahsia kejayaan pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM
 Jadual pembelajaran dan cara mengatur jadual mengulang kaji pelajaran.
 Aspek penting yang perlu semasa pembelajaran di dalam bilik darjah.
 Kaedah pembelajaran lain yang diikuti oleh pelajar bagi mencapai kejayaan
dalam peperiksaan.
 Aktiviti lain yang diikuti bagi menambahkan pengetahuan.
Penutup :
 Nasihat kepada pembaca untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
 Ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara.

Soalan
Berdasarkan rangka esei yang ditulis secara ringkas, teliti contoh karangan lengkap
di bawah;
3
Pada 16 Februari 2019 yang lalu, saya, Nur Aliya Mohamad Azemi sebagai
pengarang Majalah SEMASA telah menjalankan wawancara dengan seorang
pelajar cemerlang dalam Peperiksaan PT3 yang baru lalu, iaitu saudari Nabihah
Shaari. Wawancara yang dijalankan di bilik kaunseling sekolah ini bertujuan untuk
dimuatkan dalam majalah SEMASA keluaran tahun 2018. Berikut ialah
wawancara saya dengan beliau.

Penulis : Selamat pagi Saudari Nabihah.


Nabihah : Selamat pagi.
Penulis : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudari
kerana sudi diwawancara pada pagi ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada saudari kerana telah mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam
peperiksaan PMR yang baru lalu.
Nabihah : Terima kasih.
Penulis : Saudari, saya difahamkan saudari memperoleh 8A dalam peperiksaan
PMR yang diumumkan baru-baru ini.
Nabihah : Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan PT3
yang saya duduki pada tahun lepas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya,
semua guru saya dan rakan-rakan saya yang turut sama membantu sehingga saya
mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PT3 pada tahun lalu. Tanpa
bantuan dan dorongan daripada mereka semua, amat sukar bagi saya untuk
mencapai kejayaan ini. Bagi saya, kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang,
malahan merupakan kejayaan kita semua.

Penulis : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari sehingga mencapai


kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?
Nabihah : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya, orang yang paling banyak
mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru subjek Bahasa Melayu saya, iaitu
Cikgu Azemi. Beliau begitu prihatin akan pencapaian saya dalam sebarang
peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih
yang tidak terhingga saya ucapkan kepada beliau.

4
Penulis : Bagaimanakah saudari mengatur jadual harian sehingga berjaya mencapai
kejayaan yang sungguh cemerlang ini?
Nabihah : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji
pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya. Bagi saya,
penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah berasa bosan kerana
mengikuti perkara yang sama pada setiap hari. Kebiasaannya, pada waktu petang
saya mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran tertentu seperti Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.
Penulis : Bagaimanakah caranya saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan
semasa di kelas?
Nabihah : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas.
Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada
perkara-perkara yang disampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh semasa
pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran
berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri saya
bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi.
Penulis : Adakah saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan
sebagaimana yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?
Nabihah : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan
bersama-sama tiga orang rakan karib saya seperti Asyikin, Ismah dan Fatin
Aktiviti belajar secara berkumpulan ini biasanya kami lakukan pada hujung
minggu, iaitu pada pagi Jumaat dari pukul lapan pagi sehingga pukul sebelas pagi.
Pembelajaran secara berkumpulan juga penting bagi menilai kemampuan kami
mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam masa seminggu. Semasa
perbincangan, kami akan mengemukakan fakta yang telah diajarkan oleh guru
secara lisan.
Penulis : Saya difahamkan saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan
permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu pembelajaran saudari?
Nabihah : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada petang
Rabu dan Khamis sahaja. Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu
dan mewakili sekolah dan daerah dalam permainan hoki. Sebagai pengerusi
persatuan akademik saya dan rakan-rakan saya kerap menganjurkan aktiviti
persatuan yang dapat memantapkan penguasaan kami dalam sesuatu mata
pelajaran.
5
Penulis : Soalan saya yang terakhir. Apakah nasihat saudari kepada pelajar-pelajar
yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini?
Nabihah : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan
PT3 pada tahun ini ialah selain tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut
segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita. Kita
juga perlu menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka. Restu
daripada ibu bapa dan guru amat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang
pelajaran.
Penulis : Baiklah saudari Nabihah, akhir kata saya mengucapkan tahniah sekali
lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya
pada pagi ini.
Nabihah : Terima kasih kembali.

Anda mungkin juga menyukai