Anda di halaman 1dari 4

Page 1 of 4

CERAMAH MAULID RASUL DI SURAU TAMAN ALAM SHAH KLANG Rabu, 5 Rabi'ul Akhir 1434 H / 16 Februari 2013 * MUKADDIMAH Pertanyaan: Kenapa para sahabat dan generasi yang dekat dengan mereka tidak pernah menyambut/memperingati hari kelahiran Nabi, peristiwa Hijrah dll? Jawapan: Kerana perkara-perkara tersebut dialami sendiri oleh mereka bersamasama Nabi. Rasulullah SAW sentiasa hidup di dalam hati dan jiwa mereka. Sa'ad bin Waqqas pernah berkata: "kami senantiasa meriwayat dan menceritakan sirah Nabi kepada anak-anak kami sebagaimana kami menghafalkan mereka surah-surah dalam al-Qur'an". NAMUN SETELAH BERLALUNYA MASA YANG PANJANG UMAT ISLAM MULAI LUPA, OLEH ITU PERLU DIINGATKAN SEMULA DENGAN CARA MENYAMBUT MAULID NABI DAN MENGINGATKAN MEREKA SIRAH NABI DAN RISALAH YANG DIBAWA BAGINDA SAW. Tujuannya adalah mengingati peristiwa penting dan mengambil pelajaran serta pengajaran daripada kehidupan baginda dari sejak lahir sehingga wafat. Fenomena membimbangkan dan menyedihkan yang tengah melanda kita umat Islam adalah ramai diantara kita, saudara mara kita, anak-anak kita, generasi penerus kita KURANG atau bahkan TIDAK MENGENALI, TIDAK TAHU SOSOK DAN TELADAN SERTA AJARAN BAGINDA NABI SAW... Kalaupun tahu dan kenal, tapi sayangnya hanya sekedar hafal dan mengerti namun tidak mampu menghayati, mencontohi dan mengamalkan atau menjalani dalam kehidupan sehari-hari. Berapa ramai di antara kita, pemuda-pemuda dan anak-anak kita yang lebih mengenali personaliti-personaliti hiburan dan bintang-bintang sukan dalam dan luar negara DARIPADA KENAL BAGINDA NABI, KELUARGA DAN SAHABATSAHABATNYA...? Oleh yang demikian, adalah sangat mustahak untuk kita mula lebih mengenal sosok dan peribadi Manusia Agung ini serta menggalakkan anak-anak kita untuk mengenali dan mencontohi Baginda Nabi SAW menerusi sirah nabawiyah yang mulia. CERAMAH KITA PADA MALAM HARI INI AKAN KITA FOKUSKAN KEPADA BEBERAPA KISAH DAN PENGAJARANNYA DARIPADA SIRAH NABI SAW.
( )

Page 2 of 4

Sebelum kita mulakan, saya ingin mengajak para hadirin sekalian untuk melihat dan memahami keistimewaan sirah nabi itu sendiri: Keistimewaan Sirah / sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW 1. Kerana menceritakan sejarah manusia agung utusan Allah yang paling sahih (authentic) menerusi sistem sanad (perawi) yg tidak dijumpai di agama lain. 2. Tiada mana-mana rasul utusan Allah sebelum nabi Muhammad SAW yang memiliki sirah sedemikian (Nabi Musa Taurah Yahudi, Nabi Isa Injil Kristian) 3. Tiada manusia agung yang dianuti jutaan manusia mempunyai catatan sejarah/sirah sedemikian (e.g. Buddha, Confucius) 4. Sirah Baginda yang begitu detail dan jelas, dari lahir sehingga wafat TIDAK DIJUMPAI pada mana-mana nabi sebelumnya. 5. Sirah yang meliputi semua aspek kemanusiaan dalam masyarakat (Nabi sebagai pendakwah, panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ahli perniagaan, ketua Negara) Baginda adalah manusia dan Rasul 6. Sumber rujukan sirah Nabi: Al-Qur'an, As-Sunah, Buku-buku sirah karangan para ulama salaf bersanad

HIKMAH DAN PENGAJARAN DARI SIRAH RASUL SAW HIKMAH 1 Nabi dilahirkan dari keturunan Quraisy, yang merupakan kabilah paling mulia, berkedudukan tinggi dan bersih di kalangan Arab: Tiada isu keturunan yang dibangkitkan oleh musuh yang menentang Lebih mudah diterima oleh masyarakat dalam berdakwah (kisah pertanyaan Hercules [maharaja romawi] kepada Abu sufyan tentan keturunannya) HIKMAH 2 Dilahirkan dalam keadaan yatim dan hidup sebagai yatim piatu: Kesusahan hidup semasa kecil menjadikan Nabi lebih sensitif dengan nilainilai kemanusiaan yang mulia (simpati, adil, kasih

Page 3 of 4

HIKMAH 3 Hidup baginda bersama bagi Sa'ad di bawah asuhan Halimah Sa'diyah di kawasan semula jadi Badwi Persekitaran yang baik akan membentuk peribadi yang baik pula. Oleh itu nabi pernah bersabda: "Seseorang itu akan ikut perangai kawan dekatnya " ( ) dan pepatah Arab mengatakan: "Pilihlah jiran dahulu sebelum memilih rumah" () HIKMAH 4 Di masa remaja baginda Nabi SAW tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Mekkah dalam bersuka ria dan berfoya-foya (Allah pelihara baginda daripada hal tersebut) Kisah: "BAGINDA DITIDURKAN ALLAH KETIKA ADA KEINGINAN MENYAKSIKAN SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN DI MEKAH" Kehidupan yang lurus dari semenjak remaja dan perjalanan hidup yang baik faktor penting untuk kejayaan dalam berdakwah. Adalah sangat penting melihat dan mempelajari sirah baginda semasa remaja kemudian mencontohi teladan baginda BAGI PARA REMAJA MUSLIM SEKARANG, sebab mereka adalah generasi penerus Islam masa depan. HIKMAH 5 Peristiwa meletakkan hajar aswad di Ka'bah yang baru selesai diperbaiki (kecerdasan dan kepimpinan Nabi terserlah sejak belia lagi) Hanya orang yang cerdik, cerdas layak untuk memegang tampuk dakwah dan kepimpinan. Nabi pernah bersabda: "Jika urusan diserahkan kepada orang yang tidak mempunyai kelayakkan, maka tunggulah kehancuran" ( ) HIKMAH 6 Usaha mulia nabi menyatukan masyarakat Madinah menerusi piagam (perjanjian) Madinah Peristiwa pengkhianatan Yahudi (Bani Nadzir & Quinuqo') pada masa perang Khandaq (Ahzab) Perang Khoibar: Sikap prihatin dan berusaha untuk membuat kedamaian serta keamanan terhadap Yahudi NAMUN DIBALAS DENGAN PENGKHIANATAN DAN PERMUSUHAN, kemudian diperangi dan diusir dari Madinah ADALAH

Page 4 of 4

CONTOH NYATA YANG YAHUDI (ISRAEL) TIDAK AKAN PERNAH TULUS DAN TETAP AKAN MENJADI MUSUH SAMPAI BILA-BILA ( )

TAUSIYAH DAN PENUTUP Jika kita benar mengatakan kita cinta Nabi, sayang Nabi dan rela mati demi membela Nabi (PERISTIWA DEMONSTRASI PENGHINAAN NABI KARTUN, KOMIK, FILEM dll), mari kita bersama-sama MUHASABAH DAN MENILAI diri kita apakah cinta dan sayang kita itu tulen, hakiki dan murni? Atau hanya sekadar cakap tak serupa bikin! PERTAMA: Bukti cinta adalah kenal dan tahu peribadi Baginda SAW (menerusi sirahnya). KEDUA: Bukti cinta adalah mencontohi dan mengamalkan sunahnya dengan ILMU, supaya yang kita amalkan adala benar. Sebab jika tanpa ilmu, maka amalan kita akan sia-sia dan tidak diterima. Ulama' meletakkan syarat diterimanya amalan adalah: Ikhlas dan Ikut cara Nabi ( ) : Jika kenal atau tahu sosok dan kepribadian baginda Nabi SAW adalah satu hal penting untuk kita cinta dan sayang Nabi, apa yang juga penting adalah TAHU DAN PUNYA ILMU tentang ajaran-ajaran baginda menerusi sunah-sunahnya. Diantara contoh amalan nabi yang patut kita buat (sebagai bukti cinta kita) seperti: Berselawat ketika nama Baginda disebut Menjaga solat fardhu lima waktu berjamaah (di Surau, Masjid) Menggalakkan solat sunnah di Rumah (Qobliyah, Witir, Tahajjud dll) Meluruskan dan merapatkan saf dalam solat Memperbanyak baca Qur'an (khasnya di rumah, agar tidak menjadi Kubur) Sentiasa bersedekah walaupun sedikit

__________
( )

* Disampaikan oleh Ustaz Dr. Mualimin Mochammad Sahid, MA

Anda mungkin juga menyukai