Anda di halaman 1dari 4

BIL

1
2

TEKS BACAAN DOA HARIAN


(PAGI)
TEKS UNTUK DI BACA

CATATAN

Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia


Selamat Datang guru guru dan rakan rakan sekalian
Bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan kasih
dan sayang Nya kita dapat hadir lagi ke sekolah dalam keadaan yang
sihat dan selamat.
Berhati-hatilah kawan-kawan ketika menuju ke kelas masing masing.
Elakkan daripada berlari mahupun berkejar kejaran dengan kawan
kawan. Semoga hari ini menjadi pengalaman yang paling indah di
sekolah.
3

Diharapkan kepada semua murid dapat beratur di hadapan kelas


masing- masing dengan sopan dan teratur. Ketua kelas dan pengawas
diminta mengawal kelas masing-masing. Tegakkan barisan dan
elakkanlah daripada membuat bising.

Kita mulakan hari kita pada hari ini dengan Surah Al-Fatihah dan kita
niatkan pahalanya kepada diri kita sendiri supaya Allah sentiasa
membuka pintu hidayah kepada kita. Dan seterusnya menjaga
keselamatan kita sepanjang hari di sekolah yang dicintai ini.
Al- Fatihah....

5
6







Marilah bersama-sama menadah tangan dan berdoa.

Ya Allah , Ya Karim , Ya Aziz


Sesungguhnya kami berhimpun di sekolah pada hari ini, bagi
menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak
ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur
samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ulang 2
kali

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin


menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami
sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru, berkati dan rahmatilah kehadiran kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima
dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan
minda, kecergasan jasmani, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing
dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
8

10

11

BIL
1
2

Amin.. Ya Rabbal Alamin..


Rakan rakan diminta bergerak masuk ke kelas masing masing
dengan sopan dan ambil Al-Quran bagi sesi Tadabbur Al-Quran
sebentar lagi. Sekian terima kasih dan Selamat Menuntut Ilmu .
TEKS BACAAN DOA HARIAN
(TENGAHARI)
TEKS UNTUK DI BACA

CATATAN

Selamat Petang dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah kawan kawan , bersyukurlah kita kepada Allah yang
memberikan kita kekuatan untuk bersama sama menuntut ilmu pada
hari ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang kita tempuhi hari ini
akan mendapat keberkatan daripada Allah. Insya Allah.
3

Diharapkan kepada semua murid murid ( tahap 1 / tahap 2 ) dapat


beratur di hadapan kelas masing- masing dengan sopan dan teratur.
Ketua kelas dan pengawas diminta mengawal kelas masing-masing.
Tegakkan barisan dan elakkanlah daripada membuat bising.

Kita akhiri sesi pembelajaran kita pada hari ini dengan Tasbih Kafarah
dan Surah Al-Asr . Semoga Allah memberkati ilmu yang kita pelajari
pada hari ini serta memberikan kita kekuatan untuk mengamalkannya.

5
6


Marilah bersama-sama menadah tangan dan berdoa.




Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim
Kepada Mu kami memanjatkan kesyukuran di atas segala nikmat yang
telah Engkau limpahkan kepada kami pada hari ini. Jadikanlah kami
anak-anak yang soleh dan solehah serta insan yang berguna. Kasih dan
sayangilah kami Ya Allah, agar segala ilmu yang kami terima ini menjadi
tonggak dalam kami berusaha menjadi hamba Mu yang bertaqwa.
Ya Allah Ya Fatah Ya Alim
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang telah dan yang
akan berlaku. Engkau peliharalah kami dari segala bahaya dan musibah
sewaktu perjalanan kami pulang mahupun sewaktu kami bersama
keluarga tercinta. Engkau jadikanlah setiap saat kami berpisah ini
dipenuhi dengan ibadah. Engkau jauhkanlah daripada kami segala
godaan dunia yang melalaikan. Dan Engkau hiasilah kami dengan
akhlak Al-Quran.

Ulang 2
kali

Ya Malik Ya Quddus,
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkau ingatkanlah kami apa yang kami
terlupa . Engkau kuatkanlah kami sekiranya kami lemah dan Engkau
limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah.
8

10

11

Amin.. Ya Rabbal Alamin..


Rakan rakan diminta bergerak dengan teratur sewaktu keluar daripada
kawasan sekolah. Elakkan daripada berebut rebut kerana bersabar itu
amalan yang mulia. Sehingga berjumpa lagi esok, Wabillahi taufik
walhidayah, wa ilal liqa, maas salamah, .
Sekian terima kasih dan Selamat Pulang .

Anda mungkin juga menyukai