Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH TAHUN HIJRIAH

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim
Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara
umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar
lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.Permulaan
penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-
Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari
Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat
juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat
kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh
surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah
Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan
untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan
oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga
pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada
berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar
Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun
peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung
dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi
kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah
berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan
awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada
pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke
Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada
RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik,
bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah
kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan,
Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan


kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa
kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan
Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Anda mungkin juga menyukai