Anda di halaman 1dari 3

Awal Muharram.

Apakah itu Awal Muharram dan kenapakah Awal Muharram disambut oleh agama Islam.
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah) berdasarkan kalendar
islam.Pada asasnya, Muharam membawa maksud diharamkan atau dipantang, iaitu Allah
SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Mekkah .Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan
tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan..Awal Muharram atau
dikata lain Hari Maal Hijrah adalah suatu hari yang amat penting bagi umat Islam kerana ia
menandakan dua peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu:
1. Memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada
tahun 622 masihi. Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan
dibuat mengikut tahun Masihi.
2. Ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjidmasjid di seluruh negeri
Tambahan lagi, Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan
permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. Dalam masyarakat melayu di Malaysia sambutan awal
muharam biasa disambut dengan bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun yang
seringkali diadakan di masjid atau di surau serta majlis ceramah awal muharam Pada bulan
Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s.
dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Firaun. Nabi s.a.w. datang ke
Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini
hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun. Maka sabda Nabi s.a.w.

Digalakkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari
sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk
menyelisihi amalan orang Yahudi. disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan
10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari asyura yang bermaksud
sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.

Terdapat juga peristiwa penting bagi Muharram.


1. 1 Muharram -Ditetapkan sebagai hari pertama bagi tahun baru Islam dalam Kalendar
Hijrah oleh Khalifah Umar Al-Khattab
2. 10 Muharam Merupakan hari 'Asyura'. Dalam peristiwa penting ini ia mencerminkan
kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan
kebenaran.

Perkara-perkara yang telah berlaku pada 10 Muharram.


1.

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan

selama enam bulan.


4.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.

5.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40

hari 40 malam.
10.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera

Firaun.
11.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.

13.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

14.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16.

Allah menjadikan 'Arasy.

17.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18.

Allah menjadikan alam.

19.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20.

Nabi Isa diangkat ke langit.

Anda mungkin juga menyukai