Anda di halaman 1dari 16

Salam

S K I P G M

Dari Warga SK IPGM


Semoga kita semua dapat Hijrah ke kehidupan yang lebih baik.
Selamat Tahun Baru Islam 1443 Hijriyah
M a a l H i j r a h

Erti,Sejarah,Peristiwa, Amalan Sunnat serta doa Maal Hijrah

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnianya,


bulan Zulhijjah akan melabuhkan tirainya dan seluruh umat Islam
sibuk untuk menyambut Awal Muharram 1443 Hijrah.
Bersempena dengan Maal Hijrah atau Awal Muharram ini,
marilah kita bersama-sama munasabah diri dengan menghayati
bulan yang mulia ini.
M a a l H i j r a h

Pengertian dan Sejarah dengan Ringkas

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam
sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari
Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan
hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid
di seluruh negeri. Pada setiap Maal Hijrah, Malaysia diisytiharkan sebagai cuti
umum bagi menyambut titik permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
M a a l H i j r a h

Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).


Bermulanya kisah perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota
Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari
Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan
menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah
asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana
menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah,
kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas
ajaran Islam itu sendiri. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu
sendiri.
M a a l H i j r a h

Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT


melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian
larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab:
“Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami
(Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian
daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang
ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa
kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-
benar orang-orang yang beriman?”.
M a a l H i j r a h

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah
dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.Secara istilah pula, hijrah adalah
meninggalkan sesuatu yang dilarang.Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah
saw bersabda:
‫ج ُر َمنْ َه َج َر الس ُّْو َء َفاجْ َت َن َب ُه‬
ِ َ ‫المُها‬
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia
menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
M a a l H i j r a h

Sambungan Sejarah bulan Muharram...

Seperti yang kita tahu,bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar
Hijrah. Ia adalah bulan Allah SWT,bagi menandakan kemulian dan
kelebihannya.Ini kerana Allah SWT dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu
kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding
yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-
Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat
malam.”
M a a l H i j r a h

Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang
disebut oleh Allah swt di dalam ayat-Nya:

“Sesunguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya
empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (at-Taubah: 36)

Dalam bulan yang mulia ini, terdapat satu hari yang bersejarah dalam diari
Umat Islam, iaitu hari `Asyura.
M a a l H i j r a h

Peristiwa penting pada Bulan Muharram

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi


setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
M a a l H i j r a h

Pada hari ini juga, Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan
kelebihan kepada rasul2nya. Antara peristiwa2 yang berlaku pada hari 10
Muharram ialah :

:: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


:: Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
:: Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
:: Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
:: Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
:: Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
M a a l H i j r a h

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.


:: Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
:: Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
:: Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
:: Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
:: Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
:: Hari pertama Allah menciptakan alam.
:: Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
:: Hari pertama Allah menurunkan hujan.
:: Allah menjadikan 'Arasy'.
:: Allah menjadikan Luh Mahfuz.
:: Allah menjadikan alam.
:: Allah menjadikan Malaikat Jibril.
:: Nabi Isa diangkat ke langit.
M a a l H i j r a h

Amalan Sunat Di Bulan Muharram


Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat
diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji,
seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

Abu Qatadah berkata, Nabi S.A.W. telah ditanya tentang puasa pada hari
‘Asyura, baginda bersabda:
“Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat
yang lain,maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah
menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)
M a a l H i j r a h
M a a l H i j r a h
M a a l H i j r a h

Kesimpulannya bahawa, terlalu banyak nikmat, kelebihan, kemuliaan serta


peristiwa pada bulan Muharram ini. Jadi, marilah kita bersama2 menghayati
bulan Muharram yang penuh dengan keistimewaan terutama pada 10
Muharram, iaitu hari Asyura dimana pada hari tersebut banyak ditekankan
dengan peristiwa2 yang berlaku pada zaman2 rasul. Menghayati bulan
Muharram ini dengan amalan sunnat tadi dan bacaan doa akhir tahun dan
awal tahun adalah digalakkan. Inshallah penghayatan bulan Muharram akan
lebih bermakna bagi kita sebagai seorang Muslim dan bermulalah satu titik
penghijrahan pada diri kita untuk tahun Hijrah tahun ini. Kepada yang lupa dan
tak tahu, sampai-sampaikanlah pesanan. Buat yang leka, kejutkan dengan
"salam ingatan". Ayuh mulakan penghijrahan walaupun kecil (contoh:
mengingatkan sesama kita kemuliaan peristiwa Hijrah/ Awal Muharram).
Mudah-mudahan Allah menerima Hijrah Kita ;)
M a a l H i j r a h

KUIZ MAAL HIJRAH 1443H

https://forms.gle/cEZEer1yfjb3au8L7

Anda mungkin juga menyukai