Anda di halaman 1dari 4

Memperingati Tahun Baru Islam 1 Muharram 1438

Hijriyah

Assalamualaikum Wr Wb
Segala puja dan puji marilah kita panjatkan kepada dzat Alloh Ilahi
Robby, Sholawat dan salam semoga selamanya terlimpah curahkan
kepada Baginda alam, yakni Habibana Wa Nabiyana Muhammad Saw
yang menjadi penutup para nabi, pemilik syafaat nanti di yaumil
qiyamat.
Hadirin Rahimakumulloh
Sebagaimana kita ketahui Bulan Muharram adalah Bulan yang paling
bersejarah dimana pada bulan tersebut merupakan Pergantian dalam
kalender tahun baru islam, dimana Muharram adalah salah satu diantara
bulan yang dimuliakan oleh Alloh Swt, sebagaimana dalam firman
Alloh SWT :

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan,
dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat
itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka
pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah
beserta orang-orang yang bertakwa.

Didalam Sebuah hadist telah dijelaskan bahwa ada 4 bulan yang mulia
(Asyhurul Huruum) yaitu bulan Rajab, DzulQadah, Dzulhijjah, dan
Muharram. Didalam keempat bulan tersebut dilarang untuk berperang,
dan apabila pada bulan itu ada peperangan yang sedang terjadi harus
segera serempak di hetikan. salah satu dari sekian banyak hikmahnya
yaitu sebagai pengamanan bagi yang sedang melaksanakan ibadah haji,
dari gangguan keamanan baik di perjalanan, maupun ditempat
pelaksanaan ibadah haji tersebut. dari semenjak zaman jahiliyyah
pengamanan ibadah haji merupakan kewajiban publik (umum) yang
sangat penting untuk dilaksanakan.
adapun bagi kita semua dalam mengisi penyambutan bulan suci
muharram ini yaitu diantaranya :
1. harus memperbaiki dan memperbaiki niat serta membulatkan tekad
untuk meningkatkan kualitas keimanan dan ketakwaan kita terhadap
Alloh Swt, yang harus lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya.
2 melaksanakan shaum sunnah.sebagaimana yang diajarkan oleh
Baginda Nabi Muhammad Rasululloh Saw.

Sesungguhnya pada bulan muharam itu terjadi beberapa peristiwa yang


amat luar biasa diantaranya ada yang disebut dengan hari Asy-Syura
(tanggal 10 Muharram). Hari Asyura merupakan salah satu hari yang
diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab
asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari
yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Hari Asyura (10 Muharam) telah menyaksikan banyak sejarah besar dan
keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam
menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh
Muhammad s.a.w.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan
puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura
merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda
berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut
berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang
juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan
mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana
baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa.
Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari
mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan
setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10
Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika
10 Muharram:
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon
keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail
membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar
selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak
pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat
dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di
dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan
anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan
berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk
menyalib baginda.
Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di
Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah
Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra.
Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka
mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan
'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan
Saiyiduna Hussain ra.
Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura:

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:"Rasulullah s.a.w. ditanya


orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, Semoga
dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.
Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu.
(Riwayat Muslim)

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah datang ke Madinah,


baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda
bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini
adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi
Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun
berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun
berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa." (HR Bukhari)

Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada


Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan),
siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh
berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka
(tidak berpuasa)." (HR Bukhari dan Muslim).
Demikian uraian singkat mengenai bulan muharram semoga dengan
semangat tahun baru ini kita bisa lebih meningkatkan keimanan dan
ketaqwaan kita terhadap Alloh Swt, dan menjadikan tahun yang akan
datang lebih baik daripada tahun yang lalu. Aamiin ya Alloh ya Robbal
'alamiin
Wassalamualaikum Wr Wb

Anda mungkin juga menyukai