Anda di halaman 1dari 4

Sunnah Nabi di bulan Ramadhan

Sayugia bagi kita umat Islam berusaha mengikut sunnah Nabi dalam setiap perkara, begitu
juga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini:

1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:

‫ ثم قمنا إلى‬، ‫ تسحرنا مع رسول هللا‬:‫ثبت في "الصحيحين" من حديث زيد بن ثابت قال‬
‫ "خمسين آية‬:‫ كم كان قدر ما بينهما؟ قال‬:‫ قلت‬،‫"الصالة‬.
Maksudnya:
Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW,
kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah
kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)

‫ "تسحروا فإن في السحور بركة‬: ‫ قال رسول هللا‬:‫"وعن أنس بن مالك قال‬.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu,
sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)

‫ "نعم سحور المؤمن التمر‬: ‫ قال رسول هللا‬:‫"وعن أبي هريرة قال‬.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang
mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.
-Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)

2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:

َ ‫ فإذا َكانَ أَ َح ُد ُكم‬،ٌ‫ "الصِّ يا ُم ُجنَّة‬: ‫ع َْن أَبي هُ َر ْي َرةَ أَ َّن َرسُو َل هللا (ص) قَا َل‬
ْ ُ‫صائِما ً فال يَرْ ف‬
‫ث وال‬
‫صائِم‬ َ ‫ إني‬،‫صائِ ٌم‬ َ ‫ إنِّي‬: ْ‫ فَإ ِ ْن ا ْم ُر ٌؤ َشاتَ َمه فَ ْليَقُل‬، ْ‫"يَجهَل‬.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu
pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata
yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada
orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)

3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:

‫ وكان أجود ما يكون في‬،‫ كان النبي أجود الناس‬:‫ثبت في حديث ابن عباس رضي هللا عنهما قال‬
‫ فلرسول هللا حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح‬،‫رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن‬
‫المرسلة‬.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling
pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui
baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka
bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin
yang bertiup.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)

4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan


memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:

‫ فإن لم تكن رطبات‬،‫ كان رسول هللا يفطر على رطبات قبل أن يصلي‬:‫عن أنس بن مالك قال‬
‫ فإن لم تكن حسا حسوات من ماء‬،‫فعلى تمرات‬.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa
biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan
sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”
-Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)

5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

ُ‫صائما ً َكانَ له ِم ْث ُل أَجْ ِر ِه َغ ْي َر أَنَّه‬


َ ‫" َمن فَطَّ َر‬:)‫ قَا َل َرسُو ُل هللا (ص‬: ‫ْني قَا َل‬ ِ ‫ع َْن زَي ِد‬
ِّ ‫بن َخالِ ٍد ال ُجه‬
ً ‫"ال يَنقُصُ ِمن أَجْ ِر الصَّائِ ِم َشيئا‬.
Maksudnya:
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa
yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti
orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-
Kubra” (no. 3330-3331)

6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

‫ وأكل‬،‫ "أفطر عندكم الصائمون‬:‫عن أنس بن مالك أن النبي كان إذا أفطر عند أهل بيت قال لهم‬
‫ وصلت عليكم المالئكة‬،‫"طعامكم األبرار‬.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama
sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa
di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah
berselawat ke atas kamu para malaikat”.
-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)

7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:

‫"من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من‬:)‫ قال رسول هللا (ص‬:‫عن أبي هريرة قال‬
‫"ذنبه‬.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan
beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah
lalu”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)

8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:

‫ كيف كانت صالة‬:‫ثبت من حديث أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي هللا عنها‬
،‫ ما كان يزيد في رمضان وال في غيره على إحدى عشرة ركعة‬:‫رسول هللا في رمضان؟ فقالت‬
‫ ثم‬،‫ ثم يصلي أربعا فال تسأل عن حسنهن وطولهن‬،‫يصلي أربعا فال تسأل عن حسنهن وطولهن‬
‫ وال ينام‬،‫ إن عيني تنامان‬،‫ "يا عائشة‬:‫ قال‬.‫ أتنام قبل أن توتر‬،‫ يا رسول هللا‬:‫ فقلت‬،‫يصلي ثالثا‬
‫"قلبي‬.
Maksudnya:
Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada
Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab:
Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain lebih dari 11
rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya,
kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya,
kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu
tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua
mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)

9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut
serta:

‫ وج َّد‬،‫ وأيقظ أهله‬،‫ كان رسول هللا إذا دخل العشر أحيا الليل‬:‫عن عائشة رضي هللا عنها قالت‬
‫وش َّد المئزر‬.
Maksudnya:
Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam
terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli
keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak
bersetubuh).
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)
10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir
Ramadhan:

‫ كان رسول هللا يجاور في العشر األواخر من‬:‫ثبت من حديث عائشة رضي هللا عنها قالت‬
‫ "تحروا ليلة القدر في العشر األواخر من رمضان‬:‫ ويقول‬،‫"رمضان‬.
Maksudnya:
Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam
terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh
pada 10 malam terakhir Ramadhan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)

11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:

‫ي ليلَ ٍة ليلَةَ الق ْد ِر َما‬ ْ َ‫ أَرأَيت‬،‫ "يا َرسو َل هللا‬:‫لت‬


ُ ‫إن َعلِ ْم‬
َّ ‫ت أ‬ ُ ُ ‫ ق‬:‫ت‬
ْ َ‫ع َْن عَائشةَ َرض َي هللا َع ْنهَا قَال‬
ُ ‫ اللَّهُ َّم إنَّك َعفُ ٌّو َكري ٌم تُحبُّ ال َعف َو فَا ْع‬:‫ قولي‬:‫"أَقُو ُل فِيهَا؟ قَا َل‬
‫ف عنِّي‬
Maksudnya:
Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah
Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka
ampunilah aku”.
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)

12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:

‫ فرض رسول هللا زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير‬:‫ثبت من حديث ابن عمر قال‬
‫ وأمر بها أن تؤدى قبل‬،‫ من المسلمين‬،‫ والصغير والكبير‬،‫ والذكر واألنثى‬،‫على العبد والحر‬
‫خروج الناس إلى الصالة‬.
Maksudnya:
Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak
secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan
perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda memerintahkan
untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1503)

Rujukan:
1) Sahih Bukhari dan Muslim
2) Sunan Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasai
3) Musnad Imam Ahmad
4) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin lil Imam Nawawi: Dr Mustapha Bugha dan
lain-lain
5) Al-Muntaqa lil Hadis fi Ramadhan: Ibrahim bin Muhammad Al-Huqail
6) Hadyun Nabi fi Ramadhan: Sami bin Muhammad bin Jadullah
7) Taisir Al-Fiqh (Fiqh Siyam): Dr Yusuf Al-Qardhawi

Anda mungkin juga menyukai