Anda di halaman 1dari 10

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul AlQuran)

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT
dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta
menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat
Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah
SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara
berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran
yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qati serta
ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf Uthmani. Adalah
wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan
dengannya.
.
.
NUZUL AL QURAN
Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul alQuran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan
bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi
pertunjuk untuk manusia (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah
Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada
21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama,
antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman alMubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum.
Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis
riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: Allah turunkan al-Quran pada
24hb Ramadan. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan
oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya
disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan.
Namun ada riwayat lain daripada Ibn Abbas yang boleh menyokong riwayat
ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.
Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb
Ramadan. Ini juga salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana
kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana
yang lain atas beberapa alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan
bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar). Ini seperti
yang Allah sebut dalam Surah al-Qadr: (maksudnya)

Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr


(ayat 1).
Hadis-hadis Nabi s.a.w pula banyak yang menjelaskan bahawa Malam alQadr itu berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir bulan
Ramadan. Maka, sepatutnya penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam
lingkungan sepuluh yang akhir. Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal al-Imam
al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-Urfan:
Kemudian di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa pemulaan Nuzul
al-Quran itu pada 17hb Ramadan. Itulah merupakan Malam al-Qadr menurut
sebahagian pendapat. Namun pandangan itu menyanggahi pendapat yang
masyhur yang disokong oleh hadis sahih. (1/52, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun perbezaan pendapat yang ada, kesemua umat akur bahawa alQuran itu turun pada bulan Ramadan. Sarjana hanya berbeza pendapat
tentang haribulannya sahaja. Masing-masing telah mengemukakan alasan
mereka.
Penghayatan
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu
diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca
dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang
boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan
solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan
penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan
manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya,
menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah:
(maksudnya):
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan
petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara
yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam
menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi
jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat
tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan). Allah menyebut dalam
Surah al-Israa: (maksudnya)
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul,
dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman
yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang
besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat,
Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (ayat 910)
Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan
yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita
sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan
al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa

adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan


memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah
membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan
yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela
kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang
masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan.
Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dindingdinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan
yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan
al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda
Nabi
Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas
kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada
manusia (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan
al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun
membaca al-Quran dengan segala lengangan lagunya hanya semata-mata
untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!
.
.
.
MAKNA NUZUL AL QURAN
.
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah
yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama,
kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih
kurang 290 kali. Sebagai contoh, Dia yang telah..menurunkan
hujan. (al-Baqarah:22), dan Dialah.yang menurunkan Taurat Dan
Injil. (Ali Imran:3).
.
Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah
atau turun dari tempat yang tinggi. Al-Quran pula bermaksud bacaan atau
himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya
terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal
tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan
sebagainya.
.
Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal
di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam alQuran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak
seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,
melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka
semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab
dan menerima balasan). (Al-Anam:38)
.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan
bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga
dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti
yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula
bermaksud yang memberi peringatan.
.
.
.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
.
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu
secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih
pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara
sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu;
Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia; dan
Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
.
Al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan if Ulum al-Quran berdasarkan tiga riwayat
oleh Ibn Abbas, Hakim Dan al-Nasai, hanya membahagikan kepada dua
peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah Dan dari Bait
al-Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan
ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa
segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar
berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj
yang berbunyi,



.







(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah


syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi
kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada
Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22)
.
.
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait
al-Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat
al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas;
.
Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:




(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan


yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan
yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan
anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia
berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak
Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.
.
Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:









Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam
yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami
sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba
Kami ditimpa azab).
.
Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:




Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar.
.
Ibn Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b.
Jubayr: Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.
Ikrimah pula meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata: Al-Quran

diasingkan daripada al-Dhikr dan ditempatkan di Bait al-Izzah di langit


dunia.
.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara Atiyyah bin alAswad dan Abdullah bin Abbas yang mana Atiyyah agak keliru mengenai
penurunan ayat-ayat ini, Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan, dan
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam LailatulQadar, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu alHijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi al-Awwal. Kemudian Ibn Abbas
menjelaskan: Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus
kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransuransur selama beberapa bulan dan hari.
.
.
3. Dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah SAW
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para
mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke Baitul Izzahdi langit ke dunia
pada malam Lailatul Qadar. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke
bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur
selama sekitar 23 tahun.
.
Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur
sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda
hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23
tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayatayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali
sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali
sebagai Madaniyyah .
.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun,
dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian,
sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-Izzah yang mencukupi
baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun.
Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
.
RasululLah SAW bersabda: Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke
langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara
berperingkat dalam masa 20 tahun (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja
iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara
berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke
Bait al-Izzah dan kepada Rasulullah SAW.
.
.
AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR
.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad


SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada
Surah Al-Alaq.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang


menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,
-Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-alaq:1-5)
.
Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus
(menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali
diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah AlBaqarah.
.
.
CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
.
Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi
Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar
lalu beliau menyendiri di gua Hira beribadah kepada Allah SWT untuk
selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu
yang pertama.
.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya
kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah
menjawab, Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema
(desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu
hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang
dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap denganKu Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.
.
.
Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan
keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran
diwahyukan adalah:
.
1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan
wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu

apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya.
Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan: Ruhul Quddus
mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga
dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah. ( AsSyura: 51)
.
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang
lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui
dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
.
3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang
amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat
peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada
ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat
berat.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: Aku adalah penulis wahyu yang
diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu
itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran
seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau
kembali seperti biasa.
.
4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW. dalam rupanya yang
benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat
13 & 14 : Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain
(kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha
.
5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi SAW dari atas langit seperti yang
berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat
baginda SAW juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan
menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini
merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.
.
.
TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT
Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi
objektif-objektif berikut :

Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan


enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan
larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini
disebut
oleh
Bukhari
dari
riwayat
Aisyah
r.a.
Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai
dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran
diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya
nasikh
dan
mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi
akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah


menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus,
sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32:
mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus.?
Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
.Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu...
.
.
FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
.
1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW,
sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah
SWT, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri.
Rasullulah SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang
orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak
mampu
menghadapinya,
padahal
mereka
mempunyai
kemahiran
menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak
mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada
bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :
.
Peringkat pertama.
Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang
meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan
cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu
sebagaimana firmanNya.
Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat
yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang
serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi
sebahagian yang lain. (17 : 88)
.
Peringkat kedua.
Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana
firmanNya:
Bahkan mereka mengatakan Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.
Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuatbuat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup
(memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar.
Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah,
sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah (11 : 13-14)
.
Peringkat ketiga.

Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja.


Sebagaimana firmanNya:
Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (AlQuran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat
seumpamanya (10 : 38)
Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:
Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami
wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat
saja yang semisal Al-Quran itu (2 : 23 )
.
.
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah
negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua
aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh
kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan
hidup yang dihadapinya.
.
Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah
merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya
perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan
syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan
manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang
paling menonjol di muka bumi.
.
Wallahu Aalam Bissowab

Anda mungkin juga menyukai