Anda di halaman 1dari 1

DOA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK PENJOM 2017

,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami berhimpun pada pagi ini sempena kejohanan balapan dan padang SK
Penjom 2017
dengan penuh semangat kesukanan dan silaturrahim.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami .

Kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)


sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia
mahupun di akhirat .

Anda mungkin juga menyukai