Anda di halaman 1dari 16

Sejarah Penurunan dan Pembukuan Al-

Quran
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sejarah Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
dan Yang Maha Penyayang.

Isi kandungan
[sorok]

 1 PENGENALAN
 2 PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
 3 CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
 4 PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
 5 HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR
 6 AYAT PERTAMA DAN AKHIR DITURUNKAN
 7 SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
 8 RUJUKAN

[sunting] PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan
Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat
kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu
ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping
sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir(berperingkat atas
sebab penurunannya), pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai
mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah Al-Quran dan perkara
yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai
penurunan Al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum Al-Quran’
(Ilmu-ilmu Al-Quran). Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu
diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat Al-Quran, masanya, awalnya
dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan
Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

[sunting] PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN


Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari
tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (‫ )نزل‬membawa maksud ‘dia telah turun’ atau
‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau
(simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan
ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah
yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan
atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia
yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan
Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

[sunting] CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN


‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi
Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah
kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima
wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda
bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu
datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara
bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam
bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima
apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”

[sunting] PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN


Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus,
dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali
berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini,
iaitu : • Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; • Kali kedua, dari al-
Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan • Kali ketiga, penurunan kepada Jibril
a.s. dalam tempoh 20 malam. Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’
berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan
kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait
al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

 1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan
Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah
SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan
22 surah al-Buruj yang berbunyi,

‫ح َمحْ فُوظ‬ ٌ ْ‫ بَلْ ه َُو قُر‬. “(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka
ٍ ْ‫آن مجيد فِي لَو‬
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang
terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
 2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit
dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas; Allah SWT berfirman,

‫ص ْمهُ َو َم ْن َكانَ َم ِريضًا‬ ُ َ‫ت ِمنَ ْالهُدَى َو ْالفُرْ قَا ِن فَ َم ْن َش ِه َد ِم ْن ُك ُم ال َّشه َْر فَ ْلي‬ ِ َّ‫ضانَ الَّ ِذي أُ ْن ِز َل فِي ِه ْالقُرْ آنُ هُدًى ِللن‬
ٍ ‫اس َوبَيِّنَا‬ َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
ُ‫أَوْ َعلَى َسفَ ٍر فَ ِع َّدةٌ ِم ْن أَي ٍَّام أُ َخ َر ي ُِري ُد هَّللا ُ بِ ُك ُم ْاليُ ْس َر َوال ي ُِري ُد بِ ُك ُم ْال ُعس َْر َولِتُ ْك ِملُوا ْال ِع َّدةَ َولِتُ َكبِّرُوا هَّللا َ َعلَى َما هَدَا ُك ْم َولَ َعلَّك ْم‬
َ‫(“ تَ ْش ُكرُون‬Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa)
sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki
kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya
kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT,

َ‫“ إِنَّا أَ ْن َز ْلنَاهُ فِي لَ ْيلَ ٍة ُمبَا َر َك ٍة إِنَّا ُكنَّا ُم ْن ِذ ِرين‬Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada
malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi
peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3) Firman
Allah SWT,

‫“ إِنَّا أَ ْن َز ْلنَاهُ فِي لَ ْيلَ ِة ْالقَ ْد ِر‬Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1) Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan
oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.”
Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-
Dhikr ‘‫ ’الذكر‬dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan
‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini,
“Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-
Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas
menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya
untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan
hari.”

 3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan
kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai
apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di
Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah. Mengikut pendapat ini, Jibril A.S.
(Angel Gabriel) diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke
akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait
al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa
20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas. Mengenai pendapat pertama mengenai al-
Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti
yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak
menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya
membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara
daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba
menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian
kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti
Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir. Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait
al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak
menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh
berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak
mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi
mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan
Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang
diturunkan kepada Rasulullah SAW.”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13
tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk
kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah
sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya
bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya.
Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,

ِ ‫ئ ْالقُرْ آنُ فَا ْستَ ِمعُوا لَهُ َوأَ ْن‬


َ‫صتُوا لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُمون‬ َ ‫“ َوإِ َذا قُ ِر‬Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka
dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya
kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan
dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya.
Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas
sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah
Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara
Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah(langit dunia). Al-Zarqani
berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana
beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta
pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu
perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah
SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril(Gabriel) secara berperingkat dan bukannya tiga
kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah(langit dunia) dan kepada
Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah
penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak.
Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai
jumlah Nuzul.
[sunting] HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN
BERANSUR-ANSUR
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan.
Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya.
Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan,
baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari
mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula
daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah,
tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat
serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu
Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah
SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara
beransur-ansur adalah seperti berikut :

 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana
dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah
SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat
merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi
adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan
menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja
menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada
kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah
beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.

 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan


memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat
beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka.
Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan
Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul
sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan
roh dan seumpamanya.

 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata.
Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

[sunting] AYAT PERTAMA DAN AKHIR


DITURUNKAN
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah
kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat.
Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran
akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya
dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per¬bahasan mengenai apa
yang pertama dan terakhir diturunkan.

 1. Yang Pertama Diturunkan

Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-

 i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama
diturunkan ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq berdasarkan riwayat
‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab
hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang
kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas
dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi
ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah
kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun
membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu
kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang
kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun
menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku
sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi:
“Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-
ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku
menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya
seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w.
kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………
sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).

Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan
al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.

 ii) Pendapat lain mengatakan Surah al-Muddathir yang pertama kali diturunkan
berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat.
Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada
Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir
menjawab,” ‫“ يَا أَيُّهَا ْال ُم َّدثِّ ُر‬. Aku berkata, “Atau ‫ق‬ َ ِّ‫“ ا ْق َر ْأ بِاس ِْم َرب‬. Dia Jabir
َ َ‫ك الَّ ِذي خَ ل‬
berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami:
“Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku
turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri.
Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku
pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku.
Mereka pun menyelimuti aku.

Lalu Allah menurunkan: ْ ‫“يَا أَيُّهَا ْال ُم َّدثِّ ُر قُ ْم فَأ َ ْن ِذر‬Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu
berilah peringatan”.

Mengenai Hadis Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai
surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan
secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali
daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu
Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut
dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian
aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’
duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah
aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat, ‫ يَا أَيُّهَا ْال ُم َّدثِّ ُر‬.

Hadis ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-
Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat
disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah
surah al-Muddathir.

 iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin
Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan
oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar
suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah.
Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh
itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut;
Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:

َ‫……‘ال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِمين‬..”


ْ (al-Fatihah: 1-7)

 iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat
pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara
pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan
beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha
Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah:
Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang.)

Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya,
Al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama
menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi
membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang
bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya
adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan
tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah
Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah Surah Al-Muddathir.

Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala
(87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula
diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i)
Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173
Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219
mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-
Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.
 2. Yang Terakhir Diturunkan

Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak
mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-
masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka
memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika
beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:-

 i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:

 a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat
terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman
Allah,

َ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا اتَّقُوا هَّللا َ َو َذرُوا َما بَقِ َي ِمنَ الرِّ بَا ِإ ْن ُك ْنتُ ْم ُم ْؤ ِمنِين‬

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba -
yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).

 b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir


diturunkan adalah,

ْ ‫ت َوهُ ْم ال ي‬
َ‫ُظلَ ُمون‬ ٍ ‫َواتَّقُوا يَوْ ًما تُرْ َجعُونَ فِي ِه ِإلَى هَّللا ِ ثُ َّم تُ َوفَّى ُكلُّ نَ ْف‬
ْ َ‫س َما َك َسب‬

“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua
dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)

 c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya:
“Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِ ‫َذا َجا َء نَصْ ُر هَّللا‬
‫( َو ْالفَ ْت ُح‬Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu
‘Abbas: “Kamu benar.”

 d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,

ِ ‫ب هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َولَ َعنَهُ َوأَ َع َّد لَهُ َع َذابًا ع‬


‫َظي ًما‬ ِ ‫َو َم ْن يَ ْقتُلْ ُم ْؤ ِمنًا ُمتَ َع ِّمدًا فَ َج َزا ُؤهُ َجهَنَّ ُم خَالِدًا فِيهَا َوغ‬
َ ‫َض‬

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah
Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan
bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas
itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”

 ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib

Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-

 a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap


terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.
 b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir
diturunkan ialah,

‫ك قُ ِل هَّللا ُ يُ ْفتِي ُك ْم فِي ْال َكاللَة‬


َ َ‫يَ ْستَ ْفتُون‬

“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad


mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam
perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)

 iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab

Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab
mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,

ٌ ‫َزي ٌز َعلَ ْي ِه َما َعنِتُّ ْم َح ِريصٌ َعلَ ْي ُك ْم بِ ْال ُم ْؤ ِمنِينَ َر ُء‬


‫وف َر ِحي ٌم‬ ِ ‫لَقَ ْد َجا َء ُك ْم َرسُو ٌل ِم ْن أَ ْنفُ ِس ُك ْم ع‬

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu
Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-
Taubah:12

 iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As

Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir
diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.

 v. Pendapat ‘Aishah

Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah
kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang
diturunkan……”

 vi. Pendapat Ummu Salamah

Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah
ayat,

ُ ُ ‫ضي ُع َع َم َل عَا ِم ٍل ِم ْن ُك ْم ِم ْن َذ َك ٍر أَوْ أُ ْنثَى بَ ْع‬


ِ ُ‫اب لَهُ ْم َربُّهُ ْم أَنِّي ال أ‬
‫ار ِه ْم‬ِ َ‫ْض فَالَّ ِذينَ هَا َجرُوا َوأ ْخ ِرجُوا ِم ْن ِدي‬
ٍ ‫ض ُك ْم ِم ْن بَع‬ َ ‫فَا ْستَ َج‬
ْ ‫هَّللا‬ ‫هَّللا‬ ْ ْ َ ْ ْ
ُ‫ت تَجْ ِري ِمن تَحْ تِهَا األنهَا ُر ث َوابًا ِمن ِعن ِد ِ َو ُ ِعن َده‬ ٍ ‫َوأُو ُذوا فِي َسبِيلِي َوقاتَلوا َوقتِلوا ألكف َرن َعنهُ ْم َسيِّئَاتِ ِه ْم َوألد ِخلنهُ ْم َجنا‬
َّ َّ َ ْ ْ َّ ِّ َ ُ ُ ُ َ
َّ
ِ ‫حُ سْنُ الث َوا‬
‫ب‬

“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak
akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau
perempuan……..” (al-Nisa:195)

 vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab


Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat
terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat
beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.

 viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan

‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir
diturunkan,

َ ‫اح ٌد فَ َم ْن َكانَ يَرْ جُو لِقَا َء َربِّ ِه فَ ْليَ ْع َملْ َع َمال‬


‫صالِحًا َوال يُ ْش ِر ْك بِ ِعبَا َد ِة َربِّ ِه‬ ِ ‫ي أَنَّ َما إِلَهُ ُك ْم إِلَهٌ َو‬
َّ َ‫قُلْ إِنَّ َما أَنَا بَ َش ٌر ِم ْثلُ ُك ْم يُو َحى إِل‬
‫أَ َحدًا‬

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti


kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)

Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran


untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan
pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;

 i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat
ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn
‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan
tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-
Baqarah.

 ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir
berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala
pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr
kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-
Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah
dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah
merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir
mengenai perkara halal dan haram.

 iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah
ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat
128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang
diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan.
Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada
jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam
Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di
Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.

Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah
pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir
diturunkan.
[sunting] SEJARAH PENGUMPULAN DAN
PEMBUKUAN AL-QURAN
AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:

 Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-
apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

 Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat


kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan
itu.

 Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat
dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu
cuaca sangat sejuk.

 Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda
sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

 Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara
beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud:
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan
dalam Luh Mahfuz.”

 Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman
Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

 Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal
17 Ramadan .

Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:

“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa
turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi
salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada
sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau
huruf tertentu.

Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali
Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel)
dalam bulan Ramadan secara bertadarus.

Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.

Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya


dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat.

Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk
memantapkan hafalan mereka.

Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang
Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin
Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah
dan Hafsah){isteri Rasullullah).

Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab,
Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.

Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun
sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.

Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid
bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.

Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain
sahaja berikutan kertas belum diketemukan.

Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan
dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

 Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada
kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran)
dan qurra’(pembaca Al-Quran).

 Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang
bertukar disebabkan perkara tertentu) .
 Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.

 Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan
Yamamah iaitu hampir 70 orang.

Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian
ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya
dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut
seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.

Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu
wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada
hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.

Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup
antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.

Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan
akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah
SAW.

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya,
diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.

Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang
juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada
zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu
Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada
tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa
penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6
buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah
dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke
kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-
Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari
naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh
Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya
perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan
keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul
dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab
yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy
yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab
Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf
Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-
Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman
Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith
dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui
kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala
Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin
Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian
daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang
Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga
oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman
bin Harith bin Hisyam.

Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam
yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani
sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang
berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal
ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam
Qiraat(Imam-imam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang
dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari
mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin
berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat
yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk
tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.
NUZUL AL-QURAN

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita
akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan
peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-
Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan
shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga
seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita
hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada
keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna
terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai
perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-
Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran
yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun
yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di
dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang
dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada
Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala
isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang
menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula
bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah
Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 

BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran
yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17
Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-
Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang
pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya
adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun
sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana
malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada
tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada
Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari
Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ
8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta
rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa
saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk
Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil
(orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya
Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-
catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran
diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah
ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana
disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-
Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-
ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat
1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan
ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari
surah Al-Baqarah.
 

Anda mungkin juga menyukai