Anda di halaman 1dari 11

PENURUNAN AL-QURAN

(NUZUL QURAN)

U. AHMAD ZAHID HAMIDI BIN BADRULSHAM


Dikemaskini oleh Ahmad Fitri Che Hasim
“PENGENALAN”
• Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu
mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w dan kewujudan Allah SWT dengan
segala sifat-sifat kesempurnaannya

• Membaca al-Quran serta menghayati dan


mengamalkanya adalah satu ibadat bagi umat Islam

• Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan


rujukan utama di samping sunnah Rasulullah S.A.W
“PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN”

• Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti turun dari


tempat yang tinggi. Kata perbuatan ‘nazala’‫)ز ل*ن‬
)membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi
tetamu’.

• Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara


majaz atau simbolik sahaja yang bertujuan untuk
menunjukkan ketinggian serta kemuliaan al-Quran.

• Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-


Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
“CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN”


Aishah isteri Rasulullah S.A.W meriwayatkan sebelum
Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau
bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di
gua Hira’.


Baginda beribadah kepada Allah SWT untuk selama
beberapa tahun di dalam gua Hira’. Di gua
berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama
melalui malaikat Jibril A.S.
“CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN”
• Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah S.A.W
pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu
diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab;


“Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema
(desingan) loceng dan ini amat berat bagi-Ku, dan
sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang
disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang dalam bentuk
jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap
dengan-Ku dan aku menerima apa saja yang
disampaikannya kepada-Ku.”
“CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN”

• Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku


dalam dua bentuk iaitu secara sekali gus dan
berperingkat.

• Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu


penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-
Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait
al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan
kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.
‘DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL-
MAHFUZ’

Penurunan ini berlaku sekali gus dengan tujuan untuk membuktikan


ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa
segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-
benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21- 22 surah al-Buruj
yang berbunyi,

“‫محُفوظ‬ ‫في‬ ‫ن‬ ‫” َبل َ قُرآ‬


‫ْوح‬ ‫مجيد‬ ‫و‬

‫ه‬

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair


atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi
yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-
22)
‘DARI AL-LAUH AL-MAHFUZ KE BAIT AL-
IZZAH’

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz


ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan
kepada dua ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Ibn ‘Abbas;

“‫”إ َّنا أَ ْن ز ْل في ل ة الق ْدر‬


ِ
‫َناه ْي َل‬

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada


Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
‘DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL-
MAHFUZ’
“‫م ة إ ك م رين‬ ‫”إِ َّنا أَ ْن ز ْل ي ل ْي‬
‫َلة َبارك َّنا َّنا ْنذ‬ ‫َناه‬

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam


yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami
sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami
ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

•Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-


Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah
s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
“DARI BAITUL IZZAH KEPADA
RASULULLAH S.A.W”
• Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-
ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai
apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh
tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di
Madinah al-Munawwarah.

• Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-


Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke
akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada
al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya
untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20
malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Anda mungkin juga menyukai