Anda di halaman 1dari 22

ِ ‫ول الْ ُقر‬

‫آن‬ ْ ُ ‫ُن ُز‬


PENURUNAN AL-QURAN

1. PENDAHULUAN

Al-Qur’an merupakah Kalam Allah SWT yang paling mulia, diwahyukannya


kepada Nabi Muhammad SAW sebagai penghulu para nabi dan rasul. Kitab
suci ini merupakan panduan Allah Taala untuk umat manusia di akhir zaman,
berpegang teguh dengannya serta Sunnah Baginda SAW pasti selamat dari
segala malapetaka dunia dan akhirat.

Kitab mulia ini telah melalui suatu tempoh sepanjang penurunannya, ia


mengambil masa selama 23 tahun sehingga sempurna, dalam tempoh
tersebut, Nabi SAW telah menempuh dua fasa; iaitu Fasa Makkah dan Fasa
Madinah.

Permulaan turunnya Al-Qur’an merupakan detik pertama Baginda SAW


menerima wahyu, ketika itu jugalah Baginda dilantik sebagai Pesuruh Allah
yang terakhir, penutup nabi dan rasul. Lalu bermulalah tempoh turun Al-
Qur’an kepadanya sehingga ia menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu
dengan Allah SWT. Penurunan ini disebut sebagai Nuzul Al-Qur’an.

Walaupun wahyu tidak lagi diturunkan kepada manusia, namun Al-Qur’an ini
dapat menjadi panduan hidup yang lengkap kepada manusia di akhir zaman
sehinggalah terjadinya hari kiamat, segala petunjuk terdapat di dalamnya bagi
mereka yang memerlukan petunjuk daripada Ilahi.

2. PENGERTIAN NUZUL AL-QUR’AN

Perkataan Nuzul adalah kata nama, dan dari segi bahasa bermaksud “turun
dari tempat tinggi” atau “menetap di tempat tertentu”. Kata kerjanya ialah
Nazala, bermaksud “dia telah turun dari tempat tinggi” atau “dia telah menjadi
tetamu”.

1
Al-Qur’an pula merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi
SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS, bermula dengan Al-Fatihah dan
berakhir dengan An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir, dan menjadi ibadah
apabila membacanya.

Gabungan kedua perkataan di atas menjadi istilah “Nuzul Al-Qur’an”, difahami


dari gabungan ini ialah “penurunan Al-Qur’an daripada langit kepada Nabi
SAW”. Isitilah ini adalah secara Majaz atau simbolik, kerana ia telah
diturunkan melalui wahyu, dan ia juga menunjukkan ketinggian Al-Qur’an Al-
Karim kerana diturunkan dari tempat tinggi.

Allah SWT telah menjelaskan penurunan ini melalui firman-Nya:

‫ﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊﱋﱠ‬
Ertinya: “Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami
turunkan Al-Qur’an, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan
tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa
berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada
orang-orang yang ingkar)” [Al-Isra’ 17: 105]

3. PERINGKAT PENURUNAN AL-QUR’AN

Penurunan Al-Qur’an telah dibahagikan kepada tiga (3) peringkat,


pembahagian ini adalah berdasarkan kepada dalil Al-Qur’an dan Sunnah.
Peringkat tersebut ialah:

1- Daripada Allah SWT ditetapkan di Lauh Mahfuz,

2- Daripada Lauh Mahfuz diturunkan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia,

3- Daripada Baitul ‘Izzah kepada Nabi SAW selama 23 tahun.

Peringkat pertama dan kedua berlaku secara sekaligus, manakala peringkat


ketiga pula berlaku secara beransur-ansur.

2
3.1 DITETAPKAN DI LAUH MAHFUZ

Peringkat pertama ini berlaku secara sekaligus, dan waktu ditetapkan


itu hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Perkara ini dijelaskan oleh
Allah Taala di dalam firman-Nya:

‫ﱡﭐﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂﲃﱠ‬
Ertinya: “(3) Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Al-Qur’an
yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu menggunakan akal
(untuk memahaminya). (4) Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu di dalam
Ummil Kitab (Ibu Suratan) di sisi Kami – sangat tinggi (kemuliaannya), lagi
amat banyak mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap
kukuh” [Az-Zukhruf 43: 3-4]

Dan firman-Nya:

‫ﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑﱒﱠ‬
Ertinya: “(77) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu
ialah Al-Qur’an yang mulia, (yang sentiasa memberi pengajaran dan
petunjuk). (78) Yang tersimpan di dalam Kitab yang sangat terpelihara (di
Lauh Mahfuz). (79) Yang tidak disentuh kecuali oleh makhluk-makhluk
yang suci (para malaikat). (80) Al-Qur’an itu diturunkan dari Allah Tuhan
sekalian alam” [Al-Waqi’ah 56: 77-80]

Dan juga firman Allah SWT:

‫ﱡﭐﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﳎﳏﱠ‬
Ertinya: “(21) (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Qur’an yang tertinggi
kemuliaannya. (22) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada
Lauh Mahfuz” [Al-Buruj 85: 21-22]

3
Imam Ath-Thabari dan Imam Al-Qurthubi menjelaskan bahawa Lauh
Mahfuz adalah di sisi Allah SWT, syaitan, iblis dan jin tidak dapat
sampai kepadanya, ia terpelihara daripada mereka, kerana itu ia
dinamakan Lauh Mahfuz. Menurut Ibnu Mandzur, Lauh ertinya alas
lebar diperbuat daripada kayu, perkataan jamaknya ialah Alwah,
Mahfuz pula ertinya yang terpelihara atau terjaga.

Imam Ibnu Katsir berkata: Al-Qur’an tersimpan di Lauh Mahfuz,


maksudnya di tempat yang tinggi dan terpelihara dari sebarang
penambahan, pengurangan, penyelewengan dan penukaran.

Lauh Mahfuz adalah tempat dicatatkan segala ketetapan Allah SWT yang
terjadi dan akan terjadi di alam. Allah SWT menegaskan di dalam surah
Al-Furqan (25) pada ayat ke:2 yang bermaksud: “.. Dan Dia telah
menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya
dengan serapi-rapinya”, dan di dalam surah Al-An’am (6) ayat 59,
maksudnya: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan
segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia
sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak
gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur
sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan
yang kering, melainkan (semuanya) tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)
yang terang nyata”.

Maka termasuk semua perkara itu adalah Al-Qur’an Al-Karim yang


kemudiannya diturunkan kepada Baginda Nabi SAW.

HIKMAH DITETAPKAN AL-QUR’AN DI LAUH MAHFUZ

a. Hikmah ditetapkan Al-Qur’an di Lauh Mahfuz adalah kembali


semula kepada hikmah penciptaan Lauh Mahfuz, di mana ia merupakan
tempat catatan segala perkara yang ditakdirkan oleh Allah SWT, semua
yang terjadi dan akan terjadi sehingga hari kiamat.

4
b. Lauh Mahfuz merupakan saksi Kekuasaan Allah SWT, ia
membuktikan Kebesaran-Nya, Ketinggian-Nya, Pengetahuan-Nya dan
Kebijaksanaan-Nya. Maka perkara ini akan menguatkan keimanan
kepada Allah Taala, serta membangkitkan rasa tenang di dalam diri
seorang hamba apabila berlaku sesuatu perkara kepadanya.

3.2 DITURUNKAN DARIPADA LAUH MAHFUZ KE BAITUL ‘IZZAH DI


LANGIT DUNIA

Peringkat kedua penurunan ini juga berlaku secara sekaligus, waktu


penurunan pada peringkat ini adalah di bulan Ramadan pada Malam Al-
Qadr. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an:

‫ﱠ‬..‫ﱡﭐﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ‬
Ertinya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an..” [Al-
Baqarah 2: 185]

‫ﱡﱥ ﱦ ﱧ ﱨ ﱩﱪﱠ‬
Ertinya: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada Malam
Al-Qadr” [Al-Qadr 97: 1]

‫ﱡﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊﱋ ﱌ ﱍ ﱎﱏﱠ‬
Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an itu pada
malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami
sentiasa memberi peringatan dan amaran” [Ad-Dukhan 44: 3]

Imam Al-Qurthubi menjelaskan bahawa para ulama telah bersepakat


dan tiada khilaf di kalangan mereka bahawa penurunan yang
dimaksudkan di sini ialah daripada Lauh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di
langit dunia. Kenyataan seumpama ini juga telah disebut oleh Imam
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani.

HIKMAH DITURUNKAN AL-QUR’AN SECARA SEKALIGUS KE BAITUL


‘IZZAH

5
a. Mengagungkan Al-Qur’an di sisi malaikat yang berada di langit,
serta membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad SAW yang akan
diturunkan Al-Qur’an kepadanya,

b. Memberitahu kepada malaikat bahawa Al-Qur’an ini merupakan


kitab terakhir yang akan diturunkan oleh Allah SWT kepada penghulu
sekalian nabi dan rasul,

c. Sebagai satu kemulian kepada umat Rasulullah SAW kerana Al-


Qur’an didekatkan kepada mereka sebelum ia diturunkan,

d. Sebagai perbezaan antara Al-Qur’an dan kitab-kitab yang


terdahulu.

e. Menjelaskan tentang sifat Maha Mengetahuinya Allah SWT.

3.3 DITURUNKAN DARIPADA BAITUL ‘IZZAH KEPADA NABI SAW

Peringkat ketiga ini berlaku secara beransur-ansur selama tempoh 23


tahun; 10 tahun ketika Nabi SAW berada di Makkah, dan 13 tahun
setelah Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Menurut sebahagian ulama
permulaan turun Al-Qur’an secara sedikit demi sedikit kepada Nabi SAW
ini bermula pada Malam Al-Qadr. Penjelasan mengenai peringkat
penurunan ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

‫ﱠ‬ ‫ﱡﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ ﱕ‬
Ertinya: “Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur
agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami
menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Isra’ 17: 106]

‫ﭐﱡﲾ ﲿ ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ ﳅ ﳆﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋﳌ ﳍ ﳎﳏﱠ‬
Ertinya: “Berkatalah orang-orang kafir: “Mengapa Al-Qur’an itu tidak
diturunkan kepadanya sekali turun sahaja?”; demikianlah supaya Kami
perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur
dan benar)” [Al-Furqan 25: 32]

6
Penurunan Al-Qur’an pada peringkat ini mempunyai pelbagai bentuk
ketika ia diturunkan kepada Nabi SAW, di antaranya ialah:

1- Diturunkan lima (5) ayat, atau lebih, atau kurang. Dan kebiasaannya
lima (5) hingga sepuluh (10) ayat. Sayyidina Umar Al-Khattab RA pernah
berkata: “Pelajarilah Al-Qur’an lima (5) ayat lima (5) ayat, kerana Jibril
AS telah menurunkan Al-Qur’an kepada Nabi lima (5) ayat lima (5) ayat”
- Riwayat Al-Baihaqi di dalam kitab Syu’abul Iman.

2- Surah-surah pendek yang diturunkan secara sekaligus seperti Al-


Fatihah dan Al-Mu’awwizat, dan ada juga surah pendek yang turun
secara berperingkat seperti surah Al-‘Alaq, Al-Muddatsir dan Adh-
Dhuha.

3- Tujuh (7) surah yang panjang iaitu: 1) Al-Baqarah, 2) Aali ‘Imran, 3)


An-Nisa’, 4) Al-Maaidah, 5) Al-An’am, 6) Al-A’raf, 7) khilaf ulama di
antara At-Taubah atau Yunus. Surah-surah ini diturunkan secara
berperingkat, hanya surah Al-An’am diturunkan secara sekaligus
kepada Nabi SAW ketika di Makkah, ini seperti dijelaskan oleh oleh Ibnu
Abbas RA: “Diturunkan surah Al-An’am pada waktu malam secara
sekaligus, turun bersamanya 70 ribu malaikat mengiringi di
sekelilingnya dengan bertasbih” - Riwayat Ath-Thabrani di dalam kitab
Al-Mu’jam Al-Kabir.

HIKMAH PENURUNAN AL-QUR’AN SECARA BERANSUR-ANSUR


KEPADA NABI SAW

a. Menetapkan hati Baginda SAW seperti kisah para anbiya’


terdahulu, perintah Allah SWT agar Nabi bersabar, dan larangan dari
bersedih dan merasa sempit dengan tugas dakwah.

b. Mudah dihafaz dan difahami oleh para sahabat apabila diajar oleh
Nabi SAW.

7
c. Dapat mengiringi peristiwa semasa yang berlaku ketika hidup
Nabi SAW.

d. Syariat ditetapkan secara berperingkat bersesuaian dengan


penurunan Al-Qur’an.

e. Berterusan mukjizat Al-Qur’an serta cabaran terhadap mereka


yang engkar agar cuba mencipta sesuatu yang seumpamanya.

f. Bukti yang jelas bahawa Al-Qur’an datangnya daripada Allah SWT


dan bukan dari rekaan manusia.

8
4. AYAT AWAL DAN AKHIR DITURUNKAN

Para ulama telah memberikan perhatian khusus di dalam mendalami


penurunan Al-Qur’an untuk mengetahui ayat Makkiyah, Madaniyyah, ayat
yang diturunkan di Thaif, Baitul Maqdis, Hudaibiyah, ayat yang diturunkan
pada waktu malam, waktu siang, musim sejuk atau musim panas, ayat yang
diturunkan ketika Baginda SAW bermusafir, atau ketika Baginda tidak
musafir, dan termasuk juga perhatian ulama pada ayat awal dan ayat akhir
diturunkan.

Mengetahui penurunan ini adalah dengan Ilmu Tawqifi, ia bergantung kepada


periwayatan generasi Sahabat atau Tabi’in, tiada ijtihad yang dapat
menentukan sesuatu perkara berkaitan Nuzul Al-Qur’an, melainkan ijtihad
hanya dapat mentarjihkan di antara riwayat-riwayat yang bercanggah pada
menentukan penurunan ayat Al-Qur’an.

Perbezaan yang berlaku di kalangan ulama ketika menjelaskan ayat pertama


dan terakhir diturunkan adalah disebabkan kerana had ilmu yang sampai
kepada mereka, atau kadar dalil yang sampai kepada mereka, atau juga
kerana maksud ulama tersebut adalah ayat awal dan akhir pada ruang
tertentu. Ini menjadikan perbincangan mengenai ayat awal dan akhir
diturunkan kepada Baginda SAW mempunyai percambahan maklumat yang
pelbagai.

Oleh itu, ulama bidang Al-Qur’an membahagikan perbincangan ayat awal dan
akhir diturunkan ini kepada empat (4) bahagian, huraiannya adalah seperti
berikut:

4.1 AYAT AWAL DITURUNKAN SECARA MUTLAK

Ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai ayat Al-Qur’an


yang mula-mula diturunkan kepada Nabi SAW secara mutlak, iaitu:

9
Pandangan pertama: Lima (5) ayat awal surah Al-‘Alaq adalah yang
mula diturunkan, iaitu firman Allah SWT:

‫ ﲚ‬,‫ ﲙ‬,‫ ﲘ‬,‫ ﲗ‬,‫ ﲖ‬,‫ ﲕ‬,‫ ﲔ‬,‫ ﲓ‬,‫ ﲒ‬,‫ ﲑ‬,‫ ﲐ‬,‫ ﲏ‬,‫ ﲎ‬,‫ ﲍ‬,‫ ﲌ‬,‫ ﲋ‬,‫ ﲊ‬,‫ ﲉ‬,‫ ﲈ‬,‫ ﲇ‬,‫ ﲆ‬,‫ﱡﭐﲅ‬
‫ﲛ ﲜﲝ ﱠ‬
Ertinya: “1- Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang
menciptakan. 2- Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3-
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. 4- Yang mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. 5- Dia mengajar kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya”. [Al-‘Alaq 96: 1-5]

Pandangan pertama ini adalah pandangan paling sahih dan lebih rajih,
dalilnya seperti berikut:

a. Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah RA


menceritakan detik pertama Nabi SAW didatangi Jibril AS di Gua Hira’,
kemudian Baginda diminta untuk membaca, namun Baginda
menyatakan tidak boleh membaca, sehingga Jibril menyelebungi
Baginda dan membacakan lima ayat pertama surah Al-‘Alaq.

b. Al-Hakim dan Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Aisyah RA:


“Surah pertama diturunkan daripada Al-Qur’an ialah:

."‫ﱡﭐﲅ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉﱠ‬
c. Al-Hakim dan Ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Abu Musa Al-
Asy’ariy RA telah membaca surah Al-‘Alaq, kemudian dia berkata:
“Surah ini mula-mula diturunkan kepada Nabi SAW”.

Pandangan kedua: Surah pertama yang diturunkan ialah surah Al-


Muddathsir. Dalil pandangan ini adalah seperti berikut:

a. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abdurrahman Bin


‘Auf RA bahawa ia telah bertanya kepada Jabir Bin Abdullah RA:

10
“Apakah ayat Al-Qur’an mula diturunkan?”, Jabir menjawab: “Ya
Ayyuhal Muddathsir”, Abdurrahman bertanya lagi: “Ataukah Iqra’?”,
jawab Jabir: “Saya ceritakan kepada kamu dengan apa yang telah
diceritakan oleh Nabi SAW kepada kami, sabda Baginda: “Sesungguhnya
aku telah mengasingkan diri di Gua Hira’, setelah aku menghabiskan
masa pengasinganku itu, aku turun ke lembah, tiba-tiba aku dipanggil,
aku melihat ke hadapan, belakang, kanan dan kiri, tetapi aku tidak
melihat seorang pun, kemudian aku dipanggil lagi, aku melihat tetapi
tiada seorang pun, kemudian aku dipanggil lagi, lalu aku mengangkat
kepalaku, tiba-tiba aku melihat Jibril di atas ‘Arasy di ufuk, sehingga aku
merasa gementar dan takut, lalu aku balik kepada Khadijah dan berkata:
“Selimutkan aku!”, lalu dia menyelimutkan aku, kemudian ia
menyiramkan air kepadaku, maka Allah SWT menurunkan:

‫ﱠ‬ ‫ﭐﱡﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ‬
Ertinya: “1- Wahai orang yang berselimut! 2- Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3- Dan Tuhanmu, maka
ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!”. [Al-Muddathsir 74: 1-3]

Pandangan ketiga: Surah Al-Fatihah adalah surah pertama diturunkan.


Dalil pandangan ini adalah:

a. Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Amru Bin Syurahbil kisah Nabi


SAW dibawa oleh Abu Bakar untuk bertemu dengan Waraqah, kemudian
Baginda didatangi Jibril dan berkata: Wahai Muhammad! Katakanlah:

‫ ﱢﱣﱤ ﱠ‬sehingga ‫ﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅ ﱆﱇﱈﱉ‬


Pendapat keempat: Bismillahirrahmanirrahim adalah ayat pertama
diturunkan. Dalilnya adalah:

a. Riwayat Al-Baihaqi daripada Amru Bin Syurahbil seperti di atas.

b. Al-Wahidi meriwayatkan daripada ‘Ikrimah dan Al-Hasan Al-Basri,


mereka berdua berkata: “Awal yang diturunkan daripada Al-Qur’an

11
adalah Bismillahirrahmanirrahim, ia adalah awal diturunkan di Makkah,
surah pertama diturunkan ialah Al-‘Alaq”.

RUMUSAN PENDAPAT

Berdasarkan pandangan ulama mengenai ayat awal diturunkan secara


mutlak, maka dapat dirumuskan kepada tiga (3) perkara berikut:

1. Pandangan pertama adalah lebih kuat, ini berdasarkan status


hadith Aisyah RA yang Sahih dan Marfu’ kepada Nabi SAW.

2. Pandangan kedua lebih menjurus kepada surah pertama yang


diturunkan secara keseluruhan ayatnya. Di samping itu kenyataan Jabir
RA dilihat sebagai ijtihadnya yang menyatakan surah Al-Muddathsir
sebagai mula-mula diturunkan.

Di dalam riwayat Jabir RA, Nabi SAW menjelaskan bahawa ia


melihat Jibril sekali lagi, ertinya Baginda pernah melihat kali pertama,
iaitu ketika di dalam Gua Hira’ semasa wahyu pertama dari surah
Al-‘Alaq.

Ulama menyatakan, surah Al-‘Alaq untuk melantik Baginda SAW


sebagai nabi, manakala surah Al-Muddathsir pula untuk melantik
sebagai rasul.

3. Pendapat ketiga dan keempat dilihat lemah dari status hadith,


kerana Mursal atau Munqati’ yang lebih lemah berbanding hadith Aisyah
dan Jabir RA.

4.2 AYAT AKHIR DITURUNKAN SECARA MUTLAK

12
Ulama berbeza pendapat mengenai ayat apakah yang terakhir sekali
diturunkan kepada Nabi SAW secara mutlak, perbezaan tersebut adalah
seperti berikut:

Pandangan pertama: Ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah SWT:

‫ﱡﭐﳆ ﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋﳌ ﳍ ﳎ ﳏ ﳐ ﳑ ﳒ ﳓ ﳔ ﳕ ﳖﱠ‬
Ertinya: “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang
padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan
disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah
diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit
pun”. [Al-Baqarah 2: 281]

Pandangan pertama ini merupakan pandangan yang dipegang oleh


kebanyakan ulama dan ia adalah lebih kuat dan rajih. Dalil pandangan
ini seperti berikut:

a. Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada ‘Ikrimah, daripada Ibnu


Abbas RA telah berkata: Akhir yang diturunkan daripada Al-Qur’an

ialah: (‫و َّات ُقوا َي ْو ًما ُت ْر َجعُو َن فِ ِيه ِإىَل اللَّ ِه‬...)
َ .

b. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Sa’id Bin Jubair,

daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata: Akhir ayat yang diturunkan ialah: (

‫و َّات ُقوا َي ْو ًما ُت ْر َجعُو َن فِ ِيه ِإىَل اللَّ ِه‬...)


َ .

c. Ibnu Jarir At-Tabari juga meriwayatkan daripada ‘Ikrimah,


daripada Ibnu Abbas RA. Ibnu Jarir turut meriwayatkan daripada Ibnu
Juraij seperti di dalam tafsirnya.

13
d. Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Sa’id Bin Jubair, ia berkata:

Akhir yang diturunkan daripada Al-Qur’an keseluruhannya ialah: (‫َو َّات ُق وا‬

‫ي ْو ًما ُت ْر َجعُو َن فِ ِيه ِإىَل اللَّ ِه‬...)


َ . Selepas turun ayat ini Nabi hanya hidup selama
9 malam sahaja, dan Baginda wafat pada malam Isnin 3 Rabiul Awal 10
Hijrah.

e. Begitu juga imam Al-Baghawi dan imam Al-Alusi menukilkan


perkara yang sama di dalam tafsir mereka.

Pandangan kedua: Ayat 278 surah Al-Baqarah merupakan ayat akhir


diturunkan. Ayatnya seperti berikut:

‫ﱡﭐﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢﱠ‬
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih
ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang
beriman”. [Al-Baqarah 2: 278]

Dalil pandangan ini ialah:

a. Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, ia


berkata: Ayat terakhir diturunkan ialah ayat riba. Dimaksudkan dengan
ayat riba ialah ayat 278 surah Al-Baqarah. Al-Baihaqi turut
meriwayatkan daripada Umar RA sama seperti kenyataan Ibnu Abbas.

b. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Umar RA,


beliau berkata: Di antara yang akhir diturunkan ialah ayat riba.

c. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri,


beliau berkata: Umar ada berbicara kepada kami dengan berkata:
Sesungguhnya di antara ayat Al-Qur’an yang terakhir diturunkan ialah
ayat riba. Iaitu ayat 278 surah Al-Baqarah.

14
Pandangan ketiga: Ayat 282 surah Al-Baqarah ialah ayat terakhir
diturunkan. Ayat ini adalah ayat terpanjang di dalam Al-Qur’an yang
menyentuh tentang hutang, ia telah mengambil ruang sebanyak satu
mukasurat. Ayatnya ialah:

...
‫ﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆ ﱇ ﱈ ﱉ ﱊ ﱠ‬
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke
suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan
masa bayarannya) itu…”. [Al-Baqarah 2: 282]

Pandangan ini berdasarkan dalil:

a. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Syihab, daripada Sa’id Bin


Musyyib, ia berkata: Sesungguhnya telah sampai kepadaku berita
bahawa ayat Al-Qur’an yang terakhir diturunkan dari ‘Arasy ialah ayat
Al-Dain (hutang piutang).

Pandangan keempat: Ayat Al-Kalalah iaitu ayat 176 surah An-Nisa’


merupakan ayat terakhir diturunkan. Ayatnya ialah:

...
‫ﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ ﱆﱇ ﱠ‬
Ertinya: “Mereka (para sahabat) meminta fatwa kepadamu (Wahai
Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: “Allah memberi
fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu…”. [An-Nisa’ 4: 176]

Dalil pandangan ini ialah:

a. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Al-Barra’


Bin ‘Azib, ia berkata: Ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 surah An-
Nisa’.

Pandangan kelima: Ayat 128 dan 129 daripada surah At-Taubah adalah
ayat terakhir diturunkan. Ayatnya ialah:

15
‫ﲯ‬ ‫ﲮ‬ ‫ﲬ ﲭ‬ ‫ﭐﱡﭐﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ‬
‫ﲰ ﲱ ﲲ ﲳﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﱠ‬
Ertinya: “(128) Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan
lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (129) Jika mereka
berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia
adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. [At-Taubah 9: 128-129]

Dalil pandangan ini ialah:

a. Al-Hakim meriwayatkan daripada Ubai Bin Ka’ab, ia berkata: Ayat

terakhir diturunkan ialah: (‫ول ِّم ْن َأن ُف ِس ُك ْم‬


ٌ ‫لَقَ ْد جَاءَ ُك ْم َر ُس‬...), hingga akhir

surah. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan, ia terletak di dalam


surah Baraah atau At-Taubah.

b. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ubai Bin Ka’ab katanya:

Sesungguhnya Rasulullah membaca dua ayat ini (‫ول‬


ٌ ‫لَقَ ْد جَاءَ ُك ْم َر ُس‬...),
hingga akhir surah adalah ayat terakhir diturunkan. Ia terletak di dalam
surah Baraah atau At-Taubah.

Pandangan keenam: Pandangan ini mengatakan ayat ketiga surah Al-


Maidah merupakan ayat terakhir sekali diturunkan kepada Nabi SAW.
Ayatnya seperti berikut:

‫ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ ﱰ ﱱ ﱲ ﱳ ﱴ ﱵ ﱠ‬...‫ﱡ‬
...
Ertinya: “…Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam
itu jadi agama bagimu…”. [Al-Maidah 5: 3]

16
Pendapat terakhir ini tidak mempunyai dalil dan hujjah, dan ia adalah
pendapat yang tidak tepat, tiada seorang ulama pun yang menyebutnya
sebagai ayat terakhir diturunkan kepada Nabi SAW. Ayat ini diturunkan
kepada Nabi ketika melakukan Haji Wida’, iaitu ketika Baginda berada
di ‘Arafah, penurunan ayat ini berlaku pada 29 Zulhijjah tahun 10
Hirah, dan Nabi hidup selama 81 hari selepas turun ayat ini, manakala
ayat 281 surah Al-Baqarah Nabi masih hidup selama 9 hari.

RUMUSAN PENDAPAT

Dapat dirumuskan pendapat ulama kepada 3 perkara berikut:

1. Semua riwayat adalah bersumber daripada sahabat dan ia


merupakan hadith Mauquf, dan tiada satu pun hadith Marfu’ yang
sampai kepada Nabi SAW.

2. Nabi SAW tidak pernah memberitahu kepada sesiapapun dari


kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang akhir sekali
diturunkan kepada Baginda.

3. Punca utama berlaku pertindihan maklumat mengenai ayat


manakah yang terakhir diturunkan adalah kerana Nabi SAW melarang
sahabatnya menulis selain daripada Al-Qur’an, ini dibimbangi akan
berlaku campur aduk di dalam Al-Qur’an.

4.3 AYAT AWAL DAN AYAT AKHIR DITURUNKAN SECARA MUQAYYAD

Dimaksudkan dengan ayat awal dan akhir diturunkan secara Muqayyad


ialah; ayat yang mula dan akhir diturunkan tentang perkara yang
tertentu, seperti ayat tentang makanan, ayat tentang minuman arak,
ayat tentang perang dan sebagainya. Maka pada perkara khusus
tersebut terdapat ayat awal diturunkan dan juga ayat akhir. Huraiannya
seperti contoh berikut:

a. AYAT AWAL DAN AKHIR TENTANG MAKANAN

17
Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW tentang makanan ialah
ketika di Makkah, iaitu ayat 145 surah Al-An’am, firman Allah SWT:

‫ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ‬,‫ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ‬,‫ﱡﭐ ﲉ‬
‫ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﲯ ﲰ ﲱﱠ‬
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa
yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang
yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau
darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah
kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang
disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. [Al-An’am 6: 145]

Manakala ayat terakhir yang diturunkan tentang makanan pula ialah


ketika di Madinah, ayat 3 surah Al-Maidah, firman Allah SWT:

‫ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ‬,‫ ﱇ‬,‫ ﱆ‬,‫ﭐﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅ‬


‫ﱕ ﱖ ﱗ ﱘ ﱙ ﱚ ﱛ ﱜﱝ ﱞ ﱟﱠ ﱠ‬
...
Ertinya: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,
(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,
yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu)
yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib
dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah
kefasikan…”. [Al-Maidah 5: 3]

b. AYAT AWAL DAN AKHIR TENTANG MINUMAN ARAK

Ayat awal diturunkan mengenai minuman arak ialah ayat 219 surah Al-
Baqarah, firman Allah Taala:

18
‫ﱠ‬... ‫ﱡﭐﲲ ﲳ ﲴ ﲵﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼ ﲽ ﲾ ﲿ ﳀﳁ‬
Ertinya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai
arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada
pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya…”. [Al-Baqarah 2: 219]

Manakala ayat akhir mengenai minuman arak pula ialah ayat 90 dan 91
surah Al-Maidah, Allah SWT berfirman:

‫ ﱋ‬,‫ ﱊ‬,‫ ﱉ‬,‫ ﱈ‬,‫ ﱇ‬,‫ ﱆ‬,‫ ﱅ‬,‫ ﱄ‬,‫ ﱂ ﱃ‬,‫ ﳆ ﳇ ﳈ ﳉ ﳊ ﳋ ﳌ ﳍ ﱁ‬,‫ ﳅ‬,‫ﭐﱡﭐﲾ ﲿ ﳀ ﳁ ﳂ ﳃ ﳄ‬
‫ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑﱒ ﱓ ﱔ ﱕ ﱖﱠ‬
Ertinya: (90) “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya
(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib
dengan panah, adalah perkara buruk termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan”. (91)
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan berjudi itu, dan
menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka adakah
kamu hendak berhenti?”. [Al-Maidah 5: 90-91]

c. AYAT AWAL DAN AKHIR TENTANG PERANG

Mengenai perang menghadapi musuh di medan pula, ayat pertama


diturunkan tentangnya ialah ayat 39 hingga 41 surah Al-Hajj, firman
Allah SWT:

‫ ﱈ ﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ ﱒ ﱓ ﱔ‬,‫ ﱇ‬,‫ﭐﱡﭐﱁ ﱂ ﱃ ﱄ ﱅﱆ‬


‫ ﱱ‬,‫ ﱬ ﱭﱮ ﱯ ﱰ‬,‫ ﱫ‬,‫ ﱦ ﱧ ﱨﱩ ﱪ‬,‫ ﱥ‬,‫ ﱜ ﱝ ﱞ ﱟ ﱠ ﱡ ﱢ ﱣ ﱤ‬,‫ﱕ ﱖ ﱗﱘ ﱙ ﱚ ﱛ‬
‫ ﲅ‬,‫ ﲄ‬,‫ ﲃ‬,‫ ﲁﲂ‬,‫ ﲀ‬,‫ ﱿ‬,‫ ﱾ‬,‫ ﱽ‬,‫ ﱼ‬,‫ ﱻ‬,‫ ﱺ‬,‫ ﱹ‬,‫ ﱸ‬,‫ ﱷ‬,‫ ﱶ‬,‫ ﱵ‬,‫ ﱴ‬,‫ ﱳ‬,‫ﱲ‬
‫ﱠ‬ ‫ﲆ‬
Ertinya: (39) “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang
diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan
sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu” (40)

19
“(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka
tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami
hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan)
sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah
dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang
Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama
Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama-
Nya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
(41) “(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di
muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar;
dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”. [Al-Hajj 22: 39-41]

Dan ayat akhir diturunkan mengenai perang ialah ayat 36 surah At-
Tawbah, firman-Nya:

‫ﲰ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵﲶ ﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﱠ‬...‫ﱡﭐ‬
Ertinya: “…dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana
merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya
Allah beserta orang-orang yang bertakwa”. [At-Tawbah 9: 36]

d. AYAT AWAL DAN AKHIR TENTANG LARANGAN MEMBUNUH

Ayat awal tentang larangan ini ialah ayat 33 surah Al-Isra’, firman Allah
SWT:

‫ﱡﲄ ﲅ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗﲘ ﲙ ﲚ‬
‫ﲛ ﲜ ﱠ‬
Ertinya: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan

20
barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah
memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu
melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya dia adalah orang
yang mendapat pertolongan”. [Al-Isra’ 17: 33]

Manakala ayat akhir tentang larangan membunuh pula ialah ayat 93


surah An-Nisa’, firman Allah Taala:

‫ﱡﭐﲃ ﲄ ﲅ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓﱠ‬
Ertinya: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah
murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya
azab seksa yang besar”. [An-Nisa’ 4: 93]

e. AYAT AWAL DAN AKHIR DITURUNKAN DARIPADA SURAH AT-


TAWBAH

Ayat 25 surah At-Tawbah merupakan ayat awal diturunkan daripada


surah ini, ia diturunkan selepas peperangan Hunain, firman Allah SWT:

‫ﱡﭐﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ‬
‫ﲥ ﱠ‬
Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin)
di medan peperangan yang banyak, dan peperangan Hunain, iaitu di
waktu kamu merasa megah kerana banyaknya jumlah(mu), maka jumlah
yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi
yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke
belakang dengan bercerai-berai”. [At-Tawbah 9: 25]

Manakala ayat akhir diturunkan dari surah At-Tawbah ialah dua ayat
terakhir surah ini, iaitu ayat 128 dan 129, firman Allah SWT:

‫ﲯ‬ ‫ﲮ‬ ‫ﲭ‬ ‫ﲬ‬ ‫ﱡﭐﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ‬


‫ﲰ ﲱ ﲲ ﲳﲴ ﲵ ﲶﲷ ﲸ ﲹ ﲺ ﲻ ﲼﱠ‬

21
Ertinya: “(128) Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari
kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan
lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (129) Jika mereka
berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku;
tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia
adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. [At-Taubah 9: 128-129]

f. SURAH AWAL DAN AKHIR DITURUNKAN DI MAKKAH

Selain ayat awal dan akhir diturunkan secara Muqayyad, surah awal
dan akhir diturunkan secara Muqayyad turut dibincangkan oleh para
ulama. Bagi surah awal dan akhir yang diturunkan di Makkah ialah
seperti berikut:

Surah awal diturunkan di Makkah ialah surah Al-‘Alaq, manakala surah


akhir diturunkan di Makkah pula ialah surah Al-Mutaffin, dan ada
pendapat mengatakan surah Al-‘Ankabut.

Jumlah surah yang telah diturunkan ketika Nabi SAW berada di


Makkah ialah sebanyak 86 surah.

g. SURAH AWAL DAN AKHIR DITURUNKAN DI MADINAH

Bagi surah awal dan akhir diturunkan di Madinah pula penjelasannya


seperti berikut:

Surah Al-Baqarah merupakan surah pertama diturunkan kepada Nabi


SAW setelah Baginda berhijrah ke Madinah. Manakala surah terakhir
diturunkan di Madinah ialah surah An-Nasr.

Jumlah surah yang diturunkan di Madinah ialah sebanyak 28 surah.

22

Anda mungkin juga menyukai