(NUZUL QURAN) “PENGENALAN” • Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya
• Membaca al-Quran serta menghayati dan
mengamalkanya adalah satu ibadat bagi umat Islam
• Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan
rujukan utama di samping sunnah Rasulullah S.A.W “PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN”
• Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti turun dari
tempat yang tinggi. Kata perbuatan ‘nazala’) )ن* زلmembawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
• Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara
majaz atau simbolik sahaja yang bertujuan untuk menunjukkan ketinggian serta kemuliaan al-Quran.
• Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-
Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. “CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN”
• Aishah isteri Rasulullah S.A.W meriwayatkan sebelum
Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’.
• Baginda beribadah kepada Allah SWT untuk selama
beberapa tahun di dalam gua Hira’. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama melalui malaikat Jibril A.S. “CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN” • Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab;
“Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema
(desingan) loceng dan ini amat berat bagi-Ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.” “CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN”
• Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku
dalam dua bentuk iaitu secara sekali gus dan berperingkat.
• Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu
penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al- Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al- ‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam. ‘DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL- MAHFUZ’
Penurunan ini berlaku sekali gus dengan tujuan untuk membuktikan
ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar- benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21- 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
“في محفُوظ ” ُبل ُ قُن مجيد
ُوح و رآ ه
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair
atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21- 22) ‘DARI AL-LAUH AL-MAHFUZ KE BAIT AL- IZZAH’
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke
Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada dua ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
“في لة الق ُدر ”إُ ُُنا ز ُل
ُ ُي ل أُ ُن ُنا ُه
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1) ‘DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL- MAHFUZ’ “م ة ك مرين ”إُ ُُنا ز ُل ي ل ُي ُ ُ ُُة ُبار إل أُ ُن ُنا ك ُ ُ نذ ُه ُنا نا
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malamyang
berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)
•Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-
Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.” “DARI BAITUL IZZAH KEPADA RASULULLAH S.A.W” • Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur- ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
• Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-
Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.