Anda di halaman 1dari 11

PENURUNAN AL-QURAN

(NUZUL QURAN)
U. AHMAD ZAHID HAMIDI BIN BADRULSHAM
Dikemaskini oleh Ahmad Fitri Che Hasim


PENGENALAN
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu
mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w dan kewujudan Allah SWT dengan
segala sifat-sifat kesempurnaannya

Membaca al-Quran serta menghayati dan
mengamalkanya adalah satu ibadat bagi umat Islam

Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan
rujukan utama di samping sunnah Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan Nuzul bererti turun
dari tempat yang tinggi. Kata perbuatan nazala )
)membawa maksud dia telah turun atau dia menjadi
tetamu.

Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara
majaz atau simbolik sahaja yang bertujuan untuk
menunjukkan ketinggian serta kemuliaan al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-
Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN
Aishah isteri Rasulullah S.A.W meriwayatkan sebelum
Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau
bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di
gua Hira.

Baginda beribadah kepada Allah SWT untuk selama
beberapa tahun di dalam gua Hira. Di gua
berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama
melalui malaikat Jibril A.S.



CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah
S.A.W pernah bertanya kepada Baginda bagaimana
wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab;

Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan
gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-Ku,
dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa
yang disampaikan kepada-Ku. Kadang ia datang
dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai
lelaki, bercakap dengan-Ku dan aku menerima apa
saja yang disampaikannya kepada-Ku.



CARA AL-QURAN (WAHYU)
DITURUNKAN
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku
dalam dua bentuk iaitu secara sekali gus dan
berperingkat.

Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu
penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-
Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait
al-Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan
kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.



DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL-
MAHFUZ
Penurunan ini berlaku sekali gus dengan tujuan untuk
membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para
Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang
ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar
berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21- 22 surah
al-Buruj yang berbunyi,



(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang
tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan
sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22)



DARI AL-LAUH AL-MAHFUZ KE BAIT AL-
IZZAH

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-
Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia dipercayai berlaku
berpandukan kepada dua ayat al-Quran sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas;



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada
Malam Lailatul-Qadar. (al-Qadr:1)


DARI ALLAH SWT KE AL-LAUH AL-
MAHFUZ



Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada
malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana
sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan
amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (ad-
Dukhan:3)


Ibn Abbas menjelaskan: Al-Quran diturunkan pada
malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk
diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-
ansur selama beberapa bulan dan hari.

DARI BAITUL IZZAH KEPADA RASULULLAH
S.A.W
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-
ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai
apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua
puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh
tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-
Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke
akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada
al-Quran disimpan di Bait al-Izzah yang mencukupi
baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam
masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-
Mawardi.

Anda mungkin juga menyukai