Anda di halaman 1dari 33

1.

2 : Al-Quran sebagai
sumber pertama syariat
Islam
• Cara al-Quran diturunkan
• Hikmah al-Quran diturunkan secara
beransur-ansur
PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN
• Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk
kepada seluruh penduduk dunia. Selain dari itu
penurunan Al-Quran juga merupakan satu mukjizat
yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Penurunan Al-Quran dalam dua peringkat iaitu
secara sekali gus dari Loh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah
dan kemudiannya secara beransur-ansur kepada
Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai hikmah yang
besar serta untuk membezakan dengan kitab- kitab
Rasul yang lain yang diturunkan secara sekali gus.
PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN
• Penurunan al-Quran memakan masa selama 22
tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran yang diturunkan itu
mengandungi hikmat, petunjuk, penerangan,
penjelasan dan ikutan, amalan serta untuk bacaan
umat manusia dan penduduk bumi seluruhnya. Al-
Quran juga merupakan kalam Allah yang benar dan
sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur. Nuzul al-
Quran ini memang jelas berlaku dan disebut
beberapa akali di dalam al-Quran dengan lafaz atau
perkataan yang berbeza. Antaranya ialah:
PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN

• Nuzul al-Quran ini memang jelas berlaku dan


disebut beberapa kali di dalam al-Quran
dengan lafaz atau perkataan yang berbeza.
Antaranya ialah:
1. Perkataan Nazala
– Maksudnya: Dia dibawa turun oleh Al-Ruh Al-Amin
(Jibril).
– (Surah Al-Syua’ra’ ayat 193)            

193. Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril),


PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN

2. Perkataan Unzila
– Maksudnya: (Beberapa yang ditentukan itu)
Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya
diturunkan (Permulaan) Al-Quran....
– (Surah Al-Baqarah ayat 185)
                               

185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al
Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara
yang hak dan yang bathil).
PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN
3. Perkataan Nazzala
                             

       

– Maksudnya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah
Taala telah menurunkan kitab dengan (mengandungi) kebenaran (tetapi
mereka berselisih dengannya).
– (Surah Al-Baqarah ayat 176)
• Walaupun penggunaan perkatan tersebut adalah berbeza dan ia
disebut dalam Al-Quran sebanyak hampir 307 kali, namun semuanya
membawa maksud dan makna yang sama iaitu penurunan al-Quran.
Pengertian Nuzul Al-Quran dan Cara Penurunannya

• Nuzul al-Quran dapat diberikan dengan


pengertian berikut:
(i) Pengertian bahasa
(ii) Pengertian istilah
(i) Pengertian Bahasa
Nuzul atau penurunan wahyu menurut bahasa
ialah turun dari tempat yang tinggi. Ini
sebenarnya hanya sebagai majaz dan simbolik
sahaja untuk menunjukkan ketinggian al-Quran
dan kemuliaannya.
(ii) Pengertian Istilah
Penurunan al-Quran mengikut pengertian istilah
ialah:
Penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di
langit dunia dan dari langit dunia kepada Nabi
Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat
Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23
tahun.
Cara Nuzul Al-Quran
• Cara penurunan al-Quran itu sebagaimana
yang dijelaskan oleh ulama dapat dibahagikan
kepada dua bahagian utama, iaitu:
1. Nuzul Jumlatan atau Sekali gus.
2. Nuzul Munajjaman atau Beransur-ansur.
Penurunan Sekali Gus
Perbincangan yang menyentuh tentang
penurunan al-Quran secara sekali gus ini dapat
dibahagikan pula kepada dua tahap:
(i) Turun al-Quran ke Luh Mahfuz
(ii) Turun dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit
dunia.
• Tahap Pertama: Daripada Allah s.w.t. ke Luh Mahfuz. Keadaan
dan tahap ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk
membuktikan kekuasaan Allah dan semua perkara yang Allah
lakukan mempunyai perancangan dan peraturan yang cukup
rapi. Pringkat ini al- Quran diturunkan sekaligus berdasarkan
firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka


bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi
kemuliaannya; (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada
Lauh Mahfuz.
(Surah al-Buruj ayat 21 dan 22)
• Mengenai kedudukan dan keadaan al-Quran di
Luh Mahfuz ini ahli Tafsir tidak menemui dalil
atau mereka tidak dapat menjelaskan
bagaimana cara dan bagaimana kedudukan
sebenar al-Quran berada di situ, dan berapa
lama dan bilakah al-Quran mula berada di situ.
Hikmat Penurunan di Luh Mahfuz
(i) Untuk membezakan al-Quran dengan kitab Samawi
lain, seperti Taurat, Zabur dan Injil yang diturunkan sekali
gus kepada rasul-Nya. Di mana al-Quran diturunkan secara
beransur-ansur.
(ii) Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan
dan ketinggian al-Quran dan martabat Nabi Muhammad
s.a.w.
(iii) Untuk menunjukkan Allah. Maha Berkuasa
menjadikan langit dan Maha Mengetahui kedudukan Luh
Mahfuz itu sendiri. Selain itu, untuk meletakkan al-Quran
pada tempat yang sesuai dengan ketinggiannya.
• Tahap Kedua: Turun al-Quran dari Luh
Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.
Berdasarkan firman Allah:
           

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah


menurunkannya (al-Quran) pada malam
kemuliaan.
(Surah al-Qadr ayat 1)
• Firman Allah:
                

Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkannya


(Al-Quran) pada suatu malam yang diberkati....
(Surah Al-Dukhan ayat 3)
• Firman Allah:
                            

  

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu


ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan
(menjelaskan) perbezaan yang antara benar dan yang salah.
(Surah Al-Baqarah ayat 185)
• Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan
Al-Quran pada malam Al-Qadar, Malam diberkati dan
pada bulan Ramadhan, namun hakikatnya Al-Quran
diturunkan kepada Nabi lebih kurang selama 23 tahun.
Untuk itu ulama berselisih pendapat, iaitu:
• Pendapat pertama: Dikemukakan oleh Ibn Abbas dan
majoriti ulama. Di mana penurunan tahap ini juga berlaku
sekaligus ke Baitul ‘Izzah, Iaitu pada malam yang diberkati
dan malam kemuliaan, iaitu malam Al-Qadar di dalam
bulan Ramadhan. Kemudiannya Al-Quran diturunkan
kepada Nabi secara berperingkat- peringkat.
Hal ini brdasarkan hujah berikut:
1. Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit
Dunia pada Malam Al-Qadar, selepas itu diturunkan secara
beransur-ansur. Sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas
yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-hakim dan Al-Nasai,
katanya sambil membaca firman Allah:
Terjemahan: Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia
supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan
lambat dan tenang: Dan Kami menurunkan beransur-ansur.
• Pendapat kedua: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan
oleh ulama Hadis dan Fekah kalangan Tabi’in juga merupakan
seorang guru Abu Hanifah, iaitu ‘Amir Ibn Syarahil yang
terkenal dengan panggilan Al-Sya’bi yang meninggal pada tahun
109 Hijrah. Al Sya’bi berpendapat apa yang dimaksudkan dalam
ketiga-tiga ayat tersebut di atas ialah permulaan turunnya wahyu
kepada Nabi pada malam Al-Qadar di bulan Ramadhan.
Kemudian Al-Quran diturukan secara beransur-ansur selama 23
tahun.
• Justeru itu menurut pendapat Al-Sya’bi tersebut, penurunan Al-
Quran pada hakikatnya dalam satu bentuk sahaja. Iaitu secara
berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w.
• Pendapat tersebut berdasarkan dalil firman
Allah:
                    
Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-
bahagikan dia supaya engkau membacakannya
kepada manusia dengan lambat tenang: Dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-Isra’ ayat 106)
• Pendapat ketiga: Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama
tafsir. Berdasarkan ketiga-tiga firman Allah di atas, mereka
berpendapat, penurunan Al-Quran ke Langit Dunia selama 23
Malam Al-Qadar. Lantaran itu setiap Malam Al-Qadar itu Allah
menentukan Al-Quran yang akan diturunkan kepada Nabi pada
tahun tersebut.
• Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh adalah
pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas. Di mana Al-Quran
itu diturunkan sekaligus pada Malam Al-Qadar ke Baitul ‘Izzah
di Langit Dunia, kemudiannya barulah ia diturunkan secara
berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.
Hikmah Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah
1. Untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi yang lain seperti
Turat, Zabur dan Injil yang diturunkan sekaligus kepada Rasul-Nya. Di mana
Al-Quran mulanya diturunkan sekaligus dalam bentuk kitab yang lengkap
kemudian diturunkan pula secara beransur-ansur.
2. Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian Al-
Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Untuk menjadikan langit dan sebaliknya tentang kedudukan Luh Mahfuz
itu sendiri dan menunjukkan Allah Maha Berkuasa serta Maha
Mengetahui segala yang berlaku. Selain itu, meletakkan Al-Quran sebanding
dan sesuai dengan ketinggiannya.
4. Untuk memuliakan manusia atau Bani Adam pada pandangan malaikat
serta mengumumkan bahawa Allah merahmati manusia.
5. Supaya manusia mengambil pengajaran yang mana Al-Quran sesuatu
yang amat bernilai melalui teknik penurunannya yang begitu rapi dan teliti
serta terpelihara.
Penurunan Beransur-ansur
1. Sebagaimana firman Allah

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-


bahagikan supaya engkau membacakannya kepada
manusia dengan lambat dan tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-Isra’ ayat 106)
Penurunan Beransur-ansur
2. Sebagaimana firman Allah
                             

        

Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya


kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan
sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang
amanah – Ke dalam hatimu,supaya engkau (wahai
Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran
dan amaran (kepada umat manusia).
(Surah Al-Syu’ara’ ayat 192-194)
• Penurunan yang berlaku pada tahap ini adalah
secara beransur-ansur, bermula pada
• 17hb. Ramadhan tahun 610 Masehi di Gua Hira’
hinggalah kewafatan Nabi. Tentang lama
tempoh Al-Quran diturunkan secara beransur-
ansur itu ulama berselisih pendapat, iaitu:
• 1. Setengah ulama mengatakan penurunan Al-
Quran secara beransur-ansur kepada Rasulullah
dengan mengambil masa selama 20 tahun.
2. Menurut Al-Khudari dalam kitabnya Tarikh Al-Tasyri’,
penurunan Al-Quran secara beransur-ansur mengambil
masa tepat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Iaitu
bermula 17hb. Ramadhan tahun ke-41 Nabi dilahirkan
hingga wahyu terakhir 9
Zulhijjah tahun 10 Hijrah.
3. Pendapat lain mengatakan ia mengambil masa
selama 23 tahun.
4. Ada pendapat mengatakan ia mengambil masa 25
tahun.
• Sebagai rumusannya, bahawa adanya perselisihan
tentang tempoh atau lama masa penurunan dan
penerimaan wahyu Al-Quran oleh Rasulullah ialah
kerana perselisihan dan perbezaan mereka dalam
membuat perhitungan atau perkiraan lama masa
Nabi tinggal di Mekah setelah dibangkit menjadi
Rasul, iaitu: Adakah selama 13 tahun atau 10 tahun
atau 15 tahun? Namun pun begitu, semua ulama
telah sepakat mengatakan bahawa lama masa Nabi
menetap di Madinah selepas Hijrah ialah 10 tahun.
• Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya yang
bermaksud: Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan
menjadi Rasul dalam usia 40 tahun, Baginda
menetap di Mekah selama 13 tahun kemudian
berhijrah dan menetap di Madinah selama 10
tahun, serta wafat dalam usia 63 tahun. Justeru
itu dalam tempoh perutusan sebagai Rasul
hinnga wafat itulah Baginda menerima wahyu.
• Walaubagaimanapun, berdasarkan daripada
empat pendapat tersebut, pendapat kedua
adalah pendapat yang paling tepat dan
diterima umum.
HIKMAT PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR

• 1. Untuk memudahkan Nabi mengahafal


dan memahami maksud serta kandungannya
supaya mudah meresap ke dalam jiwa dan
tetap hati Baginda.
HIKMAT PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR

• Contohnya sebagaimana turunnya ayat 32


Surah Al-Furqan ekoran pertanyaan orang
Yahudi kepada Nabi, mengapa Al-Quran tidak
diturunkan secara sekali gus seperti kitab
Taurat kepada Nabi Musa. Oleh sebab itu
turunlah ayat, sebagaimana firman Allah:
                             

          

Maksudnya: Begitulah keadaannya supaya Kami


tetapkan hati engkau (Wahai Muhammad) dengan
Al-Quran itu… (Surah Al-Furqan ayat 32)

Anda mungkin juga menyukai