Anda di halaman 1dari 31

1.

menggalurkan secara ringkas sejarah penandaan atau


dobt penulisan Resm Uthmani
2. mengenal pasti perkembangan simbol atau Dobt Al-Quran
sejak di zaman Saidina Uthman sehingga zaman Kini.
3. menyenaraikan tujuan-tujuan penggunaaan dabt Dalam
penulisan Resm Uthmani.
4. mengaplikasi dabt dalam pembacaan Al-Quran dengan
tepat.
5. Dapat menghindarkan diri dari melakukan kesalahan
membaca ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat-ayat yang
mempunyai dabt tertentu
• Penulisan Al-Quran bermula sejak ia mula diturunkan.
• Usaha tersebut diteruskan oleh Saiyyidina Abu Bakr.
• Pada permulaan zaman Saiyyidina Uthman berlaku
penaklukan Islam ke atas beberapa buah negara di
sekitarnya. Ramai penduduk negaranya yang ditawan
memeluk Islam. Berikutan itu, banyak berlaku
perbezaan dalam pembacaan Al-Quran kerana
penduduk di setiap kota Islam mempelajari Al-Quran
dalam wajah Qira`at tertentu daripada para sahabat
yang berbeza
• Pada tahun ke 25 hijrah satu jawatankuasa penulisan
Al-Quran telah dibentuk di bawah pengawasan
Saiyyidina Uthman untuk menyusun dan menyalin
semula supaya qiraat dan penulisan Al-Quran
diseragamkan dan disatukan dlm satu mushaf.
• Tulisan tersebut tidak mempunyai sebarang tanda
(dobt)/ simbol sama ada berkaitan tanda-tanda baris
‫ب‬
( ‫) نقط اإلعرا‬, tanda-tanda titik-titik pada huruf2 ( ‫نقطة‬
‫) االءعجام‬, tanda2 waqaf dan lain-lain tanda
• Bagi memudahka pembacaan Al-Quran
terutama kepada orang bukan Arab (‫)عجم‬
ulama`-ulama` Al-Quran telah mencipta
bentuk-bentuk tanda ( ‫ ) ضبط‬bermula di Zaman
Khalifah Marwan bin Al-Hakam (pemerintah
Bani Umaiyyah).
• Ramai Sarjana muslim menyetujui bahwa
usaha ini dipelopori oleh Abu Aswad ad-Du`ali
‫دؤلي‬
( ‫) ابو أسود ال‬
Maksud Dobt.
• Dabt pada bahasa = menjaga sesuatu.
• Pada Istilah =satu disiplin ilmu yang
membincangkan simbol-simbol yang diciptakan
oleh ulama untuk membantu dan mengawasi
bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah
Al-Quran.
• Ia merangkumi cara menulis baris (syakl),
penciptaan titik-titik membezakan huruf-huruf
yang hampir sama bentuk dan simbol-simbol yang
menunjukkan jenis waqaf wajah qiraat tertentu.
Pengistilahan ID
• Sblum ID terkenal ulama2 terdahulu
menggunakan istilah ID dgn istilah2 lain iaitu
syakl,nuqat dan ikjam.
• Syakl : tanda2 yg dimasukkan pada huruf utk
menghilangkan keraguan dan ulama2
terdahulu menggunakan istilah “nuqat”
kerana btk baris terawal dicipta berbentuk
titik.
• “Nuqat” : pada istilah digunakan dlm dua
makna :
– “Nuqat Ikrab” : tanda2 berkaitan dgn baris2
– “Nuqat Ikjam” : tanda yg menunjukkan
“zat” huruf yg sama atau yg hampir sama.
Perbezaan resam dgn dobt
1. Rasm = suatu ilmu yang membahas cara
menulis lafaz-lafaz atau perkataan-perkataan
Al-Quran sama ada melalui penambahan
pengurangan atau penggantian huruf,dan
lain-lain kaedah resam berkaitan. Dobt pula
ialah ilmu yang membahaskan tanda-tanda
(simbul) yang dicipta oleh ulama` untuk
mengawasi bacaan-bacaan dan kalimah-
kalimah Al-Quran drpd terseleweng
2. Ilmu dobt dtg sesudah ilmu resam kerana ilmu
resam berkaitan dgn pembentukan kalimah al-
quran manakala dobt ilmu berkaitan dgn tanda2
mendatang (bukan bersama penuliasan awal al-
Quran) utk menjaga bacaan dan kalimah2 al-quran
daripada kesalahan2.
3. Kaedah ilmu resam berasaskan kpd pemeliharaan
ibtidak dan waqaf manakala kaedah dobt
berdasarkan kpd waqaf shj dgn beberapa
pengecualian
4. Ilmu resam dilaksanakan oleh beberapa sahabat2
nabi yg dilantik oleh saidina Othman manakala ilmu
Dobt dilaksanakan oleh2 ulama mutaakhirin yg
merujuk beberapa tokoh pelbagai kepakaran yg
dilantik dan beberapa kitab sebagai sandaran.
5. Ilmu resam bertaraf tauqifi (majoriti) dan tdk harus
mengubahnya dan ijmak berpegang kpdnya
manakala dobt berstatus ijtihadi dan ulama tdk
sepakat berpegang kpdnya dan terdedah kpd
perubahan2
6. Asas ilmu resam = huruf2 hijaiyyah , tdk menambah
dan mengurang dan tiada ruang ijtihad manakala
dobt tanda yg diijtihad oleh ulama2 dan ada turun
naik bahkan kadang2 berubah2.
7. Ilmu resm umumnya bertaraf mukjizat ilmu dobt
tidak
8. Pengabaian ilmu resam menghilangkan banyak
wajah2 qiraat (walaupun sumber utama wajah2
qiraat bersumberkan bacaan/talaqqi dgn rasulullah)
manakala dobt tdk begitu
9. Resam uthmani
berstatus salah satu
rukun bacaan
manakala dobt tdk
berstatus demikian.
Kepentingan Dobt Al-Quran
1. membantu memberi gambaran hukum-
hukum tajwid tertentu dgn betul.
2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada
tanda-tanda baris dan tanda-tanda bacaan
3. mengenali secara langsung sebahagian
wajah- wajah Qiraat al-Quran yang mutawatir
Nuqat dan kaitannya dgn dobt
• Sebahagian besar perbincangan akan berligar di
sekitar permasalahan “nuqat” yang pada awal Islam
mempunyai dua makna.
1. kerangka tanda titik atau diistilahkan nuqat al-
Ikjam. Ia adalah tanda titik yang terletak samada di
atas atau dibawah huruf utk membezakan huruf
yang mempunyai kerangka yang sama seperti kuruf
ha , jim dan kha. Sistem ini sudah terkenal pada
zaman Arab sebelum Islam atau setidak-tidaknya
pada awal Islam sebelum Mushaf Uthmani.
2. tanda diakritikal atau nuqat al-Ikrab.
• Dalam bahasa arab disebut juga sebagai taskhil
seperti: dommah, fatha kasrah. Ia boleh
berbentuk titik atau tanda-tanda lain.
• Diriwayatkan orang pertama meletak dan
mencipta tanda ini ialah Khalil b Ahmad al-
Farahedi (10 sebelum hijrah-69 hijrah/611-
688M), Nasr b Asim, yahya b Yakmur dan
Abdullah b Ishak al-Hadrami
• Pada awalnya rasm al-Khat al-Quran dalam
Mushaf Uthmani tidak mempunyai tanda titik
dan juga tidak mempunyai baris diakritikal atau
taskhil.
• Ada bukti-bukti jelas yang menunjukkan
bahawa tanda titik ini bukan sesuatu yang baru
untuk orang Arab walaupun sememangnya
mushaf awal tidak mempunyai titik.
Tulisan-tulisan arab Klasik berikut membuktikan
bahawa sebahagian paleography (tulisan) Arab
Klasik mempunyai tanda titik.
1. batu Nisan Raqush, inkripsi Arab sebelum
Islam tertua tahun 267m mencatat tanda titik
di atas huruf zhal,ra dan syin
Penemuan Tanda Taskil/Diakritikal
• tanda diakritikal ini dalam Bahasa Arab disebut tashkil
yang dibuat oleh Abu al-Aswad ad-Du’ali (w. 69H./688 M.).
• Ibn Abi Mulaika melaporkan bahawa pada zaman
pemerintahan Umar, seorang Badui datang meminta
seorang guru untuk membantu belajar Al Quran.
Seseorang mengajar secara sukarela, tetapi kemudian
melakukan kesalahan ketika mengajar yang menyebabkan
Umar memberhentikannya, membetulkan dan kemudian
menyuruh agar pengajar Al Quran hanya orang mahir
berbahasa Arab. Dengan kejadian itu Umar tidak lagi
bimbang dan kemudian meminta Abu al-Aswad Du’ali
untuk mengarang sebuah risalah tentang Bahasa Arab.
• Ad-Du’ali melaksanakan tugasnya dengan ikhlas
yang akhirnya dia menetapkan 4 tanda diakritikal
yang akan diletakkan pada hujung huruf setiap
kata.
• Ini berbentuk titik-titik merah (membezakan
resam quran yang berwarna hitam) dengan setiap
posisi titik memberikan erti tertentu. Satu titik
terletak sesudahnya, di atas, atau di bawah huruf
menjadikannya masing-masing dammah, fathah
atau kasrah .
• Demikian halnya dengan titik yang terletak
setelah, di atas atau di bawah huruf berbentuk
Tanween (baris dua)
Tanda-tanda Rasm Uthmani
1. Tanda-tanda baris
• baris asas terbahagi tiga iaitu fathah, dommah
dan kasrah. Fathah ialah alif kecil yang
melintang daripada kanan ke kiri. Ia diletakkan
di atas (pendapat mashur) atau di depan huruf
(pendapat dhaif).
• Rasional penggunaan fathah ialah kerana apabila sesuatu
huruf berbaris fathah dimadkan ia akan menrbitkan huruf
alif. Dommah pula ialah huruf wau kecil dan diletakkan di
atas huruf (pendapat mashur) atau di depan huruf
(pendapat Dhaif). Rasional penggunaan wau untuk baris
dommah ialah apabila sesuatu huruf dimadkan ia akan
menerbitkan huruf wau.Kasrah ialah ya maksuroh atau
mardudah yang dibuang kepala dan titiknya dan
diletakkan di bawah huruf. Rasional penggunaan ya untuk
baris kasrah ialah kerana apabila sesuatu huruf berbaris
fathah apabila dimadkan ia akan menerbitkan huruf ya
• 2. baris tanwin. ditambah satu lagi baris
berdasarkan baris yang asal samada fathah,
dommah dan kasrah.
• Cara meletakkannya ada berbagai pendapat;
a. kedua-duanya di atas huruf sebelum huruf alif
b. kedua-duanya diletak di atas huruf alif
c. satu tanda diletak di atas huruf alif dan dua tanda
diletak di atas huruf alif. (pendapat dhoif)
d. Letak satu tanda di atas huruf sebelum alif dan
satu lagi di atas alif.(pendapat dhoif)
• Tanda-tanda lain yang terdapat di dalam Al-
Quran Rasm Uthmani ialah:
– Tanda bulat bujur
– Tanda bulat meninggi
– Tanda bulat tumpat/penuh
– Tanda Hamzah Wasal
– Tanda Sukun
– Huruf mati Yang Tidak Bertanda sukun
– Huruf Mim Kecil
– Tanda Tanwin
– Huruf-huruf kecil alif, wau, ya` dan nun
– Huruf Sin Kecil
– Tanda Mad
– Bulatan berhias
– Tanda Bintang berbucu lapan
– Garis Panjang
– Tanda Seperti Intan
– Tanda Sin Kecil
– Kepala Huruf Ya` () dan Huruf Wau Kecil ():
– Tanda-tanda Waqaf
CONTOH UJIAN.
• Ulama mencipta pelbagai tanda/ dobt bagi
memudahkan lagi sesaorang untuk membaca
al-Quran. berikan 3 contoh yang membuktikan
kebenaran penyataan ini.
• Terdapat beberapa jenis tanda bulat dan jenis
tanda baris tanwin di dalam al-Quran. Jelaskan
setiap satu beserta contoh yang bersesuaian.
Berdasarkan kepada kefahaman anda tentang
ilmu Dobt jelaskan secara ringkas istilah berikut
beserta contoh kalimah yang sesuai ;
• bacaan saktah
• bacaan tashil
• idgham kamil
• dan bacaan imalah.
• Apakah perbezaan antara Nuqat al-Ikjam dan
Nuqat al-Ikrab dan manakah yang berlaku
terlebih dahulu serta apakah latar
belakangnya.
• jelaskan dengan contoh yang lengkap
perbezaan dan perkaitan antara ilmu Resam
dengan ilmu Dobt,

Anda mungkin juga menyukai