Anda di halaman 1dari 22

PENGANTAR ULUM AL-QURAN

(DUQ1223)
M.1: ULUM AL-QURAN
PENGENALAN
• Pengajian yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran merupakan salah satu
bidang yang penting untuk membolehkan seseorang memahami &
menghuraikan atau mentafsirkan apa yang terdapat dalam al-Quran itu
dengan baik dan sempurna.
• Penyusunan & penulisan Ulum Al-Quran mula disusun pada abad ke-3
H namun telah bermula secara tidak langsung bermula sejak zaman
Nabi, sahabat dan tabi’in. – Belum teratur dan berselerak.
PENGERTIAN ULUM AL-QURAN
BAHASA:
Ulum > Lafaz jamak drpd perkataan ‘Ilm yang merupakan masdar dari kata alima,
ya’lamu yang bermaksud mengetahui.
> Dalam kamus al-Muhit kata alima disinonimkan dengan kata arafa
(mengetahu, mengenal). Oleh demikian, ilm semakna denga ma’rifah yang
beerti ‘pengetahuan’. Sedangkan ulum beerti sejumlah pengetahuan.
Al-Quran > kalam Allah yg mu’jiz (‫ )معجز‬yg telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW, ditulis pada mashaf, disampaikan scra mutawatir dan
membacanya merupakan satu ibadah.
Ulum Al-Quran > segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.
PENGERTIAN ULUM AL-QURAN
ISTILAH:
Al-Zarqani > Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran sama ada dari aspek penurunannya,
bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisannya dan pentafsiran, I’jaz,
nasikh mansukh, sebab-sebab turun ayat, I’rab, serta gharib al-Quran.
Al-Suyuti > Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari
segi penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan
dengannya.
Manna al-Khattan > ilmu yang membahaskan masalah-masalah yang berhubungan dengan al-
Quran dari segi asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya Quran), pengumpulan dan penyusunan
al-Quran, pengetahuan tentang surah-surah Mekah & Madinah, an-nasikh wal mansukh, al-
muhkam wal mutasyabih dan lain-lain yang berkaitan dengan al-Quran.

RUMUSAN: Membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan al-Quran yang meliputi
Asbab Nuzul Ayat, ayat Makki Madani, al-Nasikh dan Mansukh, cara bacaan,
pengumpulan, penulisan, dan berbagai aspek yang berkaitan dengan al-Quran.
TAHAP PERKEMBANGAN ULUM
AL-QURAN

TAHAP PERTAMA > Sebelum Dituliskan Dalam Bentuk Buku.


• Rasulullah & para sahabat orang yang paling arif dan faham tentang
isi kandungan al-Quran dan ilmu2 yang bersangkut paut
dengannya.

* Namun ia belum ditulis dan dikumpulkan dalam bentuk buku.


TAHAP PERKEMBANGAN ULUM
AL-QURAN
* KENAPA?
• Pada waktu itu mereka tidak perlu dan tidak terdesak.

* DISEBABKAN:
• Nabi merupakan orang yang menerima wahyu sendiri daripada Allah.
• Allah sendiri melimpahkan rahmat-Nya kpd Nabi SAW dengan mengumpulkan al-Quran di dalam
dada Nabi.
• Allah mendedahkan kepada Nabi SAW segala rahsia dan pengertian al-Quran .
• Sahabat pula terdiri dari kalangan Arab tulen maka mereka memahami ayat-ayat al-Quran yg
diturunkan kepada Rasulullah.
• Jika timbul sebarang masalah mereka langsung berjumpa Rasulullah SAW.
• Para sahabat tidak pandai menulis dan alatan menulis kurang pd masa itu.
• Larangan Nabi kepada sahabat drpd menulis apa2 yang baginda sampaikan kpd mereka selain al-
Quran .
* RUMUSAN: Ilmu2 al-Quran telah sedia ada & tumbuh secara kukuh pada awal Islam.
TAHAP PERKEMBANGAN ULUM quran
TAHAP KEDUA > Tahap Persediaan Ke Arah Penulisan Bentuk Buku.
* Berlaku pada zaman K. Uthman kerana percampuran diantara orang arab dengan bangsa-
bangsa lain.
* Bimbang keistimewaan kearaban bangsa Arab terhakis dan timbul perselisihan dalam
membaca al-Quran.
* Oleh sebab itu K. Uthman telah memerintahkan supaya al-Quran disalin di dalam satu
mushaf yang rasmi. Tindakan ini dianggap meletakkan batu asas kepada satu ilmu yang
dikenali ilmu Rasm al-Quran @ ilmu Rasm Uthmani.
* Kemudian Saidina Ali memerintahkan Abu Aswad al-Du’ali supaya mencipta beberapa
kaedah nahu Bahasa Arab bagi memelihara keselamatan B. Arab.
* Boleh dikatakan S. Ali dianggap orang pertama yang meletakkan asas bagi ilmu I’rab Quran.
* Seterusnya terdapat juga sahabat dan tabi’in lain yang meletakkan asas bagi bidang ilmu
Tafsir, Asbab Nuzul, Nasikh Mansukh, Gharib al-Quran dan bidang-bidang lain yang
bernaung dibawah ilmu Ulum al-Quran .
TAHAP PERKEMBANGAN ULUM
AL-QURAN

TAHAP KETIGA > Tahap Penulisan Dalam Bentuk Buku


* Pada kurun ke-2H, muncul berbagai kitab dalam pelbagai bidang
dalam kajian Ulum al-Quran .
* Bidang kajian pertama adalah ilmu Tafsir, kerana dianggap ibu
kepada ilmu-ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran dan
penulisan dlm bidang ini terus mendapat perhatian dalam kalangan
ulama.
* Bidang2 lain berhubung dengan al-Quran selain tafsir juga dikarang
secara berperingkat-peringkat.
PENULISAN ULUM AL-QURAN & TOKOH
ULAMA
Dibahagikan kepada beberapa peringkat dan zaman sebagaimana berikut:
1. Abad 1 & 2
Berlaku semasa hayat Rasululllah, Abu Bakar dan Umar, Ulum al-Quran belum disusun dan belum ditulis.
Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman, inisiatif al-Quran ditulis dalam satu mashaf dibuat.
Pada masa pemerintahan Saidina Ali, ilmu I’rab dibuat bagi menjaga bahasa Arab.
a. Tokoh Abad Pertama
Diantara tokoh Ulama al-Quran abad pertama ialah:
i. Kalangan sahabat: Abdullah Bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Za’id bin Thabit & Abdullah Bin Al-Zubair.
ii. Kalangan Tabi’in: Mujahid, Qatadah, ‘Ikrimah & Hasan al-Basri.
iii. Kalangan Tabi’ Tabi’in: Imam Malik bin Anas
b. Tokoh Abad Kedua
Di antara tokoh abad kedua yang menyusun kitab Tafsir ialah:
i. Syu’bah bin al-Hajjaj
ii. Sufian bin ‘Uyainah
iii. Waki’ bin al-Jarrah
PENULISAN ULUM AL-QURAN & TOKOH
ULAMA
2. Abad 3 & 4
Pada abad ini, ilmu Tafsir yang dirintis sebelumnya telah dikembangkan, maka
terbentuklah ilmu-ilmu al-Quran yang lain.
a. Tokoh Abad Ke-3
Pada abad ke-3 di antara ulama yang menyusun semula ilmu Tafsir & ilmu AQ ialah;
i. Abu ‘Ubaid al-Qasim bin Salam (menyusun ilmu Nasikh dan Mansukh serta
ilmu Qira’at).
ii. Ali al-Madini (menyusun ilmu Asbab Nuzul).
iii. Muhammad bin Ayub al-Diris (menyusun ilmu Makki dan Madani).
b. Tokoh Abad Ke-4
Pada abad ke-4 lahir ulama yang menyusun kitab Ulum al-Quran dan Gharib al-
Quran ;
i. Abu Bakar al-Sajistani (menyusun ilmu Gharib al-Quran ).
ii. Muhammad Ali al-Adwafi (menyusun kitab al-Istighna’ Fi Ulum al-Quran).
PENULISAN ULUM AL-QURAN & TOKOH
ULAMA
3. Abad 5 & 6
* Pada abad ke-5 inilah Ulum Al-Quran mula berkembang dan tersebar dengan pesat.
* Orang yang paling berjasa & bertanggungjawab menyebarkan ilmu tersebut ialah Ali Bin
Ibrahim Bin Sain al-Khaufi yang berjaya menyusun kitab tentang I’rab al-Quran dan
kitab al-Burhan Fi Ulum al-Quran.
a. Tokoh Abad Ke-5
Antara tokoh abad ke-5 yang menyusun kitab Ulum Al-Quran ialah:
i. Abu ‘Amr al-Dani (menyusun kitab tentang ilmu Qira’at).
b. Tokoh Abad Ke-6
Pada abad ke-6 pula lahir tokoh ulama yang mengembangkan Ulum al-Quran yang lain
iaitu berkaitan ilmu Mubham al-Quran.
i. Abu al-Qasim Abdul Rahman al-Suhaili (menyusun kitab Mubham al-Quran).
ii. Ibn al-Jauzi (menulis kitab Funun al-Afnan Fi Ulum al-Quran).
PENULISAN ULUM AL-QURAN & TOKOH
ULAMA
4. Abad 7 & 8
Abad ini ilmu al-Quran terus berkembang hingga membangkitkan usaha menyusun Majaz
Al-Quran oleh ulama terkenal.
a. Tokoh Abad Ke-7
Tokoh ulama abad ke-7 yang mengembangkan serta menyusun ilmu Majaz al-Quran ialah;
i. Ibn Abd. Al-Salam (menyusun kitab ‘Ilm Majaz al-Quran).
ii. Abu Syamah (menyusun kitab al-Mursyid al-Wajiz Fi ma Yata’llaq Bi al-Quran).
b. Tokoh Abad Ke-8
Tokoh ulama abad ke-8 pula menyusun ilmu2 lain tentang al-Quran spt Ilmu Badi’ &
Balaghah.
i. Ibn Abi al-Isba’ (menyusun kitab tentang ilmu Badi’ dan keindahan bahasa al-Quran).
ii. Ibn al-Qayyim (menyusun ilmu tentang sumpah yang terdapat dalam al-Quran ).
iii. Abu al-Hasan al-Mawardi (menyusun ilmu tentang perumpamaan dan perbandingan
yang terdapat di dalam al-Quran ).
PENULISAN ULUM AL-QURAN & TOKOH
ULAMA
5. Abad 9 & 10
Pada abad ini Ulum Al-Quran terus maju dan mencapai kemuncak serta kesempurnaan. Hal tersebut kerana
lahirnya ramai tokoh baru dan ekoran usaha-usaha yang dilakukan oleh ulama sebelumnya.
a. Tokoh Abad ke-9
Antara ula terkemuka abad ke-9 yang berjaya menyusun kitab Ulum Al-Quran dengan lengkap antaranya
ialah;
i. Jalaluddin al-Bulqini (menyusun kitab Mawaqi’ al-Ulum Min Mawaqi’ al-Nujum).
ii. Muhammad bin Sulaiman al-Kafiyaji (menyusun kitab al-Taysir Fi Qawa’id al-Tafsir).
b. Tokoh Abad ke-10
Manakala tokoh ulama Ulum Al-Quran abad ke-10 yang terkenal dan memberi sumbangan adalah;
i. Imam al-Suyuti (menyusun kitab al-Takhbir Fi Ulum al-Tafsir & kitab Itqan Fi Ulum al-Quran).
Setelah kewafatan al-Suyuti pada 911H, penyusunan, penulisan & perkembangan Ulum Al-Quran menjadi
malap dan terhenti hingga abad ke- 13H.
Dalam jarak masa 3 tahun tersebut, ulama lebih banyak menumpukan kepada penyebaran Ulum Al-Quran
yang telah disusun oleh ulama sebelumnya.
PENULISAN ULUM Al-quran & TOKOH
ULAMA
6. Abad Ke-14
Pada abad ini telah bangkit dan muncul semula ulama dan tokoh-tokoh
ulum al-Quran yang menyusun berbagai-bagai kitab tentang Ulum al-
Quran meliputi berbagai-bagai bidang & aspek dengan lengkap, antara
mereka ialah;
i. Jamaluddin al-Qasimi (menyusun Mahasin al-Tawil).
ii. Tahir al-Jazairi (menyusun kitan al-Tibyan Fi Ulum al-Quran).
iii. Muhammad ‘Abd al-‘Azim al-Zarqani (menyusun kitab Manahil al-
Irfan Fi Ulum al-Quran).
iv. Muhammad Shadiq al-Rafi’i (menyusun kitab ‘Ijaz al-Quran).
BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

1. Ilmu Tafsir & Ta’wil


✓ Satu perbahasan dalam mencari usaha untuk menyingkap rahsia ayat

dan makna pentingnya berdasarkan pentafsiran dan pentakwilan.


✓ Memahami al-Quran tidak hanya berdasarkan apa yang dinyatakan

dalam terjemahan, tetapi pemahaman yang lebih mendalam yang dikaji


berdasarkan tafsiran.
✓ Ilmu ini merupakan ilmu yg mula2 dibincangkan yang mana sejarah

kemunculannya dapat dikesan bermula pada abad ke-2H.


✓ Ekoran dari kemunculan ilmu ini, maka selepas itu lahir ilmu2 lain yang

berkaitan dengan al-Quran.


BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

2. Ilmu I’rab al-Quran


✓ ilmu yang membahas tentang kedudukan suatu unit bahasa dalam

kalimat (ayat), begitu juga tentang harakatnya.


✓ Pelopor bagi ilmu ini ada Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

✓ Sehingga penghujung abad ke-4 belum wujud kitab yang lengkap dan

tersusun yang dihasilkan berkaitan tentang ilmu I’rab al-Quran.


✓ Pada abad ke-5 telah muncul kitab yang disusun berkaitan dengan

I’rab al-Quran.
BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

3. Ilmu Qiraat
✓ Ilmu yang menerangkan tentang macam-macam bacaan al-Quran,

mana yang sahih dan mana yang tidak sahih.


✓ Orang yang pertama yang menyusun kitab berkaitan dengan Qiraat

ialah Abu ‘Ubaid al-Qasim Ibn Salam.


4. Ilmu Nasikh & Mansukh
✓ Ilmu yang menerangkan tentang ayat-ayat yang dianggap mansukh

oleh sebagian ulama.


✓ Sejarah kemunculan ilmu ini bermula pada abad ke-3.
BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN
5. Ilmu Sebab Nuzul
✓ Ilmu yang menerangkan sebab2 peristiwa & watak yang berlaku ketika turunnya ayat.

✓ Kemunculan ilmu ini bermula pada abad ke-3H.

6. Ilmu Makki & Madani


✓ Ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekah

dan di Madinah.
✓ Ilmu ini mula dibincangkan khusus bermula pada abad ke-3H.

✓ Penyusunan ilmu ini dipelopori oleh Muhammad Ibn Ayyub al-Dirrsi.

7. Ilmu Fada’il al-Quran


✓ Ilmu ini membincangkan tentang kelebihan al-Quran.

✓ Antara tokoh ulama awal yang membincangkan ilmu ini ialah;

i. Abu ‘Ubaid al-Qasim Ibn Salam


ii. Abu Bakar Muhammad Ibn al-Qasim al-Anbari (menyusun kitab ‘Ajaib al-Quran).
BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

8. Ilmu Nuzul Al-Quran


✓ Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat penurunan al-

Quran kepada Nabi Muhammad SAW.


✓ Dipelopori dan dibahaskan oleh Abu Bakar Muhammas Ibn al-Qasim al-Anbari di

dalam kitabnya ‘Aja’ib al-Quran.


9. Ilmu Gharib Al-Quran
✓ Ilmu ini membahaskan tentang makna kata-kata (lafaz) yang ganjil, yang tidak lazim

digunakan dalam bahasa sehari-hari.


✓ Ulama pertama yang menyusun berkaitan ilmu ini adalah Abu Bakar al-Sijistani.

10. Ilmu Amthal Al-Quran


✓ Ilmu ini menerangkan tentang perumpaan serta perbandingan yang terdapat di dalam

al-Quran.
✓ Al-Mawardi adalah antara ulama yg terkemuka dalam membicarakan tentang ilmu ini.
BIDANG & SKOP PERBAHASAN ULUM AL-QURAN
11. Ilmu Majaz Al-Quran
✓ Ilmu yang memnerangkan tentang lafaz berbentuk majaz / kinayah yang terdapat di dalam al-Quran.
✓ Pelopor dan penyusun kitab pertama dalam perbahasan ini adalah Ibn Abd al-Salam
12. Ilmu Ayat Muhkamat & Mutasyabihat
✓ Ilmu yang membahas tentang ayat-ayat yang dipandang muhkam dan ayat-ayat yang dianggap
tasyabuh serta perbezaan antara keduanya menurut gaya bahasa arab.
✓ Muncul pd akhir abad ke-7.
13. Ilmu Jadal Al-Quran
✓ Ilmu ini membincangkan tentang hujah @ dalil yang digunakan di dalam al-Quran dalam
menetapkan seseutu menurut gaya bahasa Arab.
✓ Muncul pda akhir abad ke-7.
14. Ilmu Aqsam Al-Quran
✓ Ilmu ini membicarakan tentang jenis2 sumpah Allah yang terdapat di dalam al-Quran.
✓ Muncul secara langsung pada penghujung abad ke-7.
FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN
✓ Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam al-Quran.
✓ Dapat menambahkan keyakinan kpd pengkaji al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab
suci dari Allah dan bukannya ciptaan manusia.
✓ Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sampai
sekarang, di mana jalan penyampaiannya adalah mutawatir.
✓ Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta mengeluarkan
hukum daripadanya.
✓ Dapat mempelajari ilmu serta ayat nasikh & mansukh, asbab nuzul & perkara yang berkaitan
dengannya.
✓ Untuk memahami kalam Allah/al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah
SAW, para sahabat & tabi’ tabi’in.
✓ Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir al-Quran.
✓ Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir al-Quran
✓ Dapat mentafsir al-Quran dengan baik.
Thank You For Your Attention!

Anda mungkin juga menyukai