Anda di halaman 1dari 23

Topik 3X Nuzul

Al-Quran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan makna ÂnuzulÊ dari segi bahasa dan istilah;
2. Menjelaskan tahap-tahap penurunan Al-Quran berserta dalil-dalilnya;
3. Menghuraikan hikmah-hikmah penurunan Al-Quran kepada Rasulullah
s.a.w. secara beransur-ansur; dan
4. Menghuraikan perkara berkaitan wahyu, jenis-jenis wahyu, cara
penurunan serta hujah-hujah keraguan tentang wahyu.

X PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan mengenai perkara-perkara asas Nuzul Al-Quran.
Bertolak daripada pengenalan makna nuzul, terus kepada cara dan tahap
penurunan Al-Quran berserta dengan dalil-dalil setiap tahap penurunannya.
Topik ini juga membincangkan hikmat-hikmat penurunan Al-Quran secara
beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w. Perbincangan juga menyentuh tentang
hakikat wahyu yang bertolak dari pengertian wahyu dan jenis-jenisnya serta
jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan oleh golongan orientalis barat
terhadap wahyu.

3.1 PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN


Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk kepada seluruh penduduk
dunia. Selain dari itu penurunan Al-Quran juga merupakan satu mukjizat yang
terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Penurunan Al-Quran dalam dua
peringkat iaitu secara sekali gus dari Loh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah dan
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 37

kemudiannya secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w.


mempunyai hikmah yang besar serta untuk membezakan dengan kitab-kitab
Rasul yang lain yang diturunkan secara sekali gus.

Penurunan Al-Quran memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran


yang diturunkan itu mengandungi hikmat, petunjuk, penerangan, penjelasan dan
ikutan, amalan serta untuk bacaan umat manusia dan penduduk bumi
seluruhnya. Al-Quran juga merupakan kalam Allah yang benar dan sesiapa yang
mengingkarinya adalah kufur. Nuzul Al-Quran ini memang jelas berlaku dan
disebut beberapa akali di dalam Al-Quran dengan lafaz atau perkataan yang
berbeza. Antaranya ialah:

(a) Perkataan Nazala (‫) َﻧ َﺰ َل‬. Sebagaimana firman Allah:

∩⊇®⊂∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ßyρ”9$# ÏμÎ/ tΑt“tΡ

Maksudnya: Dia dibawa turun oleh Al-Ruh Al-Amin (Jibril).


(Surah Al-SyuaÊraÊ ayat 193)

(b) Perkataan Unzila (‫)أُﻧ ِﺰ َل‬. Sebagaimana firman Allah:

......... ãβ#u™öà)ø9$# ÏμŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−

Maksudnya: (Beberapa yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang


di dalamnya diturunkan (Permulaan) Al-Quran....
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

(c) Perkataan Nazzala (‫)ﻧﺰّل‬. Sebagaimana firman Allah:

Èd,ysø9$$Î/ |=≈tFÅ6ø9$# tΑ¨“tΡ ©!$# ¨βr'Î/ y7Ï9≡sŒ

Maksudnya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah
Taala telah menurunkan kitab dengan (mengandungi) kebenaran (tetapi
mereka berselisih dengannya).
(Surah Al-Baqarah ayat 176)

Walaupun penggunaan perkatan tersebut adalah berbeza dan ia disebut dalam


Al-Quran sebanyak hampir 307 kali, namun semuanya membawa maksud dan
makna yang sama iaitu penurunan Al-Quran.
38 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

3.1.1 Pengertian Nuzul Al-Quran


Nuzul Al-Quran dapat diberikan dengan pengertian berikut:

(i) Pengertian bahasa


(ii) Pengertian istilah

(i) Pengertian Bahasa


Nuzul atau penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat
yang tinggi. Ini sebenarnya hanya sebagai majaz dan simbolik sahaja untuk
menunjukkan ketinggian Al-Quran dan kemuliaannya.

(ii) Pengertian Istilah


Penurunan Al-Quran mengikut pengertian istilah ialah:

Penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia dan dari langit
dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril
yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun.

3.1.2 Cara Penurunan Nuzul Al-Quran


Cara penurunan Al-Quran itu sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama dapat
dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu:

(a) Nuzul Jumlatan atau Sekali gus.


(b) Nuzul Munajjaman atau Beransur-ansur.

Penurunan Sekali Gus


Perbincangan yang menyentuh tentang penurunan Al-Quran secara sekali gus ini
dapat dibahagikan pula kepada dua tahap:

(i) Turun Al-Quran ke Luh Mahfuz


(ii) Turun dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia.

Tahap Pertama: Daripada Allah s.w.t. ke Luh Mahfuz. Keadaan dan tahap ini
berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan kekuasaan Allah dan
semua perkara yang Allah lakukan mempunyai perancangan dan peraturan yang
cukup rapi. Peringkat ini Al-Quran diturunkan sekaligus berdasarkan firman
Allah S.W.T.:
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 39

∩⊄⊄∪ ¤âθàøt¤Χ 8yöθs9 ’Îû ∩⊄⊇∪ Ó‰‹Åg¤Χ ×β#u™öè% uθèδ ö≅t/

Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah


syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (lagi yang
terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.
(Surah al-Buruj ayat 21 dan 22)

Mengenai kedudukan dan keadaan Al-Quran di Luh Mahfuz ini ahli tafsir tidak
menemui dalil atau mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana cara dan
bagaimana kedudukan sebenar Al-Quran berada di situ, dan berapa lama dan
bilakah Al-Quran mula berada di situ.

Hikmat Penurunan di Luh Mahfuz


Turunnya Al-Quran di Luh Mahfuz ada hikmatnya ,antaranya:

(i) Untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi lain, seperti Taurat,
Zabur dan Injil yang diturunkan sekali gus kepada rasul-Nya. Di mana Al-
Quran diturunkan secara beransur-ansur.

(ii) Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian Al-


Quran dan martabat Nabi Muhammad s.a.w.

(iii) Untuk menunjukkan Allah maha berkuasa menjadikan langit dan Maha
Mengetahui kedudukan Luh Mahfuz itu sendiri. Selain itu, untuk
meletakkan Al-Quran pada tempat yang sesuai dengan ketinggiannya.

Tahap Kedua: Turun Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia.
Hal tersebut berdasarkan firman Allah:

(a) Sebagaimana firman Allah:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada


malam kemuliaan.
(Surah al-Qadr ayat 1)
40 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

(b) Firman Allah:

...>πx.t≈t6•Β 7's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu


malam yang diberkati....
(Surah Al-Dukhan ayat 3)

(c) Firman Allah:

3“y‰ßγø9$# z⎯ÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#u™öà)ø9$# ÏμŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−

4 Èβ$s%öàø9$#uρ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan


Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekelian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang antara benar dan yang salah.
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan Al-Quran pada malam


Al-Qadar, Malam diberkati dan pada bulan Ramadhan, namun hakikatnya Al-
Quran diturunkan kepada Nabi lebih kurang selama 23 tahun. Untuk itu ulama
berselisih pendapat, iaitu:

Pendapat pertama: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn
Abbas dan majoriti ulama. Di mana penurunan tahap ini juga berlaku sekaligus
ke Baitul ÂIzzah, Iaitu pada malam yang diberkati dan malam kemuliaan, iaitu
malam Al-Qadar di dalam bulan Ramadhan. Kemudiannya Al-Quran diturunkan
kepada Nabi secara berperingkat-peringkat. Hal ini brdasarkan hujah berikut:

(a) Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit Dunia pada Malam
Al-Qadar, selepas itu diturunkan secara beransur-ansur. Sebagaimana
Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-hakim
dan Al-Nasai, katanya sambil membaca firman Allah:

Terjemahan: Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau


membacakannya kepada manusia dengan lambat dan tenang: Dan Kami
menurunkan beransur-ansur.
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 41

(b) Ibn Abbas juga ada mengatakan sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas
yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani, katanya:

Terjemahan: Al-Quran diturunkan pada malam Al-Qadar dalam bulan


Ramadhan ke Langit Dunia secara sekaligus kemudian secara beransur-
ansur.

Pendapat kedua: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh ulama
Hadis dan Fekah kalangan TabiÊin juga merupakan seorang guru Abu Hanifah,
iaitu ÂAmir Ibn Syarahil yang terkenal dengan panggilan Al-SyaÊbi yang
meninggal pada tahun 109 Hijrah. Al SyaÊbi berpendapat apa yang dimaksudkan
dalam ketiga-tiga ayat tersebut di atas ialah permulaan turunnya wahyu kepada
Nabi pada malam Al-Qadar di bulan Ramadhan. Kemudian Al-Quran
diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Justeru itu menurut pendapat Al-SyaÊbi tersebut, penurunan Al-Quran pada


hakikatnya dalam satu bentuk sahaja. Iaitu secara berperingkat-peringkat kepada
Rasulullah s.a.w. Pendapat-pendapat tersebut berdasarkan dalil firman Allah:

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau


membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang: Dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-IsraÊ ayat 106)

Pendapat ketiga: Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama tafsir. Berdasarkan
ketiga-tiga firman Allah di atas, mereka berpendapat, penurunan Al-Quran ke
Langit Dunia selama 23 Malam Al-Qadar. Lantaran itu setiap Malam Al-Qadar
itu Allah menentukan Al-Quran yang akan diturunkan kepada Nabi pada tahun
tersebut.

Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh adalah pendapat yang


dikemukakan oleh Ibn Abbas. Di mana Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada
Malam Al-Qadar ke Baitul ÂIzzah di Langit Dunia, kemudiannya barulah ia
diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

Hikmah Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah


Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia
mempunyai hikmah tertentu juga, antaranya ialah:

(a) Untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi yang lain seperti
Taurat, Zabur dan Injil yang diturunkan sekaligus kepada Rasul-Nya. Di
mana Al-Quran mulanya diturunkan sekaligus dalam bentuk kitab yang
lengkap kemudian diturunkan pula secara beransur-ansur.
42 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

(b) Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian Al-


Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.

(c) Untuk menjadikan langit dan sebaliknya tentang kedudukan Luh Mahfuz
itu sendiri dan menunjukkan Allah Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui
segala yang berlaku. Selain itu, meletakkan Al-Quran sebanding dan sesuai
dengan ketinggiannya.

(d) Untuk memuliakan manusia atau Bani Adam pada pandangan malaikat
serta mengumumkan bahawa Allah merahmati manusia.

(e) Supaya manusia mengambil pengajaran yang mana Al-Quran sesuatu yang
amat bernilai melalui teknik penurunannya yang begitu rapi dan teliti serta
terpelihara.

Penurunan Beransur-ansur
Selepas Al-Quran diturunkan sekali gus daripada Allah ke Luh Mahfuz,
kemudian diturunkan tahap kedua sekali gus juga daripada Luh Mahfuz ke
Baitil `Izzah di Langit Dunia, selepas itu barulah Al-Quran diturunkan secara
beransur-ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada Baitil `Izzah. Dalilnya
ialah:

(a) Sebagaimana firman Allah:

∩⊇⊃∉∪ WξƒÍ”∴s? çμ≈oΨø9¨“tΡuρ ;]õ3ãΒ 4’n?tã Ĩ$¨Ζ9$# ’n?tã …çνr&tø)tGÏ9 çμ≈oΨø%tsù $ZΡ#u™öè%uρ

Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau


membacakannya kepada manusia dengan lambat dan tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Surah Al-IsraÊ ayat 106)

(b) Firman Allah:

tβθä3tGÏ9 y7Î7ù=s% 4’n?tã ∩⊇®⊂∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ßyρ”9$# ÏμÎ/ tΑt“tΡ ∩⊇®⊄∪ t⎦⎫ÏΗs>≈yèø9$# Éb>u‘ ã≅ƒÍ”∴tGs9 …çμ¯ΡÎ)uρ

∩⊇®⊆∪ t⎦⎪Í‘É‹Ζßϑø9$# z⎯ÏΒ

Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-


kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia
dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ă Ke dalam hatimu,supaya
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 43

engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran


dan amaran (kepada umat manusia).
(Surah Al-SyuÊaraÊ ayat 192-194)

(c) Firman Allah:

⎯ÏμÎ/ |MÎm7s[ãΖÏ9 y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 Zοy‰Ïn≡uρ \'s#÷Ηäd ãβ#u™öà)ø9$# Ïμø‹n=tã tΑÌh“çΡ Ÿωöθs9 (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# tΑ$s%uρ

∩⊂⊄∪ Wξ‹Ï?ös? çμ≈oΨù=¨?u‘uρ ( x8yŠ#xσèù

Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir berkata: ÂMengapa tidak


diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan
sekali gus)Ê? Diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana
hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami
nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
(Surah Al-Furqan ayat 32)

Penurunan yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur, bermula
pada 17hb. Ramadhan tahun 610 Masehi di Gua HiraÊ hinggalah kewafatan Nabi.
Tentang lama tempoh Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ulama
berselisih pendapat, iaitu:

(i) Setengah ulama mengatakan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur


kepada Rasulullah dengan mengambil masa selama 20 tahun.

(ii) Menurut Al-Khudari dalam kitabnya Tarikh Al-TasyriÊ, penurunan Al-


Quran secara beransur-ansur mengambil masa tepat selama 22 tahun 2
bulan 22 hari. Iaitu bermula 17hb. Ramadhan tahun ke-41 Nabi dilahirkan
hingga wahyu terakhir 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

(iii) Pendapat lain mengatakan ia mengambil masa selama 23 tahun.

(iv) Ada pendapat mengatakan ia mengambil masa 25 tahun.

Sebagai rumusannya, bahawa adanya perselisihan tentang tempoh atau lama


masa penurunan dan penerimaan wahyu Al-Quran oleh Rasulullah ialah kerana
perselisihan dan perbezaan mereka dalam membuat perhitungan atau perkiraan
lama masa Nabi tinggal di Mekah setelah dibangkit menjadi Rasul, iaitu: Adakah
selama 13 tahun atau 10 tahun atau 15 tahun? Namun pun begitu, semua ulama
telah sepakat mengatakan bahawa lama masa Nabi menetap di Madinah selepas
Hijrah ialah 10 tahun.
44 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Abbas
katanya yang bermaksud: Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan menjadi Rasul
dalam usia 40 tahun, baginda menetap di Mekah selama 13 tahun kemudian
berhijrah dan menetap di Madinah selama 10 tahun, serta wafat dalam usia 63
tahun. Justeru itu dalam tempoh perutusan sebagai Rasul hingga wafat itulah
Baginda menerima wahyu. Walaubagaimanapun, berdasarkan daripada empat
pendapat tersebut, pendapat kedua adalah pendapat yang paling tepat dan
diterima umum.

3.2 HIKMAH PENURUNAN SECARA


BERANSUR-ANSUR
Penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat mempunyai hikmah tertentu,
antaranya ialah:

(i) Untuk memudahkan Nabi menghafal dan memahami maksud serta


kandungannya supaya mudah meresap ke dalam jiwa dan tetap hati
Baginda. Contohnya sebagaimana turunnya ayat 32 Surah Al-Furqan
ekoran pertanyaan orang Yahudi kepada Nabi, mengapa Al-Quran tidak
diturunkan secara sekali gus seperti kitab Taurat kepada Nabi Musa. Oleh
sebab itu turunlah ayat, sebagaimana firman Allah:

x8yŠ#xσèù ⎯ÏμÎ/ yMÎm7s[ãΖÏ97Ï9≡x‹Ÿ2

Maksudnya: Begitulah keadaannya supaya Kami tetapkan hati engkau


(Wahai Muhammad) dengan Al-Quran itu⁄
(Surah Al-Furqan ayat 32)

(ii) Supaya Nabi sentiasa bergembira dan terhibur serta merasa hampa dengan
Allah lantaran wahyu yang sentiasa turun kepadanya. Contohnya firman
Allah:

..... óΟßγä9öθs% šΡâ“øts† Ÿξsù

Maksudnya: Oleh kerana itu, janganlah engkau berdukacita dengan


perkataan-perkataan mereka itu......
(Surah Yasin ayat 76)
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 45

(iii) Nabi merasakan sentiasa mendapat perhatian dengan kedatangan Malaikat


Jibril serta mendapat penghargaan tinggi di sisi masyarakat dan Allah
kerana sering menerima wahyu.

(iv) Sebagai senjata untuk menentang dan menandingi mereka yang tidak
mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah.

(v) Memberi kemudahan serta memudahkan Nabi menyampaikan wahyu


tersebut kepada umatnya kerana sebahagian besar bangsa Arab waktu itu
tidak pandai membaca dan menulis, termasuk Nabi sendiri.

(vi) Membasmi dan membentuk adat tradisi serta pegangan bangsa Arab waktu
itu secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, kerana peraturan hidup yang
mereka amalkan sebelum penurunan wahyu sudah sebati dengan
kehidupan mereka dan dikuasai oleh hawa nafsu.

(vii) Untuk disesuaikan dengan keadaan dan suasana semasa.

(viii) Untuk membezakan pengurniaan kitab kepada Nabi dan Rasul


sebelumnya. Rasul-rasul terdahulu dikurniakan kitab secara sekali gus.
Contohnya Nabi Musa menerima kitab Taurat selepas Baginda bermunajat
kepada Allah selama 40 hari.

(ix) Untuk menyesuai dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepada


Baginda. Contohnya, memberi jawapan kepada mereka yang bertanya
tentang anak bulan. Sebagaimana firman Allah:

Ædkysø9$#uρ Ĩ$¨Ψ=Ï9 àM‹Ï%≡uθtΒ }‘Ïδ ö≅è% ( Ï'©#ÏδF{$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai


(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: „(Peredaran) anak-anak bulan
itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya
ibadat Haji⁄.‰
(Surah al-Baqarah ayat 189)

(x) Untuk membuktikan bahawa Al-Quran daripada Allah, bukannya ciptaan


Nabi sendiri seperti yang didakwa oleh kaum musyrikin.

(xi) Untuk meneguh dan menguatkan hati Rasulullah yang menghadapi tugas
berat dan menempuhi berbagai rintangan dalam berdakwah. Sebagaimana
firman Allah:
46 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

È≅ß™”9$# z⎯ÏΒ ÏΘ÷“yèø9$# (#θä9'ρé& uy9|¹ $yϑx. ÷É9ô¹$$sù

Maksudnya: (Jika demikian akibat orang-oang kafir yang menentangmu


wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya para
rasul ÂUlul-AzmiÊ (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari
kalangan para rasul (yang terdahulu daripadamu)⁄
(Surah al-Ahqaf ayat 35)

(xii) Sebagai mukjizat dan senjata untuk menentang orang yang tidak mahu
menerima kebenaran Al-Quran dan dakwah Baginda. Sebagaimana firman
Allah:

∩⊂⊂∪ #·Å¡øs? z⎯|¡ômr&uρ Èd,ysø9$$Î/ y7≈oΨ÷∞Å_ ωÎ) @≅sVyϑÎ/ y7tΡθè?ù'tƒ Ÿωuρ

Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata


ganjil untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu
kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala
yang mereka katakan itu).
(Surah al-Furqan ayat 33)

(xiii) Supaya muda dihafal dan mudah difahami, khasnya Nabi diutuskan dalam
kalangan majoriti umat yang ummi. Sebagaimana firman Allah:

öΝÍκÏj.t“ãƒuρ ⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ öΝÍκön=tã (#θè=÷Ftƒ öΝåκ÷]ÏiΒ Zωθß™u‘ z⎯↵Íh‹ÏiΒW{$# ’Îû y]yèt/ “Ï%©!$# uθèδ

∩⊄∪ &⎦⎫Î7•Β 9≅≈n=|Ê ’Å∀s9 ã≅ö6s% ⎯ÏΒ (#θçΡ%x. βÎ)uρ sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tGÅ3ø9$# ãΝßγßϑÏk=yèãƒuρ

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang


(Arab) yang Ummi, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang
membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan
mereka (daripada i`tikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah
(Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-
hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah al-Jumu`ah ayat 2)
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 47

(xiv) Al-Quran adalah daripada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan
Bijaksana. Sebagaimana firman Allah:

∩⊇∪ AÎ7yz AΟŠÅ3ym ÷βà$©! ⎯ÏΒ ôMn=Å_Áèù §ΝèO …çμçG≈tƒ#u™ ôMyϑÅ3ômé& ë=≈tGÏ. 4 !9#

Maksudnya: Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-
ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu
persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Amat
Bijaksana, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.
(Surah Hud ayat 1)

3.3 WAHYU
Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk
wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu yang diturunkan
mengandungi prinsip perundangan, peradaban, pertunjuk serta panduan kepada
umat manusia dan segala makhluk di dunia hingga hari kiamat. Justeru itu,
wahyu yang diturunkan oleh Allah dalam bentuk Al-Quran merupakan Kalam
Allah yang azali, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah, antaranya:

(i) Al-Quran terjamin kesuciannya hingga hari kiamat sebagaimana firman


Allah:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: $¯ΡÎ)uρ…çμs9 tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan


Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Surah al-Hijr: ayat 9)

(ii) Al-Quran dijamin tidak berubah dan tidak dapat diubah. Sebagaimana
firman Allah:

tβθè?ù'tƒ Èβ#u™öà)ø9$#Ÿω #x‹≈yδ È≅÷VÏϑÎ/ (#θè?ù'tƒ βr& #’n?tã ⎯Éfø9$#uρ ߧΡM}$# ÏMyèyϑtGô_$# È⎦È⌡©9 ≅è%

∩∇∇∪ #ZÎγß
s <Ù÷èt7Ï9 öΝåκÝÕ÷èt/ šχ%x. öθs9uρ ⎯Ï&Î#÷WÏϑÎ/
48 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad, sesungguhnya jika manusia


dan jin berkumpul untuk membuat sesuatu yang menyerupai Al-Quran ini,
nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya
sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu sebahagian yang lain.
(Surah al-Isra`: ayat 88)

Perkataan wahyu berasal dari perkataan Arab yang berbentuk masdar atau
nama terbitan. Ia digunakan dalam Al-Quran dalam 32 surah dan perkataan Al-
Wahyu itu digunakan di dalam Al-Quran sebanyak 68 kali dengan bentuk yang
berbeza-beza. Antara contohnya:

(i) Perkataan Yuha (‫)ﻳﻮﺣﻰ‬. sebagaimana firman Allah:

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ)

Maksudnya: Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan


(kepadanya).
(Surah Al-Najm ayat 4)

(ii) Perkataan Auhaa (‫) اوﺣﻰ‬. Sebagaimana firman Allah:

$oΨ¯Ρr'Î/ ô‰pκô−$#uρ $¨ΨtΒ#u™ (#þθä9$s% ’Í<θß™tÎ/uρ †Î1 (#θãΨÏΒ#u™ ÷βr& z⎯↵ÎiƒÍ‘#uθysø9$# ’n<Î) àMø‹ym÷ρr& øŒÎ)uρ

∩⊇⊇ ∪ tβθßϑÎ=ó¡ãΒ

Maksudnya: Dan (ingatlah, ketika aku ilhamkan (perintahkan) kepada


pengikut Isa yang setia: „Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-
Ku‰⁄
(Surah Al-MaÊidah ayat 111)

(iii) Perkataan Yuhuna (‫)ﻳﻮﺣــﻮن‬. Sebagaimana firman Allah:

∩⊇⊄⊇∪................ ( öΝä.θä9ω≈yfã‹Ï9 óΟÎγÍ←!$u‹Ï9÷ρr& #’n<Î) tβθãmθã‹s9 š⎥⎫ÏÜ≈u‹¤±9$# ¨βÎ)uρ

Maksudnya: Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada


pengikut-pengikutnya supaya mereka membantah kamu.
(Surah al-An`am: ayat 121)
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 49

3.3.1 Pengertian Wahyu


Pengertian wahyu dapat diberikan dalam bentuk iaitu:

(a) Pengertian bahasa


(b) Pengertian istilah

Pengertian Bahasa
Wahyu menurut pengertian bahasa membawa maksud berikut:

(i) Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan
segera.

(ii) Sesuatu yang ditulis atau Al-Risalah, yang membawa maksud kerasulan.

(iii) Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat
diketahuinya.

(iv) Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau Al-Maktub.

(v) Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya
baik manusia atau binatang.

(vi) Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.

Sebagai kesimpulannya, penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari


tempat yang tinggi. Ini sebenarnya hanya sebagai majaz atau simbolik sahaja
untuk menunjukkan ketinggian Al-Quran dan kemuliaannya.

Pengertian Istilah
Wahyu menurut pengertian istilah ialah:

(i) Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada para Nabi
dan rasul-Nya, seperti Al-Quran dan Hadis.

(ii) Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada
pengertian Al-Quran. Hal itu kerana Al-Quran merupakan wahyu Allah
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, tetapi tidak semua wahyu itu
berupa Al-Quran. Di mana ada yang berupa hadis, kitab Zabut, Taurat dan
Injil adalah juga wahyu Allah.
50 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

Sebagai rumusannya, penurunan wahyu mengikut pengertian istilah ialah


penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia dan dari Langit
Dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang
mengambil masa lebih kurang 23 tahun.

3.3.2 Jenis-jenis Wahyu


Berdasarkan pengertian bahasa dan istilah tersebut, wahyu itu dibahagikan
kepada beberapa jenis, iaitu:

(i) Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan di antara seorang


hamba dengan Tuhannya, iaitu di sebalik hijab.Contohnya:

Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang


menuturnya, seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana
firman Allah:

$VϑŠÎ=ò6s? 4©y›θãΒ ª!$# zΝ¯=x.uρ

Maksudnya:⁄. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan


kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
(Surah al-NisaÊ164)

(ii) Wahyu itu juga melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah
mencampakkan ke dalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan
pengetahuan yang benar.

(iii) Wahyu juga dalam bentuk ilmu yang benar. Sebagai contohnya Nabi
Ibrahim bermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana yang
termaktub dalam Al-Quran melalui firman Allah:

∩⊇⊃⊄∪ ........ y7çtr2øŒr& þ’ÎoΤr& ÏΘ$uΖyϑø9$# ’Îû 3“u‘r& þ’ÎoΤÎ) ¢©o_ç6≈tƒ tΑ$s% .....

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: ÂWahai anak kesayanganku!


Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu⁄.
(Surah al-Saffat: ayat 102)
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 51

(iv) Wahyu datang dengan perantaraan Jibril. Sebagaimana firman Allah:

<c’Î1ttã Aβ$|¡Î=Î/ ∩⊇®⊆∪ t⎦⎪Í‘É‹Ζßϑø9$# z⎯ÏΒ tβθä3tGÏ9 y7Î7ù=s% 4’n?tã ∩⊇®⊂∪ ß⎦⎫ÏΒF{$# ßyρ”9$# ÏμÎ/ tΑt“tΡ

∩⊇®∈∪ &⎦⎫Î7•Β

Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ă ke dalam


hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-
pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). Ia diturunkan dengan
bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
(Surah al-Syu`ara` ayat 193-195)

(v) Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad di atas Langit Ketujuh pada malam
IsraÊ dan MiÊraj. Iaitu tentang sembahyang lima waktu. Martabat wahyu
jenis ini tidak dapat diketahui caranya, hanya Allah yang mengetahuinya.
Namun ia adalah benar sebagaimana sabit dalam riwayat Bukhari dan
Muslim.

3.3.3 Cara Penurunan Wahyu


Berdasarkan penjelasan berkaitan dengan jenis-jenis wahyu. Secara lebih
terperinci dijelaskan berkaitan dengan cara penurunan wahyu. Apa yang
dimaksudkan dengan cara penurunan wahyu di sini sebenarnya ialah penurunan
Al-Quran. Untuk itu cara penurunan Al-Quran kepada nabi dalam dua cara:

(a) Penurunan wahyu dengan erti al-IhaaÊ (‫)اﻻءﻳﺤﺎء‬. Iaitu memberi wahyu.

(b) Penurunan wahyu dengan erti al-Muhaa Bih (‫)اﻟﻤــﻮﺣــﻰ ﺑﻪ‬. Iaitu yang
diwahyukan.

Penurunan Wahyu dengan Erti Al-IhaaÊ (‫)اﻻءﻳﺤﺎء‬


Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana
yang terkandung dalam firman Allah:

z©Çrθã‹sù Zωθß™u‘ Ÿ≅Å™öム÷ρr& A>$pgÉo Ç›!#u‘uρ ⎯ÏΒ ÷ρr& $·‹ômuρ ωÎ) ª!$# çμyϑÏk=s3ムβr& A|³u;Ï9 tβ%x. $tΒuρ

∩∈⊇∪ ÒΟŠÅ6ym ;’Í?tã …çμ¯ΡÎ) 4 â™!$t±o„ $tΒ ⎯ÏμÏΡøŒÎ*Î/


52 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

Maksudnya: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-
kata dengannya kecuali dengan jalan wahi (dengan diberi ilham atau mimpi),
atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan
mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahi kepadanya
dengan izin Allah akan apa yang dikehendaki-Nya⁄
(Surah Al-Syura ayat 51)

(a) Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham
tanpa sebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi
para nabi dan Rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibrahim bermimpi
menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana firman Allah:

∩⊇⊃⊄∪ ........ y7çtr2øŒr& þ’ÎoΤr& ÏΘ$uΖyϑø9$# ’Îû 3“u‘r& þ’ÎoΤÎ) ¢©o_ç6≈tƒ tΑ$s% .....

Maksudnya: ⁄Nabi Ibrahim berkata: „Wahai anak kesayanganku!


Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu⁄‰
(Surah al-Saffat: ayat 102)

(b) Nabi dan Rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan
mereka di sebalik hijab atau tabir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang
menerima perlantikan dan perutusan kerasulannya. Sebagaimana firman
Allah:

Maksudnya: Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia


diseru „Wahai Musa! Sesungguhnya aku Tuhanmu maka bukalah kasutmu,
kerana engkau sekarang berada di wadi Tuwa yang suci.‰

Bahagian ini juga termasuk yang diterima oleh Nabi Muhammad pada
malam IsraÊ dan MiÊraj supaya menunaikan sembahyang lima waktu secara
langsung tanpa sebarang perantaraan.

(c) Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu jenis ini
dapat dibahagikan kepada dua bentuk:

(i) Nabi dapat melihat sendiri kehadiran malaikat Jibril. Wahyu melalui
perantaran malaikat Jibril ini pula dapat dibahagikan kepada dua
bentuk pula:

Pertama: Nabi dapat melihat malaikat Jibril dalam rupa bentuknya


yang asli. Contohnya: Ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas
kerinduan lama terputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 53

Gua HiraÊ. Apabila melihat malaikat Jibril yang begitu besar Nabi
ketakutan dan pulang ke rumahnya dan berselimut. Dengan itu
turunlah ayat Surah Al- Muddaththir. Sebagai firman Allah:

∩⊂∪ ÷Éi9s3sù y7−/u‘uρ ∩⊄∪ ö‘É‹Ρr'sù óΟè% ∩⊇∪ ãÏoO£‰ßϑø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ


٣ -١ ‫ اﻳﺔ‬:‫ﺳﻮرة اﻟﻤﺪﺛﺮ‬
Terjemahan: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka
ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!

Kedua: Malaikat Jibril menemui Nabi dengan menyamar atau


menyerupai bentuk manusia biasa. Contohnya: Sewaktu Nabi
bersama sahabat dalam satu majlis kemudian malaikat Jibril datang
dengan berpakaian serba putih dan bertanya dengan Nabi tentang
iman, Islam dan Ihsan.

(ii) Nabi tidak dapat melihat malaikat Jibril ketika menerima wahyu,
tetapi Baginda hanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan
malaikat Jibril melalui suara seperti suara lebah atau bunyi loceng.
Wahyu yang diterima dalam bentuk ini merupakan yang paling berat
bagi Nabi sehingga kadang-kadang Baginda mengeluarkan peluh
yang banyak walaupun keadaan cuaca yang sejuk.

Penurunan Wahyu dengan Erti Al Muuha Bih (‫)اﻟﻤﻮﺣﻰ ﺑﻪ‬


Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis:

(i) Al-Quran
(ii) Hadis

Walaupun pada dasarnya Hadis adalah ucapan Nabi s.a.w., namun ia


sebenarnya adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah, cuma
dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa Baginda sendiri. Sebagaimana
firman Allah:

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ
54 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan


agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain adalah wahi
yang diwahikan kepadanya).
(Surah Al-Najm ayat 3 dan 4)

3.3.4 Keraguan tentang Wahyu dan Jawapan


Pendapat Ilmiah yang Menyokong Wujudnya
Wahyu
Dalam Islam, kita mempercayai bahawa semua ilmu adalah milik Allah.
Kemudian Allah berikan ilmu itu kepada manusia mengikut tatacara tertentu,
yang termasuk juga daya usaha manusia bekerja dan berfikir. Hirarki tersebut
boleh digambarkan seperti berikut.

(a) Wahyu
(b) Ilham
(c) Intuisi
(d) Akal
(e) Pancaindera

Jelas dalam hirarki di atas Wahyu ialah sumber utama ilmu bagi orang Islam,
khasnya ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan, aqidah, hukum-hukum shari`at,
seperti hukum haram dan halal, akhlak, hukum ibadat, munakahat, muamalat,
jinayat dan sebagainya. Ilmu diturunkan kepada para rasul untuk menjadi
panduan dan petunjuk bagi seluruh manusia. Wahyu termasuk juga Hadis Qudsi
dan Hadis Nabawi yang sahih. Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah An-
Najmi ayat 3-4:

Maksudnya: Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu berhubung


dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya.
(Surah An-Najmi: ayat 3-4)

Setiap orang Islam diwajibkan mengambil pengetahuan dan maklumat daripada


wahyu dan seterusnya mengawal diri dan menghayati arahan dan ajaran yang
terdapat dalam wahyu.
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 55

Bagi Islam Wahyu merupakan sumber segala ilmu. Ia berasal daripada Allah dan
disampaikan kepada manusia dengan pelbagai cara untuk memberi ilmu yang
tinggi. Rasul merupakan perantaraan antara Allah dengan manusia. Segala ilmu
shari`at disampaikan kepada Rasul dan Rasul pula menyampaikannya kepada
manusia.

Bagaimanapun terdapat golongan manusia tidak menerima, malah menentang


kewujudan WAHYU dan menimbulkan keraguan mengenainya serta
menafikannya sebagai sumber ilmu. Penentang-penentang kewujudan wahyu ini
berhujah berdasarkan akal dan pengetahuan yang ada pada mereka semata-
mata. Ilmu bagi mereka ertinya maklumat-maklumat yang pasti dan diyakini
yang wujud hasil dari kajian dan pengamatan terhadap alam. Kajian pengamatan
ini bermula dari tanggapan awal (hipotesis) yang menggunakan bukti-bukti yang
pasti yang didapati melalui pancaindera (alat deria) sahaja.

Jadi ilmu yang ada pada mereka, semuanya berdasarkan akal yang dibantu oleh
alat deria. Semua maklumat atau pengetahuan yang wujud hasil dari
pengamatan dan kajian berdasarkan alat deria ini akan diiktiraf oleh mereka,
sedangkan maklumat atau pengetahuan yang tidak dihasilkan oleh pancaindera
tidak akan diiktiraf. Kerana itu mereka tidak tertarik terhadap maklumat tentang
ketuhanan, kerasulan dan termasuk juga wahyu.

Lantaran itu, di sini dikemukakan dalil-dalil ilmiah yang boleh menolak


pandangan mereka:

Hujah 1
HEPNOTISME (‫ )اﻟﺘﻨﻮﻳﻢ اﻟﺼﻨﺎﻋﻰ‬atau disebut juga (‫ )اﻟﺘﻨﻮﻳﻢ اﻟﻤﻐﻨﺎﻃﺲ‬iaitu ilmu pukau.
Perkara ini dtemui oleh Prof. Masmar dari Jerman dalam kurun ke-18. Ilmu
pukau ini mendedahkan beberapa fakta:

(i) Manusia mempunyai akal batin yang jauh lebih baik dari akal biasa.

(ii) Semasa seseorang itu dipukau, dia dapat melihat dan mendengar lebih
baik, membaca tanpa melihat, dan boleh memberitahu perkara-perkara
yang akan berlaku. Semua keadaan ini tidak mungkin berlaku di alam
nyata.

(iii) Pemukauan ada berbagai tahap bergantung kepada kekuatan akal batin.

(iv) Kadangkala pemukauan itu sampai ke peringkat di mana ruh orang yang
dipukau tadi keluar dari jasadnya dan berada di sekitar, tetapi tidak dapat
dilihat, sementara jasad pula kelihatan seperti mati. Ini menunjukkan
adanya hubungan yang halus antara roh dan jasad.
56 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

(v) Adanya roh bagi setiap jasad.

(vi) Roh bebas dari jasad.

(vii) Roh tidak musnah walaupun jasad musnah.

(viii) Roh ada hubungan dengan roh-roh yang terdahulu, bila ia bercerai dari
jasad.

Dari fakta-fakta ini dapat ditegaskan bahawa Allah akan memperlihatkan tanda-
tanda kewujudan-Nya seperti firmanNya:

...‘,ptø:$# çμ¯Ρr& öΝßγs9 t⎦¨⎫t7oKtƒ 4©®Lym öΝÍκŦàΡr& þ’Îûuρ É−$sùFψ$# ’Îû $uΖÏF≈tƒ#u™ óΟÎγƒÎã∴y™

Berdasarkan fakta-fakta ini juga dapat dikaitkan dengan wujudnya hubungan


antara malaikat dan rasul. Malaikat mempunyai kemampuan untuk mengajar
dan mempengaruhi rasul kerana ia adalah terdiri dari roh sahaja (tanpa jasad).
Rasul pula tentu ada ciri-ciri khusus untuk membolehkannya menerima ajaran
daripada malaikat. Ciri ini ialah, Êkemurnian rohnya dan kebersihan jiwanya
yang sesuai dengan kemurnian dan kebersihan diri malaikat. Ketika rasul
menerima wahyu keadaannya bertukar kepada satu keadaan yang seolah-olah
seperti dipukau sehinggalah baginda mendapat wahyuÊ.

Jadi, kalau manusia biasa seperti ahli pukau dapat memukau manusia lain,
apakah tidak logik malaikat boleh ÊmemukauÊ rasul dan menyampaikan wahyu.
Tetapi perlu diingatkan bahawa Êpemukauan malaikatÊ terhadap rasul berlainan
sama sekali dari pemukauan seorang ahli pukau terhadap orang lain.

Hujah 2
Rekaan-rekaan baru telah mewujudkan telefon, wireless, mikrofon, televisyen
dan radio yang membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dari
jarak jauh. Kalau manusia dapat mewujudkan keadaan sebegini, apakah tidak
logik Allah dapat mewujudkan wahyu?

Hujah 3
Rekaan-rekaan yang telah mewujudkan sistem rakaman yang dapat merakam
segala suara. Kalau manusia dapat mencipta demikian, apakah tidak munasabah
Allah lebih lagi dapat mewujudkan wahyu dan wahyu itu terlekat di hati rasul
untuk kemudiannya disampaikan kepada manusia?
TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN W 57

Hujah 4
Kita dapati ada binatang yang cara hidupnya mempunyai keistimewaan
tersendiri. Contohnya semut dan lebah. Secara logiknya binatang ini tentulah
mempunyai akal kerana dapat mengatur hidup mereka dengan begitu rupa.

Lebih jelas lagi cuba kita perhatikan sejenis binatang aneh yang bernama Êaxiclub
(‫ )اآﺴﻴﻜﻠﻮب‬yang ditemui oleh Millan Edward seorang pensyarah di Universiti
Surbone Perancis. Binatang tersebut hidup bersendirian sebaik sahaja ia bertelur.
Anak axiclub ini bentuknya seperti ulat yang tidak ada kaki dan tidak berdaya
menjaga dirinya dari serangan musuh dan juga tidak berupaya untuk mencari
makanan. Ia hanya hidup selama setahun di sarang yang tertutup dan tenang
tidak ada gangguan. Kalau sarangnya terdedah dan banyak gangguan ia akan
mati.

Bila sampai waktu untuk bertelur, axiclub tadi akan mendapatkan sebatang
kayu. Kayu tadi akan dikorek untuk dijadikan lubang sarang. Bila selesai
membuat sarang ia pun mendapatkan bekalan makanan yang cukup untuk
seekor axiclub selama setahun. ÊBekalan makananÊ ialah kelopak bunga dan
daun-daun manis. Kelopak bunga dan daun-daun manis tadi dihamparkan
disarangnya itu. Kemudian ia bertelur sebiji. Sesudah itu ia mendapatkan habuk-
habuk kayu dan diadunkan hingga menjadi sebati seperti tepung untuk
dijadikan atap kepada telur tadi. Lepas itu ia akan mendapatkan kelopak bunga
dan daun-daun manis yang lain pula untuk diletakkan di atas atap dari adunan
habuk-habuk kayu tadi di mana ia akan bertelur sebiji lagi. Begitulah seterusnya
hingga ia selesai bertelur dan sesudah itu ia pun mati. Siapakah yang mengajar
ini semua untuk axiclub kalau tidak wahyu Allah?

Jelas daripada huraian hujah-hujah di atas bahawa WAHYU adalah perkara yang
sememangnya berlaku. Ini kerana wahyu adalah Kalamullah ă kalam pencipta,
yang menjadi panduan hidup manusia di bumi ini. Malah manusia sangat
memerlukan wahyu sebagai pembimbing kesejahteraan mereka di dunia dan di
akhirat. Dengan sebab itu seluruh umat manusia daripada ADAM hingga
MUHAMMAD disampaikan WAHYU sebagai panduan hidup mereka dan umat
seluruhnya.
58 X TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

• Nuzul menurut bahasa ialah turun dari tempat yang tinggi. Manakala
menurut istilah penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul ÂIzzah di langit dunia
dan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan
malaikat Jibril yang mengambil masa 23 tahun.

• Cara penurunan boleh di bahagikan kepada dua bahagian aiitu secara


sekaligus (Nuzul Jumlatan) dan secara beransur-ansur (Nuzul
Munajjaman).

• Antara hikmah penurunan Al-Quran adalah untuk membezakan Al-Quran


dengan kitab Samawi yang lain, membuktikan keunggulan dan ketinggian
Al-Quran serta martabat Nabi Muhammad s.a.w dan menunjukkan Allah
Maha Berkuasa.

• Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w mengandungi


prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat
manusia dan segala makhluk di dunia sehingga hari kiamat.

Kitab
Mukjizat
Nuzul
Wahyu

Anda mungkin juga menyukai