Anda di halaman 1dari 10

KEMBARA USAHAWAN

(HPD 118A)
TUGASAN KUMPULAN
AKTIVITI KEUSAHAWANAN: D’HERBS

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR
WAN NAJIBAH BINTI MOHAMED 2023300811
NURIN AISYAH BINTI MOHD SHAFIAN 2023160237
NUR AINNATASHA BINTI AHMAD RIDZUAN 2023384935
SITI NORANIS NAJWA BT MOHD ADNAN 2023167903

DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM NUR HAZELEN BINTI MAT RUSOK
ISI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Muka surat

1. Penghargaan 2

2. Pengenalan 3

3. Biodata usahawan dan latar belakang perniagaan 4-6

4. Senarai produk keluaran perniagaan 7

5. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan 8

6. Sokongan 8-9

7. Pencapaian dan penghargaan yang diperoleh 9

1
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek keusahawanan
(HPD 118) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah Nur Hazelen Binti Mat Rusok selaku Pensyarah Usahawan
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Nur Hazelen Binti Mat Rusok atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

2
PENGENALAN
Kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa usahawan adalah seseorang yang
mengusahakan sesuatu dan keusahawanan dalam proses mengusahakan sesuatu. Dalam
konteks moden ini, usahawan sering dikaitkan dengan ahli perniagaan yang Berjaya. Akan
tetapi pada realitinya, usahawan adalah untung besar malahan kadang kala menanggung
rugi yang besar. Usahawan adalah seseorang yang kreatif dalam menghasilkan produk baru
dan berani mengambil risiko dalam menetengahkan produk yang dihasilkan olehnya, Oleh
itu, sikap keusahawanan adalah penting dan wajarlah dipupuk dalam diri pelajar agar dapat
melahirkan pelajar yang matang dan kreatif.
Usahawan memainkan peranan yang penting dalam negara. Merekalah antara individu yang
mampu menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini dengan
menawarkan pekerjaan dalam merintis projek baru seorang usahawan tersebut sekaligus
menurunkan kadar pengangguran negara. Usahawan juga mampu membangunkan ekonomi
negara. Demikian kerana wujudnya proses Pembangunan di Kawasan yang tidak
membangun dan mewujudkan pusat pelancongan atau Kawasan perindustrian yang
menyumbang kepada ekonomi negara.
Maka sudah terang lagi bersuluh lah bahawa usahawan dapat membangunkan negara. Oleh
itu, kursus kembara keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak UiTM mempuyai objektif
untuk memupuk sikap keusahawanan dalam diri setiap pelajar. Demikian dengan
menggalakkan setiap pelajar untuk menceburi bidang perniagaan untuk mendapatkan
pengalaman tentang berniaga dan memperkenalkan dunia keusahawanan kepada pelajar.

3
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman

BIODATA DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN DAN LATAR BELAKANG


DHERBS.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala
lipis, Pahang. Kini beliau berusia 28 tahun dan di anugerah sebagai pangakat dato.Beliau
juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu DATIN NUR SHAHIDA
MOHD RASHID.Antara latar belakang beliau ialah beliau pada mulanya telah berpindah dan
bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di
Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok
Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung
pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan
pelajaran ke Taylor Collage.
Seterusnya,penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi.
Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang
lumayan.Kini hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai
setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal
bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila
melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen.
Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh
subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan
jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg
sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan
untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20
sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada
beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual
pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.
Apabila habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan
dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama
terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu

4
pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu
mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius
berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita
berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga
dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa
sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Malahan,dengan bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya
membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu,
beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada
swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila
beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga
yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang
dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih
menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual
produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk
ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan
produk jenamanya sendiri.
Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama
beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu
kolagen pertama di Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat
ini ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai di
tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas,
Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini syarikat
ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90
rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan
perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini telah
berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan
perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.
Pada masa kini,D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat
di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam
untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara
jiran dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.

5
Syarikat D’Herbs juga mempunyai misi dan visi serta objektif antaranya ialah:

MISI SYARIKAT
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan
luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka
menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.

VISI SYARIKAT
Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan
produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas
sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta
harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana
pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.

OBJEKTIF SYARIKAT
1. Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
2. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
3. Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di
pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi
memudahkan pengguna (One Stop Center).
6. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
7. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan
yang sangat mencabar.

Selain itu,produk D’Herbs juga telah banyak diiklankan di majalah dan akhbar yang
terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan
kami telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana kami
. Kami juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat
seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan
TV3.Dengan menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai
jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di
Malaysia malah Singapura dan juga Brunei.
Bagi menarik perhatian orang ramai,pengasas produk ini sendiri iaitu Dato’ Aliff
sendiri selalu menggunakan taglinenya “terlajak laris” bagi menarik orang ramai terhadap
produknya.Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus
berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’
Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai
termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan D’ Herbs
sendiri.Malahan,produk-produk D’Herbs dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs
Manufacturing Sdn Bhd.

6
ANTARA PRODUK KELUARAN D’HERBS:

PRODUK UMUM KESIHATAN D’HERBS


1. Coklat pintar ibnu sina D’Herbs

(Perisa Strawberry)
COKLAT PINTAR IBNU SINAR YANG DIPERKAYA DENGAN MULTI VITAMIN B DAN C
MERUPAKAN COKLAT MAKANAN MINDA DAN IMUNISASI BADAN. KHUSUS UNTUK
PELAJAR MENJADI BIJAK DAN PINTAR.

 Tingkatkan daya kepekaan tumpuan dan ingatan


 Menyeimbangkan gula dalam darah dan kolestrol
PRODUK KESIHATAN WANITA D’HERBS
1. BEST SKIN+ FOUNDATION

KHASIAT:
 Tidak menyumbatkan liang pori-pori
 Tekstur yang ringan pada kulit wajah
 Mudah digunakan dan dibawa kemana-mana
 Membantu mengawal minyak

7
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH DATO’ ALIFF SYUKRI
KAMARZAMAN.

Dalam menjalankan perniagaan yang penuh liku pelbagai cabaran yang di hadapi oleh beliau
sebelum benar-benar menjadi seorang usahawan yang berjaya, beliau juga telah
menghadapi penyakit disleksia dimana penyakit itu sejenis gangguan dalam pembelajaran
yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Menurut lelaki yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris ini, dia hanya mula
menyedari bahawa beliau menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak
tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara.
Keadaan ini menyebabkan beliau amat susah hati dan berjumpa dengan pihak kesihatan
untuk mendapatkan rawatan agar dapat sembuh dari penyakit itu. Namun hakikatnya,
penyakit yang dihadapi oleh selebriti popular ini dengan panggilan Telajak Laris tidak dapat
diubati kerana umur beliau sudah tua dan amat sukar untuk diubati pada usia itu.

SOKONGAN

Banyak sokongan yang diterimanya dalam fasa-fasa proses kejayaannya. Kata beliau
keluarganya adalah sokongan utamanya dan majoriti daripada sokongan tersebut adalah
daripada sokongan suri hatinya iaitu Datin Nur Shahida. Katanya, isterinya banyak
memberikan sokongan dan sangat sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran serta
rintangan sepanjang kehidupan mereka bersama. Mereka berkahwin sewaktu Datuk Aliff
Syukri dan Datin Nur Shahida berumur 20 dan 22 tahun pada masanya.

Sudah sedia maklum bahawa berkahwin pada usia yang muda sangat mencabar bagi
pasangan-pasangan muda atas sebab keperluan yang tidak stabil contohnya dari segi
kewangan. Mereka pada ketika itu masih berada di fasa ‘berjinak dengan dunia realiti’ dan
ini membuatkan pasangan tersebut semakin matang dalam mengendalikan kehidupan
seharian mereka.

Walaupun sudah lebih daripada 10 tahun usia perkahwinan mereka namun keduanya
masih teguh memberikan sokongan yang padu antara satu sama lain. Setiap hari mereka
belajar dalam mengenal diri mereka sendiri dengan lebih terperinci. Datin Nur Shahida
menjadi ‘tulang belakang’ buat Datuk Aliff Syukri. Beliau sentiasa melihat Datuk Aliff Syukri di
disebalik takbir dan terkadang memperbetulkan diri masing-masing dengan cara tersendiri.

Datuk Aliff Syukri sangat bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang tidak pernah jemu
melayan karenahnya dan sentiasa ada bersamanya. Beliau berkata lagi bahawa tanpa
sokongan isterinya mungkin dia tidak akan dapat merasa rezeki sehebat ini dalam masa

8
kerjayanya. Beliau juga mengaku bahawa beliau sangat mementingkan keluarganya dan
tidak pernah menganggap pesaingnya sebagai halangan rezekinya buat keluarga tercinta.

Fakta bahawa Datin Nur Shahida juga seorang yang berilmu orangnya menjadikan
pasangan ini sangat dihormati ramai. Kesetiaan dan kesabaran antara satu sama lain
menjadikan pasangan ini kuat sehingga ke hari ini. Datin Nur Shahida juga pernah berkata
bahawa kunci utama kekuatan rumah tangganya adalah mereka saling memahami dan
melengkapi antara satu sama lain.

PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI

Dato’ Aliff Syukri telah menerima pelbagai penghargaan dalam kerjayanya. Antara
penghargaan yang diterimanya adalah Pengusaha Muda Terbaik Anugerah Seri Angkasa
pada tahun 2016 dan Anugerah Usahawan Paling Popular di Majlis Pelancaran Program
Jelajah Usahawan Bersama Melaka Digital pada tahun 2019.

Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada jenama terkenal seperti Google,
YouTube, dan Instagram. Ini menunjukkan kejayaan dan impak beliau dalam industri
kecantikan dan fesyen.

Dato Aliff Syukri telah dikurniakan beberapa anugerah dan darjah kebesaran seperti yang

berikut:

 Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – Dato’

 Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) – Dato’ Sri (2017 )

Anda mungkin juga menyukai