Anda di halaman 1dari 13

~~~ 

  Mukaddimah  ~~~(Kandungan)

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia


menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada
penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil
menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak


boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu
kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat
Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan


generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis
sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara
menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya
kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk
melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu
kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain
menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa
sebarang ilmu.  

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi


memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang
perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya
dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk
bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya
panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat
memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu
kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita
memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat
menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat
agama kita. 

~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

~~~   Melawat orang yang sakit dan hikmahnya 


~~~(Kandungan)

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas


kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita


bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa
dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan
Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita
menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita
telah lakukan samada secara sedar ataupun
tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang
telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari
ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa


sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya
Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini


berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama


jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran
kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang


dalam keadaan nazak?

1. Perlu berada di sisinya.


2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah
Syuhadah iaitu :

Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)


di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut.
Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke


Qiblat dan qiam tangannya.

~~~   Apabila sah matinya  ~~~(Kandungan)

1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-


perkara berikut hendaklah dilakukan :

Hendaklah kita ucapkan :

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan


kekotoran yang keluar dari duburnya.
3. Rapatkan kedua belah matanya.
4. Qiamkan tangannya seperti dalam
sembahyang.
5. Rapatkan mulutnya.
6. Ikat dagunya dan simpul di atas
ubunnya.
7. Luruskan kakinya.
8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
9. Letakkan di tempat yang tinggi.
10. Hadapkan ke Qiblat.

 
 

~~~   Mengurus Jenazah  ~~~(Kandungan)

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni


apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang
lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak
seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua
orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan
berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah


ialah :

1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.

~~~   Orang yang berhak menguruskan Jenazah 


~~~(Kandungan)
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah
ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat
misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah


diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk
menguruskannya.

~~~   Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh


Warisnya  ~~~(Kandungan)

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang


berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital
cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari
doktor.
3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan
mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.

~~~   Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang


yang hendak menguruskan Jenazah  ~~~(Kandungan)

1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

~~~   Persediaan dan keperluan untuk memandikan


Jenazah  ~~~(Kandungan)

1. Sediakan tempat mandi.


2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi - 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Sedikit kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali


dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa


2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Tikar jerami
9. Bantal (dari daun pandan)
10. Tempat mandi yang khas.

~~~   Cara memandikan Jenazah  ~~~(Kandungan)

1. Letakkan mayat di tempat mandi


yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali
muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai
sarong tangan sebelah kiri.
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya
sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam
perutnya dengan menekan atau
mimicit-micit perutnya secara
perlahan-lahan dan hati serta
kotoran dalam mulutnya dengan
menggunakan kain alas atar tidak
tersentuh auratnya.

Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.


Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah
jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah


Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga


hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian
lambung kanan sebelah belakang.
17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung
sebelah kirinya pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil.
13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini


kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan)


ini kerana Allah s.w.t"

Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan


mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya,
sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh
lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan
oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan.


22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan
baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan
tuala pada seluruh badan mayat.
23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang
disediakan.
24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat,
hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh :
rambut, kuku dll).
26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan
sempurnanya.

~~~   Cara-cara mengkafankan jenazah 


~~~(Kandungan)

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar


kain kafan dibentangkan dengan
disusun, kain yang paling lebar
diletakkan di bawah atau dengan cara
kain tiga lembar dibentangkan dan
letaknya agak serong yang atas
melebar dan yang bawah mengecil,
setiap lembar disapu dengan wangi-
wangian atau minyak wangi yang tidak
mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang
diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang
disapu dengan wangi-wangian dan
kayu cendana yang digunakan
untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat :

Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati


kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah
dibentangkan.

Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada
bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

 
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau
ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai
lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan
tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak
tiga atau lima ikatan.

Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul


hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian
kepala, benarkan warisnya melihat atau
menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi
mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan


sapulah minyak wangi.
 

~~~   Solat Jenazah  ~~~(Kandungan)

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah


dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf
(barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah


bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat
ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti


hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah


Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke
atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah
itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah
dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah,
diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat
lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan
syarat tempatnya itu luas dan bersih.
2. Rukun Solat Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain
kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan
takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu
azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii.  Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah :

a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan


empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan


empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini


dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah
Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas


jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah 
menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini


dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana
Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas


jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah 
menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama :

Membaca lafaz :   

 
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha


Penyayang. 
2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya
kepada Mu kami memita segala pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat
ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang
Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang
sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian


dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad
s.a.w :

 
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w
dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat
pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi
Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau
memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh
alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c.       Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk


memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah


serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan
bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia
dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari
segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik
dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari
isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya
dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa
neraka."

d.      Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca


doa seperti di bawah ini :
 
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan
janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya
dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang
telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan
gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman,
Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan


ke kanan dan ke kiri dengan membaca :

  Back | Home

Hakcipta 2000 © Surau Al-Syumul Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
All rights reserved. Site by : azezul@tm.net.my

Anda mungkin juga menyukai