Anda di halaman 1dari 45

KERTAS KERJA

PROJEK PENANAMAN CILI

MENGGUNAKAN KAEDAH

SISTEM FERTIGASI

Disediakan Oleh:
MUHAMMAD HAMIZAN BIN MOHD FAISAL
JADUAL KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Pengenalan Projek 3

2. Objektif Projek 4

3. Tujuan Penyediaan Kerta Kerja 4

4. Latar Belakang Projek 5

5. Latar Belakang Pemilik 6

6. Aspek Pengurusan 7

7. Aspek Pengeluaran / Operasi 8

8. Aspek Pemasaran 27

9. Aspek Kewangan 34

10. Jadual Perlaksanaan 43

11. Rumusan 45

2
1.0 PENGENALAN PROJEK

Projek yang hendak dijalankan ialah tanaman cili kulai menggunakan kaedah fertigasi

secara pusingan tanaman. Fertigasi berasal dari bahasa inggeris “Fertigation” iaitu

gabungan dua perkataan, “Fertilization” dan “Irrigation”. Konsep sistem ini adalah

untuk menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui sistem

pengairan. Teknologi ini boleh diaplikasikan sama ada di atas tanah atau dalam media

tanpa tanah, di kawasan terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH).

Namun kebiasaannya sistem fertigasi dilaksanakan menggunakan media tanpa tanah

di bawah SPH bagi mengurangkan risiko penyakit bawaan tanah dan penyakit daun,

pucuk, dan buah pada tanaman. Selain itu, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja

yang diberikan kepada tanaman menjadi terlalu cair atau tidak efektif.

Aplikasi sistem fertigasi mempunyai banyak kelebihan, antaranya boleh

mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan kualiti, menjimatkan

masa, mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan meningkatkan kecekapan

pengurusan lading. Selain itu, baja dan air dapat digunakan secara efektif.

Penggunaan media tanpa tanah dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit

bawaantanah dan mengelakkan pencemaran tanah oleh garam terlarutlesap. Sistem

fertigasi juga adalah bersih, tiada bau, mesra alam dan boleh ditanam sepanjang tahun

sekiranya ditanam di bawah SPH. Tanaman yang sesuai ditanam secara fertigasi

kebanyakannya adalah dari jenis sayur terutama yang bernilai tinggi sperti cili merah,

tomato, timun jepun, terung, melon dan strawberi.

3
2.0 OBJEKTIF PROJEK

 Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan

pertanian yang baik dan sistematik.

 Menggunapakai teknologi terkini untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti

tinggi dan penjimatan tenaga kerja.

 Mencapai hasil pendapatan sebulan RM 5,000.00 dan ke atas.

 Memanfaatkan tanah untuk kegunaan pertanian secara maksimum.

3.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah khusus untuk memohon pembiayaan dari

pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi membiayai kos permulaan projek

yang akan dijalankan oleh Muhammad Hamizan bin Mohd Faisal. Kertas kerja ini

juga disediakan untuk memberi gambaran projek fertigasi dan analisis sebagai

sokongan daya maju projek ini.

4
4.0 LATAR BELAKANG PROJEK

4.1 Maklumat Asas Projek

Nama Projek : Penanaman Cili Kulai Secara Kaedah Sistem Fertigasi

Lokasi :

Keluasan Tanah : 1 Ekar

Kapasiti Tanaman : 1,000 Pokok

Struktur : 20 buah Rumah Lindungan Hujan

Sistem Pengairan : Pengairan Titis Automatik

Nama Pengusaha : Muhammad Hamizan bin Mohd Faisal

Anggaran Kos Permulaan : RM 86,092.43

Anggaran Hasil Pengeluaran : 10,000 kg setahun

Anggaran Kasar Pendapatan : RM 60,000.00 setahun

Tempoh Pulang Balik Modal : 3 Tahun

5
5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

5.1 Biodata Pemohon

1. Nama :

2. No I/C :

3. Tarikh Lahir :

4. Umur :

5. Jantina :

6. Alamat Tetap :

7. No. Tel :

8. Taraf Perkahwinan :

9. Kelulusan Akademik :

10. Kursus yang pernah dihadiri :

11. Kemahiran :

12. Pengalaman :

13. Pekerjaan Sekarang :

14. Perniagaan Lain yang pernah diceburi :

5.2 Kedudukan Kewangan

1. Nama Bank :

2. No Akaun Bank :

6
6.0 ASPEK PENGURUSAN

Bahagian ini menerangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan

perjalanan projek secara keseluruhannya.

6.1 Konsultan / Pakar Rujuk

GM PELADANG, MARDI, FAMA, Jabatan Pertanian, LPP (PPK)

6.2 Keperluan Pekerja

 2 orang

6.3 Pembekal Barangan

(Nyatakan pembekal / senarai syarikat yang terlibat dalam urusan jual beli)

7
7.0 ASPEK PENGELUARAN / OPERASI

7.1 Sistem Fertigasi

Fertigasi adalah berasal dari cantuman dua perkataan ”fertilization” dan ”irrigation”.

Proses pembajaan dan pengairan terhadap tanaman berjalan serentak. Fertigasi juga

merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah (soiless

culture production system). Umumnya hanya beberapa jenis sayur dan buah sahaja

seperti tomato, cili merah, timun, zukini, terung, melon dan strawberi sahaja yang

sesuai menggunakan kaedah ini.

Tujuan asal kaedah ini adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti

penyakit akar seperti penyakit Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan Penyakit Layu

Bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Untuk membolehkan kaedah ini

dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman, yang

lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Hujan (SPH).

Pelbagai bentuk SPH yang dibina daripada pelbagai bahan yang terdapat di Malaysia.

Bumbung SPH mestilah diperbuat daripada bahan yang lut sinar yakni telus cahaya.

SPH diperlukan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam agar tidak mudah

dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk atau buah yang

disebabkan oleh percikan hujan. Antara penyakit yang paling dianggap berbahaya

ialah penyakit Hawar Pucuk dan Antraknos. Selain melindungi tanaman daripada

dijangkiti penyakit, ia juga bertujuan untuk mengelakkan larutan baja yang diberikan

kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena air hujan) dan membuatkan pemberian

baja tidak berkesan.

8
Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ’coconut coir dust’ atau yang

dikenali sebagai ’cocoa peat’. Dalam bahasa mudah ia ialah habuk sabut kelapa.

’Cocoa peat’ mudah diperolehi jika dibandingkan dengan meduim tanaman komersil

lain seperti ’perlite’ ’vermiculite’ dan ’maidenwell diatomite’. Medium tanpa tanah

lain yang boleh digunakan ialah medium pasir sungai, pasir lombong atau batu kerikil

granit (bukan batu kapur).

Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi, dan inilah punca utama ia diminati ramai

pengguna. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan

penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Kos tenaga kerja untuk

mengendalikan sistem ini juga rendah. Penggunaan alat pengatur masa automatik

menjamin keberkesanannya.

7.1.1 Kelebihan Sistem Fertigasi

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kaedah konvensional lain. Di

antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient lengkap yang diberi, boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak

tanaman mengikut peringkat umur pertumbuhan.

2. Media dan persekitaran yang bersih, menjamin dan menghindarkan masalah

penyakit.

3. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang

secukupnya.

5. Tiada masalah merumpai/ merumput.

6. Kualiti buah yang lebih baik.

9
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi.

8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatik.

9. Kurang penggunaan racun.

10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik.

11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok.

7.1.2 Kelemahan Sistem Fertigasi

Kaedah fertigasi juga mempunyai kelemahan tersendiri, antaranya ialah :

1. Kos permulaan yang tinggi kerana 70% daripada kos adalah pembinaan Rumah

Pelindung Tanaman (Struktur Pelindung Hujan).

2. Perlu pengetahuan mendalam tentang teknologi ini.

3. Perlu pengurusan dan pemeriksaan yang berterusan.

4. Kerosakan pada sistem boleh mengakibat kerugian yang besar.

Perbandingan Antara Sistem Fertigasi Dan Konvensional

Perbandingan Fertigasi Tanah


Jenis Tanaman Tanaman jenis sayur dan buah Semua jenis tanaman
Struktur Pelindung Hujan Wajib ada Tidak perlu
Jaring Kalis Serangga Perlu ada Tidak perlu
Sistem Pengairan Titis dan baja Bebas
Variety Tanaman Jenis hybrid Sebarang jenis
Air Air bersih Bebas
Modal Tinggi Rendah
Tapak Tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Elektrik Mesti ada Tidak perlu rata
Pengetahuan Teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan Tanah Tidak penting Perlu subur
Kos Operasi Rendah kerana sistem Tinggi untuk baja, racun,
automatik merumput dan lain – lain
Risiko Penyakit Rendah Tinggi
Risiko Kekeringan Sederhana Tinggi
Keseragaman Pokok Seragam Tidak seragam

10
7.1.3 Tanaman Cili

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia

dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di

semua negara beriklim tropika. Nama saintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’.

Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai, kebanyakannya ditanam di

kawasan tanah rendah. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar

cili adalah Perak, Johor dan Kelantan.

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses

dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili

mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, sayur ini sangat popular

digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakkan jenis makanan terutama

’sambal belacan’.

7.2 KEPERLUAN OPERASI

7.2.1 Pembangunan Infrastruktur

Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasan perlu

dibangunkan terlebih dahulu.

1) Penyediaan Kawasan

Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan dari tumbuhan

seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekal perlu dibuang dan

dibersihkan.

Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Pelindung Tanaman perlu

diratakan terlebih dahulu.

11
Pembinaan sistem perparitan dan saliran untuk mengelakkan kawasan tapak

projek ditenggelami air apabila hujan.

Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwan perosak tanaman dan

mengelakkan kecurian.

Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuk tujuan

penyelenggaraan dan sebagainya.

2) Sumber Air dan Elektrik

Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalah penting dalam

operasi sistem fertigasi ini.

3) Bangunan

Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusan tanaman.

Teduhan tempat meletak tangki nutrient.

Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang.

Pusat pengumpulan hasil ladang.

Pejabat pengurusan projek.

12
7.2.2 Penyediaan Sistem Fertigasi

Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk

menjayakan sistem ini.

a) Rumah Pelindung Tanaman

Keperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :

BIL PERKARA
1. Besi GI ½” x 20’ – U Shape
2. Besi GI 1” x 2.5’ – Skru Set
3. Besi GI AA 1/2 “ x 20’
4. Besi GI AA ½” x 7.5’
Soket PVC ½ “
5. Plastik UV (19 m/gulung)
6. Silvershine
7. Klip Besi
8. Klip Plastik
9. Batu Bata
10. Dawai

13
b) Sistem Pengairan

Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi ini adalah dari jenis

titisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alat pemasa yang akan berfungsi secara

automatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistem

pengairan ini adalah :

BIL PERKARA
1. Tubing 16mm / ½ inci
2. Main Tube 1 inci / 32mm
3. Mini Tubing 4mm
4. Nipple
5. Arrow Dripper
6. Stop Cok Ladang 1 “
7. Grommet
8. T Joiner PVC 1”
9. L Joiner
10. Analog Timer
11. EC Meter
12. Agri – Water Filter ½ “
13. Stop Valve 1”
14. PVC Pipe 1”
15. V Soket 1”
16. Soket Poly 1” to PVC
17. Fimale Soket 1”
18. End Cap Poly 1”
19. Water Pump 0.5hp
20. Tong Stok Nutrien
21. Tangki Air 2,700 Liter
22. Gum PVC ( kecil )
23. Tank Conector
24. Enjin Racun
25. Penebuk Lubang 16mm (Drill Bit)

14
c) Bahan Input

Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan ini

berulang setiap musim. Berikut adalah senarai keperluan bahan input :

BIL PERKARA
1. Baja Fertigasi ( Set A & Set B )
2. Benih cili
3. Peat moss
4. Cocoa Peat
5. Racun Kulat:
Previcur N – 250 ml
Benex – 1 kg
Fugaran – 1 kg
6. Racun Serangga:
Pengasus – 500 ml
Mitac – 1 L
Selecron – 1 L
7. Racun Rumpai:
Roundup – 4 L
Uniquat 25 – 4 L
8. Hormone:
Atonik – 1 liter
9. Tray Semaian
10. Polybeg Putih
16”x16”x0.12mm
11. Tali
12. Plastik Cili
13. Bakul Buah

7.2.3 Tenaga Buruh

Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secara automatik

menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan

pengurusan projek adalah minimum. Bagi melancarkan operasi projek ini, tenaga

kerja yang diperlukan adalah seperti berikut :

BIL TENAGA KERJA JUMLAH FUNGSI


1. Pekerja 2 orang Bertanggunjawab melaksanakan kerja-kerja
harian mengikut jadual tanaman

15
7.3 PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak

kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini

adalah seperti beikut :

1) Penyediaan biji benih

2) Semaian Anak Benih

3) Membuat Larutan Stok

4) Penyediaan Beg Tanaman

5) Penanaman

6) Pembajaan

7) Pengurusan Sistem Pengairan

8) Kawalan serangga perosak dan penyakit

9) Penyelenggaraan tanaman

10) Penuaian

11) Pengendalian Lepas Tuai

7.3.1 Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan

bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang

peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.

7.3.2 Semaian Anak Benih

Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan.

Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang

boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

16
Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh

digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang

semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar.

Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm. Masukkan biji

benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam lubang-

lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan air

bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah

dan dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah

teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari.

Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan didedahkan dulang semaian pada cahaya

matahari. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg

tanaman.

7.3.3 Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh

pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan

ruang menyimpan tangki larutan stok. Semasa membuat larutan baja, kedua-dua

larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu

persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan

sebatian lain yang tidak larut.

17
7.3.4 Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran polibeg yang biasa digunakan ialah 16” x 16”. Polibeg ini diisi dengan cocoa

peat.

7.3.5 Penanaman

Anak benih yang berumur 10 hingga 16 hari selepas bercambah sedia untuk diubah ke

dalam polibeg yang berisi cocoa peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok antara10

hingga 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan

pertumbuhan pokok. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas)

diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok.

Dawai penggantung biasanyan direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi

struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup

tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik. Pastikan bahawa sistem

pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok

yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan.

Pemeriksaan sentiasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya

menerima titisan larutan baja.

7.3.6 Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi. Baja yang digunakan dalam

teknik fertigasi mestilah larut di dalam air. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai

untuk pertumbuhan pokok daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan

berbuah. Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat,

18
Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat,

Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).

Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan

untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan. Sedikit

larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur

dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan dialirkan ke

dalam polibeg.

JADUAL PEMBERIAN BAJA BAGI PENANAMAN CILI


HARI DIKIRA SESUDAH ANAK BENIH DIALIH KE POLIBEG

UMUR ANAK BENIH CILI BACAAN EC METER

1 – 7 hari 1.4 - 1.6

7 - 14 hari 1.6 – 1.8

15 – 21 hari 1.8 – 2.0

22 – 28 hari 2.0 – 2.2

29 – 35 hari 2.0 – 2.2

36 – 42 hari 2.0 – 2.2

42 – 49 hari 2.2 – 2.4

50 – 57 hari 2.2 – 2.4

58 – 64 hari
2.5 – 2.7
Kutip hasil pertama

65 – 71 hari

Hasi 18 – 25 biji / kg

19
7.3.7 Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan

alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung

pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman. Tempoh masa penitisan tidak terlalu

panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang

panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi cocoa

peat untuk menyerap dan menyimpannya.

JADUAL PEMBERIAN BAJA BAGI PENANAMAN CILI


HARI DIKIRA SESUDAH ANAK BENIH DIALIH KE POLIBEG

MASA KEKERAPAN UMUR

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 4x – 5x / sehari 1 – 7 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 7 - 14 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 15 – 21 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 22 – 28 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 29 – 35 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 36 – 42 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 42 – 49 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 50 – 57 hari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 58 – 64 hari

Kutip hasil pertama

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari 65 – 71 hari

Hasi 18 – 25 biji / kg

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari

7.30am, 9.30am, 11.30am, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm 6x / sehari

Jangan beri air (petik buah)

20
7.3.8 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit

1) Kawalan Serangga Perosak

Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalan serangga, maka

kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja. Maksudnya, apabila terdapat

kebocoran pada jaring kalis serangga dan membolehkan serangga menyerang

tanaman maka kawalan dilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual

di bawah. Serangga yang biasa menyerang pokok cili adalah :

Nama Bahagian Peringkat


Perosak Diserang Pokok Simptom Kawalan
Diserang

Kutu Daun Daun, bunga Semua Daun menjadi racun


(Aphis spp.) dan buah muda peringkat kerekot, bunga chlorphyrifos atau imidachloprid
gugur dan buah pada peringkat awal selepas
terbantut. menanam.

permethrin, cypermethrin atau


dimethoate jika serangan pada
pokok berumur lebih 60 hari.
Kutu Thrips Daun dan Semua Daun menjadi racun
(Thrips spp.) bunga peringkat kerekot dan chlorphyrifos atau imidachloprid
bunga gugur. pada peringkat awal selepas
menanam.
chlorphyrifos
atau malathion jika serangan pada
pokok berumur lebih 60 hari.
Ulat Pengorek Daun dan Peringkat Daun dan buah Sembur dengan racun
Buah buah Berbuah berlubang-lubang. chlorphyrifos jika serangan
(Helionthis melebihi tahap 5%.
Armigera spp.)
Lalat Buah Buah Peringkat Terdapat lorong- racun
(Bactocera) Berbuah lorong kecil di chlorphyrifos apabila pokok mula
dalam buah dan berbuah.
buah gugur.
Hamama Merah Daun dan Pokok Daun Sembur dengan racun amitraz,
(Tetranychus spp.) bunga Matang berkerekot, bunga dicofol, malathion atau prothiofos.
gugur dan pokok
terbantut.

21
2) Kawalan Penyakit

Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalam penanaman cili

kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkena serangan penyakit. Walaupun

kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk

mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di

persekitaran tapak projek. Penyakit yang biasa menyerang tanaman cili adalah :

Penyakit Penyebab Bahagian Cara Simptom Kawalan


Diserang Merebak
Antraknos Colletotrichum Buah Biji benih, Bintik-bintik lekok benih dengan
Buah Capsici angin dan berpusar, racun kulat captan atau
berwarna thiram.
keperangan pokok yang
terdapat di luar diserang.
kulit buah. Lekok- dengan racun
lekok ini akan kulat mancozeb.
membesar, menjadi
kehitaman dan
akhirnya buah
busuk dan gugur.
Bintik Cercospora Daun dan Angin Terdapat bintik- bahagian yang
Daun capsici tangkai bintik kecil bulat terkena serangan.
daun berwarna perang benomyl.
pada daun.
Hawar Choanephora Pucuk Angin Terdapat diperingkat
Pucuk cucurbitarum sporaspora biji benih.
hitam pada pucuk pokok yang
yang terkena diserang.
penyakit. Pucuk
menjadi layu dan
berwarna hitam.
Reput Sclerotium Pangkal Tanah Daun layu, terdapat dan
Pangkal Rolfsii Pokok maisilia putih dan musnahkan keseluruhan
skelerotia seperti pokok yang terkena
biji sawi pada penyakit.
pangkal pokok.
Pangkal pokok
menjadi hitam dan
mereput.

22
Lecuh Pythium sp., Batang Tanah dan Di pangkal anak di
Anak Rhizoctonia sp. anak benih air benih seakan-akan peringkat awal.
Benih lecuh. berlebihan.
Serangan yang semaian
teruk menyebabkan mempunyai saliran yang
anak benih baik.
tumbang.
Layu Pseudomonas Daun dan Tanah, air Daun layu dan bakar pokok
Bakteria solanacearum batang dan kuning. Empulur berpenyakit.
sentuhan berwarna perang saliran baik di
akar kehitaman dan kawasan tapak projek.
berair. Jika akar
atau batang
direndam dalam
air, ianya
mengeluarkan
cecair jaluran
putih.
Mozek Mosaic virus Semua Biji benih, Daun berbintik- bakar pokok
Daun bahagian kutu daun bintik dan berpenyakit.
pokok sebagai berkerekot. Urat saliran baik di
pembawa daun membengkak. kawasan tapak projek.
penyakit. Pokok bantut dan benih yang
kurang berbuah. berpenyakit.
Buah menjadi serangga pembawa
kecil dan berubah virus iaitu kutu daun
bentuk. dan thrips dengan
menyembur racun
chlorpyrifos.
yang
menjadi perumah serangga
pembawa virus.

23
7.3.9 Penyelenggaraan Tanaman

Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang masa

proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja ini dijadualkan secara teratur

mengikut perkembangan tanaman. Berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan

tanaman yang perlu dilakukan :

GERAK KERJA HARI / MASA AKTIVITI


PERSEDIAAN 25 Hari cocoa peat.
AWAL Sebelum Tanam baja mengikut / keperluan.
cocoa peat.

bersaiz 16” x 16” bertebuk di tepi sahaja.


biji
benih, medium semaian peat moss, dulang semaian, tali
rafia, dawai bersalut, racun serangga dan kulat yang biasa
digunakan dan keperluan lain.
PENYEMAIAN 20 Hari
BENIH Sebelum Tanam
peat moss.

ji benih dengan
air bersih.
plastic hitam
untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium
percambahan supaya tidak kering.
PENYEDIAAN 18 Hari
LARUTAN BAJA Sebelum Tanam tong biru (100 liter).
PEMBESARAN 16 Hari Hingga
ANAK BENIH 1 Hari Sebelum
Tanam
serangga perosak.
- tanda
kerosakan.
PENYEDIAAN 20 Hari Hingga coca peat.
BEG TANAMAN 5 Hari Sebelum Mengetos cocoa peat.
Tanam Menimbang cocoa peat 2 hingga 2.5 kg untuk setiap beg
(basah dan telah ditoskan).

24
cocoa peat ke dalam beg tanaman.
-beg berisi cocoa peat ke dalam rumah
tanaman.
-beg tanaman mengikut baris yang telah
ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak
tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm
antara baris.

pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak


ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis
tersumbat.
tanaman
di dalam beg-beg tanaman.
PENANAMAN 0 Hari -dulang semaian ke dalam rumah
tanaman.
dimasukkan
anak benih.

bahagian bawah dulang semaian dahulu sebelum


mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang
dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang dulang
semaian.
lubang
tanaman yang telah disediakan.
tidak
longgar.
berhampiran dengan pangkal anak
pokok.
PENYELIAAN 1 Hari Dan 2 -tanda
SELEPAS Hari Selepas jangkitan penyakit atau serangan perosak.
MENANAM Tanam
dicucukkan berhampiran pangkal pokok.
i.

sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman.


3 Hari Selepas pada awal pagi. Mana-mana
Tanam pokok yang masih layu atau mati perlu diganti.
ke dalam tangki larutan baja.
memberi baja kali pertama kepada
pokok.
4 Hari Hingga
7 Hari Selepas Memerhatikan

25
Tanam tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga
perosak.
7 Hari Selepas .
Tanam redup
atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini
boleh ditangguhkan.
10 Hari Hingga Membuang tunas air supaya pokok kekal mengeluarkan
35 Hari Selepas satu batang utama sahaja sehingga cabang utama keluar.
Tanam
PENGURUSAN 7 Hari Dan 17 rawatan pencegahan penyakit akar ’Pythium’.
PENYAKIT DAN Hari Selepas Previcur N sebanyak 10 ml ke dalam
SERANGGA Tanam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap
PEROSAK pokok.
Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan
ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini
dilakukan.
8 Hari Hingga Memerhatikan
180 Hari tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.
Selepas Tanam r sentiasa berfungsi dengan
baik.
MENGIKAT 30 Hari Selepas -dahan pokok cili pada tali atau dawai
POKOK Tanam Hingga penyokong bagi mengelakkan dahan-dahan daripada patah
150 Hari disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan).
MEMBANTU 25 Hari Selepas aan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk
PENDEBUNGAAN Tanam Hingga perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia
Tamat Projek dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari.
Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran
hasil cili.
MEMETIK BUAH 55 Hari Selepas yang masak.
Tanam Dan
Selang 3 Hari
MENAMATKAN 150 Hari
TANAMAN Selepas Tanam
Atau Apabila
Sesuai memusnahkannya.

26
8.0 ASPEK PEMASARAN

Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yang dilaksanakan, aspek

pemasaran merupakan elemen penting yang perlu diurus dengan cekap dan berkesan.

Perancangan dan analisa semasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu

projek menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkara - perkara

yang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :

1) Analisa Pasaran

2) Analisa Pesaing

3) Strategi Pemasaran

4) Pemilihan Strategi

8.1 ANALISA PASARAN

8.1.1 Proses Pemasaran

HIMPUNAN SETEMPAT  HIMPUNAN PUSAT  PEMPROSESAN /

PENGILANGAN  PEMBORONGAN  PERUNCITAN

8.1.2 Saluran Pemasaran

i) PENGELUAR  PEMBORONG  PERUNCIT

ii) PENGELUAR  PERUNCIT

27
8.1.3 Sistem Pemborongan Di Peringkat Borong

Sasaran: Peruncit, Pengedar, Pengguna dan lain-lain.

Hasil pertanian yang dikeluarkan akan dipasarkan mengikut sistem pemborongan di

mana sasaran utama ialah bagi peruncit, pengedar dan pengguna. Penetapan harga

adalah dipengaruhi oleh:

1) Masa

2) Kualiti

3) Kuantiti

4) Permintaan

5) Persaingan

8.1.4 Masalah Pemasaran

a) Harga Tidak Stabil

Kedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkan mengikut keadaan

semasa.

b) Kurang Saluran Pemasaran

Kedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yang efektif dan

berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yang betul bagi memastikan hasil-

hasil pertanian dapat disalurkan kepada pengguna, pemborong dan peruncit.

c) Kurang Maklumat Pasaran

Pengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasil - hasil pertanian,

mereka perlu memastikan mendapat maklumat pasaran yang lengkap dan terkini.

Mereka perlu mendapat maklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan

kedudukan pasaran semasa.

28
d) Kurang Prasarana

Wujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluran pengakutan, bekalan

elektrik, bekalan air, dan sebagainya.

e) Bekalan Tidak Terjamin

Wujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di mana berlakunya pasaran tidak

ada kawalan dan sumber yang baik.

f) Tidak Memenuhi Kehendak Pasaran

Terdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini

menyebabkan berlakunya lambakan dan mengakibatkan pembaziran.

g) Perlaksanaan Peraturan Tertentu

Wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkan pengagihan pemasaran.

h) Sistem Pembungkusan

Ramai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yang tidak menarik dan

juga tidak sesuai untuk digunakan.

i) Persaingan

Persaingan yang sengit antara pengeluar - pengeluar cili.

j) Kurang Pendedahan

Pengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran cili.

29
8.1.5 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah

i) Pendekatan konsep “Pasaran  Pengeluaran  Pemasaran”

ii) Penyebaran maklumat pasaran

iii) Mempertingkatkan promosi

iv) Penggunaan teknologi terkini

v) Pengwujudan industri hiliran cili

vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaran

vii) Perlaksanaan penguatkuasaan

8.1.6 Strategi Pemasaran Yang Berkesan

i) Berkualiti

ii) Jaminan pengeluaran

iii) Pengendalian yang sempurna

iv) Kos pengeluaran yang minima

v) Pembungkusan yang baik

vi) Kecekapan operasi ladang kontrak

vii) Berdaya saing

viii) Bijak mencari peluang

30
8.2 ANALISA PESAING

Pesaing adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira oleh pengusaha.

Dalam pemasaran cili, pesaing terdiri daripada petani-petani dari semua kawasan.

Mereka membekal hasil mereka kepada para peniaga di kawasan lain untuk dijual.

Selalunya harga yang diperolehi adalah lebih murah dan cili yang dijual kelihatan

lebih segar dan elok kerana penggunaan baja dan juga racun. Persaingan dalam

penanaman cili menggunakan kaedah secara fertigasi adalah amat tinggi namun

pulangan yang diterima oleh para petani adalah sangat lumayan dan menguntungkan.

8.3 Strategi Pemasaran

8.3.1 Strategi

Beberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan daya saing tanaman cili bagi

pasaran tempatan dan eksport :

1) Strategi Produk

Bekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran cili domestik

dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat pemasaran, strategi produk perlu

berkualiti, menitikberatkan pembungkusan, penggredan dan perlabelan.

2) Strategi Harga

Bagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing dengan produk-produk

yang diimport daripada negara jiran. Contohnya, kedudukan harga cili Thailand

agak rendah di pasaran. Maka bagi menyaingi harga tersebut, kita terpaksa

menurunkan harga di pasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga

perlulah mengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produk yang

unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.

31
3) Strategi Promosi

Pendekatan promosi yang lebih agresif dan berkesan perlu dilaksanakan di dalam

dan luar negara. Kempen galakan memakan sayur-sayuran tempatan dan produk-

produk pertanian tempatan hendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang

tahun.

4) Strategi Pengedaran

Sistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikan semua hasil-hasil

pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Oleh itu, kaedah mengurangkan kadar

kerosakan selepas tuai dari segi pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan

penyimpanan perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepada

kaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan pengilangan.

8.3.2 Strategi-Strategi Sokongan Pemasaran

i) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perlu diperbanyakkan. Sistem

komisyen perlu ditukarkan kepada sistem yang lebih telus seperti sistem lelongan.

Perlaksanaan ini boleh dipraktikkan melalui rangkaian pasaran FAMA seperti

penubuhan Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru.

ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkan bagi membolehkan

pengguna mendapat produk yang berkualiti.

iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’franchais’ bagi

menjual barang segar juga boleh diperkenalkan terutamanya dikawasan bandar.

iv) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalam bidang

pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan dan penggredan boleh

dilaksanakan melalui cara berikut :

Mengadakan latihan usahawantani

32
Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani

Mewujudkan dana dan modal pusingan

Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan

Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan

input, pemprosesan dan lain-lain.

8.4 PEMILIHAN STRATEGI

i) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satu strategi bersepadu

perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslah berpandukan kepada kecekapan

pemasaran yang strategik di mana ia boleh didefinasikan seperti berikut :

Kecekapan Pemasaran :

Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman

Kecekapan Faktor Dalaman :

Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran

Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitan

ii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuan berdaya saing dan

berdaya maju dalam sesuatu kemajuan pemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait

dengan kos pengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan.

iii) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agak strategik di mana

tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket, supermarket, kedai runcit, pasar

malam, pasar awam serta lebih 280 buah gerai pasar tani.

33
9.0 ASPEK KEWANGAN

Analisis kewangan ini mengambil kira kesemua kos yang terlibat serta pulangan

(hasil) yang diramal daripada projek ini iaitu penanaman 1,000 pokok cili

menggunakan sistem fertigasi di dalam 20 unit rumah pelindung tanaman (berukuran

8 kaki lebar dan 60 kaki panjang) di atas tapak seluas 1 ekar.

9.1 ANGGARAN KOS PERMULAAN

Projek ini melibatkan kos pembangunan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur

rumah pelindungan tanaman. Kos-kos permulaan yang terlibat adalah :

1) Kos Pembangunan

2) Kos Operasi

3) Kos Pengeluaran

9.1.1 Kos Pembangunan

i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Pembersihan kawasan secara kontrak menggunakan
jentolak untuk keluasan 1 ekar tanah.
Kerja-kerja merata dan melandaikan tanah secara
kontrak bagi keluasan 1 ekar tanah. 500.00

Kadar upah:
RM 500.00 / ekar
Jumlah Kos 500.00

34
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Pagar Kawasan 5,000.00
2. Sumber Air Bawah Tanah 600.00
3. Sumber Elektrik 2,000.00
4. Rumah Pam Sistem Fertigasi
Stor Peralatan dan Bahan Input 8,000.00
Pusat Pengumpulan Hasil
Jumlah Kos 15,600.00

iii) Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan

Untuk memuatkan 1,000 pokok cili yang bakal ditanam, sebanyak 20 buah rumah

pelindung tanaman yang perlu dibina dengan keluasan strukturnya adalah 8 kaki

lebar dan 60 kaki panjang.

BIL PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER KOS (RM)


UNIT (RM)
1. Besi G1 ½” x 20’ – U Shape Batang 200 28.50 5,700.00
2. Besi G1 1” x 2.5’ – Skru Set Batang 400 47.00 18,800.00
(3btg)
3. Besi G1 AA 1/2 “ x 20’ Batang 180 28.50 5,130.00
4. Besi G1 AA ½” x 7.5’(2btg) Batang 80 28.50 2,280.00
Soket PVC ½ “ Biji 120 0.40 48.00
5. Plastik UV (19 m/gulung) Gulung 20 590.00 11,800.00
6. Silvershine Gulung 20 90.00 1,800.00
7. Klip Besi Biji 1000 0.70 700.00
8. Klip Plastik Biji 1600 0.20 320.00
9. Batu Bata Biji 4000 0.22 880.00
10. Dawai Kg 200 12.00 2,400.00
Jumlah Kos 826.02 49,858.00

35
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi

BIL PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER KOS (RM)


UNIT (RM)
1. Tubing 16mm / ½ inci Gulung 25 98.00 2,450.00
(160m/gulung)
2. Main Tube 1 inci / 32mm Gulung 2 108.75 217.50
(100m/gulung)
3. Mini Tubing 4mm Gulung 40 18.00 720.00
4. Nipple Biji 2000 0.06 120.00
5. Arrow Dripper Biji 2000 0.06 120.00
6. Stop Cok Ladang 1 “ Biji 20 1.50 30.00
7. Grommet Biji 40 2.00 80.00
8. T Joiner PVC 1” Biji 1 1.22 1.22
9. L Joiner Biji 5 0.75 3.75
10. Analog Timer Set 1 250.00 250.00
11. EC Meter Biji 1 270.00 270.00
12. Agri – Water Filter ½ “ Biji 1 40.00 40.00
13. Stop Valve 1” Biji 4 2.50 10.00
14. PVC Pipe 1” Batang 20 15.93 318.60
15. V Soket 1” Batang 10 0.58 5.80
16. Soket Poly 1” to PVC Batang 1 7.00 7.00
17. Fimale Soket 1” Batang 3 2.20 6.60
18. End Cap Poly 1” Batang 2 1.85 3.70
19. Water Pump 0.5hp Biji 2 98.00 196.00
20. Tong Stok Nutrien Biji 2 40.00 80.00
21. Tangki Air 2,700 Liter Biji 2 100.00 200.00
22. Gum PVC ( kecil ) Tin 2 10.63 21.26
23. Tank Conector Biji 4 1.50 6.00
24. Enjin Racun Biji 1 800.00 800.00
25. Penebuk Lubang 16mm Biji 1 500.00 500.00
(Drill Bit)
Jumlah Kos 2,491.31 6,457.43

9.1.2 Anggaran Kos Pembangunan

BIL PERKARA KOS (RM)


1. Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan 500.00
2. Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana 15,600.00
3. Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan 49,858.00
4. Pembinaan Sistem Fertigasi 6,457.43
Jumlah Kos Pembangunan 72,415.43

36
9.1.3 Kos Operasi (6 Bulan @ 1 Musim)

Kos ini adalah perbelanjaan pengurusan projek meliputi perbayaran gaji, elaun, bil-bil

utiliti, sewa dan lain-lain bayaran yang diperlukan setiap bulan bagi tempoh 6 bulan

atau 1 musim.

i) Gaji Pengurusan / Kakitangan / Buruh

BIL PERKARA BAYARAN KOS BAGI 6


BULANAN (RM) BULAN (RM)
1. Pekerja (2 orang) 1,000 6,000
Jumlah Kos 1,000 6,000

ii) Utiliti Dan Pengendalian (air, elektrik, telefon, sewa dan lain-lain)

BIL PERKARA BAYARAN KOS BAGI 6


BULANAN (RM) BULAN (RM)
1. Air - -
2. Elektrik 250 1,500
Jumlah Kos 250 1,500

9.1.4 Anggaran Kos Operasi (6 Bulan @ 1 Musim)

BIL PERKARA BULANAN (RM) 1 MUSIM (RM)


1. Gaji Pengurusan / Kakitangan 1,000 6,000
2. Utiliti Dan Pengendalian 250 1,500
Jumlah Kos Operasi 1,250 7,500

9.1.5 Kos Pengeluaran (6 Bulan @ 1 Musim)

Kos ini merangkumi perbelanjaan pembelian bahan input seperti baja, benih, racun

kimia dan lain-lain. Perbelanjaan ini adalah keperluan bagi satu pusingan tanaman dan

berulang pada setiap pusingan (musim).

37
9.1.6 Anggaran Kos Pengeluaran (6 Bulan @ 1 Musim)

BIL PERKARA UNIT KUANTITI KOS PER KOS (RM)


UNIT (RM)
1. Baja Fertigasi Set 2 130.00 260.00
( Set A & Set B )
2. Benih cili (100 bji = 1 paket) Paket 25 3.00 75.00
3. Peat moss Beg 13 25.00 325.00
4. Cocoa Peat Beg 200 4.00 800.00
5. Racun Kulat:
Previcur N – 250 ml Botol 1 46.00 46.00
Benex – 1 kg Botol 1 25.00 25.00
Fugaran – 1 kg Botol 1 39.00 39.00
6. Racun Serangga:
Pengasus – 500 ml Botol 1 60.00 60.00
Mitac – 1 L Botol 1 56.00 56.00
Selecron – 1 L Botol 1 56.00 56.00
7. Racun Rumpai:
Roundup – 4 L Botol 1 55.00 55.00
Uniquat 25 – 4 L Botol 1 45.00 45.00
8. Hormone:
Atonik – 1 liter Botol 1 65.00 65.00
9. Tray Semaian Biji 25 2.00 50.00
10. Polybeg Putih Kg 20 6.50 130.00
16”x16”x0.12mm (100 kpg)
11. Tali Kg 10 1.00 10.00
12. Plastik Cili Beg 400 0.20 80.00
13. Bakul Buah Biji 100 40.00 4,000.00
Jumlah Kos Pengeluaran 658.70 6,177.00

38
9.1.7 Jumlah Keseluruhan Kos Permulaan

Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi memulakan projek ini awal kerja-kerja

pembersihan kawasan, penanaman hingga penuaian hasil, iaitu bagi tempoh selama 6

bulan adalah:

BIL PERKARA KOS (RM)


1. KOS PEMBANGUNAN
i) Kerja-Kerja Awalan Dan Pembersihan Kawasan 500.00
ii) Pembinaan Infrastruktur Dan Prasarana 15,600.00
iii) Pembinaan Struktur Rumah Lindungan Hujan
8’ lebar x 60’ panjang (20 buah) 49,858.00
iv) Pembinaan Sistem Fertigasi 6,457.43
Jumlah Kos Pembangunan 72,415.43
2. KOS OPERASI ( 6 BULAN)
i) Gaji Pengurusan / Kakitangan 6,000.00
ii) Utiliti Dan Pengendalian 1,500.00
Jumlah Kos Operasi 7,500.00
3. KOS PENGELUARAN (6 BULAN)
i) Baja Fertigasi (Set A & Set B) 260.00
ii) Benih cili (1,000 pokok) 75.00
iii) Peat Moss 325.00
iv) Cocoa Peat 800.00
v) Racun Kulat:
Previcur N – 250 ml 46.00
Benex – 1 kg 25.00
Fugaran – 1 kg 39.00
vi) Racun Serangga:
Pengasus – 500 ml 60.00
Mitac – 1 L 56.00
Selecron – 1 L 56.00
vii) Racun Rumpai:
Roundup – 4 L 55.00
Uniquat 25 – 4 L 45.00
viii) Hormone:
Atonik – 1 liter 65.00
ix) Tray Semaian 50.00
x) Polybeg Putih 130.00
xi) Tali 10.00
xii) Plastik Cili 80.00
xiii) Bakul 4,000.00
Jumlah Kos Pengeluaran 6,177.00
JUMLAH KESELURUHAN KOS PERMULAAN 86,092.43

39
9.2 HASIL DAN PULANGAN

i) Jumlah hasil yang diperolehi dianggarkan daripada bilangan pokok yang ditanam x

hasil sepokok.

Bilangan Pokok Ditanam = 1,000 pokok

Anggaran Hasil Semusim = 5 kg / pokok

Jumlah Hasil Semusin = 5 x 1,000

= 5,000 kg

= 5 tan / musim (6 bulan)

Bilangan Musim / Tahun = 2 musim

Jumlah Hasil Setahun = 5,000 kg x 2 musim

= 10,000 kg / tahun

= 10 tan

ii) Pulangan pendapatan dikira pada harga ladang.

Harga jualan di ladang = RM 6.00 / kg

Jumlah Pendapatan Semusim = RM 6.00 x 5,000 kg

= RM 30,000.00 / musim

Jumlah Pendapatan Setahun = RM 30,000.00 x 2 musim

= RM 60,000.00 / tahun

40
9.3 ALIRAN TUNAI

Aliran Tunai Musim 1 :

BULAN
PERKARA
0 2 3 4 5 6
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran
- - - 2,000 2,000 1,000
(kg)
2) Jualan ( RM 6 / kg) - - - 12,000.00 12,000.00 6,000.00
RM RM RM
Jumlah Pendapatan 0 0 0
12,000.00 12,000.00 6,000.00
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan 72,415.43 - - - - -
2) Kos Operasi 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00
3) Kos Pengeluaran 6,177.00 - - - - -
Jumlah Perbelanjaan 79,842.43 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00
Lebihan / Defisit (79,842.43) (81,092.43) (82,342.43) (71,592.43) (60,842.43) (56,092.43)

Aliran Tunai Musim 2 :

BULAN
PERKARA
7 8 9 10 11 12
PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran - - - 2,000 2,000 1,000
(kg)
2) Jualan ( RM 6 / kg) - - - 12,000.00 12,000.00 6,000.00
RM RM RM
Jumlah Pendapatan 0 0 0
12,000.00 12,000.00 6,000.00
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan - - - - - -
2) Kos Operasi 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00
3) Kos Pengeluaran 6,177.00 - - - - -
Jumlah Perbelanjaan 7,427.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00 1,250.00
Lebihan / Defisit (63,519.43) (64,769.43) (66,019.43) (55,269.43) (44,519.43) (39,769.43)

41
Aliran Tunai Satu Tahun :

PERKARA MUSIM 1 MUSIM 2 JUMLAH


PENDAPATAN
1) Hasil Pengeluaran (kg) 5,000 5,000 10,000
2) Jualan ( RM 6 / kg) 30,000.00 30,000.00 60,000.00
Jumlah Pendapatan 30,000.00 30,000.00 RM60,000.00
PERBELANJAAN
1) Kos Pembangunan 72,415.43 - 72,415.43
2) Kos Operasi 7,500.00 7,500.00 15,000.00
3) Kos Pengeluaran 6,177.00 6,177.00 12,354.00
Jumlah Perbelanjaan 86,092.43 13,677.00 99,769.43
Lebihan / Defisit (56,092.43) 16,323.00 (39,769.43)

9.4 DAYA MAJU PROJEK

Dari unjuran aliran tunai seperti dalam jadual di bawah ini, kedayamajuan projek ini

dapat diukur.

Jadual : Unjuran Aliran Tunai Bagi Tempoh 5 Tahun

TAHUN 1 2 3 4 5
PENDAPATAN KASAR
Pengeluaran (kg) 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000
Jualan @ RM6 / kg 60,000.00 60,000.00 60,000.00 60,000.00 60,000.00

PERBELANJAAN
Kos Pembangunan 72,415.43 - - - -
Kos Pengeluaran 12,354.00 12,354.00 12,354.00 12,354.00 12,354.00
Kos Operasi Dan
15,000.00 15,000.00 15,000.00 15,000.00 15,000.00
Penyelenggaraan
Jumlah Kos 99,769.43 27,354.00 27,354.00 27,354.00 27,354.00

Pendapatan Bersih (39,769.43) 32,646.00 32,646.00 32,646.00 32,646.00


Jumlah Pendapatan Bersih
Terkumpul (39,769.43) (7,123.43) 25,522.57 58,168.57 90,814.57

42
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN

10.1 Kalendar Perlaksanaan

AKTIVITI LADANG BULAN


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1) Pembersihan Kawasan
2) Penyediaan Tapak
3) Penyediaan Semaian
4) Penanaman
5) Pembajaan
6) Kawalan Perosak
7) Kawalan Penyakit
8) Penyelengaraan Tanaman
9) Penuaian
10) Aktiviti Lepas Tuai
11) Jualan Dan Pemasaran

10.2 Jadual Kerja

MINGGU AKTIVITI
-4 Penyediaan Kawasan
-3 Penyediaan Tapak
-2 Penyediaan Media Tanaman
-1 Penyediaan Semaian
0 Penanaman
1

Kawalan Serangga dan Penyakit


2

5 Penyelenggaraan Tanaman

43
7

Kawalan Serangga dan Penyakit


9

10 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

11 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai
Pemasaran
12 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

13 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

14 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

15 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

16 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

17 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

18 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

19 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

20 Menuai Hasil
Pengendalian Lepas Tuai

44
11.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampu

memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masa

panjang.

Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur, kenaikkan kos

bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan oleh

kenaikkan harga bahan api, namum ia dapat diseimbangkan dengan peningkatan

harga cili di pasaran.

Permintaan yang tinggi daripada pengguna dalam sektor industri, isi rumah dan

institusi serta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran masih

menunjukkan kedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya

pertambahan pesaing domestik disebabkan oleh peningkatan bilangan pengusaha

tanaman cili di Malaysia.

Dengan mengambilkira faktor semasa dan juga persekitaran yang sedia ada, pihak

kami yakin dan percaya bahawa projek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi

keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang.

45

Anda mungkin juga menyukai