Anda di halaman 1dari 22

276

LAMPIRAN A

MODUL LATIHAN
KECERDASAN EMOSI GURU-GURU

A. Objektif Latihan

Memberikan kemahiran kepada peserta agar:

i. Dapat mengenalpasti secara mandiri tentang kompetensi penting yang mesti wujud
dalam diri seorang guru, seperti: kesedaran kendiri, penilaian kendiri yang tepat,
keyakinan diri, kawalan kendiri, kebolehpercayaan, dorongan pencapaian,
memahami orang lain mengembangkan petensi orang lain, mempengaruhi orang
lain, dan pengurusan konflik.

ii. Menganalisa dan memahami isu-isu penting yang menyebabkan terbelenggunya


kompetensi tersebut.

iii. Membina dan mengekalkan kompetensi tersebut dalam profesyen dan kehidupan
seharian.

B. Aktiviti Berkenalan

1. Untuk mencairkan kebekuan dalam kumpulan training dan membawa peserta


melalui pengalaman sendiri untuk berkenalan dan berkomukasi secara efektif
(elemen EQ) sebelum masuk ke sesi training yang sebenar.

Aktiviti Mencari Kenalan Baru


(CD ku)
Masa 45 Minit

Objektif Berkenalan dan membina hubungan dengan lebih berkesan


dengan rakan-rakan baru

Prosedur • Setiap peserta diberikan sehelai kertas berbentuk sekeping


Activiti: CD yang dibahagikan kepada empat bahagian
• Peserta diminta untuk menulis empat soalan kreatif (satu
soalan untuk setiap bahagian CD) yang akan mereka
tanyakan kepada rakan baru mereka. Contoh soalan kreatif:
Apakah kegemaran, minat, harapan impian hidup,
lagu&muzik kesukaan, tempat-tempat yang selalu
dikunjungi.
277

• Peserta diberi masa 10 minit untuk mendapatkan maklumat


rakan-rakan baru mereka dengan soalan-soalan kreatif
tersebut.
• Selepas sepuluh minit, peserta diminta berkumpul semula
dan fasilitator meminta peserta untuk memperkenalkan diri
masing-masing.
• Fasilitator meminta untuk menambahkan maklumat tentang
diri peserta yang sedang berkenalan kepada peserta yang
menanya tadi.
• Perkara yang sama dilakukan oleh fasilitator sehingga semua
peserta habis berkenalan.
• Peserta yang mengumpulkan maklumat terbanyak tentang
rakan baru mereka akan diberikan hadiah menarik dari
trainer.

Tindakan trainer:
• Trainer meminta pandangan peserta tentang apakah yang
dirasakan oleh peserta ketika sedang berkenalan
• Trainer cuba menanya apakah yang telah dilakukan oleh
peserta untuk mencari kenalan dan mendapatkan informasi
tentang rakan baru tersebut
• Trainer membuat satu rumusan (mengaitkan dengan EQ)
tentang makna permainan “mencari kenalan baru”.

Note: Permainan diiringi dengan alunan muzik yang


menyeronokan peserta untuk bermain.

Bahan Kertas dan Pensil/Pen

Falsafah Peserta menggunakan pelbagai kreativiti, kemahiran membina


hubungan dan cara-cara mempengaruhi orang lain untuk
mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang baru

2. Menggiring peserta melalui Falsafal Pendidikan Peribadi (FPP) kepada Falsafah


Pendidikan Negara dan Profesyen (Fokus kepada EQ)

Aktiviti Falsafah Peribadi Ku


(Puzzle)
Masa 1.15 Minit

Objektif Mengenalpasti perlunya menghayati Falsafah Pendidikan dan


Profesyen

Prosedur • Fasilitator menunjukkan bentuk kepingan “Puzzle” Pada


Activiti: scren paparan di hadapan
• Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan,
dan masing-masing kumpulan diberi sehelai kertas berbentuk
278

kepingan “puzzle” yang terdapat pada scren paparan.


• Fasilator memberikan arahan, bahawa masing-masing ahli
dalam kumpulan adalah merupakan kepingan-kepingan
“puzzle seperti yang terdapat pada screen.
• Fasilitator meminta peserta untuk mengisi Falsafah Peribadi
pada kepingan “puzzle” masing-masing, seterusnya
ditampalkan pada kepingan “Puzzle” kumpulan.

Cara permainan:
• Permainan dimulakan dengan membaling anak dadu
• Fasilitator meminta wakil kumpulan secara bergiliran untuk
membaling anak dadu (sebanyak tiga kali), untuk
mendapatkan apakah kepingan “puzzle” yang keluar.
• Apabila wakil kumpulan berjaya membaling anak dadu
sesuai dengan kepingan “puzzle” yang dimiliki, maka
kumpulan tersebut akan menampalkan kepingan “puzzle
mereka pada “Puzzle” yang berada di paparan hadapan.
• Prosedur yang sama akan dilakukan sehingga sebanyak yang
mungkin “Puzzle” kumpulan dapat ditampal pada “puzzle” di
hadapan.

Tindakan Trainer:
• Trainer memerhati peserta sepanjang permainan dijalankan
• Trainer membacakan Falsafah Peribadi yang ditulis pada
kepingan Puzzle yang ditampal di hadapan
• Trainer meminta pandangan peserta, apakah yang mereka
fikirkan ketika mengisi kepingan “puzzle” masing-masing
• Trainer cuba menanyakan, apakah yang dirasakan oleh
peserta ketika berjaya dan tidak berjaya membaling anak
dadu
• Trainer membuat satu rumusan (mengaitkan dengan
kepentingan EQ dalam FPN) daripada permainan “Puzzle”
yang dilakukan
• Dengan mengelapkan suasana dalam ruangan training dan
diiringi dengan muzik yang menyentuh hati, trainer cuba
membawa peserta untuk merasakan “apakah yang berlaku
kepada diri dan pelajar-pelajar” seandainya Falsafah Peribadi
tidak selari dengan Falsafah profesyen dan FPN.

Bahan • Kertas yang telah digunting dalam bentuk kepingan Puzzle


• Pensil/pen
• Dadu
• Puzzle besar

Falsafah • Melaui pengalaman sendiri setiap individu mengenal sifat


pendidik yang tulen dan berkesan
• Keterbukaan
• Menyelaraskan Falsafah Pendidikan Peribadi dengan
Falsafah Pendidikan Negara dan Profesyen
• Menjana daya usaha
279

C. Kompetensi EQ Yang Disentuh Dalam Latihan

(i) Kesedaran Emosi

Dapat memafkan diri sendiri setelah melakukan kesilapan yang dilakukan, kesilapan
yang dilakukan tersebut tidak memberi kesan berpanjangan terhadap perasaan
peribadi.

Aktiviti “Monitor ku”


Cermin Khidmat Bagi Tahu Siapa Aku?
Dyad (berpasangan)
Masa 1.45 Minit

Objektif Umum:
• Mengenali emosi/perasaan sendiri dan orang lain

Peserta dapat:
(a) merasai dan menamakan emosi/perasaan yang dialami
(b) menerima dan mengakui kesan emosi/perasaan pada diri
sendiri dan orang lain
(c) mengenalpasti faktor penyebab tercetusnya
emosi/perasaan tersebut.
(d) Mengenalpasti kepentingan untuk jujur emosi pada diri
sendiri.

Prosedur Permulaan
Activiti: Aktiviti ini dumulakan dengan penanyangan Flm Cermin
Hikmat P.Ramlee (5 minit)!

(a) Setiap peserta diberi sekeping cermin muka, kertas A4


yang dimasukan ke dalam sampul surat.
(b) Aktiviti dilaksanakan bermula pada waktu pagi hari
pertama training, tengahari dan petang.
(c) Aktiviti yang sama dilakukan sehingga ke penghujung
training EQ.

Perlaksanaan aktiviti

Langkah satu:
Peserta diminta mencabut nama pasangan (Buddy) yang akan
bersamanya dalam aktiviti ”monitorku”.
• Fasilitator meminta peserta menulis nama pada sehelai
kertas, dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak yang
disediakan.
• Fasilitator membuat undian bertuah untuk mendapatkan
280

pasangan.
• Peserta berkenalan secara ringkas dengan pasangang
masing-masing

Langkah dua:
Pada setiap pagi (permulaan), tengahari (pertengahan) dan
petang (penutup).
• Peserta diminta bersama cermin hikmat dan pasangan
masing-masing
• Peserta diberi masa 3 minit untuk proses renungan ke
dalam diri (introspective journey) untuk melihat dirinya
pada cermin khidmat, untuk membaca perasaan yang
sedang dialami pada waktu itu .

Langkah tiga:
Peserta membuat “self-talk” tentang emosi
• Peserta menyatakan (i) nama-nama perasaan/emosi yang
dialami, (ii) kesan emosi pada dirinya dan (iii) sebab
timbulnya perasaan/emosi tersebut.
• Rakan (buddy) akan membantu untuk mencatatkan perkara
tersebut (nama-nama emosi, kesan dan sebab timbulnya
emosi di dalam ruang kertas A4 yang disediakan.
• Kedua-dua pasangan secara bergilir-gilir menjalankan
aktiviti mengisi jadual ”siapa aku” tersebut.
• Semasa aktiviti, peserta digalakkan bermain-main dengan
kata-kata “Wahai..wahai..Cermin khidmatku....berilah
tahu siapa daku (mirra, mirra oh who am I ?)

Langkah empat:
• Rakan (buddy) menyerahkan surat emosi kepada pasanganya
• Peserta membacakan kandungan ”cermin khidmat” masing-
masing.
• Kertas atau surat emosi tersebut di simpan dalam sampul
surat bernama dan beralamat sendiri
• Fasilitator mengumpulkan surat-surat tersebut dan
mengedarkan semula setiap kali aktiviti Cermin Khidmatku
dijalankan.
• Semasa aktiviti rakan/buddy membacakan emosi rakan,
peserta digalakkan bermain-main dengan kata-kata..
”Wahai..wahai..Cermin khidmatMu...ku beritahu siapa
dirimu”

Memproses aktiviti

Trainer mengemukakan beberapa soalan seperti;


• Bagaimana perasaan tuan/puan ketika menjalani aktiviti
Cermin Khidmat? (seronok, puas dsb)
• Apakah kesan aktiviti tersebut (tahu, mengakui perasaan-
jujur emosi) pada diri tuan/puan? ( lega, sejahtera)
281

• Apakah kesan aktiviti tersebut pada teman/rakan anda?


(ketelusan/lebih kenali)
• Siapakah yang lebih mengenali perasaan tuan/puan?
• Apakah kepentingan jujur dengan emosi pada diri sendiri
dan orang lain?
• Bagaimanakah cara terbaik tuan/puan melayani
perasaan/emosi (positif atau negatif) yang dialami?
• Seterusnya lampu dalam ruangan training digelapkan,
diringi dengan muzik lembut dan pemandangan yang
indah pada screen di hadapan, trainer akan membawa lagi
peserta untuk menyelami perasaan sebenar di dalam
dirinya, dengan mengajukan soalan-soalan yang
menyentuh perasaan.
• Sesi berakhir dengan menyalakan lampu ruangan training
semula.

Peringatan Berikutnya:

• Ulangi aktiviti cermin khidmat setiap pagi, selepas makan


tengahari dan sebelum pulang.
• Ia boleh dijalankan secara tidak formal namun mengikut
langkah-langkah yang sama (boleh diubahsuai). Apa yang
PENTING ialah mencatat nama-nama emosi yang dialami.
• Pastikan selepas mengisi surat emosi, rakan/buddy
menyimpan semula surat tersebut ke dalam kotak yang
disediakan.
• Di akhir progam, trainer akan memulangkan surat emosi
kepada setiap peserta untuk tujuan refleksi.

Bahan • Cermin muka


• Kertas
• Sampul surat
• Pensil/pen
Falsafah a. Memupuk sifat jujur emosi, mengambil berat dan
bertanggungjawab pada kesejahteraan diri sendiri dan
orang lain.
b. Memupuk sifat memahami dan menerima perasaan sendiri
dan orang lain (be kind to our feelings)
c. Sesuatu tindakan yang dilakukan dalam keadaan sedar dan
dengan penuh ketulusan akan membuahkan hasil yang di
luar jangkauan serta berkekalan (terkesan dalam
jangkamasa panjang)
d. Mendidik diri untuk jujur emosi (emotional honest)
e. Setiap manusia merasa selesa untuk “jujur emosi” dalam
suasana selamat, selesa, memberi kepuasan, penuh
penghormatan & percaya serta produktif. Safe, satisfying,
caring and productive environment
f. Kebijaksaan menyalur atau mengurus emosi membina
kefungsiaan / keberkesanan diri dan persekitaran
282

(ii) Penilaian Kendiri yang Tepat

Tahu apabila berfikir secara negatif terhadap diri (tidak yakin, tidak mampu, tidak
bersemangat dsb). Boleh menceritakan dengan tepat apa yang dialami kepada orang
lain, Boleh merasai perubahan fikiran apabila dirangsang oleh sesutu
perkara/peristiwa, Merasa berpuas hati apabila mengetahui kekuatan diri sendiri, dan
Tahu kesan tingkah laku ke atas orang lain.

Aktiviti 1 Menciptakan Kereta Baru


(Kereta Baru Ku)
Masa 90 Minit

Objektif Dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri:


• Menghargai kepentingan diri sendiri
• Dapat mengenal pasti dan mempergunakan kekuatan diri
untuk meningkatkan produktiviti.
• Dapat mngenal pasti kelemahan diri sendiri untuk
diperbaiki

Prosedur Pelaksanaan Permainan:


Activiti:
a. Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan,
masing-masing kumpulan diminta memberi nama
kumpulan mereka dengan nama-nama Syarikat yang
mereka sukai.
b. Fasilitator meminta setiap kumpulan memikirkan dan
merekacipta sebuah ”kereta baru” di mana setiap ahli
berperanan sebagai komponen-komponen penting yang
menggerakan kereta baru tersebut.
c. Sebelum merekacipta kereta, ahli kumpulan diminta untuk
berbincang bagi memikirkan peranan masing-masing dalam
kereta yang akan dihasilkan.
d. Kumpulan diberi masa selama 30 minit untuk berbincang,
merancang dan berlatih cara mengoperasikan kereta tersebut.
e. Setiap kumpulan diminta membuat demonstrasi tentang
perjalanan, pergerakan, operasi kereta berkenaan.
f. Setiap ahli kumpulan yang berperanan sebagai komponen
kereta yang direka, menunjukan peranan masing-masing
semasa dalam mendemonstrasikan kereta yang telah
dihasilkan.

Aktiviti Memproses:

Trainer memudahkan cara perbincangan berdasarkan:


283

• Bagaimanakah perasaan tuan/puan berperanan sebagai


komponen sebuah kereta yang direka?
• Apakah kepentingan setiap komponen yang wujud dalam
kereta yang tuan/puan hasilkan?
• Apakah kekuatan dan kelemahan masing-masing komponen
yang ada dalam kereta tang tuan/puan hasilkan?
• Apakah yang akan berlaku sekiranya komponen tersebut
rosak ataupun tidak berfungsi?
• Apakah faktor yang membawa kejayaan tugas kumpulan
tuan/puan?
• Apakah pembelajaran yang dapat tuan/puan ambil daripada
permainan yang kita lakukan?

Note
• Semasa merekacipta kereta, diiringi dengan muzik yang
menyeronokan peserat untuk bekerja
• Semasa demonstrasi, peserta dihiburkan dengan muzik
yang boleh meningkat semangat untuk medemonstrasikan
kereta mereka masing-masing.

Bahan • Kertas sebak


• Alat tulis
• Gam
• Crayon
• Plastersin
• Majalah
• Akhbar (yang ada gambar)

Falsafah • Masing-masing individu menyedari kekuatan dan


kelemahan untuk menjayakan sesebuah projek
• Pentingnya peranan individu dan sokongan ahli yang saling
bermotivasi dalam menjayakan sesuatu projek.
• Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Aktiviti 2 Saya Adalah Pendidik


(Pendidik Berjaya)
Masa 90 minit

Objektif Dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan


menyedari fungsi mereka sebagai pendidik.
• Menghargai kepentingan diri sendiri sebagai seorang
pendidik.
• Dapat mengenalpasti dan mempergunakan kekuatan diri
untuk meningkatkan imej profesyen.
• Dapat mengenalpasti kelemahan diri sendiri untuk
diperbaiki ke arah yang lebih baik.
284

Prosedur • Dimulakan dengan filem “Cikgu Fauziah” bahagian 1 (5


Activiti: minit) untuk melihat situasi di dalam kelas yang
dikendalikan oleh Cikgu Fauziah.

• Selepas melihat film Cikgu Fauziah bahagian 1, trainer


akan berinteraksi dengan peserta, dengan mengajukan
beberapa pertanyaan yang berkaitan dengan perasaan yang
dirasakan oleh peserta ketika melihat karenah pelajar-
pelajar Cikgu Fauziah ketika beliau masuk ke dalam kelas
untuk mengajar.

• Film Cikgu Fauziah akan dimainkan sehingga bahagian ke


3 dan proses berinteraksi antara trainer dengan peserta
akan berterusan.

• Diringi dengan muzik lembut dan menyentuh hati, trainer


akan membawa peserta untuk merasakan di di dalam diri
masing-masing “apakah yang akan berlaku sekiranya
guru-guru hari ini mempunyai sifat yang sama dengan
“Cikgu fauziah”?

Bahan • CD Cikgu Fauziah


• Multi Media

Falsafah Masing-masing dapat menyedari peranan mereka sebagai


seorang pendidik.

(iii) Kawalan Kendiri

Tidak cepat naik marah, Mampu bertindak dengan tenang, Mampu mengawal
perasaan, Sentiasa bertenang walaupun dalam keadaan tertekan, Boleh menenagkan
diri dengan cepat apabila dalam keadaan marah, Tidak mudah tersinggung, Dan tidak
kecil hati apabila dikritik.

Aktiviti Bursa Saham Malaysia

Masa 90 Minit

Objektif Membolehkan peserta supaya berfikir sebelum melakukan


sesuatu, sabar & bertenang dalam suasana tertekan, mampu
melihat orang daripada perspektif mereka dan mampu berfikir
secara rasional.
285

Prosedur • Fasilitator membahagikan peserta kepada lima kumpulan.


Activiti: Setiap kumpulan terdiri dari enam orang ahli.

• Setiap kumpulan dikehendaki menamakan kumpulan


dengan satu nama syarikat yang disepakati oleh ahli-ahli
kumpulan

• Fasilitator meminta masing-masing syarikat untuk melantik


A : Pengarah urusan
B : Pengarah Eksekutif
C : Pegawai penganalisis saham syarikat

Aktiviti:

• Pegawai bursa saham memainkan peranan penting dalam


mengawal proses jual beli saham X & Y.

• Pegawai Bursa Saham akan memberikan pilihan kepada


masing-masing Syarikat, apakah pilihan saham (Y atau X)
syarikat tersebut untuk hari ini.

• Pegawai bursa saham akan memaparkan harga saham


semasa pada skrin paparan.

• Aktiviti jual beli saham dilakukan sebanyak tiga kali oleh


pegawai Bursa Saham.

• Kertas
Bahan • Pensil/pen

Falsafah Melalui permainan Bursa Saham peserta dapat memahami


betapa pentingya mengawal emosi dalam bertindak

CONTOH PAPARAN HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA


DARI SEMASA KE SEMASA

HARGA BURSA SAHAM PUSINGAN 1

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM1000
4X 2Y RM1500 -RM1000
3X 3Y -RM2000 RM2000
2X Y RM3000 -RM1000
6Y RM1000
286

HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA PUSINGAN 2

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM1000
4X 2Y RM 5000 -RM10000
3X 3Y -RM 15000 RM12000
2X Y RM 25000 -RM18000
6Y RM50000

HARGA BURSA SAHAM MALAYSIA HARI 3

JUAL BELI SAHAM X SAHAM Y

6X -RM2000
4X 2Y RM 16000 -RM12000
3X 3Y -RM 18000 RM 25000
2X Y RM 40000 -RM15 000
6Y RM 75000

(iv) Keyakinan Diri

Keyakinan diri menggambarkan keupayaan seseorang untuk menghargai diri sendiri


dan percaya dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu tugas. Individu ini
mempunyai nilai diri yang tinggi dan sentiasa berpegang kepada prinsip hidupnya.
Mereka tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup orang lain. Individu ini juga
tidak mengharap bantuan orang lain jika mereka mampu melaksanakan sesuatu tugas
yang diamanahkan. Berani mengeluarkan pendapat dan idea walaupun mungkin tak
digemari oleh orang lain. Individu ini boleh membuat keputusan yang tepat walaupun
terdapat tekanan dan pandangan yang mengelirukan daripada orang lain.

Aktiviti 1 Think Tank Sdn. Bhd.

Masa 90 Minit

Objektif Peserta dapat menunjukkan keyakinan diri menerusi ciri-ciri


keyakinan diri seperti yang dinyatakan dalam konsep
287

keyakinan diri di atas

Prosedur Pelaksanaan:
Activiti:
Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti Bursa Saham
Kuala Lumpur.

• Peserta masih tetap dalam kumpulan masing-masing yang


telah diberi nama dengan nama Syarikat, seperti dalam
permainan Bursa Saham Kuala Lumpur.

• Di awal aktiviti fasilitator menaya semula kepada peserta,


bagaimanakah keadaan kewangan Syarikat selepas aktiviti
membeli saham sebentar tadi?

• Fasilitator akan mengajukan pertanyaan, apakah tindakan


Syarikat seterusnya untuk memulihkan keadaan kewangan
Syarikat masing-masing?

• Seterusnya fasilitator menunjukkan iklan perniagaan,


melalui tayangan Vidio iklan perniagaan sebuah Syarikat
yang berjaya di peringkat antarabangsa (Donal Trum).
Fasilitator meminta peserta memperhatikan betul-betul iklan
perniagaan tersebut.

• Iklan perniagaan ini bertujuan untuk mencari sebuah


Syarikat yang memiliki kayakinan yang tinggi untuk
menguruskan satu perniagaan, yang akan diberikan modal.
Dan keuntungan akan dibagi mengikut perjanjian.

• Setelah selesai tayangan vidio, fasiliitator meminta masing


kelompok (Syarikat) menyiapkan kertas kerja untuk
dibentangkan kepada CEO Syarikat Antarabangsa tadi.

• Setelah kertas kerja tersebut selesai, fasilitator meminta


kumpulan tersebut membentangkan kertas kerja yang telah
disiapkan tersebut kepada CEO Syarikat Antrabangsa.

• Masing-masing Syarikat akan diserang dengan dengan


pelbagai soalan untuk menguji kekuatan kertas kerja
mereka, untuk melihat keyakinan mereka menjalankan
perniagaan yang dirancang.

• Setelah semua Syarikat menyelesaikan membentangkan


kertas kerja mereka, CEO akan memilih salah satu
Syarikat yang akan menjadi Patner perniagaannya.

• Aktiviti ditutup dengan menanda surat perjanjian


perniagaan antara Syarikat yang dipilih dengan CEO
288

Syarikat Atarabangsa.

Aktiviti Memproses:

Trainer memudahkan cara perbincangan berdasarkan:

• Bagimana perasaan Tuan/puan melihat iklan perniagaan


yang ditanyangkan tadi?
• Adakah tuan/puan yakin bahawa kertas kerja tuan adalah
yang terbaik, yang akan dipilih oleh CEO Syarikat
antarabangsa?
• Apa yang tuan/puan lakukan dalam kumpulan sehingga
tuan/puan yakin bahawa bahawa kertas kerja tuan/puan
adalah yang terbaik?
• Bagaimana perasaan tuan/puan ketika orang lain
menyangsikan perniagaan yang tuan/puan rancang?
• Apakah yang tuan/puan rasakan ketika Syarikat tuan/puan
dipilih sebagai rakan perniagaan Syarikat antarabangsa?
• Apakah pembelajaran yang dapat tuan/puan ambil daripada
aktiviti yang kita lakukan?

Bahan • Kertas Mahjung


• Pen Marker

Falsafah Melalui aktiviti Think Tank Sdn. Bhd peserta dapat belajar
untuk pembinaan keyakinan diri

(v) Niat & Kebolehpercayaan

• Niat merujuk kepada keupayaan individu untuk mengetahui dorongan dalaman


(suara hati) dalam melakukan sesuatu.

• Keupayaan mengekalkan kejujuran dan jati diri yang tinggi. Sentiasa ikhlas dalam
menjalin hubungan dengan orang lain dan juga dalam melaksanakan tugasan yang
diamanahkan. Ini dapat dilihat daripada ketulusan mereka mengakui kesilapan
sendiri dan keberanian mereka untuk menegur perbuatan orang lain yang kurang
beretika. Mereka mempunyai pendirian yang tegas berasaskan prinsip yang
dipegang walaupun tidak disukai oleh orang lain.
289

Aktiviti Melakar Duniaku

Masa 90 Minit

Objektif • Membimbing peserta supaya sentiasa dapat mengenal pasti


bisikan dalaman (suara hati) mereka dalam melakukan
sesuatu.

• Membimbing peserta supaya sentiasa menjadi individu yang


boleh dipercayai

Prosedur • Aktiviti ini biasanya dilaksanakan setelah makan tengah


Activiti: hari. Pada masa rehat fasilitator telah menyiapkan Kertas
lukisan, beserta Pensil Warna pada kerusi masing-masing
peserta.

• Diringi dengan muzik lembut, fasilitator membawa peserta


latihan dalam suasana rileks melalui kaedah pernafasan
secara berulang-ulang. Dalam pernafasan peserta diminta
untuk mengosonkan minda mereka.

• Setelah Susana Nampak tenang, trainer memulakan aktiviti


dengan membawa peserta kepada zaman masa-masa lalu
mereka, untuk diimbas semula, dan diminta mereka
menghadirkan semua pengalaman tersebut.

• Trainer terus memancing supaya peserta dapat mengimbas


semula pengalaman-pengalaman mereka sehingga mereka
berada dalam ruang latihan.

• Setersunya peserta diminta untuk melakarkan perjalanan


pengalaman hidup mereka pada kertas lukisan yang
terdapat pada kerusi metreka masing-masing.

• Peserta diberikan kebebasan untuk membuat lakaran


mereka.

• Terakhir diminta untuk berkongsi dengan semua rakan-


rakan sesame latihan tentang perjalanan pengalaman hidup
mereka tersebut.

Aktiviti Memproses:

Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang


dilakukan tadi. Trainer cuba mencungkil makna daripada
peserta latihan tentang aktiviti yang baru sahaja diselesaikan.

Bahan • Kertas Lukisan


• Pensil warna
290

Falsafah Melalui aktiviti melakar duniaku, peserta dapat mempelajari


bisikan dalaman (suara hati) mereka sebelum memulakan
sesuatu tugasan.

(vi) Dorongan Pencapaian

Dorongan dalaman seseorang untuk mencapai suatu matlamat dan kecemerlangan.


Individu ini, meletakkan sasaran yang mencabar dengan resiko tertentu. Menimba
maklumat untuk mengurangkan ketidaktentuan dan mencari jalan untuk melakukan
sesuatu dengan lebih baik. Mereka juga sentiasa belajar pelbagai cara untuk
meningkatkan prestasi ke arah yang lebih baik.

Aktiviti Survey

Masa 90 Minit

Objektif Peserta dapat mengenal pasti kepentingan memiliki dorongan


pencapaian di dalam kehidupan mereka

Prosedur • Fasilitator membahagikan borang survey yang telah


Activiti: disiapkan dalam kepada seluruh pesta latihan

• Fasilitator meminta semua peserta untuk menuliskan 5


perkara yang menjadi pendorong mereka untuk melakukan
pekerjaan sehari-hari

• Peserta diminta menuliskan mengikut rengking, mulai dari


yang paling prioriti (1) sehingga yang kurang priority (5).

• Fasilitator mengumpulkan semua kertas jawapanperserta


untuk dikira berama-sama

• Fasilitator akan mengira semua respons yang diberikan,dan


meminta salah seorang peserta untuk menjadi saksi bagi
mengesahkan jawapan peserta tersebut.

• Fasilitator mengira semua jawapan peserta, jumlah paling


banyak dianggap menjadi pendorong utama mereka dalam
melaksanakan pekerjaan mereka.

• Salah seorang wakil peserta diminta untuk menanda


tangani hasil survei tersebut.
291

Aktiviti Memproses:

Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang


dilakukan tadi. Trainer akan menjelaskan satu persatu perkara-
pekara yang menjadi pendorong peserta untuk melaksanakan
tugas harian mereka

Trainer akan memproses satu persatu, apakah yang akan


berlaku sekiranya perkara tersebut sentiasa menjadi pendorong
mereka untuk bekerja.

Trainer memberikan solusi tentang apakah sebaiknya dijadikan


sebagai pendorong untuk melaksanakan tugas sehari-hari.

Bahan • Borang survey


• Pensil
• Kertas mahjung/papan putih
• Pen marker

Falsafah Melalui aktiviti survey peserta dapat mempelajari pentingnya


dorongan pencapaian yang betul wujud di dalam diri
seseorang.

(vii) Memahami Orang Lain

Kebolehan seseorang untuk mengesan perasaan orang lain daipada perspektif mereka,
dan menunjukkan minat yang mendalam ke atas kehendak dan masalah (concern) yang
dihadapi oleh individu lain tersebut. Memberikan perhatian terhadap tingkah laku
seseorang dan mahu mendengar secara aktif tentang apa sahaja yang dicurahkan oleh
seseorang tersebut. Individu ini juga sedia membantu berdasarkan pemahaman tentang
keperluan dan perasaan orang lain.

Aktiviti Kes Study

Masa 90 Minit

Objektif Memberikan pemahaman kepada peserta tentang kepentingan


memahami orang lain.

Prosedur • Aktiviti ini diawali dengan penayangan video yang dapat


Activiti: menyentuh perasaan peserta,sehingga memancing mereka
untuk dapat memahami apa yang sedang dirasakan oleh
orang lain.
292

• Setelah penayangan video, mereka dipecahkan kepada


beberapa kumpulan

• Fasilitator akan membacakan dan menunjukan beberapak


serius yang perlu mereka selesaikan, memandangkan tugas
kita sebagai makhluk sosial

• Masing-masing kumpulan diminta memilih satu kes, dan


menyelesaikan kes tersebut secara berkumpulan

• Masing-masing kumpulan diminta untuk berbincang


terlebih dahulu dan cuba merasakan keadaan yang dialami
oleh individu yang terlibat di dalam kes tersebut sebelum
membantu menyelesaikanya.

• Apabila telah selesai berbincang dan mencarikan solusi,


masing-masing kumpulan diminta untuk membentangkan
cara-cara membantu yang mereka cadangkan.

Aktiviti Memproses:

Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang


dilakukan.

Trainer cuba merasakan contoh-contoh situasi yang


ditunjukkan melalui video dan kes-kes yang ditunjukkan oleh
fasilitator sebelumnya.

Diiringi dengan alunan muzik lembut, trainer terus berusaha


memancing perasaan peserta sehingga mereka dapat
merasakan situasi tersebut.

Trainer akan mengeluarkan makna daripada aktiviti yang


dilakukan tadi dan berusaha membimbing peserta supaya
mereka selalu sensitive dengan keadaan orang lain di dalam
kehidupan seharian mereka.

Bahan • Vidio
• Kes-kes sebenar yang berlaku di dalam kehidupan
• Kertas mahjung
• Pen marker
Falsafah Melalui aktiviti kes study peserta dapat mempelajari tentang
kepentingan memahami orang lain di dalam kehidupan.
293

(viii) Mengembangkan Potensi Orang Lain

Individu ini dapat mengakui dan memberi ganjaran atas kekuatan dan pencapaian
orang lain. sentiasa memberikan maklum balas yang berguna dan mengenal pasti
keperluan orang lain untuk perkembangan diri mereka. Boleh menjadi pembimbing
dan menawarkan tugasan yang mencabar yang dapat membentuk kemahiran individu
lain.

Aktiviti Sibuta dan Sicelik

Masa 90 Minit

Objektif Memberikan pemahaman kepada peserta tentang pentingya


mengembangkan potensi orang lain.

Prosedur • Fasilitator membahagi peserta dalam beberapa kumpulan,


Activiti: banyak kumulan bergantung kepada ramai peserta

• Masing-masing kumpulan akan menunjuk dua orang


peserta sebagai sicelik, ahli kumpulan yang lain akan jadi
sibuta

• Fasilitator mengarahkan peserta (sibuta dan sicelik) berdiri


pada garis yang telah ditetapkan.

• Sicelik akan memberikan arahan kepada sibuta daripada


garisan tersebut, tidak boleh berjalandan memegang badan
sibuta. Sicelik hanya memberikan arahan secara lisan.

• Di hadapan si buta dan sicelik, fasilitator meletakan benda-


benda pemainan (guli, mankok dan tali rapia yang telah
dibuatkan bulatan untuk meletakan mangok tersebut).
Bulatan tali tersebut diikat dengan 3 ikatan tali yang agak
panjang yang boleh dipegang oleh beberapa orang.

• Sekarang Guli dalam keadaan berselerak, mangkok dan tali


tersebut dilatakan secara tepisah-pisah di hadapan sibuta.

• Melalui arahan sicelik, sibuta diminta mengutip semua guli


dan dimasukan ke dalam mangkok. Guli mesti dimasukan
semuanya, tidak boleh ada yang tertinggal.

• Setelah semua guli masuk ke dalam mangkok, sicelik


mengarahkan sibuta supaya mangkok tersebut diletakan di
atas butalan tali.
294

• Setelah sibuta brjaya meletakan mangkok di atas bulatan


tali, sicelik terus mengarahkan sibuta untuk mengangkat 3
ujung tali yang telah terletak diatasnya mangkok berisi
guli.

• Dengan mengangkat 3 ujung tali tersebu, sicelik


mengarahkan sibuta untuk meletakanya pada tempat yang
telah disediakan di hadapan mereka.

• Sibuta melalui arahan sicelik mesti meletakanmankok


tersebut betul-betul pada tempat yang telah disediakan.

• Sekranya mangkok jatuh, arahan yang sama diulang


semula, sehingga berjaya.

• Masing-masing kumpulan melakukanya secar bergilir-gilir.

Aktiviti Memproses:

Trainer melakukan aktiviti memproses tentang aktiviti yang


dilakukan.

Mula-mula trainer akan menanya sibuta tentang arahan yang


diberikan oleh sicelik?

Kemudian trainer cuba menanya kepada sicelik, apa yang


mereka rasakan dalam meberikan arahan kepada sibuta?

Setelah semua menyatakan pandangan mereka, trainer akan


memberikan gambaran tentang susahnya mengembangkan
potensi orang lain.

Diiringi dengan alunan muzik lembut, trainer terus


menerangkan falsafah disebalik aktiviti yang baru sahaja
dilakukan.

Bahan • Penututp mata


• Tali rafia
• Guli
• Tip Bainding

Falsafah Melalui aktiviti sibuta dan sicelik peserta dapat mempelajai


bagaimana susahnya mengembangkan potensi orang lain.
Mereka perlu ada kemahiran yang mantap untuk membantu
orang lai.
295

(ix) Mempengaruhi Orang Lain & Pengurusan Konflik

• Mempengaruhi orang lain merujuk kepada kemahiran individu dalam membujuk


orang lain, iaitu seseorang yang berkemahiran dalam mempengaruhi orang lain
dengan cara menyampaikan idea secara halus untuk menarik minat orang lain.
Individu ini pandai menggunakan strategi yang pelbagai (seperti pengaruh tak
langsung) untuk membina konsensus dan sokongan, serta mencetus suasana yang
dramatik untuk menonjolkan idea secara efektif.

• Seseorang yang berkemahiran dalam pengurusan konflik boleh menangani individu


yang sukar dihadapi serta boleh menenangkan keadaan yang tegang dengan
bijaksana. Mereka juga boleh mengesan potensi konflik berlaku dalam sesuatu
kedaan, menyelesaikan percanggahan pendapat secara terbuka dan membantu
meredakannya, menggalakkan perbahasan dan perbincangan terbuka serta mampu
merancang penyelesaian berbentuk tanpa merugikan salah satu pihak.

Aktiviti Tolong Selamatkan Masa Depan Saya

Masa 90 Minit

Objektif Memberikan pemahaman kepada peserta tentang pentingya


keterampilan mempengaruhui orang lain dalam menyelesaikan
konflik.

Prosedur • Bentuk aktiviti adalah persidangan (mensyuarat) untuk


Activiti: menjatuhkan hukuman buang sekolah kepada pelajar yang
mempunyai kes berat (kategori kesalahan yang sukar untuk
dimaafkan).

• Sekiranya kumpulan agak ramai buat dua kumpulan


(maksimum 15 orang setiap kumpulan).

• Fasilitator akan meberikan tugasan masing-masing kepada


semua peserta:

- 2 orang sebagai pelajar yang akan dibicarakan (akan


dibuang sekolah)
- 1 orang sebagai sebagai pengetua
- 1 orang guru kanan disiplin
- 1 orang sebagai penolong kanan kolej
- 2 orang sebagai guru kelas (guru kelas masing-masing
296

pelajar yang bersalah)


- 1 orang guru kaunseling
- 2 orang sebagai setiausaha mesyuarat (stiausha 1 dan
setiausaha 2)
- 2 orang sebagai ibubapa (ibubapa masing-masing pelajar
bersalah)
- 2 orang jadi rakan rapat pelajar bersalah(1 orang masing-
masing pelajar)

• Fasilitator memberikan tugas masing-masing peserta


mengikut peranan masing-masing melaui sehelai kertas
yang telah disiapkan oleh fasiltator.

• Fasilitator memberikan masa lebih kurang 5 minit begi


peserta untuk membaca peranan masing-masing, seperti
yang telah dituliskan pada kertas tugasan yang berada pada
masing-masing mereka.

• Fasilitator menjemput peserta untuk duduk di tempat


masing-masing pada tempat yang telah disediakan (susunan
meja dibuat seperti dalam suasana persidangan).

Pelaksanaan Aktiviti:
• Pengetua membuka persidangan, dan menerangkan tentang
persidangan yang akan dilakukan.
• Pengetua menyuruh guru kanan disiplin untuk
membacakan kes-kes yang telah dilakukan oleh 2 orang
pelajar.
• Kemudian masing-masing peserta mengikut fungsi masing.

• Masing-masing peserta akan mengemukakan alasan


supaya hukuman buang sekolah yang akan dijatuhkan
kepada 2 orang pelajar yang didapati bersalah berat itu
dipertimbangkan semula.

• Pengetua akan mendengarkan semua alasan yang


dikemukakan oleh ahli-ahli yang terlibat.

• Setelah mendengar semua alasan untuk mohon


mempertimbangkan hukuman tersebut daripada semua
peserta yan terlubat, pengetua akan mebuat keputusan
mesyuarat.

Aktiviti Memproses:

• Trainer memproses perjalanan persidangan yang telah


dilakukan
297

• Trainer memandu peserta untuk menarik pembelajaran


daripada perjalanan persidangan, melalui diskusi-diskusi
selama persidangan dijalankan

• Trainer merumuskan hasil pembelajaran yang diperolehi oleh


masing-masing peserta

Bahan • Kertas tugasan peserta yang telah disiapkan oleh fasilitator


• File simpanan kes pelajar
• File sesi kaunseling
• kertas
• Pen
• Tukul pengetuk meja

Falsafah Peserta dapat mengambil pelajaran daridapa perjalanan


persidangan, khasnya dalam mempengaruhi orang lain dan
menyelesaikan konflik.

Note: Aktiviti-aktiviti dalam modul ini adalah sekedar untuk memandu peserta latihan
untuk dapat menarik pempelajaran melalui pengalaman daripada aktifiti-aktifiti
berkenaan. Yang paling penting adalah aktiviti memproses oleh juru latih terhadap
setiap aktiviti yang dijalankan. Justru, juru latih perlu lebih kreatif untuk membantu
mengukuhkan pembelajaran yang diperolehi oleh peserta melalui aktiviti-aktiviti yang
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai