Anda di halaman 1dari 5

Wawancara bersama Dr.

Said Ramadahn al-Bothy


Pada 19 hb November 2006, satu rombongan yang diketuai oleh Mohd. Rumaizuddin dan Khairul Arifin Mohd.
Munir dari ABIM dan Syamsul Anuar Hj. Nasarah, presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan
lawatan ke Syria selama 4 hari. Dalam rangka lawatan tersebut Abim bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)
dan Maljis Belia Sabah (MBS) berpeluang mengadakan pertemuan bersama tokoh ulamak timur tengah yang
terkenal abad ini dan mempunyai sumbangan yang besar dalam dunia Islam. Delegasi-delegasi daripada
Malaysia ini sempat berwawancara bersama Dr. Said Ramadhan Al Bouty. Kunjungan selama hampir sejam
setengah telah mencatatkan beberapa persoalan berkaitan dunia Islam masa kini dan cabaran berkaitan gerakan
dakwah. Penulis sempat mencatatkan beberapa wawancara wakil MBM, ABIM bersama beliau sebagaimana
berikut:
MBM – Apakah pendapat Dr. berkenaan dengan gerakan dakwah di Malaysia ketika kunjungan tuan ke
Malaysia pada tahun-tahun yang lalu?Dr. Bouty– Ketika mana saya ke Malaysia pada dua tahun lepas, saya
tidak mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan perkembangan dakwah di Malaysia. Saya boleh katakan
ianya satu perkembangan yang bagus. Tetapi fokus terhadap usaha meyakinkan orang ramai serta
menghilangkan keraguan perlu ditingkatkan agar gerak kerja dakwah menemui kejayaan. Dasar kedua yang
perlu ada pada gerakan dakwah masa kini ialah tidak perlu terlalu terburu-buru atau dengan kata lain radikal
dalam berdakwah kerana di sana adanya golongan yang berbagai ketika menjalankan dakwah. Ada di kalangan
mereka yang boleh menerima dakwah itu secara ikhlas dan ada pula yang nampak seolah-olah baik tetapi
mengambil kesempatan dalam usaha gerakan dakwah semata-mata untuk memprovokasikan dakwah di
Malaysia.ABIM – Apakah pandangan tuan tentang krisis remaja yang kian parah pada masa kini, natijah
daripada perkembangan teknologi yang agak pesat, juga krisis agama akibat daripada gerakan kristianisasi
terhadap umat Islam di Malaysia?
Dr. Bouty – Saya berpandangan usaha memperkemaskan dan menggerakkan dakwah perlu diperkuatkan lagi. Nampaknya

kita hari ini sekadar menjalankan dakwah lebih bersifat seperti seminar-seminar, forum, muktamar dan sebagainya. Bagi

saya ianya baik sebagai pendedahan ilmu terhadap masyarakat. Namun ianya terhenti sekadar di meja-meja rundingan tanpa

menampakkan satu hasil yang jelas. Apa yang lebih penting sekarang usaha dakwah perlu dipertingkatkan dari segenap

sudut, tidak sekadar di meja rundingan tetapi lebih kepada bentuk hebahan melalui media dan bersemuka dengan masyarakat

melalui pengajian umum di masjid-masjid secara aktif. Secara tidak langsung, masjid boleh diimarahkan sebagai satu pusat

gerakan ummah dan menarik minat masyarakat Islam kembali menghayati Islam.

MBM – Dr. ada menyentuh tentang sifat tergesa-gesa dan jangan terlalu radikal. Pada pandangan Dr., apakah cara yang

paling berkesan untuk memperkenalkan Hudud dan melaksanakannya dalam sesebuah masyarakat?

Dr. Bouty – Ketika mana anda hendak menetapkan sesuatu undang-undang Islam dan hukum-hukum tertentu, ianya perlu

dilihat dalam skop yang lebih luas. Kita perlu menilai siapa golongan yang bakal kita berhadapan ketika perlaksanaan ini

diwujudkan. Di sana akan ada golongan yang menentang dan ada golongan yang boleh menerima dengan baik. Sepertimana

kunjungan saya yang lalu ke Malaysia, saya dapati ada di kalangan mereka yang menerima hukum-hukum ini dan ada di

kalangan mereka yang menolak. Begitu juga dengan idea perlaksanaan ekonomi Islam di Negara-negara Islam. Ada di
kalangan mereka yang mahu dan ada yang tidak mahu. Kenapa kita tidak boleh tergesa-gesa melaksanakannya? Kerana kita

perlu mengkaji dengan lebih mendalam apakah kesan perlaksanaan hukuman itu dengan cara tersebut. Ini secara tidak

langsung kepincangan dan fitnah terhadap Islam dapat dikikis. Saya mengambil contoh sebagaimana perlaksanaan undang-

undang ini mahu diadakan satu ketika dahulu di Jordan. Akhirnya ia tidak berjaya kerana tidak boleh diterima oleh semua

masyarakat setempat pada masa itu. Begitu juga hal yang berlaku di Libya, Muammar Ghadafy dengan semangat mahu

melaksanakan rang undang-undang Islam di Libya tetapi akhirnya wujud satu konspirasi menjatuhkan dan menggagalkan

undang-undang ini. Resolusi akhir yang diambil oleh kerajaan Libya pada masa itu ialah mengadakan muktamar dan

mencadangkan agar perlaksanaan hukum Islam ini ditangguh dan tidak dilaksanakan. Kita tidak perlu terlalu tergesa-gesa

hingga segala perancangan memakan diri sendiri. Perkara ini ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa. Saya

amat meyokong perlaksanaan undang-undang ini, tetapi mestilah dengan penuh strategi dan berhati-hati.

ABIM – Pada pandangan Dr., bagaimanakah cara kita berhadapan dengan jenayah murtad?

Dr. Bouty – Jumhur ulamak sepakat mengatakan bahawa hukuman kepada pesalah murtad ini adalah hukuman bunuh.

Namun, sebelum pesalah itu dihukum, ia mesti melalui beberapa proses terlebih dahulu. Mahkamah syariah hendaklah

memanggil pesalah murtad ini dan bertanya apakah punca yang menyebabkan orang ini keluar daripada Islam. Jika

disebabkan kekeliruan, maka mahkamah perlu menghilangkan kekeliruan tersebut dengan menjelaskan perkara yang

sebenar. Kemudian ia akan melalui sesi kaunseling dan nasihat agar pesalah dapat bertaubat dan kembali kepada Islam.

Mahkamah boleh mengurung pesalah di suatu tempat dan memberi peluang untuk dia bertaubat kembali kepada Islam.

Sampai satu tempoh yang sesuai sekiranya pesalah tidak mahu bertaubat dan kembali kepada Islam, barulah hukuman bunuh

dijatuhkan. Hukuman ini dijatuhkan setelah peluang untuk bertaubat telah diberikan kepada pesalah. Ianya tidak

sebagaimana tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Islam satu agama yang zalim dan kejam kerana pesalah terus

dibunuh. Islam bersifat adil dan memberi kemaafan serta peluang untuk bertaubat. Hikmahnya jika murtad dibiarkan

berleluasa akan pincang masyarakat Islam. Murtad ini satu penyakit yang sekiranya dibiarkan akan menular dan berjangkit

di dalam masyarakat Islam.

ABIM – Apa pendapat Dr. berkaitan demokrasi di dalam sesebuah Negara Islam seperti yang dilaungkan oleh Hizbu At-

Tahrir?

Dr. Bouty – Islam boleh diamalkan tanpa melihat kepada mana-mana lafaz istilah sama ada demokrasi dan sebagainya.

Suara majoriti rakyat yang digunakan dalam sistem demokrasi bukanlah penentu kebenaran. Namun kita mengambil

pendekatan tersebut kerana ia boleh memberikan kebaikan. Allah s.w.t telah melantik di muka bumi seorang khalifah

sebagai pemimpin sebenar di muka bumi ini. Di bawah pimpinan khalifah itu pula terdapat struktur organisasi yang

membantu mengendalikan pentadbiran itu. Pada pandangan saya, kita mesti mengambil pendekatan berhati-hati terhadap

setiap istilah-isilah seperti ini. Ia boleh dikira sebagai peperangan istilah. Di dalam peperangan ini kita harus lihat apakah

konsep sebenar istilah ini dan apakah isi kandungannya. Boleh jadi demokrasi yang diperjuangkan ini sebagai salah satu

provokasi yang dibuat oleh Hizbut Tahrir untuk menghebahkan suara dan idea mereka.

Kita juga harus ingat, Barat dengan perancangannya yang licik telah memberi bantuan dalam bentuk material kepada

pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama dakwah yang zahirnya bergerak dengan cara yang radikal. Pertubuhan-

pertubuhan ini amat terkenal diseluruh dunia dan kebanyakkan umat Islam tertipu dengan nada dan lenggok gerakan mereka.
MBM – Apakah pendapat Dr. mengenai perlaksanaan hukum (hudud) di semua peringkat masyarakat dan apakah pendapat

tuan mengenai konsep kebebasan beragama?

Dr. Bouty – Kebebasan beragama sangat dianjurkan di dalam sesebuah negara Islam sekiranya tidak ada gerakan missionari

yang boleh merosakkan erti kebebasan ini. Sekiranya ada gerakan-gerakan seperti ini yang membuka jalan supaya orang

Islam masuk ke dalam agama mereka ianya dianggap bertentangan dengan maksud sebenar kebebasan beragama. Ini kerana

kita telah hidup aman tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak tetapi setelah munculnya gerakan missionari ini kebebasan

beragama ini semakin terhakis. Siapakah yang mencabul hak kebebasan beragama? Mereka atau kita?

Keamanan Islam telah diancam setelah gerakan ini muncul malah memporak prandakan Islam itu sendiri. Hari ini kita boleh

lihat pelbagai gerakan yang wujud dengan tujuan mengancam isu agama Islam supaya umat Islam keluar daripada Islam. Ini

secara tidak langsung memperlihatkan sikap tidak hormat mereka terhadap Islam. Sekiranya tiada golongan seperti ini kita

tidak menghalang mereka menganuti agama mereka dan mengamalkan amalan-amalan keagamaan mereka dan kita dengan

amalan agama kita sendiri.

MBM – Jika demikian, akan timbul selepas ini persoalan kita sahaja yang boleh menjalankan dakwah. Bagaimana dengan

mereka adakah tidak dibenarkan sama sekali?

Dr bouty – Dalam konteks agama kita sekarang, kita punya satu tugas yang besar iaitu memberikan kefahaman Islam

kepada umat Islam dan menjaga tauhid mereka daripada tergelincir. Tugas kita sekarang ialah memperbaiki umat Islam

terlebih dahulu kerana umat Islam memang ramai tetapi Islam mereka hanyalah pada nama sahaja. Apabila akidah umat

Islam sudah sempurna dan umat Islam sudah faham apa itu Islam dan faham apa tugas mereka sebagai umat Islam barulah

kita berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sekiranya kita masih kucar-kacir dan tidak bersatu dalam menangani konflik

agama kita sendiri, ini telah membuka ruang gerakan bukan Islam mengambil kesempatan terhadap Islam. Di sana nanti

akan timbul laungan Islam tidak berlaku adil terhadap orang bukan Islam. Mereka beralasan Islam tidak membuka ruang

kepada mereka untuk berdakwah. Pada peringkat sekarang, kita perlu memantapkan akidah umat Islam terlebih dahulu.

Apabila sudah selesai persoalan akidah, umat Islam akan menjadi contoh terbaik kepada agama-agama lain secara tidak

langsung mereka akan minat, faham dan saling hormat menghormati antara agama dengan agama yang lain. Tidak timbul

lagi isu kenapa umat Islam boleh berdakwah dan mereka tidak boleh.

ABIM – Bagaimana kita boleh mengeratkan gerakan-gerakan dakwah belia di antara sesama negara Islam agar ianya berjaya

menarik minat golongan ini dan mengukuhkan agama kita?

Dr. Bouty – Saya berpendapat perkara ini belum sampai ke waktunya lagi. Kita perlu memberi kefahaman kepada umat

Islam terlebih dahulu dan mengubah persepsi Islam daripada satu anutan yang membuta tuli kepada anutan dengan penuh

kesedaran. Kita perlu memberi kesedaran dengan menyampaikan maksud agama itu berlandaskan manhaj Al Quran. Al

Quran ini adalah tafsiran kehidupan yang memberi kesedaran kepada masyarakat. Di sinilah peranan kita menggunakan

seluruh material yang ada seperti media elektronik dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Pendekatan yang kita gunakan ini amat berbeza dengan dakyah yang digunakan golongan bukan Islam melalui wang untuk

menarik perhatian orang Islam. Sekiranya anutan membuta tuli dapat dikikis dan anutan dengan penuh kesedaran ini wujud

dalam diri setiap orang Islam, maka kejahilan akan hilang.


MBM – Malaysia mempunyai 3 kaum terbesar dengan majoriti pemilikan Melayu Islam sebanyak 60% di dalam kerajaan.

Konsep kerajaan Malaysia sekarang adalah secara “sharing power” iaitu perkongsian bidang kuasa. Konsep ini memberi

ruang kepada orang bukan Islam untuk sama-sama memerintah dan mengekalkan kuasa yang banyak pada orang Islam. Apa

pandangan tuan berkenaan konsep ini menurut perspektif  Islam?

Dr. Bouty – Apa yang berlaku di Malaysia pada pandangan saya adalah baik. Konsep “sharing power” yang digunakan di

Malaysia menjadi satu contoh sebagai penstrukturan organisasi kerajaan yang terbaik. Semasa saya di Malaysia, saya sempat

bertemu dengan beberapa wakil kerajaan dan saya bertanyakan kepada mereka adakah mereka mempunyai apa-apa masalah

dengan sistem percampuran kuasa yang diamalkan. Mereka mengatakan tidak ada apa-apa masalah di dalam pengstrukturan

organisasi kerajaan walaupun bercampur bidang kuasa. Ini tidak berlaku di Lubnan. Di Lubnan, walaupun kerajaan yang

dibentuk adalah melalui sistem kerajaan campuran tetapi mereka tidak boleh bersatu dan di meja-meja rundingan untuk

membentuk struktur kerajaan yang baik. Sistem mereka sama seperti di Malaysia, 60% daripada mereka Muslim dan 40%

daripadanya bukan muslim. Namun, kata putus untuk membentuk sebuah kerajaan yang baik dari sudut organisasi tidak

berjaya. Ini memberikan peluang kepada pihak luar untuk campur tangan.

ABIM – Di Malaysia kami menghadapi berbagai ancaman aliran pemikiran yang mengelirukan. Pada pendapat Dr,

bagaimana kita hendak berhadapan dengan perancangan dan ancaman ideologi yang baru seperti libralisme, pluralisme dan

sebagainya ?

Saya sungguh hairan dengan kemunculan pelbagai aliran pemikiran di Malaysia sedangkan anda mempunyai kemudahan

material yang tinggi dan moden untuk menangkisnya. Sungguhpun dakwah yang dijalankan seperti gerakan anda selari

dengan kehendak masyarakat, namun dakwah melalui media adalah amat penting. Kemajuan dan teknologi yang anda miliki

harus digunakan dengan sebijaknya. Ini untuk menyekat fahaman-fahaman yang terpesong. Kemudahan sudah pun tersedia

dan anda harus mengambil peluang ini untuk memiliki stesen TV Islam khas yang menyiarkan program-program Islam dan

menarik perhatian umat Islam untuk memahami isu sebenar mengenai Islam.

MBM– Dr. ada menyebutkan bahawa gerakan-gerakan dakwah yang bersifat radikal adalah ditaja oleh Barat. Aliran

pemikiran ini sedang berkembang dan menular di beberapa buah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pada pendangan

Dr., adakah perkembangan ini baik?

Dr. Bouty – Saya telah katakan potensi untuk menangani isu ini bergantung kepada anda semua. Anda mempunyai potensi

yang cukup cerah untuk menangkis arus pemikiran ini melalui media sebagai pusat hebahan awam. Penggunaan media

dengan sebaiknya dapat melemahkan isu ini seterusnya mengagalkan perancangan mereka. Ini kerana gerakan-gerakan yang

bersifat radikal ini merupakan tempat tumbuhnya keganasan dan penyebaran fitnah terhadap dunia Islam. Perkara ini tidak

dapat dibendung jika kita tidak mempunyai peranan dan kuasa media yang kuat¬¬¬¬.

MBM – Apakah pandangan Dr. berkenaan Islam Hadhari di Malaysia adakah ianya relevan sebagai satu slogan?

Dr. Bouty – Pada pandangan saya, apa sahaja perkataan yang disandarkan kepada Islam maka ianya boleh dianggap sebagai

suatu kata tambahan atau sandaran (idhofah). Jika kita menggunakan kata sandaran ini sebagai platform untuk

menggerakkan usaha dakwah Islam maka ianya tidak mengapa. Tetapi jika penambahan itu tidak memberikan apa-apa

manfaat untuk usaha mempertingkatkan dakwah Islam, maka lebih baik kita gugurkan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai